Talha Harith: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42: Baris 42:
|-
|-
| style="text-align:center;" rowspan="6" |'''2011'''
| style="text-align:center;" rowspan="6" |'''2011'''
| ''[[Gemilang (siri TV)|Gemilang]]''
| Azlan
| [[TV3]]
| [[Slot Aksi]]
|-
| ''[[Keranamu Laila]]''
| ''[[Keranamu Laila]]''
| Fendi (20 tahun)
| Fendi (20 tahun)
Baris 66: Baris 71:
| [[TV3]]
| [[TV3]]
| [[Slot Seram]]
| [[Slot Seram]]
|-
| ''[[Gemilang (siri TV)|Gemilang]]''
| Azlan
| [[TV3]]
| [[Slot Aksi]]
|-
|-
| style="text-align:center;" rowspan="4" |'''2012'''
| style="text-align:center;" rowspan="4" |'''2012'''

Semakan pada 05:15, 9 Oktober 2020

Talha Harith
Kelahiran
Talha Amir bin Harith[1]

(1989-02-11) 11 Februari 1989 (umur 35)
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAswara (Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010—kini
Ketinggian5 ft 8.5 in (1.74 m)

Talha Amir bin Harith (Jawi: تلها هاريث; lahir 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Drama lakonan Talha yang mendapat reaksi positif dan mencapai populariti adalah seperti Juvana , Setia Hujung Nyawa , Menjinak Ombak dan banyak lagi. Pada tahun 2017, beliau telah muncul dalam dua buah drama di TV3 iaitu Andainya Takdir dan Menantu Bilal manakala telemovie ialah Alim - Alim Kucing di TV1 , Menantu Second Class di TV9 dan Roda Ceketeng di TV2.

Kehidupan awal

Talha dilahirkan pada 11 Februari 1989 dan berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru. Beliau mempunyai pendidikan dalam jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (Aswara).

Kerjaya

Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Talha juga bekerjaya sebagai seorang pensyarah yang mengajar asas lakonan. Namun, disebabkan minat mendalam dalam bidang lakonan, jadi beliau lebih ke arah berlakon. [2]

Talha memulakan karier beliau pada tahun 2010 dengan membintangi drama Habil dan Qabil di TV3 dan telemovie Tetangga di TV1. Nama Talha, mula dikenali selepas membintangi drama Tudung Ekspres dan drama Juvana [3] serta drama bersiri keagamaan iaitu Tanah Kubur dari musim 2 hingga musim 14. Selain itu, drama Menjinak Ombak juga menaikkan nama beliau kerana impak populariti drama tersebut.

Pada tahun 2012, Talha pernah menjadi tunggak utama dalam sebuah drama di Slot Azalea di TV3 bertajuk Darjat bersama pelakon lain seperti Syazwan Zuklifly dan Ika Nabila. Drama ini mengisahkan percintaan antara dua darjat. [4] Di samping itu, beliau juga turut berlakon dalam drama Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Hadi seorang antagonis. [5]

Pada Jun 2017, Talha akan membintangi sebuah drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd yang akan mula bersiaran di TV3 pada 2 Jun 2017. Beliau yang memegang watak sebagai Rashdan, anak kepada Bilal Brahim dan Mak Esah yang disegani oleh orang. Drama ini memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Kedah) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri. Selain itu, drama ini juga dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zuklifi, Nazeera Sardi , Ruhainies Farehah dan banyak lagi. [6] Seterusnya , beliau juga membintangi drama Andainya Takdir yang juga bersiaran di TV3 dan beliau memegang watak sebagai Zaki pada tahun 2017.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2010 Tudung Ekspres Qayyum Astro Prima
2011 Gemilang Azlan TV3 Slot Aksi
Keranamu Laila Fendi (20 tahun) TV3 Slot Zehra
Juvana Black TV3 Slot Aksi
Tanah Kubur Izal Astro Oasis & Astro Maya HD Musim 2 – 5 & 14
Cinta Elysa Joey TV3 Slot Lestary
Terowong: Ayu Aril TV3 Slot Seram
2012 Masyitah Ustaz Amin TV2
Miss Octopus Senin TV3
Darjat Ghaz TV3 Slot Azalea
Setia Hujung Nyawa Hadi TV3 Slot Akasia
2013 Menjinak Ombak [7] Asyraf TV3 Slot Zehra
Teduhan Kasih Izzad TV3 Slot Akasia
Terukir Di Bintang Chef Zoey TV3 Slot Samarinda
Rindu Ini Milik Dia Ezham TVi
Bila Hati Perempuan Menjerit Reza Astro Prima
2014 PLAN B [8] Mika TV3 Slot Aksi
Kusinero Cinta Isa Samad Astro Bella
2015 Chef Ramadan Chef Azrin TV3
2016 Pujaan Hati Umi Reza TV3 Slot Azalea
2017 Andainya Takdir Zaki TV3 Slot Samarinda
Menantu Bilal Rashdan TV3 Slot Dahlia
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi TV3 Slot Akasia
Sedingin Cinta Antasya Jeffri HyppTV
Dia Segala - Segalanya Faizul TV1 Slot Arca
Bila Aidil Ada Fitri Qhariz Astro Oasis & Astro Maya HD Slot Raihana
Lelaki Kiriman Tuhan Mirza Astro Oasis Slot Raihana
2019 Curi-Curi Cinta Iskandar Astro Ria Slot MegaDrama
Puteri Yang Ditukar Karim Muda Astro Prima Slot Tiara

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2010 Tetangga Fariz TV1
2012 Mencari Lailatul Qadar RTM
Nur Fitri TV9
Pelarian Bedon TV3
Fiksi Fixie Astro
2013 Arjunaku Keju Farid TVi

2014

Dia Al-Amin Rizal TV9
2015 Sesumpah Ramadan TV3
Abangku Patriot [9] Zaharin TVi
2016 PA Encik Monster Andhika HyppTV
Sirat Al-Mustaqeem Megat Astro Oasis & Astro Maya HD
Stailista Cinta Akmal TV2
2017 Alim - Alim Kucing [10] Harris TV1
Menantu Second Class Arman TV9
Roda Ceketeng Norman TV2
2018 Cikgu Dol Masuk Kampung Cikgu Dol HyppTV

Iklan

  • Dadah (2017)

Rujukan

  1. ^ Dicapai 2 Februari 2017. Sukar terima kenyataan Utusan Online
  2. ^ Dicapai 3 Jun 2017. Pegang nasihat pelakon senior - Hiburan. Kosmo Online
  3. ^ 5 September 2012. Karier lakonan terus bersinar - Hiburan. Kosmo Online
  4. ^ 12 Februari 2012. Sinopsis Drama Darjat TV3. Budiey
  5. ^ 14 Februari 2013. Empat jiwa berkongsi rasa - Hiburan. Kosmo Online
  6. ^ 31 Mei 2017. Menantu Bilal (TV3) My Info Taip
  7. ^ 11 Disember 2013. Cinta penuh tragis, Menjinak Ombak penuh kejutan. Sinar Harian
  8. ^ 25 Ogos 2014. Aksi mendebarkan - Hiburan. Utusan Online
  9. ^ 24 Ogos 2015 - ditulis oleh GARRET DAWUM. Pengisian kemerdekaan - Hiburan. Utusan
  10. ^ (22 Januari 2017). Alim-Alim Kucing beri keinsafan. Dicapai 7 April 2017.

Pautan luar