Pergi ke kandungan

Mohd Yusof Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd. Yusof Noor)
Profesor Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji

Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Noor

PSM, SSAP, SPMT, DSSA, JMN, PPT, KMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Setiu, Terengganu
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehTengku Mahmud Tengku Mansor
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Dalam jawatan
1987–1990
Didahului olehAbdul Ajib Ahmad
Digantikan olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Besut, Terengganu
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehZakaria Abdul Rahman
Digantikan olehIdris Jusoh
Menteri Perusahaan Utama
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehLim Keng Yaik
Digantikan olehLim Keng Yaik
Pengerusi Lembaga Pengarah
TV Alhijrah
Dalam jawatan
2009–2016
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehIsmee Ismail
Butiran peribadi
LahirMohamed Yusof bin Mohamed Noor
1941 (umur 82–83)
Besut, Terengganu

Tan Sri Dato' Sri Dr. Yusof bin Haji Md Noor (lahir pada tahun 1941 di Besut, Terengganu) merupakan ahli politik Malaysia.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Universiti Ain Shams dan Universiti Kaherah di Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapat pendidikan di Strathclyde Business School di Scotland, United Kingdom.

Yusof Noor pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM. Beliau kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas menjadi ahli parlimen untuk kawasan Setiu dari 1987-1990.

Kemudian dari 1990-1995, selepas menjadi ahli parlimen kawasan Besut, beliau dilantik sebagai Menteri Perusahaan Awam. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi salah satu Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu selama sepenggal dari 1995-1999 di bawah pimpinan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Tambahan pula, beliau pernah menjadi pengerusi MARA dan menjadi salah seorang pengasas MRSM Besut.

Di samping itu, beliau pernah menjadi Pengerusi FELDA dari tahun 2003 sehingga 1 Januari 2011[1] dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan Pengerusi di AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) dari tahun 2009 hingga ke 2016.

Khidmat masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Pengerusi Yayasan Ehsan dan Pengerusi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsan dan Antarabangsa.

Sebagai bekas ahli akademik, beliau telah menulis buku dan kertas-kertas kerja ilmiah sebagai tanda cinta beliau dalam bidang ilmu.

Beliau turut mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya melalui Persatuan Falak Syari Malaysia di mana beliau merupakan perasmi kepada majlis penubuhan persatuan ini pada tahun 1986 sekaligus menjadi Penaung pertama PFSM.

Beliau juga bertanggungjawab dalam pembinaan Planetarium Negara dan penubuhan Pusat Cerapan KUSZA, Terengganu.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia.[2]

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1987–1990)
  • Menteri Perusahaan Utama (1990–1995)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000-2003)
  • Pengerusi FELDA (2003–2011)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Pejabat PM umum lantikan Isa Samad", Malaysiakini.com. 27 Disember 2010.
  2. ^ "Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada 2021-08-31.