Pergi ke kandungan

Lebuh AMJ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan Malaysia 19 dan 5
Lebuh AMJ
(Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin)
Maklumat laluan
Wujud2001–kini
SejarahSiap pada 2007[1]
Simpang utama
Hujung barat lautBulatan Taboh Naning, Melaka
Persimpangan utama Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
LP 61 Jalan Persekutuan 61
LP 139 Jalan Persekutuan 139
LP 19 Jalan Taboh Naning
LP 142 Jalan Persekutuan 142
LP 140 Jalan Persekutuan 140
LP 33 Lebuh SPA
LP 144 Jalan Persekutuan 144
LP 5 Jalan Persekutuan 5
LP 23 Jalan Persekutuan 23
LP 224 Jalan Pintasan Muar
Hujung tenggaraParit Bunga, Muar, Johor
Lokasi
Destinasi
utama
Simpang Ampat
Tampin
Alor Gajah
Batu Berendam
Bandaraya Melaka
Umbai
Merlimau
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin,[1] atau lebih popular dengan panggilan Lebuh AMJ, Jalan Persekutuan 19 (sebelah Melaka) dan 5 (sebelah Johor) merupakan sebuah lebuh raya kembar yang merentasi negeri Melaka, Malaysia.

Latar belakang laluan

[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, Lebuh AMJ menganjur dari utara ke selatan, iaitu dari Simpang Ampat ke Bandaraya Melaka sebelum menghala ke timur dari Bandaraya Melaka ke Muar. Keseluruhan jajaran Lebuh AMJ di Melaka diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 19, manakala jajaran lebuh raya tersebut di Johor pula diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 5. Kedua-dua nombor laluan bertindih di jajaran antara Persimpangan Sungai Duyong ke Persimpangan Semabok. Sementara itu, jajaran antara Malim hingga Semabok asalnya diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 191 tetapi kemudiannya telah dilucutkan pewartaannya pada tahun 2012 setelah keseluruhan Lebuh AMJ diwartakan sebagai FT19.

Mengikut sejarah, Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 19 asalnya terletak di persimpangan Jalan Hang Tuah-Jalan Kubu di Bandaraya Melaka. Setelah Lebuh AMJ diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 19 pada 2012, Kilometer sifar bagi Jalan Persekutuan 19 dialihkan ke Persimpangan Jalan Lama Kesang di Kesang, Johor.[2]

Lebuh AMJ dibina bagi mengatasi kesesakan di sepanjang Jalan Persekutuan 19 (Melaka-Simpang Ampat) dan 5 (Melaka-Muar). Jajaran Simpang Ampat-Malim bagi lebuh raya itu dibina sebagai naik taraf kepada Laluan Persekutuan 19 sedia ada, manakala jajaran Sungai Duyong-Kesang bagi lebuh raya tersebut dibina sebagai laluan baharu.[2] Projek pembinaan bermula pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2007 dengan kos sejumlah RM505 juta. Tiga persimpangan bertingkat telah dibina di sepanjang lebuh raya, iaitu Persimpangan Semabok, Persimpangan Al Azim dan Persimpangan Malim Jaya. Keseluruhan jajaran Lebuh AMJ dibuka kepada lalu lintas pada 29 Jun 2007.[1]

Lebuh AMJ terkenal kerana terdapat banyak lembu yang dibiarkan berkeliaran di sepanjang jajaran Sungai Duyong-Kesang tanpa sebarang pengawasan, mendedahkan risiko kemalangan terhadap pengguna jalan raya.[3] Untuk mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh lembu-lembu yang tidak diawasi, kerajaan negeri Melaka mencadangkan pemasangan ciri-ciri keselamatan seperti lampu jalan, pencahayaan tiang tinggi dan pagar di sepanjang jajaran tersebut, yang bakal menelan kos RM5 juta.[4]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
  • Terdapat lima kawasan rehat dan rawat (RSA) di sepanjang Lebuh AMJ: dua di Sungai Rambai, satu di Paya Rumput, satu di Rembia dan satu di Melekek. Kesemua kawasan rehat tersebut diselenggara oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.[2]

Ciri utama

[sunting | sunting sumber]

Lebuh AMJ dibina mengikut piawaian jalan raya JKR R5 sebagai lebuh raya kembar dengan kawalan masuk separa, membolehkan had laju maksimum 90 km/j. Lebuh raya ini turut menampilkan pusingan-U lorong laju ke lorong perlahan.[2]

Laluan bertindih

[sunting | sunting sumber]
  • Semabok - Duyong, Kesang - Muar (bertindih dengan laluan LP 5)[2]

Laluan alternatif

[sunting | sunting sumber]

Tiada

Jajaran dengan lorong motosikal

[sunting | sunting sumber]

Tiada

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Petunjuk:

Negeri Daerah km Keluar Nama[2] Destinasi Nota
Menuju ke LP 224 Jalan Pintasan Muar
 Johor  Daerah Tangkak 39 Parit Bunga I/C LP 5 Jalan Kesang – Tanjung Agas, Bandar Maharani Bandar Diraja (Muar)
LP 23 Jalan Segamat–Muar – Segamat, Jementah, Tangkak, Gunung Ledang, Bukit Gambir
Penamatan selatan LP 5
Parit Ismail
BR Jambatan Parit Ismail
Pusingan-U bertingkat Parit Ismail Pusingan-U – Tanjung Agas, Bandar Maharani Bandar Diraja (Muar) town centre
BR Jambatan Parit Karang
Parit Karang
Stesen Kuatkuasa JPJ Menghala Muar
BR Jambatan Parit Kemang
38 Kesang Laut I/S J134 Jalan Kesang Laut – Kesang Laut Menghala Melaka
Pusingan-U Menghala selatan
37 Kesang I/S LP 5 Jalan Melaka–Muar – Sungai Rambai, Merlimau, Sebatu Penamatan utara LP 5
Penamatan selatan LP 19
BR Jambatan Sungai Kesang
 Melaka Jasin RSA Sungai Rambai recreational area Sungai Rambai recreational area - Westbound
36 Sungai Rambai I/S M14 Jalan Merlimau Darat – Parit Perawas, Sungai Mati, Sungai Rambai Westbound
RSA Sungai Rambai RSA Sungai Rambai RSA - Eastbound
RSA Sungai Rambai RSA Sungai Rambai RSA - Westbound
35 Parit Putat I/S M19 Jalan Parit Putat – Kampung Gadong, Sungai Rambai
BR Parit Putat bridge
U-turn Both bounds
BR Parit Sebatu bridge
34A
34B
Sebatu I/S M117 Jalan Permatang Tulang – Kampung Gadong, Sebatu, Permatang Tulang
U-turn Both bounds
33 Batu Gajah I/S M14 Jalan Merlimau Darat – Batu Gajah, Merlimau Pasir
32 Merlimau (North) I/S M25 Jalan Merlimau–Jasin – Jasin, Merlimau
U-turn Both bounds
31 Tiang Dua I/S M109 Jalan Tiang Dua – Buloh Lang, Batu Akar, Tiang Dua, Bemban, Jasin, Serkam
U-turn Both bounds
Melaka Tengah 30 Umbai (North) I/S M105 Jalan Paya Dalam – Paya Dalam, Tiang Dua, Umbai
BR Sungai Umbai bridge
U-turn Both bounds
BR Sungai Punggor bridge
29A
29B
Sempang Bugis I/S M103 Jalan Sempang Bugis – Kampung Bukit Batu, Kampung Balik Bukit, Sempang Bugis, Telok Mas, Padang Temu, Bandar Hilir, Henry Gurney Prisoners School
U-turn Both bounds
BR Jalan Balik Bukit overpass
28 Kandang I/S LP 144 Jalan Kandang – Jasin, Kandang
BR Sungai Duyong bridge
27 Duyong I/S LP 5 Jalan Melaka–Muar – Kandang, Umbai, Serkam Pertindihan dengan LP 5
26 Duyong-Bukit Katil I/S LP 264 Jalan Duyong–Bukit Katil – Ayer Keroh, Bukit Katil
25 Semabok I/C LP 5 Jalan Semabok – Malacca City Centre, Bandar Hilir, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
Taman Semabok
24 Bukit Piatu I/S Jalan Bukit Piatu – Bukit Piatu, Bukit Baru, Bandar Hilir, Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
23A Bukit Baru I/S Jalan Bukit Baru – Bukit Baru, Malacca General Hospital
23 Al-Azim I/C LP 142 Jalan Mufti Haji Khalil – Batu Berendam, Ayer Keroh, Malacca International Airport(MIA) , Malacca General Hospital
LP 142 Jalan Taming Sari – Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
Pringgit
Malacca Sentral
22 Malacca Sentral I/S Jalan Melaka Sentral – Melaka Sentral
Jalan Panglima Awang – Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
Tesco Malacca
BR Sungai Melaka (Malacca River) bridge
21 Bachang I/S M2 Jalan Bachang – Bachang, Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
20 Kesidang I/S M3 Jalan Datuk Wira Poh Ah Tiam – Tengkera(Tranquerah), Klebang Beach
LP 19 Jalan Tun Perak – Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites)
19 Malim Jaya I/C Jalan Malim Jaya – Malim Jaya
18 Pokok Mangga I/S M5 Jalan Pokok Mangga – Pokok Mangga
Taman ASEAN
BR Sungai Bertam (Malim River) bridge
Kampung Bertam
17 Pulau Gadong I/S M7 Jalan Pulau Gadong – Pulau Gadong, Tanjong Kling, Batu Berendam, Malacca International Airport
16B Batu Berendam Industrial Area I/S M128 Jalan Dato' Mohd Zin – Batu Berendam, Batu Berendam Industrial Park, Malacca International Airport
16A Bukit Cheng I/S M133 Jalan Bukit Cheng – Kampung Bukit Cheng
Kampung Cheng
15 Jalan Tangga Batu I/S LP 140 Jalan Tangga Batu – Bukit Rambai, Tangga Batu
14 Cheng I/S Taman Cheng Baru, Cheng Perdana(Eden Heights), Taman Bukit Cheng
13 Lebuh SPA I/C LP 33 SPA Highway – Sungei Udang, Sungai Udang Prison, Terendak Camp, Commander Camp, Masjid Tanah, Port Dickson, Krubong, Ayer Keroh
RSA Paya Rumput RSA Paya Rumput RSA - Northbound
BR Sungai Paya Rumput bridge
12 Paya Rumput I/S LP 19 Malacca–Alor Gajah old road – Kampung Paya Rumput
Kampung Solok Haji Dollah
Alor Gajah 11 Zarina Industrial Area I/S Zarina Industrial Area
10 Rembia I/S M145 Jalan Lendu – Lendu, Masjid Tanah, Kampung Kemian
BR Sungai Rembia bridge
RSA Rembia RSA Rembia RSA - Northbound
9 Gajah Mati I/S LP 191 Jalan Dato' Dol Said – Alor Gajah, Kelemak
8 Seri Pengkalan I/S M8 Jalan Alor Gajah–Nyalas – Machap, Selandar, Nyalas
LP 139 Malaysia Federal Route 139 – Masjid Tanah, Lendu
7 Jelatang I/S M17 Jalan Alor Gajah Lama – Alor Gajah, Durian Tunggal
6 Datuk Seri Mohd Zin I/S
(Pengkalan I/S)
LP 61 Jalan Datuk Mohd Zin – Tampin, Gemencheh, Gemas, Segamat
5 Paya Datuk I/S LP 191 Jalan Datuk Naning – Alor Gajah, Hospital Alor Gajah
4 Melekek I/S M132 Jalan Paya Dalam – Ayer Pa'abas, Lendu
Kampung Paya Datuk
Kampung Solok Sinda
3 Pegoh Industrial Estate I/S Jalan Kawasan Perindustrian Pegoh – Pegoh Industrial Estate, Honda Car Assembly Plant
Kampung Batang Melekek
Kampung Pereling
RSA Melekek RSA Melekek RSA - Northbound
2 Simpang Ampat I/S M10 Jalan Lubok China–Kemus–Pulau Sebang – Lubok China, Brisu, Linggi, Pulau Sebang, A Famosa Resort, Hutan Percha
L/B Simpang Ampat Craft L/B Northbound
1 Bulatan Taboh Naning Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan – Kuala Lumpur, Seremban, Pedas/Linggi, Melaka, Johor Bahru Bulatan 3-arah
Menuju ke LP 19 Jalan Taboh Naning
  1. ^ a b c "Lebuh AMJ Bernilai RM505 Juta Mula Dibuka Kepada Pengguna". Bernama. 29 Jun 2007. Dicapai pada 25 Oktober 2013.
  2. ^ a b c d e f "Jelajah Maharani Part 3: Lebuh AMJ FT19". Blog Jalan Raya Malaysia. 25 Mac 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2013.
  3. ^ Rasul Azli Samad (21 September 2012). "Biar lembu di Lebuh AMJ" (dalam bahasa Malay). Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "RM5j diperlu naik taraf Lebuh AMJ arah Selatan". Utusan Malaysia. 8 September 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2013.