Latifah Omar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox person
{{Infobox person
| honorific_prefix = '''Seniwati'''
|name = Latifah Omar
|name = Latifah Omar<br/>'''لطيفه عمر'''
|image = LatifahOmar.jpg
|image = LatifahOmar.jpg
|caption = Latifah Omar pada 2011.
|caption = Latifah Omar pada 2011.
|birth_name = Fatimah Omar
|birth_name = Fatimah Omar

Semakan pada 07:30, 24 Mei 2021

Seniwati

Latifah Omar
لطيفه عمر
Latifah Omar pada 2011.
Kelahiran
Fatimah Omar

(1939-03-26)26 Mac 1939
Meninggal dunia9 Jun 2013(2013-06-09) (umur 74)
Sebab kematianBarah usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Ulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1953—1973, 2012—2013
PasanganRahmat Ali
Anak-anak4

Fatimah Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Latifah Omar (26 Mac 1939 – 9 Jun 2013) ialah seorang pelakon filem Malaysia yang muncul dalam filem-filem Melayu hitam dan putih.

Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang Waktu Piawai Malaysia pada usia 74 tahun, di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat penyakit kanser usus. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3 Lembah Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat, Ulu Kelang pada 11.20 pagi.[1] Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak dan sembilan orang cucu.

Biografi dan kerjaya

Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 26 Mac 1939[2] dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke Singapura bersama ibunya, Rahmah Binti Kassim. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.

Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi filem Panggilan Pulau yang ditayangkan pada tahun 1954. filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latiff, A. Rahim, Salleh Kamil, S. Shamsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kadarisman, Ibrahim Pendek dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .

Pada tahun yang sama juga, Allahyarhammah telah berpeluang untuk bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Merana (November 1954), terbitan Malay Film Production. Itu merupakan kali kedua dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum berhijrah dari Malay Film Production ke syarikat perfileman Cathay Keris.[3] Agak menyedihkan bagi Latifah (bergaji bulan) apabila dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem – sehingga sampai ke peringkat dia dimarahi. Kemarahan pihak MFP itu jelas diterjemahkan dalam filem Putera Bertopeng apabila namanya di ‘credit title’ dikeluarkan sungguhpun beliau adalah pelakon utama pelakon Allahyarham Dato' Ahmad Mahmud. Nama Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain sahaja yang ada, sebaliknya nama Latifah pula yang tiada.

Ketika bersama Cathay Keris, populariti Allahyarham meningkat apabila beliau berlakon dalam banyak filem genre bangsawan bersama Allahyarham Nordin Ahmad. Beliau sempat membintangi 26 buah filem dengan Cathay Keris, yang mana 12 daripadanya merupakan gandingan bersama Nordin Ahmad. Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwa, Lanchang Kuning dan Chuchu Datok Merah

Selain Nordin Ahmad, Latifah juga pernah digandingkan dengan ramai seniman ternama seperti Dato' Ahmad Mahmud (filem Insan dan Putera Bertopeng), S. Roomai Noor (Sumpitan Racun), S. Kadarisman (Bernoda), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim (Rumah Itu Duniaku). Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah lakonannya bersama Dato' Mustapha Maarof, Allahyarhammah memegang watak sebagai Merah, anak tiri yang teraniaya.

Apabila industri perfileman Melayu mula menampakkan kemerosotan, Latifah membawa diri selepas filem Naga Tasek Chini dan Gurindam Jiwa. Tetapi kemudian pada 1971, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Putus Sudah Kaseh Sayang terbitan Merdeka Film Productions iaitu gandingan ketiga P. Ramlee dan Latifah selepas filem Panggilan Pulau dan Merana (1954).

Filem terakhir Latifah ialah Hati Batu (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, Ogy Ahmad Daud, M. Shahdan dan Salleh Melan.

Kehidupan peribadi

Allahyarhamah pernah menjadi ibu tiri kepada Allahyarhamah Seniwati Rahmah Rahmat apabila bapa Rahmah iaitu Rahmat Ali, seorang peniup trompet profesional menikahi Allahyarhamah pada tahun 1957. Jarak umur di antara Latifah dan Rahmat terlalu jauh iaitu 18 tahun. Beza umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh. Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Latifah dan Rahmat Ali tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian. Beliau juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi kesemua perkahwinan Allahyarhamah berakhir dengan penceraian.

Anugerah dan Pencalonan

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Dahlia Filem pertama
Kerana Kau Pelakon tambahan
1954 Panggilan Pulau Melati Pelakon tambahan
Merana Aminah
1955 Insan Salamh
Menyerah Rohaya
Bernoda
1957 Putera Bertopeng Wan Dalila
1958 Serangan Orang Minyak Sofia
Selendang Delima Putri Bungsu
1959 Bawang Putih Bawang Merah Bawang Merah
Raden Mas Raden Mas
1960 Che Mamat Parang Tumpul Fatimah
1961 Sumpitan Racun Rokiah
Hang Jebat Dang Baru
Jalak Lenteng Puteri Seri Purnama
Gado-gado Penampilan khas
1962 Chelorong Cheloreng Harum Cendana
Laila Majnun Laila
Lanchang Kuning Telani
1963 Rumah Itu Dunia Aku Lina
Chuchu Datok Merah Wan Kuntum
Bayangan Di Waktu Fajar
1964 Kalong Kenangan Tengku Mawar
Wan Perkasa Mawar
1965 Cinta Kasih Sayang Normah
Ikan Emas Kintan
Gurindam Jiwa Dahlia
1966 Naga Tasik Chini Mayang
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Lisda
1973 Hati Batu Zaitun Filem terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 50/50 TVi

Rujukan

Pautan luar