Majlis Bandaraya Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Bandaraya Seremban
Majlis Bandaraya Seremban.svg
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Januari 2020
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Seremban
Majlis Perbandaran Nilai
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Masri Razali
Laman sesawang
www.mbs.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Seremban merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Seremban, Negeri Sembilan. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ia dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Bandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Bandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Bandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan "Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telahpun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).

Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai bergabung membentuk entiti Majlis Bandaraya Seremban pada 1 Januari 2020.[2]

Senarai kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Bandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Daripada tahun 1954, majlis diketuai oleh seorang Presiden yang berkhidmat selama setahun. Bermula tahun 1959, Presiden Majlis diketuai oleh mereka yang memenangi Pilihan Raya Tempatan atau Pilihan Raya Majlis Bandaran Seremban. Pada 23 Julai 1965 pula, Ketua Majlis diambil alih oleh Menteri Besar pada waktu itu[3].

Presiden Majlis Bandaran[sunting | sunting sumber]

# Nama Penggal Bermula Penggal Berkahir
1 YM Tunku Mustapha bin Tunku Besar Burhanuddin 1954 1956
2 Jaafar bin Tahar 1957 1958
3 Tham Tat Ming (Parti Perikatan) 1959 1959
4 Robert Singam (Parti Buruh) 1960 1960
5 Lam Teck Choon (Parti Perikatan) 1961 1961
6 Chin See Yin (Bebas) 1962 1962
7 Gurnam Singh Gill (Barisan Sosialis) 1963 1964
8 Lai Pong Yuen (Parti Demokratik Bersatu - UDP) 1965 22 Julai 1965
9 YAB Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad 23 Julai 1965 1969

Yang Dipertua Majlis Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, ketua Majlis digelar sebagai Yang Dipertua. Ketua Majlis terus dipegang oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sehingga 1998 di mana ketua Majlis merupakan individu lain pegawai kerajaan yang dilantik.

# Nama Penggal Bermula Penggal Berakhir
1 YAB Dato' Rais bin Yatim 1978 1982
2 YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato` Hj Abdul Samad 1982 31 Julai 1998
3 Dato' Haji Hassani @ Hassan bin Mohd. Zain 1 August 1998 7 July 2003
4 Dato' Mohd Jaafar bin Mohd Atan 1 August 2003 15 August 2004
5 Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Latif 1 September 2004 31 July 2018
6 Datuk Haji Zazali bin Salehudin 1 August 2018 31 Disember 2019

Datuk Bandar[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja Seremban diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya, maka Majlis diketuai oleh seorang Datuk Bandar.

# Nama Penggal Bermula Penggal Berakhir
1 Datuk Haji Zazali bin Salehudin 1 Januari 2020 23 Julai 2021
2 Datuk Masri Razali[4] 23 Julai 2021 Penyandang

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]



Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ Sarinah Mat Kasim (11 Disember 2019). "Seremban diisytihar bandar raya 1 Januari 2020". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Januari 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19650724-1.2.48
  4. ^ Norafidah Assan (23 Julai 2021). "Masri Razali dilantik Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Oktober 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]