Kes liwat Anwar Ibrahim II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mohd Saiful bersumpah cara Islam di Masjid Wilayah Persekutuan

Kes liwat Anwar Ibrahim II adalah kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kedua. Kes ini bermula apabila laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan beliau mendakwa bahawa beliau telah diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar di Penjara Sungai Buloh dan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya.[1]

Dalam undang-undang di Malaysia, kesalahan liwat tertakluk di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.[2]

Biodata Mohd Saiful[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Saiful Bukhari Azlan

Menurut laporan polis yang dipaparkan di halaman blog dirinya, Mohd Saiful dilahirkan pada 6 Julai 1985. Mohd Saiful merupakan bekas mahasiswa di UNITEN. Namun, dia gagal menghabiskan pengajian lalu tercicir dari universiti tersebut.

Saiful buat laporan polis[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2008, Saiful Bukhari membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur bahawa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara. Ketika itu Saiful merupakan pekerja sukarela parti PKR/Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.[3]

Penyokong Saiful Bukhari Azlan[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga penyokong Saiful Bukhari yang yakin[4] bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim kerana:

  • Pertama sekali, bagaimana kes ini boleh berbangkit? Beberapa netizen mendakwa kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari ini dibangkitkan oleh ahli DAP, iaitu mendiang Karpal Singh.
  • Kedua, Mahkamah Persekutuan memutuskan profil DNA "Lelaki Y" yang dihasilkan daripada ekstrak air mani yang terdapat dalam rektum Saiful Bukhari adalah sah milik Anwar Ibrahim.
  • Ketiga, selepas Saiful Bukhari mengangkat sumpah sebanyak 2 kali iaitu di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur[5] dan kali kedua di hadapan Kaabah di tanah suci Mekah.[6] Orang ramai musykil mengapa Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Saiful. Anwar juga didapati tidak berani memberikan sampel DNA miliknya kepada mahkamah.
  • Keempat, bekas pembantu khas Anwar Ibrahim, Rahimi Osman menerusi Facebook membongkar pelbagai rahsia Anwar bersama Saiful seperti hadiah 'Suit Brioni' puluhan ribu, kondominium sulit, mesyuarat khas dan lain-lain. Sejauh manakah kebenarannya.
  • Kelima, kenyataan panjang lebar yang dikeluarkan oleh Tan Sri Shafee Abdullah, Pendakwa Raya dalam kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari dianggap cukup jelas dalam menunjukkan siapa yang benar-benar salah.[7]

Sejarah kes terdahulu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998 sebelum itu, Anwar juga dikatakan melakukan jenayah luar tabii, iaitu liwat terhadap beberapa individu yang warak dan rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar.[8][9] Azizan telah bersumpah dengan nama Allah dan memegang surah Yasin dan mengatakan sekiranya beliau berbohong maka beliau akan dilaknati Allah.[10][11] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Azizan. Azizan Abu Bakar, mendedahkan di Mahkamah Tinggi pada 3 Ogos 1999 bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwatnya sebanyak 10 hingga 15 kali sejak tahun 1992.[12] Semasa perbicaraan, sebuah tilam sebagai bahan bukti telah dibawa ke mahkamah, yang dikatakan berwarna dengan air mani Anwar. Ini dikemukakan sebagai bukti DNA tindakan seks Anwar. Anwar menafikan bukti tersebut, walaupun ujian DNA keluar positif. Lim Kong Boon, seorang ahli kimia DNA, memberi keterangan semasa perbicaraan bahawa DNA yang diambil dari 10 daripada 13 noda cecair di tilam yang dipadankan dengan DNA Anwar.[13]

Senario politik semasa[sunting | sunting sumber]

Pakatan Rakyat dikatakan semakin hampir menguasai pentadbiran di Putrajaya pada 16 September 2008 kerana 30 ahli parlimen dari parti Barisan Nasional akan melompat parti. Ura-ura bahawa Anwar akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kulim - Bandar Baharu dan di Bandar Tun Razak tersebar luas. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menjangkakan Anwar Ibrahim akan ditangkap dalam masa terdekat.

Anwar Ibrahim sendiri membuat laporan polis kepada Mahkamah Syariah berhubung kes ini. Beliau juga membuat laporan kepada BPR berhubung kes 10 tahun lalu yang melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail. Kes ke-2 ini dilihat cuba menghalang Anwar kembali aktif dalam persada politik negara.

Anwar akan terhalang menyertai sebarang pilihan raya kecil jika melakukan jenayah. Namun menurut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya tidak layak bertanding pada sesuatu pilihan raya jika dijatuhi hukuman penjara melebihi setahun.

Konspirasi[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2008, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kes ini satu lagi konspirasi sambil menunjukkan foto dalam telefon bimbitnya.[14]

Pelbagai blog di internet menyiarkan gambar jelas menunjukkan Saiful bergambar dengan pelbagai tokoh politik semasa Saiful menjadi mahasiswa di Uniten. Antaranya foto bersama Dato' Shahril Abdul Samad, Dato' Seri Dr.Azalina Othman Said, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan menemui pegawai khas Dato' Sri Najib Tun Razak. Najib mengakui bahawa Saiful ada menemui beliau di kediamannya mengenai kes liwat itu sebelum membuat laporan polis. Saiful membuat laporan polis hanya pada 28 Jun 2008. Najib turut menjelaskan bahawa Saiful ada menemui pegawai di pejabatnya kerana memohon biasiswa terus daripada TPM. Pelbagai cerita telah disampaikan oleh Saiful dan hanya akan didedahkan selepas perbicaraan di mahkamah dan bersedia memberi keterangan di mahkamah.[15]

Sembunyi di Kedutaan Turki[sunting | sunting sumber]

Heboh di internet bahawa Anwar akan ditangkap oleh polis Bukit Aman selepas satu laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh Saiful Bukhari Azlan. Pada 30 Jun 2008 Anwar Ibrahim telah berlindung di kediaman Duta Turki di Jalan U Thant, Kuala Lumpur jam 3 petang hari Ahad tanpa diundang. Berikutan itu Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener, dipanggil ke Wisma Putra. Pada jam 6.45 petang, Anwar Ibrahim keluar secara sukarela selepas diberi jaminan keselamatan daripada Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Soal suaka politik tidak timbul.

Akhirnya Anwar meninggalkan Kedutaan Turki itu ditemani Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan peguam Sankara Nair selepas berlindung selama 36 jam. Jaminan longgar turut diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar.[16]

Penangkapan Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2008 Anwar Ibrahim telah ditahan sepasukan polis bertopeng, kira-kira 1 km dari rumah beliau di Bukit Segambut. Beliau ditahan di lokap polis dan dibebaskan keesokan harinya selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Anwar mendakwa telah ditelanjangkan semasa pemeriksaan itu, termasuk yang sulit-sulit. Tetapi enggan membenarkan sampel DNA beliau diambil dengan alasan ia boleh dimanupulasi.

Pendakwaan di mahkamah[sunting | sunting sumber]

Kes liwat ai2.gif

Polis telah menyerahkan sapina kepada Anwar Ibrahim sendiri di rumahnya di Bukit Segambut agar menghadirkan diri untuk didakwa. Pada 7 Ogos 2008, Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Beliau telah dituduh meliwat terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 di 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Masa antara 3.01 petang hingga 4.30 petang. Pendakwaan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan seks luar tabii tersebut. "Itu fitnah, berniat jahat dan khianat. Saya tidak bersalah." Anwar dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. Anwar tidak perlu menyerahkan pasport antarabangsa sebagai jaminan beliau tidak meninggalkan negara sebelum kesnya disebut semula di mahkamah yang sama 10 September 2008. Anwar amat berterima kasih atas layanan baik Mahkamah Sesyen itu. [17]

Peguam Cara Negara Tan Sri Dato' Seri Idrus Harun mengetuai pasukan pendakwaan. Tan Sri Dato' Seri Idrus dibantu Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Datuk Hj Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Operasi), Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Jabatan Peguam Negara, Dato' Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman. Anwar dibela barisan 9 peguam iaitu Dato' Sulaiman Abdullah, R.Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin. [18]

Peguam pemerhati bagi Majlis Peguam ialah Rajpal Singh dan George Varughese manakala peguam Zamri Idrus pula mewakili Mohamad Saiful. Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah S.M. Komathy Suppiah. Hakim boleh menggunakan budi bicara beliau yang diperuntukkan di bawah Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah. Biasanya kes jenayah memerlukan pasport antarabangsa ditahan.

Turut hadir dan memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akil, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Saiful tidak didakwa[sunting | sunting sumber]

Saiful tidak didakwa di mahkamah kerana beliau adalah pengadu yang didakwa diliwat. Anehnya, dalam kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan itu.[19]

Akuan sumpah Dr Mohamed Osman[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2008, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid merupakan doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan. ACP Rodwan membawa Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan pemeriksaan dubur. Tetapi Dr Mohamed Osman tidak mendapati sebarang kecacatan pada dubur atau tanda-tanda telah diliwat. Dr Mohamed merupakan seorang doktor warganegara Myanmar.

Laporan perubatan yang ditulis oleh Dr Mohamed tersebar di internet tetapi dinafikan oleh Pusrawi. Dr Mohamed dan keluarganya menghilang selepas itu. Portal berita Malaysia Today telah menyiarkan surat akaun bersumpah oleh Dr Mohamed Osman bahawa beliau berpegang teguh kepada hasil pemeriksaannya bahawa Saiful tidak diliwat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin tidak senang dengan laman web itu kerana cuba mempertikaikan kredibiliti penyiasatan polis. [20]

Pada 30 Julai 2008, Wan Mahmood Wan Yaacob selaku ketua pengarah Hospital Pusrawi menyatakan Dr Muhamad Osman adalah pegawai perubatan yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu. Beliau bukan doktor pakar walaupun berusia 56 tahun. Dr Mohamed membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful apabila beliau mengadu sakit perut dan sakit di bahagian dubur. Dr Mohamed menasihati Saiful membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar di hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Pada 14 Ogos 2008 Pengurus Besar Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaacob menafikan Hospital Pusrawi telah menamatkan perkhidmatan Dr Mohamed Osman. Dr Mohamad masih bercuti dan tidak menghantar surat mahu berhenti. [21]

Pemeriksaan di HKL[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2008, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menafikan laporan akhbar bahawa pemeriksaan yang dilakukan oleh HKL telah mengesahkan Mohd Saiful diliwat.[22]

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican memberi amaran iaitu pengamal perubatan yang disabit melanggar tataetika kerahsiaan sebagaimana termaktub dalam Akta Perubatan 1971 boleh dihukum dengan celaan, digantung pendaftaran atau dipotong nama daripada buku daftar pengamal perubatan, bergantung kepada keberatan kesalahan.Majlis Perubatan Malaysia (MPM) memandang serius penyebaran rekod perubatan pesakit di laman-laman web.[23]

Mohd Ismail Merican turut menjelaskan bahawa doktor perlu mempunyai maklumat mengenai kejadian yang didakwa oleh mangsa, menjalankan ujian kesihatan yang penuh, membuat pemeriksaan menyeluruh di bahagian sulit mangsa dan membuat siasatan. Doktor perlu menghantar spesimen diri mangsa kepada unit forensik. Semua ini mesti lengkap. Kita tidak boleh buat kesimpulan seseorang itu menjadi mangsa salah laku seks hanya daripada pemeriksaan awal sahaja. Laporan perubatan dari hospital swasta seperti Pusrawi tidak boleh diterima pakai.[24][25][26]

Salinan laporan polis[sunting | sunting sumber]

Anwar Ibrahim gagal mendapatkan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful agar memudahkan proses pembelaan di mahkamah. Oleh itu peguambela beliau tidak mengetahui biji butir kesalahan, apa, bila, di mana, bagaimana liwat itu telah diadakan.

Pada 14 Ogos 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar akhirnya kesal mengapa salinan laporan polis tidak diserahkan. Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh mendapatkan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan.[27] Setahun kemudian, Syed Hamid digugurkan daripada jawatan menteri.

Sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.[28][29]

Teks sumpah beliau ialah :

" Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.[30] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Saiful.[31]

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Saiful Bukhari, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.[32]

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa sumpah Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya.[33]

Sumpah Laknat di Mekah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2012, Saiful Bukhari telah bersumpah di hadapan Kaabah di Mekah berkaitan isu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau ke tanah suci mengerjakan umrah bersama arwah neneknya. Rakaman sumpah beliau dirakam sendiri olehnya melalui telefon bimbit.[34] Beliau juga menyatakan kenyataan sumpah yang dilafazkan kali pertama bukanlah datang dari pihaknya, tetapi sumpah itu disarankan oleh bekas mufti Perlis dan kesahihan sumpah itu menurut Islam disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.[35]

Terbaru, bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim telah menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 8 Mac lalu berhubung isu liwat anaknya dan mengaku ia benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.[36]

Polemik sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Kredibiliti sumpah ini dipertikaikan kerana agak terlewat 2 bulan dan diadakan sehari sebelum tarikh pencalonan Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Ogos 2008 jam 8.00 pagi. Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 26 Ogos 2008. Tentulah angkat sumpah ini ditafsir sebagai strategi politik UMNO untuk memusnahkan kredibiliti calon lawan. [37]

Mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah, dan Saiful memilih cara Islam. Terpulanglah pada rakyat menilai sumpah Saiful itu. [38]. Antara saksi dalam majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan itu ialah imam muda Ramlang Porigi dan bapa Saiful sendiri.

Anwar tidak pula bersumpah[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos 2008, musuh Anwar iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Anwar agar turut bersumpah sebagaimana Saiful untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Dalam kes liwat, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA.[39]

Anwar Ibrahim tidak mengangkat sumpah mubahalah kerana mendapat nasihat dari beberapa ulama Malaysia dan luar negara termasuk Yusof Qardawi.[40] Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat aduan kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman. Ramai ulama mencadangkan beliau menggunakan saluran undang-undang di Mahkamah Syariah dan peruntukan Qazaf.[41]

Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah syariah. Anwar tidak merujuk kepada mahkamah sivil kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.[42]

Rang Undang-Undang DNA[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Ogos 2008, Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat. Penggubalan akta ini bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA mereka kepada pihak polis dan doktor kerajaan. Tetapi pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta berkeras ini satu lagi komplot memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008. Sebelum ini Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk ujian DNA kerana bimbang disalahguna seperti terdahulu sedangkan beliau tidak mempunyai ilmu dalam biologi, selain juga menegaskan maklumat DNA dalam contoh yang diberikan 6 kali kes terdahulu tidak pernah berubah walaupun selepas 2,000 tahun.[43] [44]

Akhbar harian Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin ditangkap sehingga Akta DNA baru diluluskan di Parliamen. Akhbar Nanyang melaporkan bahawa pihak polis kekurangan contoh DNA bagi kes ini. Di bawah undang-undang semasa pihak polis tidak dapat memaksa sesiapa memberi contoh darah. Dengan Akta Pengenalan DNA ia adalah salah bagi sesiapa enggan menjalani ujian DNA dalam kes jenayah seperti meliwat seseorang dengan paksa. Datuk Chor Chee Heung selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyatakan kementerian akan cuba mengemukakan akta tersebut pada bulan Ogos 2008.

Isu pengenalan undang-undang DNA ini timbul selepas desakan beberapa menteri kanan termasuk Perdana Menteri kepada Anwar untuk memberikan contoh DNA gagal seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat. [45]

Rumah Raja Petra digeledah[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2008 jam 8 pagi, sepasukan polis menggeledah rumah Raja Petra Kamaruddin di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam itu. Ini kerana blog popular Malaysia Today pernah menyiarkan akuan berkanun Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor Myanmar yang memeriksa dubur Mohd Saiful di Hospital Pusrawi. ASP Rosmi Mat Derus dari Balai Polis Brickfields dan DSP Choo dari Balai Polis Dang Wangi pernah 3 kali menyiasat doktor tersebut. [46]

Liputan dan campur tangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Deklarasi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia (UNDHR) menegaskan bahawa setiap negara harus menghormati undang-undang negara lain dan tidak boleh campur tangan. International Federation for Human Rights, Forum Asia and Human Rights Watch diwakili peguam A. Sahadeva, Chan Weng Keng, Ann Chuah Siew Fan dan Seira Sache. Mereka hadir dalam perbicaraan mahkamah pada 7 Ogos 2008 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey memberi amaran, AS menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Anwar.[47]

Pada hari Rabu, 30 Jun 2008, pentadbiran Amerika Syarikat telah memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan bagi mendapatkan penjelasan kes dan memberi amaran agar Anwar Ibrahim mendapat keadilan sepatutnya. [48] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menempelak pihak Amerika Syarikat seperti 'seekor ibu ketam' kerana kes Teluk Guantanamo dipertikai masyarakat antarabangsa. Utusan Khas Amerika Syarikat dan Wakil Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Sada Cumber menuntut keadilan dan ketelusan undang-undang berhubung kes ini. [49][50] Pendakwaan ini bukan seperti pembunuhan pemimpin politik sebagaimana berlaku di Pakistan atau Lebanon.[51]

Liwat di Malaysia masih merupakan kesalahan jenayah, justeru Malaysia telah menyeru Amerika Syarikat supaya memahami undang-undang yang tertakluk di Malaysia. Namun begitu, Amerika Syarikat berpendirian bahawa mereka tidak mempertikaikan undang-undang yang sedia ada di Malaysia.[52]

Minta bukti untuk pembelaan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2009, Anwar mengemukakan notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan pelbagai dokumen sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai 2009. Dokumen itu ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Permohonan disampaikan melalui peguam Tetuan S.N.Nair and Partners. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.[53]

Antara dokumen yang diminta ialah :

  1. Kenyataan Mohd Saiful
  2. Kenyataan Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi
  3. Kenyataan pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.
  4. Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Pada 16 Julai 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari.[54]

Majlis Peguam berpendapat penyerahan bukti kepada peguam bela dapat menjimatkan masa dan tidak tertangguh-tangguh. Pihak pembelaan dapat menyediakan kes bagi tertuduh dengan lebih sempurna dan menjimatkan masa mahkamah.Pihak pembelaan akan lebih bersedia dan akan mengurangkan penangguhan perbicaraan-perbicaraan (di mahkamah) untuk meneliti dokumen-dokumen yang baru dikemukakan. Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah (yang berkuatkuasa pada 2007) bertujuan menjadikan sistem keadilan jenayah lebih sama rata di antara pihak pendakwaan dan pembelaan.[55]

10 Mei 2010[sunting | sunting sumber]

Saiful mengaku bahawa dia tidak bersembahyang antara 26 Jun dan 28 Jun 2008 mendakwa diliwat dan mendapatkan pemeriksaan perubatan. Ini menyebabkan Karpal, peguam Anwar menuduhnya sebagai bukan seorang Muslim yang baik.[56]

14 Mei 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2008 Saiful mengaku bertemu dan memberitahu Najib mengenai kejadian liwat tersebut. [57]

28 Oktober 2010[sunting | sunting sumber]

Dr Mohd Razali Ibrahim Razali, iaitu doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan bahawa Saiful memberitahunya bahawa Saiful tidak membuang air besar dua hari sebelum pemeriksaan. [58] Dia turut memberitahu bahawa sungguhpun Saiful tidak mengadu sakit ketika prosedur, dia dapati agak sukar untuk memasukkan proktoskope – peralatan plastik pakai buang sepanjang 6.5cm – kerana halangan dari otot dubur ("anal sphincter"). Dr Razali turut memberi keterangan bahawa bahagian rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan, penuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah "kosong" ketika dia memeriksanya pada Jun 2008.

Anwar tidak bersalah[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Y.A Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengumumkan keputusan Kes Liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa mahkamah telah menetapkan Anwar Ibrahim tidak bersalah, dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau. Ini dibuat atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.[59]

Peguam Negara failkan rayuan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Januari 2012, Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Pemfailan rayuan tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh ketika dihubungi pihak media, yang turut menyatakan notis tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Bahagian Jenayah kira-kira pukul 4.30 petang pada tarikh yang sama.

Mengikut perundangan dan tatacara rayuan keputusan mahkamah di Malaysia, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa notis rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dan dalam kes ini keputusan dibuat pada 9 Januari lalu, oleh itu rayuan telah dibuat oleh peguamcara 2 hari sebelum tarikh tamat rayuan.

Mengikut Seksyen 52(1) akta tersebut, apabila notis rayuan difailkan, hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.[60]

Kenyataan media bapa Saiful[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mac 2013, bapa Saiful Bukhari Azlan Mohd Lazim mengadakan sidang media tertutup, mengumumkan yang beliau percaya Anwar tidak bersalah. Beliau mendakwa yang kes ini merupakan rancangan kerajaan. Saiful Bukhari bagaimanapun tetap dengan pendiriannya.[61]

Keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Para hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang seramai 5 orang, membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim telah bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun. Beliau akan menjalani hukuman tersebut di Penjara Sungai Buluh, Selangor Darul Ehsan.[62]

Keputusan Mahkamah Persekutuan dianggap tidak adil oleh para penyokong Anwar Ibrahim, manakala penyokong Saiful Bukhari Azlan menyatakan kegembiraan mereka kerana keadilan telah dapat dicapai. Seramai 5,000 orang telah berkumpul untuk menyatakan sokongan masing-masing kepada Anwar dan juga Saiful Bukhari.

12 Oktober 2016 - Anwar didapati bersalah[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Oktober 2016, Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membuat semakan diatas dakwaan kes Liwat II, jika Anwar dibuktikan tidak bersalah, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan mampu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya. Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19 minit pagi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit. Dengan keputusan itu, Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya. [63]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.bharian.com.my/node/223633?m=1
  2. ^ Pusrawi Nafi Pegawai Perubatannya Periksa Mohd Saiful Bukhari Berkaitan Liwat
  3. ^ Pusrawi Nafi Pegawai Perubatannya Periksa Mohd Saiful Bukhari Berkaitan Liwat
  4. ^ http://says.com/my/seismik/saiful-vs-anwar-5-sebab-kenapa-penyokong-saiful-bukhari-yakin-beliau-diliwat
  5. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=353076
  6. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130503/px_23/Saiful-sumpah-laknat-di-Kaabah
  7. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/liwat-ii-keadilan-akhirnya-ditegakkan-pendakwa-raya-53711
  8. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Khas&pg=kh_01.htm
  9. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
  10. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Khas&pg=kh_09.htm
  11. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
  12. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Khas&pg=kh_01.htm
  13. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_03.htm
  14. ^ Shahrir, Azalina Mengaku Tidak Kenal Mohd Saiful Bukhari
  15. ^ Saiful Jumpa Saya Mengadu Diliwat Anwar, Kata Najib
  16. ^ Keluar dari ‘perlindungan’ - Duta Turki mengaku Anwar ke rumahnya tanpa diundang – Rais
  17. ^ Anwar Bebas Menerusi Sistem Perundangan Yang Tidak Dipercayainya
  18. ^ Anwar Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Liwat Saiful, Dibebas Dengan Bon Peribadi
  19. ^ Saiful Tidak Didakwa Kerana Dia Pengadu, Kata Syed Hamid
  20. ^ Polis Mulakan Siasatan Untuk Sahkan Kesahihan Akuan Bersumpah
  21. ^ Khidmat Doktor Yang Memeriksa Saiful Tidak Ditamatkan
  22. ^ HKL Nafi Buat Kenyataan Berhubung Keputusan Pemeriksaan Terhadap Saiful
  23. ^ Kementerian Kesihatan Siasat Kesahihan Rekod Pemeriksaan Kesihatan Saiful Bukhari
  24. ^ Laporan Perubatan Pusrawi Tak Lengkap, Kata Dr Ismail Merican
  25. ^ Anwar Tertekan Berhadapan Dengan Tuduhan Liwat
  26. ^ Pemeriksaan Perubatan Lengkap Diperlukan Bagi Menilai Kes Liwat
  27. ^ Anwar Berhak Terima Salinan Laporan Polis, Kata Syed Hamid Bernama
  28. ^ Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 15 Ogos 2008
  29. ^ Saiful Bukhari Azlan bersumpah di youtube.
  30. ^ Saiful Mengangkat Sumpah Di Masjid Wilayah Persekutuan
  31. ^ http://says.com/my/seismik/saiful-vs-anwar-5-sebab-kenapa-penyokong-saiful-bukhari-yakin-beliau-diliwat
  32. ^ Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah.
  33. ^ Anwar asked to explain
  34. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130503/px_23/Saiful-sumpah-laknat-di-Kaabah
  35. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_15.htm&arc=hive
  36. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_02/Saiful-bersyukur-bapa-tarik-balik-kenyataan
  37. ^ Saiful bersumpah
  38. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=353117
  39. ^ Mahathir Cabar Anwar Turuti Langkah Saiful Dengan Bersumpah
  40. ^ Anwar Masih Enggan Bersumpah Walaupun Di Hari Terakhir Kempen
  41. ^ Anwar Minta Kes Liwat Disiasat Di Bawah Peruntukan Undang-undang Syariah
  42. ^ Anwar Minta Kes Liwat Disiasat Di Bawah Peruntukan Undang-undang Syariah
  43. ^ Akta DNA 'kebetulan' dengan kes Anwar
  44. ^ Anwar claims last DNA sample taken in 2004
  45. ^ PM asks Anwar to give DNA sample Malaysian Insider
  46. ^ Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis
  47. ^ Amerika Tiada Hak Campuri Urusan Hal Ehwal Dalaman Malaysia, Kata Syed Hamid
  48. ^ Amerika Diingat Jangan Campuri Urusan Perundangan Malaysia
  49. ^ AS tetap beri perhatian serius kes Anwar
  50. ^ Amerika Syarikat Jangan Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Malaysia, Kata Ali Rustam
  51. ^ Malaysia against US interference in Anwar Ibrahim case Thaindian News
  52. ^ Kritikan Amerika Syarikat Terhadap Malaysia Bukan Atas Dasar Undang-Undang
  53. ^ Anwar Mahu Mahkamah Perintah Pendakwa Raya Bekalkannya Dokumen
  54. ^ Pendakwa Mohon Penangguhan Pelaksanaan Dalam Kes Anwar
  55. ^ Keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Tepat, Kata Majlis Peguam
  56. ^ Karpal: Saiful not a good Muslim, Monday, 10 May 2010 12:11, Malaysian Mirror.
  57. ^ Saiful tells court he did not wash anus to preserve evidence, 14th May, 2010, New Sabah Times.
  58. ^ Anwar acquitted and discharged from sodomy charge theSundaily
  59. ^ UtusanOnline-Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan
  60. ^ UtusanOnline - Peguam Negara fail rayuan Utusan Malaysia. 21 Januari 2012.
  61. ^ Saiful maintains sodomy claims, father says no such thing Malaysia Chronicle. 9 Mac 2013.
  62. ^ "Hukuman penjara lima tahun Anwar kekal" (dalam bahasa Melayu). The Malaysian Insider. 10 Februari 2015. Dicapai 13 Februari 2015. 
  63. ^ http://www.bharian.com.my/node/223633?m=1