Pengguna:Wiki Farazi/Kotak pasir/Sungai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianMukah, Sibu
DaerahMukah, Selangau
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Hulu Mukah
 • lokasikira-kira 4 km (2.5 bt) ke barat daya dari kemuncak Bukit Kemayau
 • koordinat2°15′34″N 112°48′19″E / 2.259392°N 112.805372°E / 2.259392; 112.805372
 • ketinggiankira-kira 290–320 m (950–1,050 ka)
Sumber keduaSungai Woh
 • lokasikira-kira 4.9 km (3.0 bt) ke barat laut dari kemuncak Bukit Maleng
 • koordinat2°13′51″N 112°36′58″E / 2.230917°N 112.616016°E / 2.230917; 112.616016
 • ketinggiankira-kira 150–160 m (490–520 ka)
Kuala sumber 
 • lokasikira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke tenggara dari Rumah Indong Anak Kulu
 • koordinat2°17′34″N 112°36′32″E / 2.29279°N 112.60889°E / 2.29279; 112.60889
 • ketinggiankira-kira 75–85 m (246–279 ka)
MuaraLaut China Selatan 
 • lokasi
di Kuala Mukah, dekat Kampung Litong
 • koordinat
2°54′43″N 112°05′43″E / 2.91183°N 112.09516°E / 2.91183; 112.09516Koordinat: 2°54′43″N 112°05′43″E / 2.91183°N 112.09516°E / 2.91183; 112.09516
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang205 km (127 bt)
Aliran 
 • lokasiLaut China Selatan
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiMukah
Peta topografiJUPEM Mukah / Kampung Kuala Bedengan / Nanga Tamin / Selangau / Batu 36 Ulu Oya / Punjut Langi (DNMM5201)

Batang Mukah (Jawi: باتڠ موكه) atau Batang Muka (Jawi: باتڠ موكا) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia.[1][2] Secara pentadbirannya, Batang Mukah merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Mukah dalam Bahagian Mukah dan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Batang Mukah merupakan salah satu sungai utama (batang) di negeri Sarawak yang mengalir menuju ke Laut China Selatan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Batang Mukah menuju ke kuala

Toponim untuk Batang Mukah pertama kali dipaparkan dalam peta topografi yang bernama Sarawak 1928 yang diterbitkan pada tahun 1928, dengan label nama "Batang Mukah".[4] Peta ini diterbitkan oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak.[4] Toponim Batang Muka pula muncul di lembar peta French Chart nombor 2819 yang bernama La Pointe Baram et Le Cap Sirik yang diterbitkan pada tahun 1932.[5][6] Ia juga dicatatkan dalam Gazetter (No. 8) – Borneo yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai ejaan alternatif untuk Batang Mukah.[6] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Batang Mukah dalam GeoNames ialah 1735341.[2]

Dalam bahasa Melayu Sarawak, sebatang sungai yang utama akan dinamakan sebagai Batang (yang bermaksud "tunjang" dalam bahasa Melayu) kerana sungai terbabit merupakan sungai utama yang lebih besar dan menjadi "akar" kepada anak-anak sungai– yang dikenali sebagai Sungai dalam bahasa Melayu Sarawak dan bakal bercabang lagi di dekat delta sungai.[7]

Nama bagi "Mukah" pula telah muncul sekitar abad ke-17 apabila sekumpulan pedagang dari Timur Tengah untuk berdagang dekat sini. Mereka berlabuh dari tempat asalnya ke muara Batang Mukah (Kuala Mukah– waktu itu dikenali sebagai Kuala Sungai Melano). Di lokasi yang sama pada waktu malam, mereka ternampak seorang wanita yang cantik yang sedang memandang kapal mereka berlabuh di pantai dekat perairan Kuala Mukah; mereka seolah-olah terpukau dengan kecantikan wanita tersebut. Beberapa minit kemudian, wanita itu hilang daripada pandangan mereka.[8] Keesokan harinya, para-para pedagang mula memasuki kawasan dagangan– nakhoda kapal bertanya ke masyarakat tempatan apakah nama tempat tersebut. Masyarakat tempatan mengatakan tiada dan mereka hanya menamakan tempat itu ialah "Melano". Oleh hal demikian, nakhoda kapal telah mencadangkan nama "Muka" bagi kawasan tersebut; cadangan ini diterima baik oleh masyarakat tempatan. Lama kelamaan, pengucapan "Muka" beralih ke "Mukah" akibat peredaran zaman dan bahasa masyarakat setempat.[8]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Batang Mukah terletak kira-kira 10.5–13.5 batu (16.9–21.7 km) ke arah timur dari Batang Oya.[9][10] Menurut laporan Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat, pada tahun 1949, kedalaman di pintu masuk Batang Mukah mencecah 3 kaki (0.9 m),[9] manakala pada tahun 1958 pula, kedalamannya hanyalah 1 kaki (0.3 m).[10] Ketika keadaan air pasang yang tinggi di Batang Mukah melanda, kapal yang tingginya mencecah 6.5 kaki (2.0 m) mampu menyeberangi beting yang terletak kira-kira setengah batu (805 meter) dari muara sungai Batang Mukah.[9] Terdapat beberapa batu terbenam berhampiran pintu masuk sungai, namun kedudukan batu tersebut belum dapat dipastikan dengan tepat.[9][10] Pengaruh semula jadi pasang surut di Batang Mukah dapat dirasai sepanjang 8–9 batu (12.9–14.5 km) dari muara sungai ke hulu.[9][10] Aliran Batang Mukah sering membawa kayu-kayu yang hanyut dan menyebabkan "sesak".[9]

Batang Mukah terbentuk di pertemuan antara dua sungai, yang dikenali sebagai kuala sungai. Gabungan Sungai Hulu Mukah yang berpunca kira-kira 4 km (2.5 bt) ke arah barat daya dari kemuncak Bukit Kemayau dalam Daerah Tatau dan Sungai Woh yang terbentuk melalui gabungan dua sungai juga iaitu Sungai Tanu Antu dan Sungai Hulu Woh– di 4.9 km (3.0 bt) ke barat laut dari kemuncak Bukit Maleng telah membentuk Batang Mukah di Hutan Simpan Mukah Hills dalam Daerah Selangau, Sarawak berdekatan dengan kawasan perkampungan Rumah Indong anak Kulu. Pergerakan Batang Mukah yang paing ketara ialah menuju ke arah barat laut; kemudian ke arah utar apabila membuat pertemuan dengan Sungai Kua di Nanga Kua. Kemudian, aliran Batang Mukah kembali ke arah barat laut apabila membuat pertemuan dengan beberapa anak sungai di Selangau. Batang Mukah tamat di dekat Kuala Mukah di Kampung Litong; dengan membuat pertemuan dengan Laut China Selatan.[3][11]

Kuala Mukah, merupakan muara bagi Batang Mukah yang terletak dekat Kampung Litong, Daerah Mukah.[12] Kuala Mukah terletak kira-kira 13.5 batu (21.7 km) ke timur dari Kuala Oya, muara untuk Batang Oya.[13] Terdapat tebing pasir semula jadi yang sempit di pesisiran sungai.[13] Terdapat juga beberapa sungai kecil yang mengalir di sepanjang pesisiran ini; dan ia tidak mempunyai kepentingan komersial.[13] Terdapat juga kapal-kapal yang berlabuh dekat pelabuhan di Kuala Mukah untuk memuatkan kayu-kayu balak dari sini, namun pelabuhan ini terdedah kepada angin monsun timur laut.[13] Terdapat bangunan struktur rumah api di Kuala Mukah, yang terletak di tebing barat sungai.[13]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Anak sungai Batang Mukah

Lembangan Mukah (bahasa Inggeris: Mukah Basin) atau Kawasan Tadahan Hujan Mukah merupakan satu daripada 22 buah kawasan lembangan saliran utama di negeri Sarawak. Lembangan Mukah mempunyai keluasan sebanyak 2,279.48 km2 (880.11 bt2), dan bersempadan langsung dengan Lembangan Balingian di bahagian timur, Lembangan Tatau di bahagian tenggara, Lembangan Rajang di bahagian selatan, dan Lembangan Oya di bahagian barat.[14] Batang Mukah merupakan sungai utama dalam Lembagan Mukah.[14]

Terdapat enam stesen curahan hujan dalam kawasan Lembangan Mukah iaitu Sungai Tillian, Kampung Suting, Mukah-Balingian OPS 2 ROC, Mukah-Balingian OPS 1, Bukit Engkerbai dan Mukah Airfield.[15] Gabungan stesen aras air sungai dan stesen curahan hujan dalam kawasan Lembagan Mukah pula, ada empat sahaja; melibatkan Mukah JKR, Selangau B, Sungai Arau dan Rumah Jugah.[15]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, projek tebatan banjir Sungai Mukah fasa pertama di Sungai Penakup, anak sungai kepada Batang Mukah telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk mengurangkan kesan limpahan air sungai di kawasan petempatan berdekatan serta keselesaan penduduk setempat. Menurut Irwandee Reduan selaku Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah ketika itu, projek tebatan banjir ini dapat meningkatkan kapasiti air sungai Sungai Penakub yang bertujuan untuk menampung limpahan air yang disebabkan oleh faktor pasang surut air di Batang Mukah dan cuaca iaitu hujan lebat. Projek tebatan banjir yang dibuat di Sungai Penakub telah memakan kos sebanyak RM1,256,727.[16]

Pada tahun 2022, seorang lelaki berumur 54 tahun dari Kampung Litong, Mukah telah maut selepas terjatuh ke dalam sungai Batang Mukah ketika hendak turun dari bot penambang di Pengkalan Penambang di Kampung Tanjung, Mukah. Menurut Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias selaku Ketua Polis Daerah Mukah, mangsa menaiki bot penambang dari jeti pasar lama dekat Bandar Mukah dengan tujuan ke jeti Kampung Tanjung pada jam 9.30 pagi. Apabila tiba di jeti, dia tergelincir lalu jatuh ke dalam aliran Batang Mukah. Mangsa telah dijumpai pada pukul 11.00 pagi di pukat yang digunakan untuk pencarian mangsa tidak jauh dari lokasi mangsa tergelincir.[17][18]

Pada tahun 2021, seorang nelayan lelaki berumur 42 tahun maut di sungai Batang Mukah. Mangsa tersebut telah keluar pada jam 9.00 pagi waktu tempatan untuk menjala udang, namun tidak lama kemudian penduduk setempat mendapati bahawa perahu mangsa telah hanyut. Mengesyaki perkara buruk berlaku, penduduk telah menghubungi pasukan penyelamat untuk memninta bantuan mencari kehilangan mangsa. Mangsa telah ditemui pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan, dengan keadaan terapung di air oleh penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari Kampung Jebungan.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  2. ^ a b "Batang Mukah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  3. ^ a b "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  4. ^ a b Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta). Dicapai melalui National Archive of Singapore pada 20 Ogos 2023.
  5. ^ French Chart No. 2819: La Pointe Baram et Le Cap Sirik, 1932. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  6. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 8) – Borneo [Gazetir (Ke-8) – Borneo] (dalam bahasa Inggeris). Washington: United States Goverment Printing Office. m/s. 37. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  7. ^ Richard C, Filder (2010). Kanowit: An overseas Chinese community in Borneo - Chapter 1: Location and setting - The river (dalam bahasa Inggeris) (ed. First). Sibu, Sarawak: Sarawak Chinese Cultural Association. m/s. 3. ISBN 978-983-9360-46-2.
  8. ^ a b Zackarnain bin Jaraee (2016). "Sejarah perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau (kajian islamisasi di Mukah Sarawak 1963-2014)" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). 2. Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya: 16-26. Dicapai pada 15 Mac 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b c d e f United States Navy Hydrographic Office (1949). Sailing Directions for Soenda Strait and the Western Coast of Borneo and Off-lying Islands 1949: Including Cocos Islands, Christmas Island, Java Coast from Soenda Strait to Tandjoengpriok, Sumatra Coast from Soenda Strait to Palemban, Straat Bancka, Gaspar Straten and Straat Karimata [Arah Pelayaran ke Selat Sunda dan Pantai Barat Borneo dan Kepulauan Luaran: Termasuk Kepulauan Cocos, Pulau Krismas, Pesisiran Jawa dari Selat Soenda [Sunda] ke Tandjoengpriok [Tanjung Priok], Pesisiran Sumatera dari Selat Soenda [Sunda] ke Palemban [Palembang], Straat Bancka [Selat Bangka], Gaspar Straten [Selat Gaspar] dan Straat Karimata [Selat Karimata]] (dalam bahasa Inggeris) (ed. 4). Washington, D.C. m/s. 339. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  10. ^ a b c d United States Navy Hydrographic Office (1951). Sailing Directions for Soenda Strait and the Western Coast of Borneo and Off-lying Islands 1951: Including Cocos Islands, Christmas Island, Java Coast from Soenda Strait to Tandjoengpriok, Sumatra Coast from Soenda Strait to Palemban, Straat Bancka, Gaspar Straten and Straat Karimata [Arah Pelayaran ke Selat Sunda dan Pantai Barat Borneo dan Kepulauan Luaran: Termasuk Kepulauan Cocos, Pulau Krismas, Pesisiran Jawa dari Selat Soenda [Sunda] ke Tandjoengpriok [Tanjung Priok], Pesisiran Sumatera dari Selat Soenda [Sunda] ke Palemban [Palembang], Straat Bancka [Selat Bangka], Gaspar Straten [Selat Gaspar] dan Straat Karimata [Selat Karimata]] (dalam bahasa Inggeris) (ed. 5). Washington, D.C. m/s. 216a. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  11. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  12. ^ "Kuala Mukah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  13. ^ a b c d e Sailing Directions (Enroute): Borneo, Jawa, Sulawesi, and Nusa Tenggara 2005 [Arah Pelayaran (Dalam Perjalanan): Borneo, Kawa, Sulawesi dan Nusa Tenggara 2005] (ed. 9). Lighthouse Press. 2005. m/s. 321. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  14. ^ a b "Sarawak 22 Major River Basin" [22 Kawasan Tadahan Hujan di Sarawak]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  15. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  16. ^ "Projek tebatan banjir tingkat keselesaan penduduk Mukah". The Borneo Post. 13 Oktober 2013. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
  17. ^ Norsyazwani Nasri (10 November 2022). "Lelaki lemas tergelincir dari bot penambang". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 17 Mac 2024.
  18. ^ Suara Sarawak (10 November 2022). "Lelaki meninggal dunia lemas di Sungai Batang Mukah". Suara Sarawak. SV News Sdn Bhd. Dicapai pada 17 Mac 2024.
  19. ^ Mohd Roji Kawi (9 Oktober 2021). "Pencari udang ditemui lemas". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 17 Mac 2024.