Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021
Sebahagian daripada protes pilihan raya 2020–2021 dan cubaan untuk menggugat keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020
Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan: Orang ramai berkumpul di luar Kapitol, Presiden Donald Trump berucap di hadapan penyokong himpunan Selamatkan Amerika, perusuh berkumpul di Black Lives Matter Plaza
Tarikh6 Januari 2021
sekitar 2 p.m. – 5:40 p.m.
LokasiKapitol Amerika Syarikat, Washington, D.C., A.S.
38°53′23.3″N 77°00′32.6″W / 38.889806°N 77.009056°W / 38.889806; -77.009056Koordinat: 38°53′23.3″N 77°00′32.6″W / 38.889806°N 77.009056°W / 38.889806; -77.009056
PuncaPenentangan terhadap pengiraan undi Dewan Pemilihan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020
KaedahMerusuh, vandalisme, menjarah, cubaan bom
Kesan
  • Kerosakan harta benda Kapitol Amerika Syarikat termasuk vandalisme serta pejabat dan dewan dipecah masuk.[1]
  • Pengiraan undi Dewan Pemilihan tertangguh untuk beberapa jam
  • Pemasangan pagar keselamatan baharu di sekitar Kapitol
Pihak terlibat
Penyokong Donald Trump Kerajaan Amerika Syarikat
Tokoh dan pemimpin utama
Donald Trump
Rudy Giuliani
Donald Trump Jr.
Eric Trump
Ted Cruz
Mo Brooks
Madison Cawthorn
Josh Hawley
Mike Pence
Mitch McConnell
Chuck Schumer
Nancy Pelosi
Kevin McCarthy
Tokoh dan pemimpin utama
Alt-right
Proud Boys
Penganut QAnon
Ketuanan kulit putih
Neo-Nazisme
Neo-Gabungan
Kongress, staf berkaitan
Polis Kapitol
Polis Daerah Columbia
Pengawal Kebangsaan AS
Marsyal AS
Kemalangan jiwa
4 kematian[2][3]
Jumlah cedera tidak diketahui
80+ ditahan[4]
1 kematian[5]
61 pegawai cedera (56 polis, 5 bukan)[6]

Pada 6 Januari 2021, penyokong Presiden A.S. Donald Trump menyerang Kapitol Amerika Syarikat. Insiden ini berlaku ketika Kongres dan Senat bersidang untuk mengesahkan undi Kolej Elektoral bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang dimenangi Joe Biden. Bermula 5 hingga 6 Januari, penyokong Trump berkumpul di Washington, D.C. untuk membantah keputusan pilihan raya itu. Trump, penyokongnya dan sekutunya menuntut agar Naib Presiden Mike Pence dan Kongres membatalkan kemenangan Biden.[7][8][9]

Pada pagi 6 Januari (EST), para penunjuk perasaan berkumpul untuk himpunan "Selamatkan Amerika" yang diadakan di The Ellipse Rumah Putih di mana para hadirin mendengar ucapan daripada Presiden Trump, Donald Trump Jr. dan Rudy Giuliani. Tunjuk perasaan itu kemudiannya memuncak sehingga menjadi rusuhan di mana bangunan Kapitol Amerika Syarikat diserang oleh penyokong Trump. Kejadian itu berlaku setelah banyak cubaan gagal dilakukan sebelum ini oleh Trump dan penyokongnya untuk membatalkan keputusan pilihan raya.

Semasa himpunan terdahulu, Trump menyeru para penyokongnya untuk "berjuang sepenuh tenaga" agar Republikan "mengambil semula negara kita" dan meminta para penyokongnya berarak ke Kapitol A.S.[10][11] Selepas itu, kumpulan perusuh pro-Trump berarak ke Kongres dan akhirnya menyerbu bangunan itu.[12] Kongres pada waktu itu sedang bersidang bagi melakukan penghitungan undian Kolej Elektoral dan sesi perdebatan pembantahan terhadap Kolej Elektoral. Penunjuk perasaan melanggar keselamatan sebelum memasuki Kapitol lalu memecah masuk ruang Senat yang dipindahkan sementara pengawal mengacukan pistol untuk mengelakkan mereka masuk ke ruang Dewan Perwakilan.[13][14][15][16][17] Beberapa bangunan di kompleks Kapitol A.S. dikosongkan dan semua bangunan di kompleks itu kemudiannya diletakkan di bawah perintah berkurung.[18]

Seorang penceroboh, Ashli Babbitt, telah ditembak penguat kuasa semasa kekecohan di luar Dewan Pewakilan dan kemudiannya maut akibat kecederaan itu.[19][20][21] Tiga yang lain turut meninggal dunia akibat kecemasan perubatan pada hari tersebut.[2][3] Tiga alat letupan reka ganti juga dilaporkan telah dijumpai: sebutir di markas Kapitol, dan sebutir di ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Republikan dan Jawatankuasa Nasional Demokratik yang berdekatan dengan Kapitol.[22][2]

Trump bertindak balas terhadap serangan itu dengan memberitahu para penunjuk perasaan agar "pulang dengan aman"; beliau juga menyifatkan para penunjuk perasaan yang terlibat sebagai "patriot yang hebat" dan "sangat istimewa". Trump meluahkan rasa "cinta" kepada mereka serta mengaitkan serangan itu sebagai "pilihan raya yang dicuri".[23][24] Akibatnya, Twitter menyekat akaun Trump buat sementara waktu dan telah membuang tiga ciapan beliau kerana melanggar dasar integriti sivik mereka.[25][26]

Serangan di Kapitol telah digambarkan sebagai pemberontakan, hasutan dan keganasan domestik.[27][28][29][30][31][32] Beberapa sumber telah melabelkannya sebagai cubaan rampasan kuasa oleh Trump.[33][34][35][36][37] Rusuhan ini ialah kali pertama Kapitol diserang sejak pembakaran Washington pada tahun 1814 oleh pihak British semasa Perang 1812.[38][39] Menjelang 8 Januari, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa tuduhan merusuh, konspirasi hasutan dan pemberontakan sedang dipertimbangkan.[40]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Presiden Donald Trump semasa himpunan kempen pada 2020

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang diadakan pada 3 November 2020 dimenangi oleh calon Demokrat Joe Biden yang mengalahkan penyandang Presiden dari Republikan Donald Trump. Sebelum, semasa dan selepas pengiraan undi, Trump dan ahli Republikan lain berusaha untuk membatalkan pilihan raya dengan tuduhan palsu bahawa berlakunya penipuan undi yang meluas.[41]

Dengan Kongres dijadualkan bersidang pada 6 Januari 2021 untuk mengira keputusan undi Dewan Pemilihan, Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan menjelang acara untuk meneruskan protesnya mengenai kesahihan keputusan pilihan raya di beberapa negeri. Pada 18 Disember 2020, Trump mengumumkan "Bantahan besar di DC pada 6 Januari. Datanglah ke sana, pasti menjadi liar!"[42] Datuk Bandar Washington, DC Muriel Bowser meminta pada 31 Disember 2020, agar pasukan Pengawal Kebangsaan Daerah Columbia dikerahkan untuk menyokong polis tempatan semasa demonstrasi yang dijangkakan akan berlaku. Beliau menulis dalam permintaannya bahawa pengawal tidak akan bersenjata dan bahawa mereka akan bertanggungjawab terutamanya untuk "pengurusan orang ramai" dan arah lalu lintas yang memungkinkan polis untuk bertumpu kepada masalah keselamatan. Pemangku Setiausaha Pertahanan Christopher C. Miller bersetuju dengan permintaan itu pada 4 Januari 2021. Kelulusan itu mengerahkan 340 anggota tentera manakala tidak lebih 114 anggota tentera yang lain bersedia dikerahkan apabila tiba masanya.[43]

Trump telah menghabiskan hari-hari sebelumnya memberi saranan kepada Naib Presiden Mike Pence agar menolak kemenangan Presiden terpilih Joe Biden iaitu tindakan yang di luar bidang kekuasaan perlembagaan Pence. Beliau mengulangi seruan ini dalam ucapannya pada pagi 6 Januari.[44] Petang yang sama, Pence mengeluarkan sepucuk surat kepada Kongres yang mengatakan bahawa beliau tidak akan mencabar kemenangan Biden.[44]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Donald Trump[sunting | sunting sumber]

Kenyataan Donald Trump semasa serangan Kapitol pada 6 Januari 2021. Video ini pada mulanya disiarkan di Twitter dan dikongsi di media sosial lain sebelum dikeluarkan dari semua platform kerana melanggar pelbagai dasar.

Pada 6 Januari, Trump menulis ciapan pada pukul 2:38 petang, "Tolong sokong Polis dan Penguat Kuasa Undang-Undang Kapitol kami. Mereka benar-benar berada di sisi Negara kita. Kekal aman!".[45] Beliau telah menghabiskan minggu-minggu sebelumnya untuk mempromosikan perhimpunan Saving America (Selamatkan Amerika).[46] Trump kemudiannya menulis ciapan pada 3:13 petang, "Saya meminta semua orang di Kapitol AS untuk kekal aman. Tiada keganasan! Ingatlah, KITA ialah Parti Undang-Undang & Ketertiban – hormati Undang-undang dan Polis-polis kita. Terima kasih!".[47] Pada jam 4:22 petang, Trump mengeluarkan pesanan video di media sosial. Video tersebut menampilkan beliau berkata kepada penyokongnya, "Pilihan raya ini ialah pilihan raya yang tidak masuk akal tetapi kita tidak boleh jatuh ke dalam helah golongan ini. Kita harus kekal aman. Oleh itu, pulanglah. Kami mencintaimu. Anda sangat istimewa. Anda telah menyaksikan peristiwa yang berlaku. Anda telah menyaksikan layanan buruk yang diperlakukan kepada orang lain. Saya turut bersimpati. Pulanglah ke rumah masing-masing dengan aman.[23]

Trump kemudiannya menulis ciapan: "Inilah kesannya apabila kemenangan besar pilihan raya ini telah dirampas dengan biadabnya daripada golongan yang setia kepada negaranya yang sejak sekian lama dilayan dengan teruk dan tidak adil". Beliau kemudian menyeru: "Pulanglah dengan cinta & aman. Ingatlah hari ini selamanya!".[24][48][49] Seorang penasihat Rumah Putih mengatakan bahawa Trump tidak melakukan sebarang tindakan lanjut bagi meredakan rusuhan itu. DIa menyambung lagi "Sekiranya kami dapat menyerahkan beliau kepada perusuh yang marah, sudah lama kami menyerahkan beliau kepada perusuh yang marah".[50]

Tidak lama selepas muat naik berkenaan, pesanan video Trump dialih keluar oleh Twitter, Facebook dan YouTube kerana melanggar dasar laman sesawang mengenai "integriti sivil" dan salah maklumat pilihan raya.[51] Eksekutif Facebook Guy Rosen menyatakan bahawa video tersebut dialih keluar kerana "ia menyumbang daripada mengurangkan risiko keganasan yang berterusan."[52] Petang itu, Twitter mengunci akaun Trump selama dua belas jam dan mengancam penangguhan kekal kerana "pelanggaran berulang dan berat terhadap dasar Integriti Sivik kami". Twitter juga meminta beliau mengalih keluar tiga ciapannya.[53][25] Keesokan harinya, Facebook dan platformnya, termasuk Instagram, mengumumkan bahawa Trump telah disekat di laman tersebut buat selama-lamanya.

Mike Pence[sunting | sunting sumber]

Pence menulis ciapan pada pukul 3:35 petang pada 6 Januari, "Serangan ke atas Kapitol kita tidak akan ditoleransi dan mereka yang terlibat akan didakwa dengan undang-undang sepenuhnya".[54] Kemudian, beliau berbicara dengan Senat ketika mereka berkumpul kembali pada malam 6 Januari dengan mengatakan, "Hari ini ialah hari yang gelap di Kapitol Amerika Syarikat... Kepada mereka yang telah membuat kekacauan di Kapitol kita hari ini, kamu tidak menang. Keganasan tidak akan pernah menang. Kebebasan menang. Dan ini masih Rumah Rakyat."[55][56]

Joe Biden dan Kamala Harris[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Januari pukul 4:06 petang, Presiden terpilih Joe Biden memberi ucapan kepada negara dari Wilmington, Delaware dengan menggelar peristiwa itu sebagai pemberontakan dan menghampiri hasutan serta mengatakan bahawa "demokrasi kita sedang menerima serangan yang belum pernah terjadi sebelum ini".[57][58] Beliau meminta Trump untuk bersiar di televisyen kebangsaan dan menuntut beliau menghentikan bantahan.[59][60] Beberapa minit kemudian, Naib Presiden terpilih Kamala Harris mengulangi ulasan Biden dengan menulis bahawa tunjuk perasaan itu ialah "serangan terhadap Kapitol dan penjawat awam negara kita".[61]

Kongres[sunting | sunting sumber]

Ucapan Chuck Schumer, ketua Minoriti Senat selepas rusuhan

Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell menganggap serangan di Kapitol sebagai "pemberontakan gagal" dan berkata "Sekarang ini kita sudah kembali ke jawatan kita, kita akan melaksanakan tugas kita di bawah Perlembagaan dan untuk negara kita. Dan kita akan lakukannya malam ini juga."[62] Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menggesa Trump "menuntut agar semua penunjuk perasaan meninggalkan Kapitol A.S. dan Markas Kapitol dengan segera."[63] Selepas pengumuman Pelosi bahawa penghitungan undi pilihan raya akan diteruskan pada malam 6 Januari, beliau kemudian berkata "marilah kita berdoa agar hasutan keganasan ini dapat memberikan penampakan kepada negara kita untuk pulih".[64]

Ahli Dewan Perwakilan, Cori Bush dalam satu ciapan, beliau berniat untuk memperkenalkan resolusi yang mengusulkan pengusiran "beberapa anggota Kongres dari Republikan yang menghasut serangan teror domestik ini melalui usaha mereka untuk menjatuhkan pilihan raya".[65][66]

Ahli Dewan Perwakilan dari Republikan, Adam Kinzinger mengecam keganasan itu dan menyifatkan peristiwa itu sebagai "cubaan rampasan kuasa".[36] Ahli kongres wanita, Liz Cheney, Ketua Persidangan Republikan Dewan Perwakilan, berkata, "Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Presiden membentuk kumpulan perusuh ini, Presiden menghasut kumpulan perusuh ini, Presiden mengarahkan kumpulan perusuh ini. Beliaulah yang menyalakan api."[67] Seorang lagi ahli Dewan Perwakilan, Mike Gallagher berkata "tidak pernah melihat perkara seperti ini sejak saya bertugas di Iraq".[68] Cathy McMorris Rodgers, yang merancang untuk menentang pengesahan undi elektoral, mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi membantah keputusan Kolej Elektoral setelah menyaksikan peristiwa "memalukan dan dilakukan ibarat seperti bukan rakyat Amerika" pada 6 Januari.[69] Beberapa-beberapa senator seperti Kelly Loeffler, Steve Daines, James Lankford, Marsha Blackburn, Mike Braun, dan Cynthia Lummis turut menarik balik bantahan mereka terhadap undi pilihan raya setelah menyaksikan keganasan kumpulan perusuh.[70] Senator Mitt Romney dari Utah berkata, "Apa yang terjadi di Kapitol A.S. hari ini adalah pemberontakan, yang dihasut oleh Presiden Amerika Syarikat" dan sebahagian daripada "serangan yang belum pernah terjadi terhadap demokrasi kita".[71]

Reaksi domestik lain[sunting | sunting sumber]

Terhadap perusuh[sunting | sunting sumber]

Kesemua empat bekas presiden—Barack Obama, George W. Bush, Bill Clinton, dan Jimmy Carter—mengecam serangan Kapitol, dengan Obama dan Clinton mengutuk Trump kerana menghasut keganasan.[72] Bush, yang jarang memberi komen mengenai masalah negara sejak meninggalkan jawatan presiden pada tahun 2009, mengeluarkan kenyataan yang mengatakan "ini adalah bagaimana keputusan pilihan raya dipertikaikan di republik pisang – bukan republik demokratik kita." Beliau juga "terkejut dengan perilaku semberono beberapa pemimpin politik sejak pilihan raya dan juga kurangnya rasa hormat yang ditunjukkan hari ini terhadap institusi, tradisi, dan penegak undang-undang kita."[73] Obama berkata "Sejarah akan dengan betul mengingati keganasan hari ini di Kapitol, yang dihasut oleh presiden penyandang, yang terus berbohong mengenai hasil pilihan raya yang sah, sebagai detik penghinaan dan rasa malu bagi negara kita." Obama juga menuduh parti Republikan enggan memberitahu kebenaran kepada penyokong mereka mengenai pilihan raya. "Naratif fantasi mereka semakin jauh dari kenyataan dan ini wujud berdasarkan kebencian mereka sepanjang tahun."[74]

William Barr, bekas peguam negara lantikan Trump mengecam keganasan itu. Beliau mengganggap ianya "keterlaluan dan satu penghinaan," sambil berkata bahawa tindakan presiden adalah "satu pengkhianatan terhadap jawatan dan penyokongnya". Beliau juga menambah bahawa "mengatur serangan untuk menekan Kongres satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan."[75][76] Bekas Ketua Staf Rumah Putih lantikan Trump, Mick Mulvaney mendesak Presiden untuk menghentikan serangan di Kapitol,[77] dan kemudian mengundurkan diri dari jawatannya sebagai Wakil Khas Amerika Syarikat ke Ireland Utara.[78] James Mattis, bekas jeneral Marin dan bekas setiausaha pertahanan lantikan Trump, dan Tom Bossert, bekas penasihat keselamatan tanah air lantikan Trump, mengecam presiden kerana mengaktifkan serangan dan menghancurkan kepercayaan dalam pilihan raya.[79][80]

Ivanka Trump, anak sulung perempuan presiden, dikutuk kerana menganggap perusuh di Kapitol sebagai "patriot Amerika" dalam satu ciapan Twitter yang akhirnya dipadamkan beliau sendiri.[81] Terry Gainer, bekas ketua polis Kapitol A.S. dan bekas bentara senat, menyifatkan tunjuk perasaan itu tidak pernah terjadi sebelum ini dalam penguatkuasaan undang-undang, dengan menyatakan bahawa "ini adalah orang ramai yang jauh lebih dibenci yang dihasut oleh presiden itu sendiri. Ini pasti sesuatu yang baru dalam perniagaan kita."[82]

Bekas duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley menyatakan "setiap orang Amerika berhak untuk mengadakan protes secara aman. Apa yang berlaku sekarang di bangunan Kapitol A.S. adalah salah dan ibarat bukan perbuatan rakyat Amerika. Kita lebih baik dari itu."[83]

Bekas anggota Kongres (R-FL) dan pengacara MSNBC, Joe Scarborough menggesa agar Presiden Trump, Donald Trump Jr. dan Rudy Giuliani ditangkap.[84]

Bekas pemangku pengarah CIA, Michael Morell (2010-2013) berkata, "Kita seharusnya menganggap apa yang berlaku [pada 6 Januari] adalah satu keganasan domestik."[85]

Banyak cawangan berita seperti CNN,[86] USA Today,[87] The Guardian,[88] The Washington Post,[89] dan CBS News,[90] mengkritik tindak balas polis terhadap serangan Kapitol yang berbeza dengan tindak balas polis terhadap tunjuk perasaan Black Lives Matter pada tahun lepas. Pada bulan Jun 2020, 5,000 anggota Pengawal Kebangsaan mengawal Rumah Putih semasa demonstrasi Black Lives Matter,[88] namun dalam usaha untuk menghindari ketegangan yang memuncak sejak tunjuk perasaan itu, datuk bandar Bowser memilih untuk tidak memanggil anggota Pengawal Kebangsaan dari negeri lain untuk demonstrasi pada 6 Januari 2021, menyebabkan kehadiran penguatkuasa undang-undang "agak sedikit" dan "tidak bersedia untuk menghadapi perusuh".[91][92]

Ketua pegawai eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menulis bahawa "Trump berhasrat untuk menggunakan baki tempoh jawatannya di pejabat untuk melemahkan peralihan kuasa secara aman dan sah kepada penggantinya yang dipilih, Joe Biden."[93]

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lebih 70 negara lain dan pertubuhan antarabangsa semuanya telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap protes berkenaan dan mengecam keganasan yang berlaku, dengan beberapa suara secara khususnya mengutuk peranan Trump sendiri dalam menghasut untuk serangan itu.[94][95] Beberapa pemimpin dunia telah menyeru perdamaian, menggambarkan rusuhan itu sebagai "serangan terhadap demokrasi".[96]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What happened in Washington DC yesterday? A timeline of insurrection". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-07. Dicapai pada 2021-01-08.
  2. ^ a b c "4 died as Trump supporters invaded Capitol". Associated Press. Januari 6, 2021. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021 – melalui Politico. D.C. police officials also say two pipe bombs were recovered, one outside the Democratic National Committee and one outside the Republican National Committee. Police found a cooler from a vehicle that had a long gun and Molotov cocktail on Capitol grounds.
  3. ^ a b "Over 50 people arrested, 14 officers injured and 4 deaths reported amid pro-Trump protests in DC". FOX 5 DC. Januari 6, 2021. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  4. ^ Perez, Evan; Herb, Jeremy; Polantz, Katelyn; Scannell, Kara; Carrega, Christina (January 7, 2021). "Prosecutors 'looking at all actors,' including Trump, as charges are filed against Capitol rioters". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  5. ^ "Police Confirm Death Of Officer Injured During Attack On Capitol". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-08.
  6. ^ Brice-Saddler, Michael; Williams, Clarence (Januari 6, 2021). "Three died of medical emergencies during siege of Capitol". The Washington Post. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021.
  7. ^ Peñaloza, Marisa (Januari 6, 2021). "Trump Supporters Clash With Capitol Police At Protest". National Public Radio (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  8. ^ Amenabar, Teddy; Zauzmer, Julie; Davies, Emily; Brice-Saddler, Michael; Ruane, Michael E.; dll. (Januari 6, 2021). "Live updates: Hundreds storm Capitol barricades; two nearby buildings briefly evacuated; Trump falsely tells thousands he won". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  9. ^ Hooks, Scott Rodd, Kris. "Trump Supporters, Proud Boys Converge On California's Capitol To Protest Electoral College Count". www.capradio.org. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  10. ^ McCarthy, Tom; Ho, Vivian; Greve, Joan E. (Januari 7, 2021). "Schumer calls pro-Trump mob 'domestic terrorists' as Senate resumes election certification – live". Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021 – melalui www.theguardian.com.
  11. ^ "Before mob stormed US Capitol, Trump told them to 'fight like hell' –". The Boston Globe. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  12. ^ Ted Barrett, Manu Raju and Peter Nickeas. "Pro-Trump mob storms US Capitol as armed standoff takes place outside House chamber". CNN. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.Selenggaraan CS1: menggunakan parameter authors (link)
  13. ^ Mangan, Amanda Macias,Dan (Januari 6, 2021). "U.S. Capitol secured hours after pro-Trump rioters invade Congress". CNBC. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  14. ^ Wagner, Meg; Macaya, Melissa; Hayes, Mike; Mahtani, Melissa; Rocha, Veronica; Alfonso III, Fernando (Januari 6, 2021). "Armed standoff taking place at House front door". CNN. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  15. ^ McEvoy, Jemima (Januari 6, 2021). "DC Protests Live Coverage: Entire Capitol Now On Lockdown As Protesters Enter The Building". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  16. ^ Lang, Brent; Littleton, Cynthia (Januari 6, 2021). "U.S. Capitol on Lockdown, Pro-Trump Protestors Breach Police Lines". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  17. ^ "1 shot dead, Congress evacuated, National Guard activated after pro-Trump rioters storm Capitol". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  18. ^ "Watch Live: Protesters Swarm US Capitol Steps as Congress Counts Electoral Votes". NBC4 Washington (dalam bahasa Inggeris). Januari 6, 2021. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  19. ^ "Trump supporters storm U.S. Capitol, with one woman killed and tear gas fired". Washington Post. Januari 6, 2021. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  20. ^ Matthews, Dylan (Januari 6, 2021). "Watch a tearful Trump supporter ask C-SPAN if her president lied to her". Vox (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021. At least one of the group storming the Capitol, Trump supporter Ashli Babbitt, was killed by an unknown shooter after she had made it inside the Capitol building.
  21. ^ "Man says San Diego woman killed in Capitol siege was his wife". KXAN Austin (dalam bahasa Inggeris). Januari 7, 2021. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  22. ^ Shallwani, Pervaiz (Januari 6, 2021). "At least two real explosive devices in DC rendered safe by law enforcement". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  23. ^ a b Zilbermints, Regina (6 Januari 2021). "Trump tells rioters 'go home,' repeats claims that election 'fraudulent'". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  24. ^ a b Durkee, Alison (6 Januari 2021). "Trump Justifies Supporters Storming Capitol: 'These Are The Things And Events That Happen'". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  25. ^ a b Manzullo, Brian. "Twitter blocks Donald Trump's account for 12 hours, threatens permanent suspension". Detroit Free Press (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  26. ^ Karni, Annie; Haberman, Maggie (January 6, 2021). "Trump openly condones supporters who violently stormed the Capitol, prompting Twitter to lock his account". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  27. ^ "Conservative media members erupt with anger over protesters storming Capitol: 'This is domestic terrorism'". Fox News. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  28. ^ Natalie Dreier (Januari 6, 2021). "Capitol violence: What is sedition?". Cox Media Group National Content Desk. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021 – melalui KIRO.
  29. ^ Trepany, Charles. "'This is domestic terrorism': Meghan McCain, Cardi B and more react to Capitol riot". USA TODAY. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  30. ^ Corn, David. "Donald Trump is now a terrorist leader". Mother Jones. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  31. ^ Johnson, Martin (Januari 6, 2021). "Cori Bush introduces legislation to sanction, remove all House members who supported election challenges". The Hill. Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  32. ^ Jansen, Bart. "President-elect Joe Biden calls Capitol riot 'insurrection,' urges President Trump to 'end siege'". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  33. ^ Graham, David A. (Januari 6, 2021). "This Is a Coup". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  34. ^ Musgrave, Paul. "This Is a Coup. Why Were Experts So Reluctant to See It Coming?". Foreign Policy (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  35. ^ Solnit, Rebecca. "Call it what it was: a coup attempt". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 7, 2021.
  36. ^ a b Coleman, Justine (Januari 6, 2021). "GOP lawmaker on violence at Capitol: 'This is a coup attempt'". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "coleman" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  37. ^ Jacobson, Louis (Januari 6, 2021). "PolitiFact – Is this a coup? Here's some history and context to help you decide". PolitiFact (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 7, 2021.
  38. ^ Justine Lofton (Januari 6, 2021). "Last U.S. Capitol breach was by British during War of 1812". MLive. Diarkib daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  39. ^ "a violent seizure of the US Capitol building by violent rioters – the first time the Capitol had been breached since 1814 during the War of 1812" https://www.cnn.com/2021/01/06/politics/donald-trump-electoral-college-riot-us-capitol/index.html Diarkibkan Januari 7, 2021, di Wayback Machine
  40. ^ "Capitol riot: Trump commits to 'orderly' transition of power". BBC News (dalam bahasa Inggeris). January 8, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  41. ^ Multiple sources:
  42. ^ Carless, Will. "Nation's capital braces for violence as extremist groups converge to protest Trump's election loss". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 5 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  43. ^ Alex Marquardt, Barbara Starr, Alison Main and Devan Cole. "Pentagon approves DC mayor's request to deploy National Guard for upcoming demonstrations". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.Selenggaraan CS1: menggunakan parameter authors (link)
  44. ^ a b Nickeas, Peter (6 Januari 2021). "Pro-Trump supporters have flooded DC to protest president's election loss". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  45. ^ realDonaldTrump (6 Januari 2021). "Please support our Capitol Police and Law Enforcement. They are truly on the side of our Country. Stay peaceful!" (Tweet) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  46. ^ Edmondson, Catie (6 Januari 2021). "Live Updates: Pro-Trump Protesters Storm the Capitol". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  47. ^ Donald Trump [realDonaldTrump] (6 Januari 2021). "I am asking for everyone at the U.S. Capitol to remain peaceful. No violence! Remember, WE are the Party of Law & Order – respect the Law and our great men and women in Blue. Thank you!" (Tweet) – melalui Twitter.
  48. ^ Gearan, Anne; Dawsey, Josh (7 Januari 2021). "Trump issued a call to arms. Then he urged his followers 'to remember this day forever!'". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  49. ^ "Trump encourages his supporters to 'remember this day.'". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2021. ISSN 0362-4331. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  50. ^ "White House adviser: Trump doesn't want to do more to calm riots". CNN (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2021. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  51. ^ Lima, Cristiano (6 Januari 2021). "YouTube, Facebook and Twitter squelch Trump's video on Capitol breach". Politico (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  52. ^ Kelly, Makena (6 Januari 2021). "Facebook declares "emergency situation" and removes Trump video". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  53. ^ TwitterSafety (7 Januari 2021). "Future violations of the Twitter Rules, including our Civic Integrity or Violent Threats policies, will result in permanent suspension of the @realDonaldTrump account" (Tweet) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  54. ^ "Violence engulfs US Capitol as Trump supporters run riot". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  55. ^ "Violent pro-Trump mob storms US Capitol". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  56. ^ "Pence to Rioters: 'You Did Not Win'". NBC4 Washington (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  57. ^ "'Our Democracy Is Under Unprecedented Assault,' Biden Says". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  58. ^ "Watch live: Biden is speaking amid violence at Capitol – The Boston Globe". The Boston Globe (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2021. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  59. ^ "President-elect Biden Delivers Remarks in Wilmington, Delaware | C-SPAN.org". www.c-span.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  60. ^ Shear, Michael D. (6 Januari 2021). "Biden calls on Trump to go on national television and 'demand an end to this siege.'". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  61. ^ KamalaHarris (6 Januari 2021). "I join President-elect @JoeBiden in calling for the assault on the Capitol and our nation's public servants to end" (Tweet) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  62. ^ "Congress will reconvene to certify Biden's Electoral College win". POLITICO. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  63. ^ "Rioters breach Capitol as Congress certifies Biden's win". CNN. January 6, 2021. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  64. ^ Weisman, Jonathan (January 6, 2021). "Pelosi: The electoral vote tally will resume once the Capitol is cleared". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  65. ^ Benchaabane, Nassim (January 6, 2021). "Rep. Cori Bush calls for expulsion of House Republicans who sought to overturn election". STLtoday.com. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021.
  66. ^ Johnson, Marty (January 6, 2021). "Cori Bush introduces legislation to sanction, remove all House members who supported election challenges". TheHill. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  67. ^ Coleman, Justine (January 6, 2021). "Liz Cheney blames Trump for riots: 'He lit the flame'". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  68. ^ Castronuovo, Celine (January 6, 2021). "GOP lawmaker on protesters storming Capitol: 'I have not seen anything like this since I deployed to Iraq'". The Hill. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  69. ^ LeBlanc, Paul (January 6, 2021). "GOP congresswoman to no longer challenge Biden's win after US Capitol breach". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  70. ^ LeBlanc, Paul (January 6, 2021). "US Capitol breach prompts host of GOP lawmakers to decide against challenging Biden's win". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  71. ^ Kelly, Caroline; Robertson, Nicky (January 6, 2021). "Romney: 'What happened here today was an insurrection, incited by the President'". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 6, 2020.
  72. ^ Knowles, Hannah (January 6, 2020). "Insurrection: All four living former presidents denounce violence at the Capitol". The Washington Post. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021.
  73. ^ Wagner, Meg; dll. (January 6, 2021). "President George W. Bush condemns riots: "This is how election results are disputed in a banana republic"". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  74. ^ "Former U.S. President Obama releases statement on chaos at U.S. Capitol". Dayton 24/7 Now. January 6, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  75. ^ Perez, Evan (January 6, 2021). "Former Attorney General William Barr condemns Capitol mob as "outrageous and despicable"". CNN. Dicapai pada January 6, 2021.
  76. ^ Baker, Peter (January 7, 2021). "Live Updates: Calls for Trump's Removal as Biden Forges Ahead with Justice Picks". Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021 – melalui NYTimes.com.
  77. ^ "'Stop this now.' SC Republican Leaders Sound Off as Pro-Trump Rioters Breach Capitol". Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  78. ^ Macias, Amanda (January 7, 2021). "'I can't stay here' — Mick Mulvaney resigns from Trump administration, expects others to follow". CNBC. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  79. ^ Lara Seligman, Mattis blames Trump for inciting 'mob rule' Diarkibkan Januari 7, 2021, di Wayback Machine, Politico (January 6, 2020).
  80. ^ Kaitlan Collins, Trump's former homeland security adviser says the President is "culpable for this siege" Diarkibkan Januari 6, 2021, di Wayback Machine, CNN (January 6, 2021).
  81. ^ Ritschel, Chelsea (January 6, 2021). "Ivanka Trump deletes tweet calling pro-Trump rioters 'patriots'". The Independent. New York. Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  82. ^ "Pence evacuated, Capitol locked down as protesters push through fence, breach building". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada January 6, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  83. ^ Bohatch, Emily (January 6, 2021). "'Stop this now.' SC Republican leaders sound off as pro-Trump rioters breach Capitol". The State. Diarkib daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  84. ^ Gstalter, Morgan (January 7, 2021). "Scarborough calls for arrest of Trump, Giuliani and Trump Jr. for insurrection against US". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  85. ^ "Siege of the U.S. Capitol "was a total failure of security," former CIA leader says". cbsnews.com. CBS News. January 7, 2021. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  86. ^ Nicole Chavez. "Rioters breached US Capitol security on Wednesday. This was the police response when it was Black protesters on DC streets last year". CNN. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  87. ^ Berry, Grace Hauck and Deborah Barfield. "'Double standard': Black lawmakers and activists decry police response to attack on US Capitol". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  88. ^ a b Borger, Julian (January 7, 2021). "Maga v BLM: how police handled the Capitol mob and George Floyd activists – in pictures". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  89. ^ Klemko, Robert; Kindy, Kimberly; Bellware, Kim; Hawkins, Derek. "Kid glove treatment of pro-Trump mob contrasts with strong-arm police tactics against Black Lives Matter, activists say". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  90. ^ "Photos show difference in how police responded to anti-racism protests and the siege at the U.S. Capitol" (dalam bahasa Inggeris). CBS News. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  91. ^ "National Guard activated for D.C. protests, with more restraints than in June, officials say". The Washington Post. January 4, 2021. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  92. ^ "Capitol Police Weren't Prepared for Rioters, Authorities Say". The Wall Street Journal. January 7, 2021. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  93. ^ Collier, Kevin (7 Januari 2021). "Facebook bans Trump for at least remainder of presidency". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 8 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  94. ^ "Capitol riots: Boris Johnson condemns Donald Trump for sparking events". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 7 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  95. ^ "Taoiseach and Foreign Affairs Minister react to Washington protests". echo live (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2021. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  96. ^ "US Capitol riots: World leaders react to 'horrifying' scenes in Washington". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 7 Januari 2021. Diarkib daripada yang asal pada 8 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]