Mohamed Salleh Abas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamed Salleh Abas

SSM, PMN, PSM; SPMT, DPMT (Terengganu); PYGP (Kelantan); JMN; SMT (Terengganu)
محمد صالح بن عباس
Pengerusi Jawatankuasa
Akauntabiliti dan Tugas-Tugas Khas
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2 Disember 1999 – 24 Mac 2004
SultanSultan Mizan Zainal Abidin
Menteri BesarAbdul Hadi Awang
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehWan Mohd Wan Hassan
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jertih
Dalam jawatan
29 November 1999 – 21 Mac 2004
Didahului oleh Idris Mamat
Digantikan oleh Idris Jusoh
Majoriti1,464 (1999)
Tuan Yang di-Pertua
Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
2 Mac 1984 – 11 Ogos 1988
Yang di-Pertuan Agong
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehRaja Tun Azlan Shah
Digantikan olehTun Abdul Hamid Omar
Butiran peribadi
LahirMohamed Salleh bin Abbas
25 Ogos 1929
Kampung Raja, Besut, Terengganu
Meninggal dunia16 Januari 2021(2021-01-16) (umur 91)
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu
Parti politik
Pasangan
  • Toh Puan Azimah Mohd Ali
  • (meninggal dunia 2015)[1]
  • Toh Puan Wan Junaidah Wan Jusoh
Anak-anak
  • Nur Aminah
  • Allahyarham Abdul Halim
  • Natirah
  • Siti Maznah
  • Ahmad Nawawi
  • Azlina
Alma materUniversity of Wales
PekerjaanAhli politik
ProfesionHakim, peguam

Tun Mohamed Salleh Abas[2] (25 Ogos 1929–16 Januari 2021[3][4][5]) ialah bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan di Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kampung Raja, Besut, Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazahnya dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara Malaysia, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.[6]

Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. Ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mangkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.[6]

Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada Majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbingan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Salleh kemudian menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan ini kerana mempercayai bahawa beliau tidak akan dipecat jika hubungan dengan Majlis Privy masih dikekalkan.[6] Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.

Selepas sabitan[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)", oleh Sultan Kelantan pada tahun 1988.[7] Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, Salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.[8]

Selepas persaraan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah bagi as-Salihin Trustee Berhad hingga ke akhir hayat.[9]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia : P109 Lembah Pantai, Kuala Lumpur[10]
Tahun Pembangkang Undian Prts Kerajaan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 Mohd Salleh Abas (S46) 10,058 29.60% Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 23,447 68.99% 33,984 13,389 65.22%
Dewan Undangan Negeri Terengganu : N.3 Jertih P.33 Besut [10]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 Mohd Salleh Abas (PAS) 5,075 56.20% Idris Mamat (UMNO) 3,611 39.99% 9,030 1,464 78.58%
Wan Mohammad Wan Ahmad (BEBAS) 66 0.73%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, pada 14 Januari 2021, beliau telah disahkan positif COVID-19 dan telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tiga hari kemudian, pada 16 Januari 2021, beliau telah disahkan meninggal dunia akibat pneumonia yang disebabkan oleh COVID-19 di hospital tersebut pada jam 3.20 pagi, dan kemudian dikebumikan bersebelahan pusara isteri beliau yang pertama, Toh Puan Azimah Mohd Ali di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada jam 10.40 pagi.[12][13][14] Sepasukan kakitangan perubatan seramai 10 orang ditugaskan untuk menguruskan jenazah beliau dan semua media dilarang untuk membuat liputan kerana ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jenazah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selamat dikebumikan
  2. ^ Tun Dato Haji Mohamed Salleh Bin Abas v Tan Sri Dato Abdul Hamid Bin Omar & Ors 1988 [SC]
  3. ^ "Tun Salleh Abas meninggal dunia". hmetro.com. Harian Metro. 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  4. ^ "Tun Salleh Abas meninggal dunia". kosmo.com. Kosmo!. 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  5. ^ "Tun Salleh Abas meninggal dunia awal pagi tadi". bernama.com. Bernama. 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  6. ^ a b c Aziz, Arfa'eza A (1 Julai 2002). Bekas Ketua Hakim membuatnya menurut cara sendiri juga. Diarkibkan 2005-10-18 di Wayback Machine Malaysiakini.
  7. ^ a b "Kelantan award for Tun Salleh". New Straits Times. 24 August 1988. m/s. 2.
  8. ^ PAS menjangka akan mengekalkan hampir semua ahli dewan undangan negerinya Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine. (6 Mac 2004). BERNAMA.
  9. ^ "Profil Pengerusi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-20. Dicapai pada 2021-01-16.
  10. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 6 Jun 2010.
  11. ^ a b c d "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-01-16.
  12. ^ Tun Mohamed Salleh Abas meninggal dunia
  13. ^ "Tun Salleh Abas meninggal dunia". Astro Awani (dalam bahasa malay). 16 January 2021. Dicapai pada 16 January 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Tun Salleh Abas meninggal dunia". hmetro.com. Harian Metro. 16 January 2021. Dicapai pada 16 January 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Raja Tun Azlan Shah
Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan
1984–1988
Diikuti oleh:
Abdul Hamid Omar