Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah
ڤجابت دايره دان تانه كوالا ڤيله
Intisari agensi
Dibentuk1896 (128 tahun yang lalu) (1896)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Kompleks Pentadbiran Daerah, 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
pilah.ns.gov.my

Kuala Pilah merupakan satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan dan merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 109,039.58 hektar. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah (PDTKP) ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan British pada tahun 1896. Sebelum ini pentadbiran Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah ditempatkan berasingan di dalam bangunan lama semenjak zaman british.

Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah yang menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta beberapa buah jabatan Kerajaan Negeri telah dirasmikan oleh Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 18 April, 1982 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1402.

Daerah Kuala Pilah disaliri oleh 9 sungai utama iaitu Sungai Muar, Sungai Jelai, Sungai Jempol, Sungai Pilah, Sungai Batang Pilah, Sungai Juasseh, Sungai Seri Menanti, Sungai Johol dan Sungai Terachi. Terdapat 11 buah mukim di daerah ini dengan 117 buah JKKK Kampung Tradisi, 7 buah JKKK Kampung Baru, 1 buah JKKK Orang Asli, 1 Skim Penempatan FELDA serta 1 Majlis Tempatan.

Selain bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dalam usaha gerak kerja mentadbir daerah Kuala Pilah, PDTKP juga berperanan sebagai peneraju utama dalamn agenda pembangunan daerah bersama jabatan dan agensi peringkat negeri dan persekutuan yang beroperasi di daerah.

Visi[sunting | sunting sumber]

Mengurus, mengawal dan mentadbir daerah dan sumber tanah bagi mencapai pembangunan seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan islam

Misi[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan perkhidmatan, pembangunan daerah dan tanah yang cekap, berkualiti dan berkesan ke arah memberikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat


[1]