Piala Malaysia 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Malaysia 2021
TM Piala Malaysia 2021
NegaraMalaysia Malaysia
Tarikh26 September – 30 November 2021
Pasukan16[nota 1][nota 2]
Juara bertahanJohor Darul Ta'zim
JuaraKuala Lumpur City
Naib juaraJohor Darul Ta'zim
Perlawanan dimainkan57
Jaringan gol156 (2.74 per perlawanan)
Kehadiran167,458 (2,938 per perlawanan)
Penjaring terbanyakRomel Morales
(10 gol)
Pemain terbaikZhafri Yahya (KL City)
2020
2022

Piala Malaysia 2021 juga dikenali sebagai TM Piala Malaysia 2021[1] (atas sebab penajaan) adalah merupakan edisi ke-95 Piala Malaysia dan yang ke 100 tahun penubuhannya sejak 1921,[2] sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Oleh kerana FAM telah membatalkan Piala FA 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19, satu slot layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2022 yang diberikan AFC untuk pemenang Piala FA 2021 akan diberikan kepada pemenang dari Piala Malaysia 2021.[3]

Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan.

Kuala Lumpur City memenangi perlawanan akhir setelah menewaskan Johor Darul Ta'zim dengan keputusan 2–0 dan layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2022.

Format[sunting | sunting sumber]

Dalam kejohanan ini, 11 pasukan teratas daripada saingan Liga Super 2021 disertai oleh 5 pasukan teratas dari saingan Liga Premier 2021 (bukan pasukan dari pasukan pembangunan) layak menyertai. Pasukan-pasukan akan ditarik ke dalam empat kumpulan empat pasukan. Dalam peringkat kumpulan, pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan menentang lawan dalam kumpulan masing-masing, juara dan naib juara daripada setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.[4]

Pada 25 September 2021, berikutan dari pandemik COVID-19 yang berada di dalam negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum memberikan kelulusan diatas permohonan MFL untuk membenarkan penonton ke stadium.[5] Permohonan tersebut kemudian di luluskan pada 30 September 2021 selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membenarkan kehadiran penonton ke stadium bermula dari hari perlawanan ketiga, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).[6] Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan KBS kemudian telah menetapkan bahawa kuota penonton yang dibenarkan masuk ke stadium untuk negeri yang masih berada dalam sekatan fasa 2 adalah 5,000 penonton, fasa 3 adalah 10,000 penonton dan fasa 4 adalah tidak melebihi 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti stadium yang digunakan untuk hari perlawanan.[7]

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Pasukan yang layak adalah seperti berikut:

Dari Liga Super
Ked Pasukan
1 Johor Darul Ta'zim
2 Kedah Darul Aman
3 Pulau Pinang
4 Terengganu
5 Selangor
6 Kuala Lumpur City
7 Petaling Jaya City
8 Melaka United
9 Sabah
10 Sri Pahang
11 Perak
Dari Liga Premier
Ked Pasukan
1 Negeri Sembilan
2 Sarawak United
3 Kuching City
4 Kelantan
5 Kelantan United

Undian[sunting | sunting sumber]

Majlis undian akan diadakan pada 15 September 2021, jam 14:00 (MST) yang akan disiarkan secara langsung di youtube MFL.[8][2]

Balang A
Pasukan
Johor Darul Ta'zim
Kedah Darul Aman
Pulau Pinang
Terengganu
Balang B
Pasukan
Selangor
Kuala Lumpur City
Petaling Jaya City
Melaka United
Balang C
Pasukan
Sabah
Sri Pahang
Perak
Negeri Sembilan
Balang D
Pasukan
Sarawak United
Kuching City
Kelantan
Kelantan United

Jadual[sunting | sunting sumber]

Jadual perlawanan adalah seperti berikut.[9]

Fasa Pusingan Tarikh Cabutan Perlawanan Pertama Perlawanan Kedua
Peringkat Kumpulan Hari Perlawanan 1 15 September 2021

14:00 (UTC+8)

26–27 September 2021
Hari Perlawanan 2 29 September–1 Oktober 2021[nota 3]
Hari Perlawanan 3 29–30 Oktober 2021
Hari Perlawanan 4 1–3 November 2021
Hari Perlawanan 5 6–7 November 2021
Hari Perlawanan 6 9–10 November 2021
Peringkat kalah mati Suku Akhir 14 November 2021 18 November 2021
Separuh Akhir 22 November 2021 26 November 2021
Pentas Akhir 30 November 2021

Peringkat Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan A[sunting | sunting sumber]

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran KUL SUD PAH PEN
1 Kuala Lumpur City 6 4 2 0 12 4 +8 14 Peringkat kalah mati 4–0 3–1 1–0
2 Sarawak United 6 3 1 2 9 10 −1 10 2–2 1–0 1–2
3 Sri Pahang 6 2 0 4 11 7 +4 6 0–1 1–2 4–0
4 Pulau Pinang 6 1 1 4 4 15 −11 4 1–1 1–3 0–5
Sumber: MFL FAM

Kumpulan B[sunting | sunting sumber]

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran TER SEL KUC PRK
1 Terengganu 6 5 1 0 16 4 +12 16 Peringkat kalah mati 2–1 2–0 4–0
2 Selangor 6 4 0 2 12 8 +4 12 1–3 5–1 1–0
3 Kuching City 6 1 2 3 6 12 −6 5 1–1 1–2 2–2
4 Perak 6 0 1 5 4 14 −10 1 1–4 1–2 0–1
Sumber: MFL FAM

Kumpulan C[sunting | sunting sumber]

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran MEL KED KLU NSE
1 Melaka United 6 5 1 0 15 5 +10 16 Peringkat kalah mati 2–0 2–1 2–0
2 Kedah Darul Aman 6 4 0 2 13 6 +7 12 1–3 3–0 3–0[a]
3 Kelantan United 6 1 1 4 8 12 −4 4 3–3 1–3 0–1
4 Negeri Sembilan[a] 6 1 0 5 1 14 −13 3 Menarik diri[b] 0–3[a] 0–3[a] 0–3[a]
Sumber: MFL FAM
Nota:
  1. ^ a b c d e Mengikut peraturan MFL, semua baki perlawanan Negeri Sembilan akan diberikan kemenangan 3–0 kepada pasukan lawan.
  2. ^ Negeri Sembilan menarik diri daripada kejohanan pada 22 Oktober 2021, selepas 20 pemain dan 4 kakitangan telah dijangkiti Koronavirus, ini mendorong mereka menarik diri demi keselamatan semua pihak dan dinasihatkan oleh doktor perubatan pasukan itu.[11]

Kumpulan D[sunting | sunting sumber]

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran JDT SBH PJC KEL
1 Johor Darul Ta'zim 6 6 0 0 14 1 +13 18 Peringkat kalah mati 3–0 1–0 2–0
2 Sabah 6 2 2 2 6 9 −3 8 0–2 1–0 2–1
3 Petaling Jaya City 6 1 2 3 5 6 −1 5 1–2 1–1 3–1
4 Kelantan 6 0 2 4 4 13 −9 2 0–4 2–2 0–0
Sumber: MFL FAM

Peringkat kalah mati[sunting | sunting sumber]

Dalam fasa kalah mati, pasukan bermain menentang satu sama lain melalui perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan, kecuali perlawanan akhir.

  Suku Akhir Separuh Akhir Pentas Akhir
                             
 Selangor 0 0 0  
 Kuala Lumpur City 2 1 3  
   Kuala Lumpur City (pen.) 1 1 2 (5)  
   Melaka United 1 1 2 (3)  
 Sabah 0 1 1
   Melaka United 1 2 3  
     Kuala Lumpur City 2
   Johor Darul Ta'zim 0
   Terengganu 2 4 6  
 Sarawak United 1 2 3  
   Terengganu 1 0 1
   Johor Darul Ta'zim 1 3 4  
 Kedah Darul Aman 0 0 0
   Johor Darul Ta'zim 0 1 1  

Suku Akhir[sunting | sunting sumber]

Perlawanan suku akhir pertama dimainkan pada 14 November 2021, dan perlawanan suku akhir kedua dimainkan pada 18 November 2021.

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Selangor 0–3 Kuala Lumpur City 0–2 0–1
Sabah 1–3 Melaka United 0–1 1–2
Terengganu 6–3 Sarawak United 2–1 4–2
Kedah Darul Aman 0–1 Johor Darul Ta'zim 0–0 0–1

Selangor0–2Kuala Lumpur City
Laporan
Kehadiran: 3,146
Pengadil: Mohd Nafeez Abdul Wahab

Kuala Lumpur City1–0Selangor
Laporan

Kuala Lumpur City menang 3−0 menerusi agregat.


Sabah0–1Melaka United
Laporan
Kehadiran: 6,000
Pengadil: Ahmad Zuhaidi Dzulkifli

Melaka United2–1Sabah
Laporan
Kehadiran: 6,328

Melaka United menang 3−1 menerusi agregat.


Terengganu2–1Sarawak United
Laporan
Kehadiran: 8,717
Pengadil: Mohd Hasrol Mohd Amir

Sarawak United2–4Terengganu
Laporan
Kehadiran: 2,093
Pengadil: Mohd Fusser Mad Sallih

Terengganu menang 6−3 menerusi agregat.


Kedah Darul Aman0–0Johor Darul Ta'zim
Laporan

Johor Darul Ta'zim1–0Kedah Darul Aman
Laporan
Kehadiran: 16,209
Pengadil: Zulkarnain Zakaria

Johor Darul Ta'zim menang 1−0 menerusi agregat.

Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Perlawanan separuh akhir pertama dimainkan pada 22 November 2021, dan perlawanan separuh akhir kedua dimainkan pada 26 November 2021.

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Kuala Lumpur City 2–2 (5–3 pen.) Melaka United 1–1 1–1
Terengganu 1–4 Johor Darul Ta'zim 1–1 0–3

Kuala Lumpur City1–1Melaka United
Laporan
Kehadiran: 0[13][nota 5]
Pengadil: Mohd Hasrol Mohd Amir

Melaka United1–1 (s.m.t.)Kuala Lumpur City
Laporan
Penalti
Adriano Narcizo Dijaring
Manuel Ott Dijaring
Giovane Gomes Tersasar
Sony Norde Dijaring
3–5 Dijaring Paulo Josué
Dijaring Romel Morales
Dijaring Indra Putra
Dijaring Hadin Azman
Dijaring Giancarlo Gallifuoco
Kehadiran: 17,500
Pengadil: Mohd Fusser Mad Sallih

2−2 pada agregat, Kuala Lumpur City menang 5−3 menerusi sepakan penalti


Terengganu1–1Johor Darul Ta'zim
Laporan
Kehadiran: 20,000
Pengadil: Yaasin Hanafiah

Johor Darul Ta'zim3–0Terengganu
Laporan

Johor Darul Ta'zim menang 4−1 menerusi agregat.

Pentas Akhir[sunting | sunting sumber]

Pasukan 1  Jaringan  Pasukan 2
Kuala Lumpur City 2–0 Johor Darul Ta'zim
Kuala Lumpur City2–0Johor Darul Ta'zim
Laporan

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Juara Piala Malaysia 2021
Kuala Lumpur City
Gelaran Keempat

Penjaring gol[sunting | sunting sumber]

Penjaring gol teratas[sunting | sunting sumber]

  Pasukan disingkirkan / tidak aktif untuk pusingan ini / menarik diri.
  Pemain tidak berada dalam pasukan tetapi pasukan masih aktif untuk pusingan ini.
Ked. Pemain Pasukan HP1 HP2 HP3 HP4 HP5 HP6 SU1 SU2 SA1 SA2   PA   Jumlah
1 Colombia Romel Morales Kuala Lumpur City 2 1 2 2 1 1 1 10
2 Brazil Bergson da Silva Johor Darul Ta'zim 1 2 1 1 2 7
3 Malaysia Faisal Halim Terengganu 1 1 1 1 1 1 6
4 Haiti Sony Norde Melaka United 1 1 1 1 1 5
Nigeria Uche Agba Sarawak United 2 2 1
Ghana Jordan Mintah Terengganu 2 2 1
5 Filipina Manuel Ott Melaka United 2 1 1 4
Brazil Adriano Narcizo Melaka United 1 1 1 1
Macedonia Utara Risto Mitrevski Sabah 2 1 1
Sudan Kenny Athiu Sri Pahang 3 1
England Lee Tuck Terengganu 1 1 2

Gol sendiri[sunting | sunting sumber]

No Pemain Kelab Gol untuk Tarikh Jumlah Gol
1 Australia Giancarlo Gallifuoco Kuala Lumpur City Sri Pahang 26 September 2021 1
2 Malaysia Danish Haziq Perak Terengganu 30 Oktober 2021
3 Malaysia Shahrul Nizam Terengganu Sarawak United 14 November 2021

Hat-trik[sunting | sunting sumber]

Pemain Kelab Tentangan Keputusan Tarikh
Sudan Kenny Athiu Sri Pahang Pulau Pinang 5–0   (R) 3 November 2021
Nota

4 Pemain menjaringkan 4 gol
(R) adalah Rumah dan (P) adalah Pelawat.

Sumber:[14]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Bola perlawanan[sunting | sunting sumber]

Bola rasmi untuk TM Piala Malaysia 2021 adalah logo Piala Malaysia 100-Tahun,[15][16] yang ditaja oleh PUMA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Termasuk pasukan Negeri Sembilan, yang telah menarik diri pada hari perlawanan ketiga akibat pandemik COVID-19.
  2. ^ Perlawanan Negeri Sembilan yang kemenangan diberikan percuma pada pasukan lawan tidak dikira dalam 'Perlawanan dimainkan' dan 'Jaringan gol'.
  3. ^ Pada asalnya perlawanan, Kelantan United vs Negeri Sembilan yang sepatutnya diadakan pada 30 September, dan Kelantan United vs Melaka United pada 2 November dipindahkan ke tarikh baru kerana Kelantan United dan Kelantan FC berkongsi venue yang sama, Stadium Sultan Muhammed IV, dan beberapa perlawanan mereka akan diadakan pada tarikh yang sama. Oleh itu, perlawanan Kelantan United vs Negeri Sembilan dipindahkan ke 1 Oktober dan Kelantan United vs Melaka United pada 1 November.[10]
  4. ^ a b Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah memutuskan tarikh perlawanan peringkat suku akhir pertama dan suku akhir kedua yang melibatkan antara pasukan Terengganu dan Sarawak United akan dipinda, di mana pasukan Terengganu yang sepatutnya menjadi tuan rumah suku akhir kedua akan menjadi tuan rumah suku akhir pertama.[12]
  5. ^ KL City dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton oleh MFL untuk perlawanan separuh akhir pertama berdepan Melaka United susulan tindakan penonton tuan rumah menceroboh kawasan padang ketika aksi suku akhir kedua antara KL City dan Selangor.
  6. ^ Perrlawanan antara Melaka United vs KL City yang asalnya berlangsung pada jam 21:00, dipinda ke jam 22:00 kerana masalah gangguan bekalan elektrik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "RASMI: TM penaja utama Liga Malaysia 2020-2022". football-tribe.com. 7 Februari 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  2. ^ a b "SAINGAN 100 TAHUN PIALA MALAYSIA DIJANGKA SENGIT". malaysianfootballleague.com. 14 September 2021. Dicapai pada 14 September 2021.
  3. ^ "Entry Manual for AFC Club Competitions (2021 Edition)". the-afc.com. Asian Football Confederation.
  4. ^ "SAINGAN SENGIT TM PIALA MALAYSIA 2021". malaysianfootballleague.com. 15 September 2021. Dicapai pada 15 September 2021.
  5. ^ "Sambutan 100 Tahun Piala Malaysia Suram Tanpa Penonton". sumberkini.my. 25 September 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
  6. ^ "Penonton boleh masuk stadium bermula 29 Oktober – MFL". www.mstar.com.my. 30 September 2021. Dicapai pada 30 September 2021.
  7. ^ "5,000 HINGGA 20,000 KUOTA KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM". www.malaysianfootballleague.com. 12 Oktober 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  8. ^ "facebook Malaysian Football League". facebook Malaysian Football League. 14 September 2021. Dicapai pada 14 September 2021.
  9. ^ "TM PIALA MALAYSIA 2021" (PDF). malaysianfootballleague.com. 20 September 2021. Dicapai pada 20 September 2021.
  10. ^ "PENGESAHAN JADUAL TM PIALA MALAYSIA 2021". MFL. 25 September 2021.
  11. ^ "Diserang Covid-19, Negeri Sembilan tarik diri Piala Malaysia". utusan.com.my. Utusan Malaysia. 22 October 2021. Dicapai pada 22 October 2021.
  12. ^ "JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2021". malaysianfootballleague.com. MFL. 11 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  13. ^ "Piala Malaysia : Aksi Separuh Akhir pertama Kuala Lumpur-Melaka United bakal berlangsung tanpa penonton". onenews.my. 20 November 2021. Dicapai pada 22 November 2021.
  14. ^ "LIST TOP SCORERS TM PIALA MALAYSIA 2021". Dicapai pada 26 November 2021.
  15. ^ "PERJANJIAN MFL DAN PUMA SEBAGAI LIGA BOLA SEPAK PERTAMA DI ASIA MENGGUNAKAN BOLA SEPAK EDISI KHAS". malaysianfootballleague.com. 7 September 2021. Dicapai pada 25 September 2021.
  16. ^ "PUMA KINI PENAJA RASMI MFL TM PIALA MALAYSIA 2021-2024". isportsasia.com. 7 September 2021. Dicapai pada 25 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]