Melaka United F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melaka United)
Lompat ke: pandu arah, cari
Melaka United
Nama penuh Melaka United[1]
Gelaran Hang Tuah
Sang Kancil
Nama pendek MLK
Diasaskan 1924; 93 tahun yang lalu (1924) sebagai Malacca A.F.A.
Stadium Stadium Hang Jebat
(Muatan: 40,000)
Presiden Datuk Wira Ir. Idris Haron
Pengurus Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Jurulatih Eduardo Almeida
Liga Liga Super Malaysia
2016 Liga Premier Malaysia, Juara (promosi)
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Melaka United merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan Sukma di Melaka pada tahun 2010. Kelab ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (Terjemahan Inggeris: Melaka United Soccer Association) dan telah dihantar untuk bertanding dalam Liga Malaysia bagi mewakili negeri Melaka.

Kelab ini kini bertanding dalam liga tahap dua dalam bola sepak Malaysia iaitu Liga Perdana Malaysia setelah di naikkan liga sebagai juara dari Liga FAM Malaysia 2015[2][3].

Kelab Melaka United sebelum ini dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya Melaka FA sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana jenama berkenaan akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[4][5]. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.

Kit tuan rumah bagi Melaka United adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015.

Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1[6][7].


Stadium[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Stadium Hang Jebat
Stadium Hang Jebat
Hang Jebat Stadium
ستاديوم هڠ جيبت
Hang Jebat Stadium during a football match.jpg
Stadium Hang Jebat ketika perlawanan bola sepak Melaka United.
Lokasi Krubong, Melaka, Malaysia
Koordinat 2°17′21″N 102°13′59″E / 2.28908°N 102.233094°E / 2.28908; 102.233094
Dibuka 2004
Pemilik Perbadanan Stadium Melaka
Pengendali Persatuan Bola Sepak Melaka United
Permukaan Padang Rumput
Trek
Kapasiti 40,000
Dimensi padang 105 × 68 m (344 × 223 ka)
Penyewa
Melaka United (2005–sekarang)
Sukan Sukma (2010)
Harimau Muda B (2015)

Melaka United sekarang menggunakan Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Kapasiti stadium ini adalah seramai 40,000 penonton pada satu-satu masa. Selain dari kemudahan padang bola sepak, stadium ini juga mempunyai kemudahan trek larian.

Logo dan warna[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.

Warna[sunting | sunting sumber]

Melaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.

Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.

Penyokong[sunting | sunting sumber]

Melaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.

Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

Persaingan[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[8][9][10].

Pemilikan dan Kewangan[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah ditubuhkan semenjak 1924 dan dimiliki oleh Melaka United Soccer Association di mana kelab ini mendapat sokongan kewangan oleh kerajaan negeri di samping pihak penaja korporat.

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Kit baju pasukan Melaka United telah dikilangkan oleh Kronos semenjak 2014, di mana mereka telah dikontrakkan untuk membekalkan baju bagi pasukan ini dari 2014 hingga 2015. Perkongsian ini telah diteruskan bagi dua tahun mendatang sehingga 2017.

Penaja utama baju bagi Melaka United kini merupakan Mamee. Kelab ini juga mempunyai pelbagai penaja lain dan rakan kongsi seperti Edra Global Energy Bhd yang telah menaja pasukan sebanyak RM 5 juta untuk musim 2016[11][12].

Kit[sunting | sunting sumber]

Musim Pengeluar Kit Penaja jersi
1980 Umbro None
1981 Schwarzenbach None
1982–83 Schwarzenbach
1984 None
1985 Gold Flake
1986 Topper Topper
1987 CW None
1988 Diadora None
1989 Asics Dunhill / EON
1990 Lotto
1991–92 Cheetah
1993 ClubMan
1994–97 Mizuno Dunhill
1998 Dunhill / Gibca Holdings
1999–2000 J-King Dunhill
2001 Mikasa Dunhill / Mikasa
2002–03 Kronos Dunhill / Kronos
2004 Admiral Dunhill / Admiral
2005 Asics Celcom / Asics
2005/06 Lotto TM Net / Creative
2006/07 Figos TM / Cubic
2006/07 Joma TM
2007/08 Ambros Celcom / Metaforce
2009 Kika Streamyx
2010 Shemsy TM
2011 Kappa Interpacific
2012 Ambros Ambros
2013 Arora None
2014 Kronos Mamee / KAJ
2015 Mamee
2016 Edra / Mamee
2017 Edra CGN / Tag Marine

Pemain[sunting | sunting sumber]

Senarai Skuad Terkini[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Jun 2017
No. Posisi Pemain
1 Malaysia GK Mohd Fazli Paat
3 Malaysia DF Mohd Faizal Muhammad
5 Malaysia DF Nicholas Swirad
6 Malaysia MF S. Sivanesan
7 Malaysia MF Surendran Ravindran
8 Malaysia MF Ahmad Ezrie Shafizie
9 Croatia FW Marko Šimić
10 Brazil MF Felipe Almeida De Souza
11 Malaysia DF Mohd Fandi Othman
12 Malaysia DF Ahmad Khuzaimie Piee
13 Malaysia MF Mohd Nor Hakim Isa
14 Malaysia FW Izzaq Faris Ramlan
15 Malaysia DF Mohd Akmal Md Zahir
16 Malaysia DF Isma Alif Mohd Salim
No. Posisi Pemain
17 Malaysia MF Mohd Azniee Taib
18 Malaysia DF Muhd Syawal Norsam
19 Korea Selatan MF Jeon Woo-young
20 Malaysia GK Badrulzaman Abdul Halim
21 Malaysia GK Muhd Syazwan Abdullah
23 Malaysia MF Jasmir Mehat
24 Malaysia FW Mohd Fauzi Roslan
25 Macedonia DF Jasmin Mecinović
26 Malaysia DF Khair Jones
27 Malaysia MF G. Puaneswaran
28 Malaysia MF Muhd Nazri Ahmad
29 Malaysia GK Mohd Firdaus Muhamad
30 Malaysia GK Norhadi Ubaidillah

Ketua jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
Jun 2017 – Portugal Eduardo Almeida
November 2016 - Mei 2017 England Eric Williams
September 2014 - Oktober 2016 Malaysia Mat Zan Mat Aris
Oktober 2013 - Ogos 2013 Slovakia Ladislav Totkovič
April 2013 - Oktober 2013 Malaysia Hashim Abdullah
Januari 2013- April 2013 Malaysia Mohd Asri Ninggal
2012-2013 Malaysia G. Selvamohan
2011-2012 Malaysia Manja Man
2010-2011 Malaysia Mahathir Taha
2009-2010 Malaysia Abdul Rahim Abdullah
2008-2009 Malaysia Mohd Nik Sham Abdullah
2007-2008 Malaysia Ramli Junit
2007 Malaysia K. Devan
2005-2006 Malaysia E. Elavarasan
2005 Malaysia Ong Kim Swee
2000-2001 Malaysia Ramli Junit
1999 Malaysia G. Torairaju
1998 Malaysia Mohd Shah Alias Norbit
1997 Malaysia Mahathir Taha

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Barisan kejurulatihan dan staf[sunting | sunting sumber]

  • Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
  • Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
  • Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
  • Ketua Jurulatih : Eduardo Almeida
  • Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
  • Penolong Jurulatih 2 : Tiada
  • Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
  • Ahli Fisioterapi : Tiada
  • Kitman : Tiada
  • Kitman / Cameraman : Tiada

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengurus
November 2013- sekarang Malaysia Datuk Mohd Yusoff Hj Mahadi
April 2013- November 2013 Malaysia Datuk Wira Ir. Idris Haron
2011- April 2013 Malaysia Datuk Mohd Yunos Husin
2009-2010 Malaysia Abdul Malik Kassim
2008-2009 Malaysia Mohd Yazid Khamis
2006-2008 Malaysia Karim Yaakob
2005 Malaysia Datuk Chua Peng Song
1999-2002 Malaysia Datuk Ibrahim Durum

Bekas pemain[sunting | sunting sumber]

Tempatan[sunting | sunting sumber]

Dato' Soh Chin Aun, Karim Pin, Md Idris Donan, Safee Sali

Import[sunting | sunting sumber]

Ivan ZigaSlovakia


Argentina Gustavo Fuentes
Australia Josip Biskic, Peter Tsolakic
Uruguay Luis Fernando Espindola
Slovenia Emir Dzafic
Republik Czech Roman Khagba
Ghana George Opoku Weah, Julius Abegar, Kofi Etsiba Shaw
Nigeria Vincent Ejike

Rekod[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Perdana 1983 2005
Liga FAM Malaysia 2015 1957, 1958

Belia[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden Malaysia 1993 1990

Asia[sunting | sunting sumber]

1986: Peringkat Kelayakan


Liga Negeri[sunting | sunting sumber]

Liga Melaka (dulu dikenali sebagai Liga MAFA) adalah sebuah liga bola sepak divisyen keempat dan kelima di Malaysia. Liga ini dianjurkan oleh pihak MUSA demi merancakkan pembangunan bola sepak dalam negeri Melaka. Liga ini mempunyai dua divisyen; Divisyen 1 (Divisyen keempat dalam Liga Malaysia) dan Divisyen 2 (Divisyen kelima dalam Liga Malaysia).

Kelab Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/11/01/musa-kini-dikenali-sebagai-mufc MUSA kini dikenali sebagai MUFC
  2. ^ http://www.stadiumastro.com/Arena/Berita/Penuh.aspx?id=167172&title=melaka-united-layak-ke-liga-perdana Melaka United layak ke Liga Perdana
  3. ^ http://www.malaysiakini.com/news/310438 Melaka United juarai Piala Liga FAM
  4. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130828/su_10/Persatuan-bola-sepak-Melaka-dijenama-semula Persatuan bola sepak Melaka dijenama semula
  5. ^ http://www.ligamalaysia.net/2013/08/penjenamaan-semula-bola-sepak-melaka.html Penjenamaan semula bola sepak Melaka
  6. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Melaka kembali warnai Liga M
  7. ^ http://www.bharian.com.my/node/78416 32 tahun ketandusan sebarang piala dalam arena bola sepak tempatan
  8. ^ https://books.google.com.my/books?id=ukBcAwAAQBAJ&pg=PA2029&lpg=PA2029&dq=melaka+football+rivalries&source=bl&ots=3k9WZCIJVr&sig=mk8O5D-mzyPc33EjEm1CuI4y1VI&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=melaka%20football%20rivalries&f=false HOW MALAYSIA NEVER REACHED THE WORLD CUP: Harimau Malaya's 40-Year Chronicle of Failure
  9. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/tag/melaka-united-ms/ Pelbagai perlawanan persahabatan antara Melaka United-JDT
  10. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/jdt-friendly-series-vi-vs-melaka-united/ Perlawanan persahabatan Persaingan JDT
  11. ^ "Arena – Berita Sukan, Jadual Perlawanan & Keputusan | Stadium Astro". Dicapai pada 2015-12-24.  Melaka United terima tajaan RM5 juta
  12. ^ http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.php?id=1202044 Erda Global Energy Powers Melaka United's Premier League Hopes With RM5 Million Sponsorship

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]