KSSR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Pendidikan
كمنترين ڤنديديقن
Kerajaan Malaysia
Logo Kementerian Pendidikan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1955
Agensi-agensi terdahulu
  • Kementerian Pelajaran
  • Kementerian Pengajian Tinggi
Ibu pejabatPutrajaya
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha
  • Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran
Laman sesawang
www.moe.gov.my

Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Menengah dilaksanakan bagi menggantikan KBSR dan KBSM serta MPET yang dilaksanakan sejak 1982.

Matlamat Pelaksanaan KSSR[sunting | sunting sumber]

PRINSIP-PRINSIP KSSR[sunting | sunting sumber]

Objektif pembentukan KSSR ialah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan berlandaskan prinsip–prinsip KBSR seperti yang berikut

Pendekatan Bersepadu[sunting | sunting sumber]

Pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (Choong, 2008). Terdapat empat cara konsep bersepadu ini berlaku, iaitu melalui penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur, dan unsur merentasi kurikulum. Konsep bersepadu ini berlaku semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum.

Perkembangan individu secara Menyeluruh[sunting | sunting sumber]

Prinsip ini membawa maksud bahawa semua mata pelajaran yang ada dalam KSSR memainkan peranan yang penting bagi memenuhi keperluan jasmani, rohani, emosi dan intelek untuk membantu perkembangan potensi individu.

Peluang Pendidikan yang Sama Untuk Semua Murid[sunting | sunting sumber]

KBSR dan KSSR menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua murid dengan menyediakan tahap kurikulum yang sama bagi tahap persekolahan yang sama tanpa mengira jenis aliran sekolah. Hanya bahasa pengantar sahaja yang berbeza digunakan mengikut jenis aliran.

Pendidikan Seumur Hidup[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan prinsip ini, pendidikan merupakan satu usaha berterusan seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Proses pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan sejak kita dilahirkan sehingga kita mati. Prinsip inilah yang telah diterapkan dalam KBSR dan KSSR, yang menggalakkan manusia menuntut ilmu sama ada secara formal atauipun tidak.

Sekolah memainkan peranan yang penting untuk memastikan pendidikan dituntut sepanjang hayat. Hal ini kerana sekolah memainkan peranan sebagai tempat murid-murid memperoleh ilmu dan belajar kemahiran yang tertentu. Selain itu, daripada sekolah disamping peranan guru, murid juga dapat memupuk minat mereka untuk menimba ilmu dan seterusnya berusaha untuk mencari ilmu di mana jua berada.

Perbezaan antara KBSR dan KSSR[sunting | sunting sumber]

KBSR Ciri-Ciri KSSR
Mementingkan umur Fokus Pembelajaran Mementingkan tahap
Menekankan 3 aspek :

·         Komunikasi

·         Perkembangan diri individu

·         Manusia dan alam sekeliling

Reka bentuk kurikulum Berasaskan enam tunjang

·         Komunikasi

·         Kemanusiaan

·         Perkembangan fizikal dan estetika

·         Keterampilan diri

·         Kerohanian, sikap dan nilai

·         Literasi sains dan teknologi

Tahap 1 :

·         Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.

Tahap 2 :

·         Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.

Organisasi Kurikulum Tahap 1 :

·         Modul Teras Asas

·         Modul Teras  Tema

·         Modul Elektif

Tahap 2 :

·         Modul Teras Asas

·         Modul Elektif