Hanuman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
penambahbaikan
penambahbaikan
Baris 6: Baris 6:


==Kelahiran==
==Kelahiran==
Menurut legenda, Hanuman dilahirkan oleh [[Anjana]] yang merupakan ''[[apsara]]'' (bidadari) yang bernama 'Punjikasthala'. Diakibatkan oleh suatu sumpahan, Punjikasthala dilahirkan ke dunia sebagai manusia. Bagaimanapun, sumpahan itu hilang sebaik sahaja Anjana melahirkan jelmaan dewa [[Siva]].<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5</ref> Tempat kelahiran Hanuman tidak dapat dipastikan, dengan tempat-tempat yang berikut merupakan tempat yang mungkin:
Menurut legenda, Hanuman dilahirkan oleh [[Anjana]] yang merupakan ''[[apsara]]'' (bidadari) yang bernama ''Punjikasthala''. Diakibatkan oleh suatu sumpahan, ''Punjikasthala'' dilahirkan semula ke dunia sebagai seorang monyet. Bagaimanapun, sumpahan itu hilang sebaik sahaja Anjana melahirkan jelmaan dewa [[Siva]].<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5</ref> Tempat kelahiran Hanuman tidak dapat dipastikan, dengan tempat-tempat yang berikut merupakan tempat yang mungkin:
* Bukit Anjaneri di banjaran gunung [[Brahmagiri (bukit)|Brahmagiri]] yang berhampiran dengan [[Trimbakeshwar]], [[Maharashtra]];
* Bukit Anjaneri di banjaran gunung [[Brahmagiri (bukit)|Brahmagiri]] yang berhampiran dengan [[Trimbakeshwar]], [[Maharashtra]];
* Bukit Anjaneya di [[Hampi]], [[Karnataka]], berhampiran dengan gunung Risyamukha di tebing [[Sungai Pampa]], tempat pertemuan [[Sugriva]] dengan [[Rama|Sri Rama]]. Terdapat sebuah kuil yang dikatakan menandakan tempat kelahiran Hanuman.
* Bukit Anjaneya di [[Hampi]], [[Karnataka]], berhampiran dengan gunung Risyamukha di tebing [[Sungai Pampa]], tempat pertemuan [[Sugriva]] dengan [[Rama|Sri Rama]]. Terdapat sebuah kuil yang dikatakan menandakan tempat kelahiran Hanuman.
Baris 12: Baris 12:


Terdapat juga pelbagai kisah yang berbeza tentang kelahiran Hanuman:
Terdapat juga pelbagai kisah yang berbeza tentang kelahiran Hanuman:
* Bersama suaminya, Kesari, Anjana berdoa dengan tekun kepada dewa Siva untuk mendapatkanNya sebagai Anak. Gembira dengan sembahyang mereka, Siva mengurniakan Anjana dan suaminya apa yang dimintai.<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5</ref> Oleh itu, Hanuman juga dikenali sebagai "Maharudra" kerana dia dilahirkan daripada kurniaan Siva yang juga dikenali sebagai [[Rudra]]. [[Ramayana]] [[Valmiki]] (Yuddha Kanda) mengatakan bahawa Kesari ialah anak lelaki [[Bṛhaspati|Brihaspati]] dan dia bertempur di sisi Rama dalam perang terhadap [[Ravana]].
* Bersama suaminya, Kesari, Anjana berdoa dengan tekun kepada dewa Siva untuk mendapatkannya sebagai anak. Gembira dengan doa mereka, Siva mengurniakan Anjana dan suaminya apa yang diminta.<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5</ref> Oleh itu, Hanuman juga dikenali sebagai ''Maharudra'' kerana dia dilahirkan daripada kurniaan Siva yang juga dikenali sebagai [[Rudra]]. [[Ramayana]] [[Valmiki]] (Yuddha Kanda) mengatakan bahawa Kesari ialah anak lelaki [[Bṛhaspati|Brihaspati]] dan dia bertempur di sisi Rama dalam perang terhadap [[Ravana]].
* Pengikut aliran [[Dvaita]] menganggap Hanuman sebagai anak dewa [[Vayu]] (Bayu) atau jelmaan Vayu, dewa angin. Apabila Ravana mencuba memasuki ''Kailash'' (tempat kediaman Siva), dia memanggil Siva sebagai "monyet". Sebagai balasan, Siva menyumpah Ravana bahawa seekor monyet akan membakar ''[[Lanka]]'' (Lankapuri) (bandar berkubu) lalu mengambil bentuk Hanuman.
* Pengikut aliran [[Dvaita]] menganggap Hanuman sebagai anak dewa [[Vayu]] (Bayu) iaitu dewa angin. Apabila Ravana mencuba memasuki ''Kailash'' (tempat kediaman Siva), dia menggelar Siva sebagai "monyet". Sebagai balasan, Siva menyumpah Ravana bahawa seekor monyet akan membakar ''[[Lanka]]'' (Lankapuri) (bandar berkubu) lalu mengambil bentuk Hanuman.
* Anjana sedang bersembahyang kepada dewa Siva di hutan sewaktu [[Dasharatha]], raja [[Ayodhya]], sedang mengadakan [[Yagna]] Putrakama di istananya bagi dikurniakan putera-puteri. Dasharatha menerima ''[[payasam]]'' (puding suci) untuk dikongsi antara ketiga-tiga isterinya dan dengan itu, melahirkan [[Rama]], [[Lakshmana]], [[Bharata (Ramayana)|Bharata]], dan [[Shatrughna]]. Menerusi campur tangan ketuhanan, sebuah [[layang-layang]] menyambar secebis puding dan menggugurkannya semasa berterbang merentasi hutan yang Anjana sedang bersembahyang. [[Vayu]], dewa angin, menghantar puding yang digugurkan itu ke dalam tangan Anjana yang terkedang. Selepas makan puding itu, Hanuman dilahirkannya.<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" pp. 5-6</ref>
* Anjana sedang bersembahyang kepada dewa Siva di hutan sewaktu [[Dasharatha]], raja [[Ayodhya]], sedang mengadakan ''Yagna Putrakama'' di istananya bagi dikurniakan anak. Dasharatha menerima ''[[payasam]]'' (puding suci) untuk dikongsi antara ketiga-tiga isterinya dan dengan itu, melahirkan [[Rama]], [[Lakshmana]], [[Bharata (Ramayana)|Bharata]], dan [[Shatrughna]]. Menerusi campur tangan dewa, sebuah [[layang-layang]] menyambar secebis puding dan menggugurkannya semasa berterbangan merentasi hutan yang Anjana sedang bersembahyang. [[Vayu]], dewa angin, menghantar puding yang digugurkan itu ke dalam tapak tangan Anjana yang terbuka. Selepas memakan puding itu, Hanuman dilahirkannya.<ref>Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" pp. 5-6</ref>


[[Sri Aurobindo]] mengatakan bahawa "''vanara''" tidak merujuk kepada "monyet": "Prajapati menjelma sebagai jelmaan [[Vishnu]] Upendra di dalam haiwan (''Pashu'') yang empat [[Manu (Hinduisme)|Manu]] telahpun dijelmakan. [[Vanara]], manusia pertama yang muncul dalam [[Kalpa (unit masa)|Kalpa]] ini bukannya [[beruk]] tetapi manusia dengan sifat beruk", iaitu [[Manusia prasejarah|manusia primitif]] seperti [[Homo erectus]].
[[Sri Aurobindo]] mengatakan bahawa "''vanara''" tidak merujuk kepada "monyet" ringkasannya: ''Prajapati menjelma sebagai jelmaan [[Vishnu]] Upendra di dalam haiwan (''Pashu'') yang empat [[Manu (Hinduisme)|Manu]] telahpun dijelmakan. [[Vanara]], manusia pertama yang muncul dalam [[Kalpa (unit masa)|Kalpa]] ini bukannya [[beruk]] tetapi manusia dengan sifat beruk'', iaitu [[Manusia prasejarah|manusia primitif]] seperti [[Homo erectus]].


Rujukan kepada Hanuman dalam kesusasteraan klasik boleh dijumpai seawal [[abad ke-5 SM]] hingga [[abad ke-1 SM]] dalam Astadhyayi yang dikarang oleh [[Pāṇini|Panini]], Abhiseka Nataka, Pratima Nataka, dan [[Raghuvamsa]] ([[Kālidāsa]]).
Rujukan kepada Hanuman dalam kesusasteraan klasik boleh dijumpai seawal [[abad ke-5 SM]] hingga [[abad ke-1 SM]] dalam ''Astadhyayi'' yang dikarang oleh [[Pāṇini|Panini]], Abhiseka Nataka, Pratima Nataka, dan [[Raghuvamsa]] ([[Kālidāsa]]).


==Kehadiran dalam zaman kini==
==Kehadiran dalam zaman kini==
[[Image:Hanumantha.jpg|right|thumb|200px|Hanuman, sebagaimana digambarkan dalam [[Yakshagana]], kesenian rakyat [[Karnataka]] yang popular.]]
[[Image:Hanumantha.jpg|right|thumb|200px|Hanuman, sebagaimana digambarkan dalam [[Yakshagana]], kesenian rakyat [[Karnataka]] yang popular.]]


Terdapat banyak [[nabi]] yang mendakwa bahawa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya [[Madhvacharya]] ([[abad ke-13]]), [[Tulsidas]] ([[abad ke-16]]), [[Samarth Ramdas|Sri Ramdas Swami]] ([[abad ke-17]]), [[Raghavendra Swami]] ([[abad ke-17]]), dan [[Swami Ramdas]] ([[abad ke-20]]). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja [[Ramayana]] dibaca.
Terdapat banyak tokoh yang mendakwa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya [[Madhvacharya]] ([[abad ke-13]]), [[Tulsidas]] ([[abad ke-16]]), [[Samarth Ramdas|Sri Ramdas Swami]] ([[abad ke-17]]), [[Raghavendra Swami]] ([[abad ke-17]]), dan [[Swami Ramdas]] ([[abad ke-20]]). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja Hikayat [[Ramayana]] dibaca.


<blockquote> यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।</blockquote>
<blockquote> यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।</blockquote>

Semakan pada 20:55, 12 November 2010

Hanuman, dewa Hindu
Teks Hindu
Śruti

Smriti


Dewa Hanuman ( sa:हनुमान्, IAST:Hanumān ), juga dikenali sebagai Andoman atau Maruti , ialah antara watak yang dikenali di kalangan penganut agama Hindu serta antara peranan terpenting didalam Puisi epik India, Hikayat Ramayana (dikenali sebagai Seri Rama didalam dunia Melayu). Pencapaiannya yang termasyhur, sebagaimana diceritakan dalam puisi Ramayana, ialah mengepelai sepasukan monyet untuk berperang dengan Ravana (atau Maharaja Wana), raja syaitan. Hanuman juga dikenali sebagai Bajrang (dari Sanskrit, Vajranga) kerana badannya sekeras vajra (Sanskrit untuk "petir" atau "intan"). Sebagai anak kepada Anjana, Hanuman juga dikenali sebagai Anjaneya yang membawa maksud "berasal daripada Anjana".

Kelahiran

Menurut legenda, Hanuman dilahirkan oleh Anjana yang merupakan apsara (bidadari) yang bernama Punjikasthala. Diakibatkan oleh suatu sumpahan, Punjikasthala dilahirkan semula ke dunia sebagai seorang monyet. Bagaimanapun, sumpahan itu hilang sebaik sahaja Anjana melahirkan jelmaan dewa Siva.[1] Tempat kelahiran Hanuman tidak dapat dipastikan, dengan tempat-tempat yang berikut merupakan tempat yang mungkin:

  • Bukit Anjaneri di banjaran gunung Brahmagiri yang berhampiran dengan Trimbakeshwar, Maharashtra;
  • Bukit Anjaneya di Hampi, Karnataka, berhampiran dengan gunung Risyamukha di tebing Sungai Pampa, tempat pertemuan Sugriva dengan Sri Rama. Terdapat sebuah kuil yang dikatakan menandakan tempat kelahiran Hanuman.
  • Anjan,[2] sebuah perkampungan kecil, kira-kira 18 kilometer dari Gumla melalui Toto. Nama kampung itu mungkin berasal daripada nama ibu Hanuman, Anjani. Gua Aanjani, tempat kediaman Anjani, terletak di sebuah bukit, 4 kilometer dari perkampungan tersebut. Banyak objek yang penting daripada segi arkeologi telah diperoleh di sana dan kini disimpan di muzium Patna. Terdapat juga sebuah arca Anjani dengan Hanuman di atas pahanya berhampiran Gua Aanjani.

Terdapat juga pelbagai kisah yang berbeza tentang kelahiran Hanuman:

  • Bersama suaminya, Kesari, Anjana berdoa dengan tekun kepada dewa Siva untuk mendapatkannya sebagai anak. Gembira dengan doa mereka, Siva mengurniakan Anjana dan suaminya apa yang diminta.[3] Oleh itu, Hanuman juga dikenali sebagai Maharudra kerana dia dilahirkan daripada kurniaan Siva yang juga dikenali sebagai Rudra. Ramayana Valmiki (Yuddha Kanda) mengatakan bahawa Kesari ialah anak lelaki Brihaspati dan dia bertempur di sisi Rama dalam perang terhadap Ravana.
  • Pengikut aliran Dvaita menganggap Hanuman sebagai anak dewa Vayu (Bayu) iaitu dewa angin. Apabila Ravana mencuba memasuki Kailash (tempat kediaman Siva), dia menggelar Siva sebagai "monyet". Sebagai balasan, Siva menyumpah Ravana bahawa seekor monyet akan membakar Lanka (Lankapuri) (bandar berkubu) lalu mengambil bentuk Hanuman.
  • Anjana sedang bersembahyang kepada dewa Siva di hutan sewaktu Dasharatha, raja Ayodhya, sedang mengadakan Yagna Putrakama di istananya bagi dikurniakan anak. Dasharatha menerima payasam (puding suci) untuk dikongsi antara ketiga-tiga isterinya dan dengan itu, melahirkan Rama, Lakshmana, Bharata, dan Shatrughna. Menerusi campur tangan dewa, sebuah layang-layang menyambar secebis puding dan menggugurkannya semasa berterbangan merentasi hutan yang Anjana sedang bersembahyang. Vayu, dewa angin, menghantar puding yang digugurkan itu ke dalam tapak tangan Anjana yang terbuka. Selepas memakan puding itu, Hanuman dilahirkannya.[4]

Sri Aurobindo mengatakan bahawa "vanara" tidak merujuk kepada "monyet" ringkasannya: Prajapati menjelma sebagai jelmaan Vishnu Upendra di dalam haiwan (Pashu) yang empat Manu telahpun dijelmakan. Vanara, manusia pertama yang muncul dalam Kalpa ini bukannya beruk tetapi manusia dengan sifat beruk, iaitu manusia primitif seperti Homo erectus.

Rujukan kepada Hanuman dalam kesusasteraan klasik boleh dijumpai seawal abad ke-5 SM hingga abad ke-1 SM dalam Astadhyayi yang dikarang oleh Panini, Abhiseka Nataka, Pratima Nataka, dan Raghuvamsa (Kālidāsa).

Kehadiran dalam zaman kini

Fail:Hanumantha.jpg
Hanuman, sebagaimana digambarkan dalam Yakshagana, kesenian rakyat Karnataka yang popular.

Terdapat banyak tokoh yang mendakwa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya Madhvacharya (abad ke-13), Tulsidas (abad ke-16), Sri Ramdas Swami (abad ke-17), Raghavendra Swami (abad ke-17), dan Swami Ramdas (abad ke-20). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja Hikayat Ramayana dibaca.

यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।

yang membawa pengertian:

Bahawa di mana-mana sahaja perbuatan Sri Rama dinyanyikan,

Di semua tempat itulah yang akan Hanuman titiskan air mata kasih sayang dan kegembiraan,

Di semua tempat itulah yang akan kehadhirannya menghapuskan ketakutan terhadap syaitan.

Ini juga boleh didapati di dalam banyak teks yang lain seperti Vinaya Patrika oleh Tulsidas, Mahabharta oleh Ved Vyasa, Anand Ramayan, dan banyak teks yang lain, dengan sedikit perbezaan dalam bahasa/ayat. Juga di tempat-tempat yang upacara suci Ramayanpath diadakan, terdapat puja dan ruang (atau asan) khusus yang dikhaskan untuk Hanuman.

Adalah dipercayai bahawa dalam zaman Kali Yuga ini, terdapat tiga kuasa yang Jagrit, iaitu aktif daripada segi kesedaran:

  1. Shree ramdut Hanuman
  2. Maa Kali
  3. Shri Bhairav.

Ketiga-tiga kuasa itu adalah serupa. Bagaimanapun, fakta bahawa semasa salah satu puisi doha Shree Hanuman Chalisa, Maa Sita berkata, "Asth sidhi Nau nidhi ke data, as bar din Janaki Mata" (kuasa Dewi juga diberikan kepada Hanuman dan menyebabkannya menjadi Jagrit yang paling berkuasa antara semua).

Tenaga Hanuman tak Terhingga dan sebagai Tuan Marikh, (dengan salah satu contoh unggul merupakan darah di dalam badan manusia), gita puja yang berikut dibaca agar dilimpahi rahmat Hanuman:

" Laal Deh Lali lase, Arudhar Lal Langoor, Vajra deh danav dalan, jai jai jai kapi sur."

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5
  2. ^ NIC: Anjan, Gumla
  3. ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" p. 5
  4. ^ Sri Ramakrishna Math (1985) "Hanuman Chalisa" pp. 5-6
  • Sri Ramakrishna Math (1985): Hanuman Chalisa. Chennai (India): Sri Ramakrishna Math. ISBN 81-7120-086-9.
  • Mahabharata (1992). Gorakhpur (India): Gitapress.
  • Anand Ramayan (1999). Bareily (India): Rashtriya Sanskriti Sansthan.
  • Swami Satyananda Sarawati: Hanuman Puja. India: Devi Mandir. ISBN 1-887472-91-6.
  • The Ramayana Smt. Kamala Subramaniam. Published by Bharatiya Vidya Bhavan (1995). ISBN 8172764065
  • Hanuman - In Art, Culture, Thought and Literature by Shanti Lal Nagar (1995). ISBN 81-7076-075-3

Pautan luar