Bob Lokman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 143: Baris 143:
|
|
|-
|-
| ''[[Santau]]''
| ''[[Santau (filem)|Santau]]''
| Bomoh
| Bomoh
|
|

Semakan pada 07:47, 5 Oktober 2018

Bob Lokman
Bob Lokman memberi ceramah agama
Kelahiran
Mohd Hakim bin Lokman

(1964-04-15) 15 April 1964 (umur 60)
WarganegaraMalaysia
KerakyatanMelayu
PekerjaanPenggubah lagu, Penulis lirik, Pelawak, Pengacara, Pelakon, Penceramah agama, Penulis buku, Ahli politik
Terkenal keranaIsabella
Parti politikPAS
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Tahun aktif1988–2011

Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman (15 April 1964) merupakan pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik terkenal di Malaysia dan kini penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas lagu popular Isabella nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Pendidikan

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

Menyertai PAS

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau di Melaka.

Ditahan kerana berceramah

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).[1] Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS, [2] melalui empat kategori.

Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.[3][4]

Lagu-Lagu ciptaan

  1. Taman Rashidah Utama - Wings
  2. Fotostat - Wings
  3. Purnama - Search
  4. Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet
  5. Malas - Teacher's Pet
  6. Songsang - Search
  7. Dakapkan Ku Ke Syurga - Teacher's Pet
  8. Inspirasi Taming Sari - Wings
  9. Intan, Ku Kesepian - Wings
  10. Belenggu Irama - Wings
  11. Sekeping Kertas Bermaruah - Wings
  12. Dari Tuhan - Wings
  13. Jerangkap Samar - Wings
  14. Orang Kita - Wings
  15. Isabella - Search
  16. Memandu Nafsu - Search
  17. Teguh - Search
  18. Orait Mama - Search
  19. Kasih - Ella
  20. R 'N' R Lu Punya Suka - Wings
  21. Akhirnya - Search
  22. Ikutkan Saja - Search & Wings
  23. Kuburkan Aku - Wings
  24. Rock 'N' Roll Band - Wings
  25. Tangisan Marhain - Wings
  26. Puisi Merdeka - Wings
  27. Dendam Cinta Seusia Dunia - BPR
  28. Aku Mercedes Rock 'N' Roll - Black Rose
  29. Mawar Hitam - Black Rose
  30. Keindahan Sepi - Lefthanded
  31. Semangat Lamina - Lefthanded
  32. Pusara Di Lebuhraya - Ekamatra
  33. Kerana Cinta - Exist
  34. Di Galeri Ini - Mega
  35. Bila Berlabuh - Mega
  36. Tulisan Mu - Mega
  37. Pada Syurga Di Wajahmu - Nash
  38. Memburu Rindu - Hattan
  39. Rendang Tak Berbuah - Hattan
  40. Falsafah Cinta - Slam

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1996 Yes, Tuan!
2003 Iskandar Eddie Gondol
2009 Jin Notti Jin Samsu
Santau Bomoh
2010 Zoo Encik Din
Mantra Haji Fatah
2011 Sekali Lagi Bapa Sheila

Rujukan

Pautan luar