Pergi ke kandungan

Sang Saka Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sang Saka Malaya
Sang Saka Malaya
Bendera merah putih berbintang 12 yang diperkenalkan oleh PUTERA-AMCJA pada tahun 1937.
NamaSang Saka Malaya, Sang Saka Merah Putih
Bendera Rakyat
Bendera Malaya Merdeka
RekaanGabungan PUTERA-AMCJA

Sang Saka Malaya (kependekan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih yang dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan Malaya di Sidang Serantau Asia (Asian Relations Conference) pada penghujung tahun 1937 di New Delhi, India.[1][2] Bendera ini menampilkan lambang dua belas butir bintang yang disusun tiga baris empat lajur (yang digelar oleh Zulaikha Zulkifli, seorang pemberita malaysiakini sebagai Bendera Rakyat[3] atau Bendera Malaya Merdeka[perlu rujukan]) yang diperkenalkan pada tahun 1937 oleh gabungan PUTERA-AMCJA sebagai cadangan untuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Dua belas butir bintang tersebut adalah mewakili 12 negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ia mengikut konsep pada bendera Amerika Syarikat di mana 50 bintang mewakili 50 negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera pergerakan pihak kiri yang memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui penyatuan dengan Indonesia)[4] sama seperti yang berlaku di Indonesia, di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan")[5] kuasa masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.[6], [7]

Sang Saka Malaya (2007) pula merujuk kepada bendera rekaan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Najwan Halimi. Bendera ini telah dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi [8] dengan rekabentuk bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu.

Bendera Sang Saka (2007) menjadi titik tengah dalam kontroversi bendera kebangsaan yang timbul sekitar musim menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55, apabila sesetengah pihak mengedar risalah yang menggesa supaya bendera Jalur Gemilang digantikan dengan bendera Sang Saka (2007) atas pelbagai sebab.

Sang Saka Malaya (kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih yang dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan PKMM Malaya di Sidang Serantau Asia (Asian Relations Conference) pada penghujung tahun 1937 di New Delhi, India.[9][10] Bagaimanapun, pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri, Mohd Najwan Halimi mendakwa beliau adalah pereka bendera yang dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi hanya pada 2007 dan bukannya 1937,[11] rekabentuk bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu. Manakala rekabentuk Sang Saka Malaya yang diumumkan pada 11 November 1937 di Singapura adalah berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan 12 negeri di bawah Tanah Melayu.[12] Bendera itu kemudiannya dikibarkan buat pertama kali di Bangunan Malayan Democratic Union, Singapura[13]. Menurut blogger Tukar Tiub, Hishamuddin Rais bendera ini kemudiannya dikibarkan semasa Persidangan Afro- Asia 1939 di New Delhi. Jika beliau maksudkan Persidangan Asian–African atau Afro–Asian Conference atau lebih dikenali sebagai Persidangan Bandung ia agak kurang tepat. Ini kerana Persidangan Afro-Asia pertama kali diadakan pada 18 April 1955 di Bandung, Indonesia. Maka yang lebih tepat ialah persidangan Sidang Serantau Asia ataupun Asian Relations Conference pada penghujung tahun 1937 di New Delhi[13].

Menurut buku karangan Kamarudin Jaffar, Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam, Dr Burhanuddin telah mengetuai perwakilan Malaya dalam persidangan ini. Kehadiran Dr. Burhanuddin yang memegang jawatan Penasihat PKMM telah membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.

Berdasarkan sumber maklumat tersebut, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda yang digelar Sang Saka Malaya yang pertama direkabentuk pada tahun 1937 tetapi reka bentuknya tidak sama seperti yang dibawa oleh peserta Janji Demokrasi[13]. Bendera persatuan PKMM ini juga dikibarkan di luar negara oleh wakil Malaya iaitu Dr Burhanuddin juga pada 1937.

Bendera warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan oleh kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. Menurut Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Kesatuan Melayu Muda telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya dengan mengenepikan pemerintahan beraja. Bagaimanapun sebahagian besar Orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu sebahagian besar memilih perjuangan Umno yang mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.

Selepas KMM diharamkan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Boestamam meneruskan perjuangan ideologi tersebut.[14]

Tepat pada 12 tengah malam Tahun Baru 2013, Bendera Rakyat berbintang dua belas dilegarkan dengan segugus belon gas oleh sebuah kumpulan yang bergelar "Aktivis Sang Saka" lalu disangkutkan di bawah landasan Stesen LRT Masjid Jamek di atas persilangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak, berdekatan Dataran Merdeka di ibu kota, kemudian diturunkan oleh polis 30 minit kemudian. Menurut salah seorang aktivis tersebut, Muhammad Nasir Abu Bakar, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".[3]

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Sang Saka Malaya tidak pernah digunakan oleh mana-mana negeri dalam Malaysia secara rasmi dan ia sekadar bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda yang tidak pernah membabitkan penyertaan para sultan-sultan dalam perjuangan mereka, menurut Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam.

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka {warna merah putih) itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.[15]

Sentimen Nusantara

[sunting | sunting sumber]

Penggunaan warna merah-putih pada bendera di negeri-negeri Nusantara telah digunakan sejak dari sebelum kurun ke 13 lagi seperti yang terdapat pada panji-panji kerajaan Majapahit, kerajaan Banggai, kerajaan Bone dan kerajaan Soppeng di Sulawesi Selatan. Apabila Indonesia dijajah oleh Belanda selama 340 tahun, Indonesia dipaksa memakai bendera Belanda dengan tiga baris warna merah-putih-biru. Sebagai lambang penentangan penjajahan itu, pemuda revolusi mengoyakkan baris terakhir berwarna biru dari bendera Belanda pada kejadian 'Peristiwa Hotel Yamato' pada tahun 1945. Warna biru pada bendera penjajah itu dianggap melambangkan 'blue blood' atau darah mulia penjajah dari Barat, sepertimana terdapat pada bendera Belanda, Inggeris (Union Jack), Perancis dan Amerika Syarikat. Warna merah dianggap melambangkan tumpah darah sepanjang perang kemerdekaan dan warna putih dianggap melambangkan kesucian rakyat. Bagi masyarakat Melayu, kedaulatan raja-raja dizahirkan melalui warna kuning.[16]

Perbandingan Bendera setara

[sunting | sunting sumber]
Bendera Gadsden menurut sejarah dianggap sebagai bendera Amerika Syarikat. Benderanya yang berwarna kuning dan ditengahnya terdapat lakaran ular tikus yang berlingkar sedia utuk menyerang musuh. Kedudukan bawah ular tikus pula terpapar perkataan "Dont tread on me". Bendera ini direka cipta oleh negarawan Amerika bernama Christopher Gadsden. Semangat yang ada pada bendera Gadsden ini dilihat setara dengan semangat kewujudan Sang Saka Malaya khususnya dari aspek menzahirkan ekspresi pengamatan sejarah Nusantara yang jelas dan sebagai simbolik kepada nilai perjuangan kearah kemerdekaan dan kebebasan dari cengkaman pengaruh luar.

Pada perang revolusi menentang kerajaan kolonial British di antara tahun 1775-83, panglima perang dan negarawan Amerika Syarikat Christopher Gadsden telah menggunakan bendera kuning dengan lambang ular tikus berlingkar ditengah dan dibawahnya di tulis cogan kata Don't tread on me (Jangan pijak aku). Hingga kini, bendera yang dikenali dengan nama "Bendera Gadsden" digunakan secara tidak rasmi sebagai lambang kebebasan rakyat dan kemerdekaan negara Amerika Syarikat. Ianya digunakan dengan meluas sebagai penaik semangat tentera-tentera Amerika dalam perjuangan menentang musuh. Dalam budaya popular, lambang ular tersebut digunakan oleh kumpulan muzik rock "Metallica" sebagai kulit album mereka dan cogan kata "Don't tread on me" diguna sebagai salah satu lagu dalam album tersebut.

Bendera Sang Saka Malaya berbintang 11 bucu yang dikibarkan dalam perarakan Janji Demokrasi 2012.
Varian Sang Saka Malaya berbintang 14 bucu.

Isu yang membabitkan pengibaran bendera Sang Saka Malaya mula tercetus apabila sekumpulan remaja yang menyertai perarakan "Janji Demokrasi" sempena malam kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2012, mula mengibarkan bendera tersebut dikhalayak umum. Serentak bersama dengan perhimpunan tersebut, risalah yang menggesa penukaran Jalur Gemilang kepada bendera turut diedarkan.[17] Oleh demikian timbul pandangan bahawa pengibaran bendera itu merupakan satu bentuk ancaman ideologi yang mahu cuba menukar bendera Jalur Gemilang sedia ada. Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan tindakan sesetengah peserta Himpunan Janji Bersih mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang mempunyai agenda tersirat, seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.[18]

"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan,".

Selain itu segelintir peserta perhimpunan itu turut menghina pemimpin negara dengan memijak gambar Perdana Menteri. Tindakan-tindakan tersebut mendapat kecaman ramai dengan banyak pihak [19][20][21] dan ada yang membuat laporan polis. [22]

Berikutan dengan kecaman yang diterima, Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan oleh sekumpulan remaja di Dataran Merdeka. Selain itu Menurut Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pihak pembangkang langsung tidak pernah membincangkan rekaan bendera Sang Saka Malaya yang direka semula oleh Najwan Halimi pada tahun 2007, iaitu Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR). Shamsul Iskandar menyifatkan pengebaran bendera Sang Saka Malaya hanyalah menifestasi anak muda yang cerah pengamatannya dalam perihal sejarah Nusantara.[23], [24]

Menurut laman web Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak terdapat entri yang menggambarkan "bendera Sang Saka Malaya akan menggantikan Jalur Gemilang kerana mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang" [25]

Dalam pada itu konsep atau elemen jalur merah putih dilihat bukan sahaja wujud dalam beberapa bendera negara republik di sekitar kepulauan Nusantara seperti yang terpapar dalam bendera negara Indonesia dan Singapura, namun elemen tersebut turut wujud dalam bendera rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

[26][27]

  1. ^ Generasi Muda Dikelirukan dengan Kibaran "Sang Saka Malaya" - KLPos
  2. ^ 1937: Sang Saka Malaya Dikibar di Luar Negara
  3. ^ a b Zulaikha Zulkifli (2013-01-01). "'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran". MalaysiaKini. Dicapai pada 2013-05-06.
  4. ^ [1]
  5. ^ Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East ..., Volume 1, edited by Keat Gin Oo
  6. ^ Spatializing Law: An Anthropological Geography of Law in Society edited by Franz von Benda-Beckmann, Keebet von Benda-Beckmann, Anne M. O. Griffiths
  7. ^ Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia, edited by Eva-Lotta E. Hedma
  8. ^ Motif jelek tukar bendera
  9. ^ Generasi Muda Dikelirukan dengan Kibaran "Sang Saka Malaya" - KLPos
  10. ^ 1937: Sang Saka Malaya Dikibar di Luar Negara RAKYAT MARHAEN: 1937 Sang Saka Malaya DIKIBAR DI LUAR NEGARA - Satu Perbincangan.
  11. ^ Motif jelek tukar bendera
  12. ^ Generasi Muda Dikelirukan dengan Kibaran "Sang Saka Malaya" - KLPos
  13. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wargamarhaen1937
  14. ^ 'Sang Saka Malaya' satu pendustaan.
  15. ^ 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu.
  16. ^ BENDERA MALAYSIA
  17. ^ PKR Deputy Info Chief: 'I Designed Controversial Flag'
  18. ^ "Tindakan kibar bendera 'Sang Saka Malaya' mahu tukar Malaysia kepada republik?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2012-09-08.
  19. ^ Persenda ‘Jalur Gemilang’ tindakan biadap.
  20. ^ PKR bidas cipta 'bendera baru' ganti Jalur Gemilang, WAN NASRAH ABDUL RAHIM, 1 September 2012
  21. ^ PKR kecam kibar bendera ganti Jalur Gemilang
  22. ^ Kibar bendera ganti jalur gemilang: Perkasa buat laporan polis
  23. ^ AMK: Sang Saka Malaya pandangan peribadi Najwan
  24. ^ AMK nafi mahu tukar Jalur Gemilang, TVPas - Youtube
  25. ^ Laman sesawang Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak.
  26. ^ NiNa.Az (2023-09-23). "Флаг Малайзии". www.wikidata.ru-ru.nina.az (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2023-10-04.
  27. ^ NiNa.Az (2023-09-23). "Флаг Малайзии". www.wikidata.ru-ru.nina.az (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2023-10-04.