Md Raus Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berbahgia Tun
Md Raus Sharif
S.S.M., P.M.N., P.S.M., D.A., S.S.T.M., S.P.D.K., S.S.A.P., KHN
Ketua Hakim Negara
Dalam jawatan
1 April 2017 – 31 Julai 2018
Dicalonkan olehDato' Sri Najib Razak
Dilantik olehSultan Muhammad V
Didahului olehTun Arifin Zakaria
Digantikan olehTan Sri Richard Malanjum
Butiran peribadi
LahirMd Raus bin Sharif
(1951-02-04) 4 Februari 1951 (umur 68)
Rembau, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganSalwany Mohamed Zamri
Anak-anak2
Alma materUniversiti Malaya
London School of Economics

Tun Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif (lahir 4 Februari 1951) merupakan Ketua Hakim Negara Malaysia[1] dari 1 April 2017 hingga 31 Julai 2018.[2] beliau menggantikan Arifin Zakaria.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja di Rembau dan melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar di Tampin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1976 kemudian mendapat Ijazah Undang-undang dari London School of Economics pada tahun 1987.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret pada tahun 1976.

Pada 1 November 1994, beliau telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Pada 12 Januari 1996, beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya. Sejak itu, beliau telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 28 Julai 2006, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 12 September 2011, beliau dinaikkan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Dato' Indera Salwany Mohamed Zamri dan mempunyai dua orang anak.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Honourable Tan Sri Dato' Seri Md Raus Bin Sharif". Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia. Dicapai 8 April 2017. [pautan putus]
  2. ^ Harun, Hana Naz (1 April 2017). "Tan Sri Md Raus appointed new Chief Justice". New Straits Times. Dicapai 2 May 2017. 
  3. ^ "Chief Justice of the Federal Court". Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia. Dicapai 9 April 2017. [pautan putus]
  4. ^ "Chief Justice heads honours list". The Star Online. 9 September 2017. Dicapai 28 September 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]