Majlis Pemulihan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Majlis Pemulihan Negara
مجليس ڤموليهن نڬارا
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk21 Julai 2021; 3 bulan yang lalu (2021-07-21)
Eksekutif agensi
Laman web rasmipelanpemulihannegara.gov.my


Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.

Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis ini telah dicadangkan oleh Mahathir Mohamad bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 ini dan mencadangkan dirinya untuk menjadi Pengerusi.[3] Namun, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan, majlis ini akan dipengerusikan oleh beliau selaku Perdana Menteri.

Setelah Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu, beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.[4] Beliau kemudiannya menerima tanggungjawab tersebut dan menyatakan menerimanya secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Senarai keanggotaan

Majlis Pemulihan Negara
Nama Jawatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi bertaraf Menteri / Perdana Menteri Malaysia ke-8
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin Menteri Kanan Pendidikan
Dato' Sri Fadillah Yusof Menteri Kanan Kerja Raya
Khairy Jamaluddin Abu Bakar Menteri Kesihatan
Tan Sri Bernard Giluk Dompok Wakil Pakatan Harapan dari UPKO
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Wakil Pakatan Harapan dari AMANAH
Chong Chieng Jen Wakil Pakatan Harapan dari DAP
Wong Chen Wakil Pakatan Harapan dari PKR
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah
Tan Sri Azman Mokhtar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia
Tan Sri Anthony Francis Fernandes Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia
Datuk Seri Wong Chun Wai Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia
Datuk Michael Kang Hua Keong Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Prof. Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya
Dato' Dr. Hartini Zainudin Pengarah Yayasan Siti Sapura Husin
Dr. Sivakumar Thurairajasingam Profesor Psikiatri dan Perubatan Psikologi Universiti Monash

Rujukan[sunting | sunting sumber]