Jeanne Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berbahagia Tun
Jeanne Abdullah
Jeanne Abdullah née Danker.jpg

Tempoh jawatan
9 Jun 2007 – 3 April 2009
Didahului oleh Toh Puan Endon Mahmood Ambak
Diganti oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Lahir Jeanne Danker
(1953-07-29) 29 Julai 1953 (umur 64)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Anak Nadiah Kimie
Nadene Kimie
Pekerjaan Industri Hotel
Agama Islam

Tun Jeanne binti Abdullah (lahir sebagai Jeanne Danker pada 29 Julai 1953) merupakan isteri kedua kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Jeanne Abdullah ialah Wanita Pertama Malaysia ke-6.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Jeanne Danker pada 29 Julai 1953 di Kuala Lumpur kepada keluarga Roman Katolik Portugis-Eurasia,,[2] beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah seorang alumni Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya ialah Matthew Danker.

Jeanne kemudian memeluk Islam pada usia 23,[2] apabila beliau berkahwin dengan suami pertamanya, Othman Mahmood, yang merupakan adik kepada arwah isteri pertama Abdullah, Tun Endon Mahmood.

Jeanne bekerja dalam bidang pengurusan hotel di hotel-hotel utama termasuk Kuala Lumpur Hilton dan Pan Pacific Hotel. Pada satu ketika, beliau mejadi penyelia kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan menjadi pengurus Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, apabila Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 1 November 2003.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan kerana pernah bertugas di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific, bersebelahan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra. Kemudian, Jeanne bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Seterusnya bertugas sebagai pengurus di Kompleks Seri Perdana.

Perkahwinan pertama[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkahwin dengan Othman Mahmmood iaitu adik kepada Endon Mahmood .Jadi beliau merupakan biras kepada Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum berkahwin dengan Othman Mahmmood, beliau telah memeluk agama Islam. Maka, Jeanne adalah adik ipar kepada Endon Mahmood, isteri Abdullah Ahmad Badawi yang pertama. Endon telah meninggal pada 2005. Hasil perkongsian hidup Jeanne bersama Osman, mempunyai dua orang anak iaitu Nadiah Kimie dan Nadene Kimie Othman.

Perkahwinan kedua[sunting | sunting sumber]

Beliau bernikah dengan Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang lebih mesra dikenali dengan panggilan "Pak Lah", dalam satu majlis tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja di Seri Perdana, Putrajaya pada hari Sabtu. 9 Jun 2007. Hal ini dimaklumkan dalam satu sidang media pada 6 Jun 2007 . Pada Mac 2007, wartawan TV3 telah bertanya tentang khabar angin tentang perkahwinan itu kepada Pak Lah .

Abdullah berumur 67 tahun dan mempunyai 2 anak iaitu Nori Abdullah dan Kamaludin Abdullah.

Abdullah dan Jeanne telah kenal lama malahan hubungan antara Endon Mahmood dan Jeanne amat akrab kerana abang Endon merupakan suami Jeanne. Mereka sering berjumpa di kediaman bapa Endon, Mahmood Ambak di Kuala Lumpur.

Gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Bernama menunjukkan Jeanne tidak bertudung dan mempunyai wajah pan Asian sebagaimana Endon Mahmood. Endon meninggal dunia kerana penyakit kanser payudara pada 20 Oktober 2005 . Endon mempunyai darah campuran Melayu-Jepun sementara Jeanne Abdullah mempunyai darah campuran Perancis.

Perkahwinan ini menamatkan teka-teki siapa bakal menjadi isteri kedua Pak Lah yang menduda sejak 20 Oktober 2005. Kehidupan Perdana Menteri Malaysia akan lebih sempurna dengan kehadiran seorang isteri , wanita pertama Malaysia, menjaga dan menasihati Paklah dalam kehidupan bekeluarga. Dengan ini Paklah lebih bersedia menghadapi Pilihan raya Malaysia ke-12 yang mungkin diadakan pada hujung tahun 2007 atau awal 2008.

Majlis akad nikah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Jun 2007, akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat pada pukul 2.50 petang. Saksinya ialah Datuk Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. [5]

Turut hadir ialah Nadiah Kimie (29) dan Nadene Kimie Othman (27) dan bapa kandung Jeanne, Mathew Danker. Lain-lain ialah adik Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud, Datuk Rahmah, Othman, Nonni dan Puan Sri Aizah, serta suaminya, Tan Sri Mohd Radzi Mansor.

Abdullah yang berpakaian baju Melayu dan samping warna krim menyarungkan cincin berlian pada jari Jeanne yang berpakaian baju kurung dan selendang sedondon. Liputan media betul-betul tidak ada.

Masjid Jamiul Badawi di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang akan mengadakan jamuan sempena perkahwinan Abdullah. Hal ini disahkan oleh Setiausaha Politik Abdullah, Datuk Othman Desa.

Ziarah kubur[sunting | sunting sumber]

Jam 4.55 petang, Abdullah, Jeanne dan semua ahli keluarga terdekat menziarahi pusara arwah isterinya Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam,Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya. Abdullah mengetuai bacaan tahlili, menyiram air mawar dan menabur bunga melur di pusara Endon. Abdullah menegaskan Rasulullah menyarakan pokok ditanam di pusara kerana pokok akan bertasbih .

Perkahwinan ini merupakan satu lagi kejutan bagi rakyat Malaysia. Sebelum ini Raja Dr Nazrin Shah telah berkahwin dengan Zara Salim Davidson secara sederhana dan tiada liputan media.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Selepas berkahwin dengan Abdullah, Jeanne telah secara automatik diberikan versi wanita hakmilik kehormatan suaminya, Dato' Seri, Datin Seri. Kemudian pada 3 April 2009, Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara dianugerahkan Seri Setia Mahkota (SSM) kepada Jeanne. SSM membawa gelaran kehormatan Toh Puan. Anugerah ini telah dijalankan pada majlis penyerahan kuasa daripada suaminya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prime Minister To Wed Jeanne Abdullah Badawi Saturday". Bernama. 6 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2007. 
  2. ^ a b "Jeanne Abdullah: I am proud to be a Muslim." Asia One News. Sunday 10 August 2008. Retrieved on 27 September 2009.
  3. ^ "Prime Minister To Wed Jeanne Abdullah Saturday". Bernama. 6 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2011. 
  4. ^ Carolyn, Hong; Chow, Kum Hor (7 June 2007). "Abdullah's bride-to-be no stranger to his family". The Straits Times. Diarkibkan daripada original pada 10 October 2007. 
  5. ^ Shari, Izatun (7 June 2007). "PM speaks to reporters about his weekend marriage and bride-to-be". The Star. Diarkibkan daripada original pada 14 October 2007. 
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.". 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]