Badik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Verosaurus (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:


== Rujukan ==
== Rujukan ==
{{reflist}}{{Senjata Indonesia}}
{{reflist|2}}
{{Senjata Nusantara}}
[[Kategori:Senjata Melayu]]
[[Kategori:Senjata Melayu]]
[[Kategori:Senjata tajam]]
[[Kategori:Senjata tajam]]

Semakan pada 16:24, 31 Julai 2020

Mata dan sarung badik.

Badik atau badek merupakan senjata bilah yang bermula dari Sulawesi, Indonesia yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. [1]

Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.[2]

Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan. [3]

Pautan luar

Rujukan