Mohamed Zahir Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Mohamed Zahir Ismail

SSM, PMN; SSDK (Kedah); SPMK (Kelantan); DSDK (Kedah); JMN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
14 Jun 1982 – 14 Oktober 2004
Didahului olehSyed Nasir Syed Ismail
Digantikan olehRamli Ngah Talib
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Kota
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSalleh Ishak
Butiran peribadi
Lahir(1924-03-19)19 Mac 1924
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia14 Oktober 2004(2004-10-14) (umur 80)
Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganToh Puan Halimatun Sa'adiah Chik
ProfesionPeguamcara, Peguambela

Tun Mohamed Zahir bin Ismail (19 Mac 1924 – 14 Oktober 2004) ialah bekas ahli politik dan peguam. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat dalam Parlimen Malaysia. Beliau juga ialah bekas Canselor pertama International Medical University dari 1999 hingga 2004.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba di Jitra dan kemudian melanjutkan pengajian ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau mendapat Ijazah Undang Undang dari Lincoln's Inn pada 1955.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam pada tahun 1956. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari 1959-1963. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Pada 1963, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara Malaysia pada Ogos 1963 untuk 2 penggal (3 tahun untuk setiap penggal).

Beliau aktif dalam pembentukan Malaysia, berkhidmat sebagai diplomat di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi wakil Malaya dalam Suruhanjaya Cobbold. Pada 1975, beliau dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Sebagai tokoh politik yang terkenal, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] untuk tempoh 24 tahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 1982. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Parlimen Komanwel, Forum Parlimen Asia Pasifik, dan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2004,[2] Tun Zahir telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi buah pinggang.[3] Jenazahnya telah disemadikan bersebelahan pusara isterinya, Toh Puan Halimatun Sa'adiah Chik di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat
  2. ^ Tun Zahir Ismail meninggal dunia
  3. ^ Speakar Dewan Rakyat Tun Zahir meninggal dunia Diarkibkan 2010-06-15 di Wayback Machine AgendaDaily. 15 October 2004
  4. ^ "A funeral befitting a Speaker". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2004. Dicapai pada 26 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Syed Nasir Syed Ismail
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
1982–2004
Diikuti oleh:
Ramli Ngah Talib