Pergi ke kandungan

Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas
ڤجابت دايره كچيل دان تانه ڬيمس
Intisari agensi kerajaan
Dibentuk1988 (38 tahun yang lalu) (1988)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas, 73400, Gemas, Negeri Sembilan
Malaysia
Eksekutif agensi kerajaan
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
pdkgemas.ns.gov.my

Pentadbiran Daerah Kecil Dan Tanah Gemas, Negeri Sembilan diwujudkan pada 1 Januari 1988 sebagai Sub-District bagi Daerah Tampin. Pentadbiran ini mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di daerah kecil Gemas mulai 1 Februari 1989 di bangunan Arked MARA Gemas. Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah dengan 12 orang kakitangan pada awalnya dan pada 1 November 1989 Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas (PDKG) telah berpindah ke Bangunan Kompleks Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas yang baru.

Menjadikan organisasi yang unggul dalam pentadbiran Daerah dan Tanah berteraskan perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan berintergriti.

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mesra, berkualiti dan berintegriti pada setiap masa.

  1. Merancang, melaksanakan dan memantau pembangunan daerah dengan cekap dan teratur selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Merancang dan bertindak secara proaktif untuk menguruskan pembangunan tanah dan pungutan hasil dengan cekap dan teratur berlandaskan peruntukan undang - undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  3. Merancang dan menguruskan pentadbiran organisasi serta pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan dinamik.
  4. Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang cekap dengan memenuhi piagam pelanggan yang ditetapkan.
  5. Merancangkan, menyelaraskan dan melaksanakan program sosio-ekonomi yang memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Sembilan secara berterusan.

[1]

Templat:Sejarah Penubuhan PDKG[2]