Abdul Hamid Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox person
{{Infobox person
|name = Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri '''Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin'''
|name = Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri '''Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin'''
|image = Placeholder male superhero c.png
|image =
|image_size =
|image_size =
|caption =
|caption =

Semakan pada 10:36, 25 Februari 2016

Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin
Kelahiran
Abdul Hamid bin Ngah @ Hj. Zainal Abidin

20 Februari 1944
Bagan Datoh, Perak
Meninggal dunia30 Disember 2014
IJN , Kuala Lumpur
Sebab kematianSerangan jantung, sesak nafas
Warganegara Malaysia
PendidikanSekolah Melayu Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh
Pekerjaanpengerusi MARA
Parti politikBN / UMNO
PasanganLatifah Abdullah (63 tahun)
Anak-anak11

Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Ngah @ Hj. Zainal Abidin (B) merupakan pengerusi MARA dari 16 Julai 2004 hingga 2009. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Parit Buntar dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Beliau lahir pada 20 Februari 1944 dan meninggal dunia pada 30 Disember 2014.

Beliau dan Dr. Zakir Abdul Karim dari India dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435/2013M. Anugerah itu disampaikan pada 5 November 2013 di Puttrajaya. Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya .Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menyampaikan anugerah tersebut. [1]

Pendidikan

Abdul Hamid menerima pendidikan di Sekolah Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh, dan Madrasah Irsyadiah, Bt. 26, Bagan Datoh, Perak. Kemudian sambung belajar di Madrasah Alawiah, Arau, Perlis dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya .Seterusnya sambung belajar peringkat Diploma in Education (Islamic College); Master ( Universiti al-Azhar, Kaherah,Mesir serta Muslim College, London. Selain itu Ijazah Sarjana Perundangan Islam Takhassus Universiti al Azhar, Mesir.

Kerjaya

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan (1971 - 1972) ; Guru di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1972 - 1977) ; Pensyarah Pengajian Islam & Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai (1972 - 1980) ; Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam (1980 - 1981).

Seterusnya menjadi Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar , Bahagian Pendidikan Guru -Kementerian Pelajaran (1982 - 1983) dan Pengetua - Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1984 - 1985)

Apabila Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) -Kementerian Pertahanan Malaysia ditubuhkan , beliau menjadi pengarah KAGAT yang pertama (1985 - 1995) selama 10 tahun . Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta beliau menyertai tentera padahal ketika itu beliau berusia 40 tahun. Oleh itu beliau terpaksa menjalani latihan tentera seperti latihan asas ketenteraan, berkawad, pegang senjata dan semua protokol dalam ketenteraan . Selepas menerima pelbagai latihan , Yang di-Pertuan Agong telah memberi tauliah dengan pangkat Kolonel dan dilantik sebagai pengarah KAGAT yang pertama. Anggota KAGAT boleh dihantar ke mana-mana termasuk berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu seperti ke Bosnia Herzegovina dan Somalia.

Sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Ketua Pengarah yang pertama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1995 - 2001). JAKIM pertama kali ditubuhkan bagi menggantikan unit kecil yang dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) di Pusat Islam. Ketika itu Abdul Hamid ditelefon oleh Tun Dr Mahathir ketika mengerjakan haji di Mekah. Pada masa yang sama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut ditubuhkan .

Pada 2001, selepas 6 tahun di JAKIM, beliau dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (2001- Mac 2004). Jawatan kini pernah disandang oleh Tan Sri Dr Mohd. Yusof Noor Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) (16 Julai 2004 - 2009). Beliau turut menjadi pengerusi dan Pro Cancelor Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Politik Parit Buntar

Beliau dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi bertanding di parlimen Parit Buntar dalam Pilihan raya umum 2004 dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali. Abdul Hamid mendapat 19,317 undi sementara Dr Hasan mendapat 14,619 undi. Sebelum itu Dr Hasan menewaskan calon BN/UMNO Abdul Rahman Suliman , seorang wartawan dengan majoriti 2,094 .

Kemenangan Abdul Hamid juga disertai dengan kemenangan semula BN/UMNO di DUN Titi Serong dan mengekalkan DUN Batu Kurau.

Namun Abdul Hamid tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya 2008. Tempat beliau diambil semula oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman bagi menentang Dr Mujahid Yusof Rawa. Ternyata calon BN/UMNO itu tewas kepada calon PAS dengan majoriti 7551 undi. Tahun 2013, Datuk Dr Mujahid sekali lagi menang dengan menewaskan Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin dari BN/UMNO dengan majoriti bertambah kepada 8476 undi.[2]

Menangani al Arqam

Anugerah

  • Kasteria Mangku Negara ( KMN ) 1990
  • Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) 1991
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) 1991
  • Johan Setia Mahkota (JSM) 1994
  • Panglima Jasa Negara (PJN) 1999
  • Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2003
  • Panglima Setia Mahkota (PSM) 2011

Meninggal dunia

Pada 2000, Abdul Hamid Zainal Abidin pernah menjalani pembedahan pintasan jantung .

Pada 30 Disember 2014, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) , Kuala Lumpur akibat sesak nafas dan serangan jantung pada usia 70 tahun .Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.[3] Keluarga ini menetap di rumah No 8 Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.[4]

Rujukan