Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi
Tuan rumah: Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Langkawi, Kedah
Negara: Malaysia
Diwujudkan pada: 1991
Jenis: Komersial
Diadakan pada Setiap bulan Disember, tahun ganjil
Penganjur: HW LIMA Sdn Bhd
Acara Pertunjukan aerobatik udara
dan pameran statik maritim
Tapak web: http://www.lima2009.com.my/

Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Bahasa Inggeris: Langkawi International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Disember, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi, Kedah. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

LIMA merupakan ilham dari bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model EAA AirVenture Oshkosh di Amerika Syarikat. Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.

LIMA 2013[sunting | sunting sumber]

Acara tahunan Langkawi Maritim Antarabangsa dan Aeroangkasa 2013, telah dilancarkan pada 27 Mac 2013. Pertunjukkan bermula dengan paparan aksi udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail , Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan kedua-dua anak mereka merupakan kenamaan yang hadir di Pameran LIMA tersebut.[1] Penerbangan Udara dan aksi maritim akan diadakan setiap hari untuk pelawat. Pertunjukkan dilakukan oleh anggota tentera tempatan dan asing. Kenderaan seperti Zodiac dan CB90 bot, helikopter Super Lynx dan Fennec. APMM mempamerkan bot Kilat dan Petir bersama-sama dengan mereka Agusta Westland, Dauphin dan Pesawat Bombardier.[2] [3]

Sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. [4].

Rujukan Luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]