Pergi ke kandungan

Perbicaraan kedua Donald Trump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbicaraan kedua Donald Trump
Presiden pro tempore Patrick Leahy mengendalikan perbicaraan kedua Donald Trump
TertuduhDonald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat
Penyokong
  • Jamie Raskin (pengurus utama)
  • Diana DeGette
  • David Cicilline
  • Joaquin Castro
  • Eric Swalwell
  • Ted Lieu
  • Joe Neguse
  • Madeleine Dean
  • Stacey Plaskett
Tarikh9 Februari 2021 – 13 Februari 2021 (4 hari)
HasilDibebaskan Senat Amerika Syarikat
Tuduhan
PuncaTuduhan bahawa Trump mendesak Setiausaha Negara bagi Negeri Georgia, Brad Raffensperger untuk campur tangan dalam pilihan raya presiden 2020 di Georgia bagi pihaknya dan mencetuskan pemberontakan maut yang menyebabkan serangan ke atas bangunan Kapitol Amerika Syarikat.

Perbicaraan kedua Donald Trump, presiden Amerika Syarikat ke-45 telah bermula pada 9 Februari 2021 dan berakhir dengan pembebasan beliau pada 13 Februari. Trump telah didakwa untuk kali kedua oleh Dewan Perwakilan pada 13 Januari 2021. Dewan Perwakilan mengadaptasi satu artikel pendakwaan terhadap Trump iaitu hasutan mencetuskan pemberontakan. Beliau ialah satu-satunya presiden A.S. atau pegawai persekutuan lain yang didakwa dua kali.[1] Artikel pendakwaan membahas cubaan Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 (termasuk dakwaan palsu mengenai penipuan pilihan raya dan ugutan beliau terhadap pegawai pilihan raya di Georgia). Artikel itu juga menyatakan bahawa Trump telah menghasut untuk mencetuskan serangan ke atas bangunan Kapitol di Washington, DC, semasa Kongres sedang bersidang untuk mengira undi elektoral dan mengesahkan kemenangan Joe Biden.[2]

Trump didakwa seminggu sebelum tempoh jawatan beliau berakhir pada 20 Januari 2021 dan beliau akan dibicarakan setelah meninggalkan jawatan. Terdapat perdebatan mengenai apakah seseorang presiden itu dapat didakwa dan dibicara ketika beliau tidak lagi memegang jawatan. Walaupun beliau tidak dapat dipecat dari jawatan, kemungkinan masih ada untuk secara kekal menyekat bekas presiden yang didakwa daripada memegang sebarang jawatan awam lagi.

Perlembagaan tidak menyatakan sama ada perbicaraan pendakwaan Senat dapat diadakan untuk orang yang tidak lagi memegang jawatan awam. Namun, peristiwa ini pernah terjadi dahulu yang memungkinkan untuk perbicaraan pendakwaan. Pada tahun 1876, Setiausaha Perang, William W. Belknap mengundurkan diri dari jawatannya setelah beliau terlibat dalam skandal pasca peniaga tetapi sebelum beliau didakwa, beliau tetap didakwa oleh Dewan dan dibicara di Senat (Belknap dibebaskan, dengan majoriti tetapi tidak mendapat dua pertiga undi untuk disabitkan).[3][4]

Trump pertama kali didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 18 Disember 2019, atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres berkaitan dengan skandal antara Trump dan Ukraine. Beliau dibebaskan dari kedua-dua tuduhan oleh Senat A.S. pada 5 Februari 2020.[5] Tuduhan tersebut menuduh bahawa Trump secara tidak sengaja berusaha untuk memaksa Ukraine dan negara-negara asing lain secara tidak sah untuk memberikan naratif yang buruk mengenai saingan politik Trump, Biden, yang kemudian menjadi calon presiden bagi parti Demokrat. Ia juga sebagai maklumat yang berkaitan dengan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS 2016.[6][7]

17 senator dari parti Republikan perlu menyokong untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk Trump disabitkan, dengan ramalan bahawa semua senator Demokrat dan dua orang senator bebas akan menyokong. Naib Presiden tidak layak mengundi untuk perbicaraan. Akhirnya pada 13 Februari, Senat mengundi dengan 57 senator menyokong untuk mensabitkan Trump dan 43 senator membebaskan Trump. Namun, ia kekurangan 10 undi dan Trump dibebaskan.

Hujah pembukaan

[sunting | sunting sumber]
Rakaman video keselamatan menunjukkan Naib Presiden Mike Pence bersama ahli keluarganya meninggalkan dewan Senat sebaik sahaja kumpulan perusuh memasuki bangunan Kapitol.

Pendakwaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari, pengurus perbicaraan mula mengemukakan kes mereka. Mereka mendedahkan rakaman baharu serangan itu.[8]

Usul Mike Lee

[sunting | sunting sumber]

Setelah berakhirnya hari pertama hunah pembukaan, Senator Mike Lee bangun untuk memfailkan usul menggugurkan sebahagian pembentangan pihak pendakwa raya yang merangkumi kenyataan yang diberikan kepadanya mengenai panggilan Trump kepada Senator Tommy Tuberville, mengatakan bahawa ia tidak benar. Bantahan itu mengejutkan semua senator dan anggota dewan Senat kerana, di bawah peraturan Senat, mereka dilarang berhujah dan mesti mengemukakan soalan secara bertulis. Isu ini menimbulkan kekecohan buat sementara waktu kerana pengendali perbicaraan, Senator Patrick Leahy dan juga Ketua Majoriti Senat, Senator Chuck Schumer berusaha menjelaskan bantahan dan memulihkan keadaan. Pengurus utama pendakwa raya, Jamie Raskin bersetuju untuk menarik sebahagian daripada pembentangan mereka dan menyatakan mungkin ia akan diperkenalkan semula pada hari berikutnya. Sebagai persetujuan, Schumer memberi amaran bahawa ia akan "direligasi" pada hari berikutnya. Sesi Senat kemudiannya ditangguhkan selepas itu.[9]

Kedudukan senator

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Senator semasa perbicaraan
menurut sumber USA Today[10]
Parti Sokong Tidak
sokong
Belum
diketahui
Demokrat 38 0 10
Republikan 5 35 10
Bebas 2 0 0
Jumlah 45 35 20

Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan undian majoriti dua pertiga daripada Senator untuk Trump disabitkan. Ini bermakna 17 senator dari parti Republikan perlu berpihak kepada parti Demokrat untuk mencapai majoriti itu.

Senator dari parti Demokrat menyokong sabitan ke atas Trump sambil menyatakan bahawa bukti dikemukakan pihak pendakwa raya amat jelas dan nyata. Senator Richard Blumenthal (D-CT) berkata: "Buktinya adalah percakapan Trump sendiri, dirakam dalam video. Ini adalah persoalan sama ada Republikan mahu bergerak ke hadapan atau sejarah akan mengajar mereka."[11] Senator Kirsten Gillibrand (D-NY) berkata, "Ini adalah tuduhan yang begitu mudah. Trump menghasut untuk mencetuskan serangan. Kami dapat mengedalikan perbicaraan dalam jangka masa yang singkat kerana bukti diperlukan begitu cukup."[12] Menjelang perbicaraan, sejumlah senator Republikan menentang mengadakan perbicaraan.[13][14] Senator Republikan, Rand Paul dari Kentucky terus membuat tuduhan palsu dengan mendakwa pilihan raya dicemari penipuan.[15][16] Senator Republikan yang lain, seperti Marco Rubio dari Florida, berpendapat bahawa perbicaraan Senat akan berpecah belah dan bahawa "amat sombong" bagi Senat untuk menggunakan kuasanya untuk melarang Trump daripada memegang jawatan pada masa akan datang.[17][18]

Dengan andaian semua senator Demokrat (dan dua senator bebas yang berpihak dengan Demokrat) memilih untuk mensabitkan Trump, 17 senator Republikan perlu memilih untuk mendapat majoriti dua pertiga untuk disabitkan. Sekiranya Trump disabitkan kesalahan, maka Senat boleh membatalkan beliau dari memegang jawatan persekutuan.[12][11] Sehingga 9 Februari, 45 senator (38 Demokrat, 5 Republikan, dan 2 bebas) menyokong sabitan, 35 senator (semua Republikan) menentang sabitan, dan 20 senator (10 Demokrat dan 10 Republikan) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Sekiranya semua 20 memilih untuk mensabitkan Trump tanpa kenyataan rasmi, ia masih kurang daripada 67 undi yang diperlukan.[10] Senator Lindsey Graham (R-SC) telah berusaha untuk meyakinkan Republikan lain untuk menentang sabitan.[11] Senator Republikan Mitch McConnell, dilaporkan memberitahu para senator keputusan mereka adalah berdasarkan "undi hati nurani"[19] dan memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau akan memilih untuk mensabitkan Trump atau tidak.[20][21]

Keputusan undian Senat

[sunting | sunting sumber]
Negeri Senator Parti Undi
57–43
Alabama Richard Shelby R Tidak bersalah
Alabama Tommy Tuberville R Tidak bersalah
Alaska Lisa Murkowski R Bersalah
Alaska Dan Sullivan R Tidak bersalah
Arizona Kyrsten Sinema D Bersalah
Arizona Mark Kelly D Bersalah
Arkansas John Boozman R Tidak bersalah
Arkansas Tom Cotton R Tidak bersalah
California Dianne Feinstein D Bersalah
California Alex Padilla D Bersalah
Colorado Michael Bennet D Bersalah
Colorado John Hickenlooper D Bersalah
Connecticut Richard Blumenthal D Bersalah
Connecticut Chris Murphy D Bersalah
Delaware Tom Carper D Bersalah
Delaware Chris Coons D Bersalah
Florida Marco Rubio R Tidak bersalah
Florida Rick Scott R Tidak bersalah
Georgia Jon Ossoff D Bersalah
Georgia Raphael Warnock D Bersalah
Hawaii Brian Schatz D Bersalah
Hawaii Mazie Hirono D Bersalah
Idaho Mike Crapo R Tidak bersalah
Idaho Jim Risch R Tidak bersalah
Illinois Dick Durbin D Bersalah
Illinois Tammy Duckworth D Bersalah
Indiana Todd Young R Tidak bersalah
Indiana Mike Braun R Tidak bersalah
Iowa Chuck Grassley R Tidak bersalah
Iowa Joni Ernst R Tidak bersalah
Kansas Jerry Moran R Tidak bersalah
Kansas Roger Marshall R Tidak bersalah
Kentucky Mitch McConnell R Tidak bersalah
Kentucky Rand Paul R Tidak bersalah
Louisiana Bill Cassidy R Bersalah
Louisiana John Neely Kennedy R Tidak bersalah
Maine Susan Collins R Bersalah
Maine Angus King B Bersalah
Maryland Ben Cardin D Bersalah
Maryland Chris Van Hollen D Bersalah
Massachusetts Elizabeth Warren D Bersalah
Massachusetts Ed Markey D Bersalah
Michigan Debbie Stabenow D Bersalah
Michigan Gary Peters D Bersalah
Minnesota Amy Klobuchar D Bersalah
Minnesota Tina Smith D Bersalah
Mississippi Roger Wicker R Tidak bersalah
Mississippi Cindy Hyde-Smith R Tidak bersalah
Missouri Roy Blunt R Tidak bersalah
Missouri Josh Hawley R Tidak bersalah
Montana Jon Tester D Bersalah
Montana Steve Daines R Tidak bersalah
Nebraska Deb Fischer R Tidak bersalah
Nebraska Ben Sasse R Bersalah
Nevada Catherine Cortez Masto D Bersalah
Nevada Jacky Rosen D Bersalah
New Hampshire Jeanne Shaheen D Bersalah
New Hampshire Maggie Hassan D Bersalah
New Jersey Bob Menendez D Bersalah
New Jersey Cory Booker D Bersalah
New Mexico Martin Heinrich D Bersalah
New Mexico Ben Ray Luján D Bersalah
New York Chuck Schumer D Bersalah
New York Kirsten Gillibrand D Bersalah
North Carolina Richard Burr R Bersalah
North Carolina Thom Tillis R Tidak bersalah
North Dakota John Hoeven R Tidak bersalah
North Dakota Kevin Cramer R Tidak bersalah
Ohio Sherrod Brown D Bersalah
Ohio Rob Portman R Tidak bersalah
Oklahoma Jim Inhofe R Tidak bersalah
Oklahoma James Lankford R Tidak bersalah
Oregon Ron Wyden D Bersalah
Oregon Jeff Merkley D Bersalah
Pennsylvania Bob Casey D Bersalah
Pennsylvania Pat Toomey R Bersalah
Rhode Island Jack Reed D Bersalah
Rhode Island Sheldon Whitehouse D Bersalah
South Carolina Lindsey Graham R Tidak bersalah
South Carolina Tim Scott R Tidak bersalah
South Dakota John Thune R Tidak bersalah
South Dakota Mike Rounds R Tidak bersalah
Tennessee Marsha Blackburn R Tidak bersalah
Tennessee Bill Hagerty R Tidak bersalah
Texas John Cornyn R Tidak bersalah
Texas Ted Cruz R Tidak bersalah
Utah Mike Lee R Tidak bersalah
Utah Mitt Romney R Bersalah
Vermont Patrick Leahy D Bersalah
Vermont Bernie Sanders B Bersalah
Virginia Mark Warner D Bersalah
Virginia Tim Kaine D Bersalah
Washington Patty Murray D Bersalah
Washington Maria Cantwell D Bersalah
West Virginia Joe Manchin D Bersalah
West Virginia Shelley Moore Capito R Tidak bersalah
Wisconsin Ron Johnson R Tidak bersalah
Wisconsin Tammy Baldwin D Bersalah
Wyoming John Barrasso R Tidak bersalah
Wyoming Cynthia Lummis R Tidak bersalah

Petunjuk: D - Demokrat, R - Republikan, B - Bebas

  1. ^ Fandos, Nicholas (January 8, 2021). "How to Impeach a President in 12 Days: Here's What It Would Take". New York Times.
  2. ^ Nicholas Fandos (January 13, 2021). "Trump Impeached for Inciting Insurrection". New York Times.
  3. ^ Pete Williams (January 8, 2021). "Can Trump be tried in the Senate on impeachment charges even after he leaves office? Some experts say yes". NBC News. Dicapai pada January 9, 2021.
  4. ^ "Trump impeached after Capitol riot in historic second charge". Associated Press. January 14, 2021.
  5. ^ Ewing, Philip (February 5, 2020). "'Not Guilty': Trump Acquitted On 2 Articles Of Impeachment As Historic Trial Closes". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2020.
  6. ^ Miller, Greg; Jaffe, Greg; Parker, Ashley (October 2, 2019). "Trump involved Pence in efforts to pressure Ukraine's leader, though aides say vice president was unaware of pursuit of dirt on Bidens". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2019. Dicapai pada October 2, 2019.
  7. ^ Mazzetti, Mark; Benner, Katie (September 30, 2019). "Trump Pressed Australian Leader to Help Barr Investigate Mueller Inquiry's Origins". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2019. Dicapai pada October 4, 2019.
  8. ^ CNN, By Melissa Macaya, Meg Wagner. "Trump impeachment trial: Live coverage and news from the Senate". CNN. Dicapai pada 2021-02-10.
  9. ^ CNN, By Melissa Macaya (2021-02-10). "GOP senator objects to impeachment managers' characterization of his words during the Capitol riot". CNN. Dicapai pada 2021-02-11.
  10. ^ a b Javier Zarracina, Carlie Procell and Savannah Behrmann, Where all 100 senators stand as former President Donald Trump's impeachment trial gets under way, USA Today (February 9, 2021)
  11. ^ a b c Nicholas Fandos & Catie Edmondson, Senate Plans Trial for Trump as G.O.P. Weighs Risks of Convicting, New York Times (January 14, 2021).
  12. ^ a b Felicia Sonmez and Mike DeBonis, Senate Democrats signal hope for bipartisan Trump impeachment trial, Washington Post (January 14, 2021).
  13. ^ Mary Clare Jalonick & Lisa Mascaro House sending Trump impeachment to Senate, GOP opposes trial, Associated Press (January 25, 2021).
  14. ^ Allan Smith, 'The trial is stupid': Senate Republicans throw cold water on Trump impeachment, NBC News (January 24, 2021).
  15. ^ Jack Arnholz, Sen. Rand Paul continues making false claims of 2020 election fraud, ABC News (January 24, 2021).
  16. ^ Philip Bump, Falsehoods that lead to an insurrection are not simply points of left-right disagreement, Washington Post (January 25, 2021).
  17. ^ Laura King, GOP senators appear to be divided as House readies impeachment delivery, Los Angeles Times (January 24, 2021).
  18. ^ Kelly Hooper, Marco Rubio: It's 'arrogant' to impeach Trump, Politico (January 24, 2021).
  19. ^ Mascaro, Lisa; Jalonick, Mary Clare. "Trump trial pending, McConnell calls it 'vote of conscience'". Associated Press. Dicapai pada January 17, 2021.
  20. ^ Clark, Dartunorro; Hunt, Kasie. "McConnell remains undecided on convicting Trump in Senate trial". NBC News. Dicapai pada January 17, 2021.
  21. ^ "U.S. Senate Republican leader McConnell says Trump 'provoked' Jan. 6 riot". Reuters. January 20, 2021. Dicapai pada January 20, 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]