Munafik (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Munafik
PengarahSyamsul Yusof
PenerbitYusof Haslam
PenulisSyamsul Yusof
Dibintangi oleh
Sinematografi
  • Rahimi Maidin (1-2)
Disunting oleh
  • Syamsul Yusof (1-2)
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
  • 1: 25 Februari 2016
  • 2: 30 Ogos 2018
Tempoh tayangan
197 minit (12)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 4.03 juta
Pecah panggungRM 65.04 juta

Munafik ialah siri filem seram Malaysia yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof dengan Yusof Haslam berkhidmat sebagai penerbit.[1] Siri ini terdiri daripada tiga trilogi: Munafik (2016),[2] Munafik 2 (2018)[3] dan Munafik 3[4] yang kini dalam pembangunan. Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, meraih kutipan RM17.04 juta.[5] Manakala filem kedua menjadi kejayaan dari segi kewangan, sekaligus menjadikannya sebagai filem Malaysia terlaris bagi tahun 2018.[6]

Filem[sunting | sunting sumber]

Munafik (2016)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Munafik (filem)

Ustaz Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung. Adam seakan-akan tidak boleh menerima qada & qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya, Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa apa-apa makna apabila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria rentetan kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan dan penampakan jin/syaitan.[7]

Munafik 2 (2018)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Munafik 2

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.[8]

Munafik 3 (2020)[sunting | sunting sumber]

Filem ketiga telah diumumkan secara rasmi pada 4 September 2018. Syamsul dilaporkan ingin menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[9][10] Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[11] Beliau kemudian mengesahkan bahawa Munafik 3 akan menjalani penggambaran pada 2019.[12]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Filem
Munafik
(2016)
Munafik 2
(2018)
Munafik 3
Ustaz Adam Syamsul Yusof
Ustaz Azman Fizz Fairuz
Rahim Rahim Razali
Maria Nabila Huda
Zulaikha Zarina Zainoordin
Fazli Pekin Ibrahim
Zati Sabrina Ali
Imam Ali A. Galak
Abu Jar Nasir Bilal Khan
Sakinah Maya Karin
Azhar Mawi
Umar Fauzi Nawawi
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru[sunting | sunting sumber]

Kru Filem
Munafik
(2016)
Munafik 2
(2018)
Pengarah Syamsul Yusof
Penerbit Yusof Haslam
Penulis Syamsul Yusof
Sinematografi Rahimi Maidin
Penyunting Syamsul Yusof
Syarikat penerbitan Skop Productions
Tarikh keluaran 25 Februari 2016 30 Ogos 2018
Tempoh masa 98 minit 99 minit

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Munafik 25 Februari 2016 RM 17.04 juta RM 1.5 juta [13]
Munafik 2 30 Ogos 2018 RM 48 juta RM 2.8 juta [14]
Jumlah RM 65.04 juta RM 4.03 juta [15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Othman, Kemalia (13 Mac 2015). "Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik". mStar. Dicapai 2 Mac 2016. 
  2. ^ Norhidayyu Zainal (4 Ogos 2017). "Syamsul Yusof syukur Munafik diiktiraf". Sinar Harian. Dicapai 14 Ogos 2017. 
  3. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai 16 Ogos 2018. 
  4. ^ "Kafe Ahad: Nantikan Munafik 3 - Syamsul Yusof". Harian Metro. 4 September 2018. Dicapai 12 September 2018. 
  5. ^ Muhamad Fairoz Azizan dan Farhana Ab Rahman (22 Mac 2016). "Filem Munafik kutip RM17 juta dalam 26 hari". Berita Harian. Dicapai 31 Mac 2016. 
  6. ^ Norhafiza Musa (16 September 2018). "Munafik 2 terus pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai 16 September 2018. 
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 Mac 2016). "Syamsul Yusof Angkat 'Munafik' Lebih Daripada Karya Seram". mSTAR Online. Dicapai 14 Mac 2016. 
  8. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai 16 Ogos 2018. 
  9. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Ogos 2018). "Lakar sejarah, Syamsul rancang sambungan Munafik 2". Berita Harian. Dicapai 2 September 2018. 
  10. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai 3 September 2018. 
  11. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Dicapai 4 September 2018. 
  12. ^ Melanie Chalil (4 September 2018). "Syamsul Yusof confirms Munafik 3 filming to start 2019". The Malay Mail. Dicapai 12 September 2018. 
  13. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2016". Finas. 
  14. ^ Kemalia Othman (16 September 2018). "'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta". mSTAR Online. Dicapai 16 September 2018. 
  15. ^ Hanisah Selamat (30 September 2018). "Munafik 2 cemerlang di Indonesia". Berita Harian. Dicapai 1 Oktober 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]