Kolej Melayu Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar)
Jump to navigation Jump to search
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Mckk.jpg
Lokasi
Jalan Tun Abdul Razak, 33000, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Menengah
MotoFiat Sapientia Virtus
Ditubuhkan2 Januari 1905
PengasasSultan Idris (Perak)

Sultan Sulaiman (Selangor) Sultan Ahmad (Pahang)

Yang di-Pertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan)
Nombor sekolah605-7761400
Kod sekolahAEB4074
Pengerusi PIBGDr. Jafri Malin
PengetuaAnand bin Baharuddin
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikAhmad Badri bin Abdul Manaf
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzmi bin Jimat
SingkatanMCKK
KemasukanTingkatan 1 - Tingkatan 5, International Baccalaureate Diploma Programme
Faks605-7764500


Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, atau (Inggeris: The Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

Lencana besi asal.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Bangunan overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1913) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar ( Big School ) yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929.

Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti

Tradisi[sunting | sunting sumber]

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • 1905—1918: William Hargreaves
  • 1918—1919: J.O. May
  • 1919—1923: L.A.S. Jermyn
  • 1923—1938: C. Bazell
  • 1938—1949: H.R. Carey
  • 1949—1953: K.D. Luke
  • 1953—1958: J.D.R. Howell
  • 1958—1959: P.G. Haig
  • 1959—1965: N.J. Ryan
  • 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
  • 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
  • 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
  • 1973—1975: Nordin Nasir
  • 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
  • 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
  • 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
  • 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
  • 1988—1992: Rashdi Ramlan
  • 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
  • 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
  • 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
  • 2004—2010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa
  • 2010—Kini: En. Anand bin Baharuddin

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Melayu Kuala Kangsar
Jalan Tun Abdul Razak
33000, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon : 605-7761400
Fax : 605-7764500

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 4°46′34″N 100°56′19″E / 4.775981°N 100.938600°E / 4.775981; 100.938600