Muhammad Deif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohammed Deif)
Lompat ke: pandu arah, cari
Muhammad Deif
Kelahiran Muhammad Diab
1960 (umur 56–57)
Genting Gaza
Kediaman Palestin
Warganegara Palestin
Tahun aktif 2002 - kini
Terkenal kerana Komander Briged Izz ad-Din al-Qassam
Gerakan politik Hamas

Muhammad Deif (Bahasa Arab: محمد ضيف ‎) (lahir 1960) ialah seorang pejuang dan komander Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas.[1][2] Hamas ialah satu pertubuhan Islam yang menentang Israel di Palestin.

Kerjaya Hamas[sunting | sunting sumber]

Deif mempelajari kemahiran memasang alat letupan reka ganti daripada Yahya Ayash.[3] Selepas pembunuhan Ayyash, beliau mula memainkan peranannya dalam Briged Izzuddin al-Qassam.[3]

Deif menjadi komander Briged Izz ad-Din al-Qassam selepas Israel membunuh Salah Shehadeh pada Julai 2002.[4] Israel mengesyaki beliau menjadi pembuat bom dan mempertanggungjawabkan beliau terhadap kematian orang awam akibat pengeboman berani mati sejak 1996, termasuk pengeboman bas Jalan Jaffa di Baitulmuqaddis. Beliau dianggap sebagai pereka roket Qassam bersama dengan Nidal Fat'hi Rabah Farahat dan Adnan al-Ghoul. Beliau berada dalam tahanan Palestin dari Mei 2000 hingga April 2001. Deif merupakan orang yang paling dikehendaki Israel selama beberapa tahun.

Cubaan bunuh terhadap Deif[sunting | sunting sumber]

Deif telah terselamat daripada empat serangan Israel, yang menyebabkan beliau mengalami kecacatan. Pada Ogos 2001, sebuah helikopter Apache Israel menembak peluru berpandu ke kereta yang dinaikinya.[5]

Beliau dilaporkan maut dalam satu lagi serangan udara pada 27 September 2002, namun disahkan selamat oleh seorang pegawai Israel.[6]

Pada 2003, Israel cuba menyerang Deif dalam sebuah apartmen, namun beliau dan rakannya melarikan diri pada saat-saat terakhir.[5]

Pada pagi 12 Julai 2006 pula, pesawat Israel meletupkan sebuah rumah di mana para pemimpin Hamas bermesyuarat. Deif terselamat, namun tulang belakangnya cedera.[7] Selepas peristiwa ini, Ahmad al-Ja'bari menjadi komander sementara sayap tentera Hamas.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HALUAN - Israel Akan Dilenyapkan!". HALUAN. Dicapai pada 25 Julai 2014. 
  2. ^ "Mohammed Deif". Princeton University. Dicapai pada 17 November 2012. 
  3. ^ a b "Mohammad Deif – Head of the Armed Wing". IDF. 21 Januari 2012. Dicapai pada 15 November 2012. 
  4. ^ Asser, Martin (26 September 2002). "Profile: Hamas commander Mohammed Deif". BBC. Dicapai pada 15 November 2012. 
  5. ^ a b "Mohammed Deif..The Well-known name but unknown face". Ezzedeen Al-Qassam Brigades. 21-01-2007. Dicapai pada 25 Julai 2014. 
  6. ^ "Official: Hamas target survives Israeli attack". CNN. 27 September 2002. Dicapai pada 15 November 2012. 
  7. ^ "Israel's Most Wanted Man Seriously Injured In Bombing". WLTX. Bandar Gaza. AP. 12 Julai 2006. Dicapai pada 15 November 2012. 
  8. ^ Chabin, Michele (14 November 2012). "Israelis brace for attacks after Hamas leader killed". USA Today. Jerusalem. Dicapai pada 17 November 2012.