Kemangkatan dan pemakaman negara Elizabeth II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kemangkatan Elizabeth II)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kemangkatan dan pemakaman negara Elizabeth II
Orang ramai berkumpul di luar bangunan besar
Timbunan kad, bunga dan barang lain ditinggalkan sebagai peringatan
Foto Elizabeth II pada beberapa siri skrin
Keranda Ratu diarak
Bendera dikibarkan separuh tiang
Keranda Elizabeth II di Dewan Westminster
Dari atas ke bawah, kiri ke kanan:
  1. Orang ramai berkumpul di luar Istana Buckingham selepas Elizabeth II mangkat
  2. Penghormatan yang ditinggalkan oleh orang ramai di Green Park
  3. Imej Ratu pada eskalator di stesen Tottenham Court Road
  4. Keranda Elizabeth II meninggalkan Istana Holyrood
  5. Bendera Kesatuan di Istana Buckingham dikibarkan separuh tiang
  6. Keranda Elizabeth II diletakkan di Dewan Westminster untuk penghormatan terakhir
Tarikh
  • 8 September 2022 (2022-09-08)
  • (kemangkatan)
  • 12 September 2022 (2022-09-12)
  • (upacara kesyukuran)
  • 19 September 2022 (2022-09-19)
  • (pemakaman negara dan penguburan)
Lokasi
Koordinat57°2′27″N 3°13′48″W / 57.04083°N 3.23000°W / 57.04083; -3.23000

Pada 8 September 2022, Elizabeth II, Ratu United Kingdom dan alam Komanwel yang lain, dan raja British yang paling tua dan paling lama memerintah, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland. Baginda telah mangkat pada 16:30 BST, dan berita kemangkatan baginda diumumkan pada 18:30. Baginda digantikan oleh putera sulung baginda, yang menjadi Charles III.

Kemangkatan baginda mengaktifkan Operasi Jambatan London (Operation London Bridge), koleksi rancangan termasuk pengaturan untuk pemakaman baginda dan Operasi Unicorn (Operation Unicorn), yang menetapkan protokol untuk kemangkatan Ratu yang terjadi di Scotland. United Kingdom telah menetapkan tempoh berkabung kebangsaan selama 10 hari. Upacara pemakaman negara telah diadakan di Westminster Abbey pada 19 September 2022, diikuti dengan upacara penghormatan pada hari itu di Gereja Kecil St George di Istana Windsor. Ratu telah disemadikan di Gereja Kecil Peringatan Raja George VI di sana. Upacara pemakaman negara baginda merupakan cuti kebangsaan (bank holiday) di UK dan cuti umum di Kanada. Cuti umum peringatan diisytiharkan di Australia pada 22 September, dan New Zealand pada 26 September.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

8 September 2022

  • 12:30 BST 8 September (19:00 MST) - Istana Buckingham mengumumkan bahawa Ratu berada di bawah penyeliaan perubatan di Istana Balmoral, Scotland selepas doktor menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan baginda. Empat anak Ratu bersama menantu perempuannya, dan Putera William dan Putera Harry, berangkat ke Balmoral.[1][2]
  • 14:00 (21:00 MST) - BBC menggantung jadual siaran BBC One untuk melaporkan keadaan semasa baginda, di mana semua pembaca berita dan wartawan mula berpakaian hitam. Siaran-siaran khas ini juga dipancarkan oleh stesen-stesen televisyen utama di United Kingdom; iaitu ITV, Channel 4 dan Channel 5.
  • 18:30 (01:30 MST, 9 September) - Laman sosial Twitter rasmi keluarga diraja Britain mengumumkan berita kemangkatan Ratu melalui satu ciapan. Ciapan yang sama juga menyatakan bahawa Raja Charles III dan Permaisuri Camilla akan kekal berada di Balmoral pada petang tersebut dan akan berangkat pulang ke London pada keesokan harinya.[3][4] Stesen-stesen televisyen Britian mengumumkan berita kemangkatan baginda sejurus selepas pengumuman dari Istana Buckingham. Semua siaran BBC (kecuali siaran kanak-kanak CBBC, diumumkan semasa siaran berita kanak-kanak Newsround; dan CBeebies) berlintas langsung dengan pembacaan pengumuman oleh pembaca berita Huw Edwards, diikuti dengan lagu kebangsaan Britian dikumandangkan. Bendera Union Jack di Istana Buckingham, 10 Downing Street dan Istana Balmoral dikibarkan separuh tiang.
  • Sebaik sahaja kemangkatan Ratu diumumkan, Putera Charles kini digelar Raja Charles III

9 September 2022


10 September 2022

11 September 2022

12 September 2022

13 September 2022

14-18 September 2022

Istiadat pemakaman[sunting | sunting sumber]

Istiadat pemakaman dijangka akan berlangsung pada 19 September 2022 di Westminster Abbey, London, pada pukul 11 pagi waktu tempatan.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://news.sky.com/story/queen-under-medical-supervision-as-doctors-are-concerned-for-her-health-12692805
  2. ^ https://www.plymouthherald.co.uk/news/uk-world-news/duke-york-princess-anne-prince-7562410
  3. ^ "Queen Elizabeth II has died, Buckingham Palace announces". BBC News. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  4. ^ https://twitter.com/RoyalFamily/status/1567928275913121792
  5. ^ https://www.royal.uk/arrangements-funeral-her-majesty-queen

Templat:State funerals in the United Kingdom Templat:Elizabeth II