Senarai episod BoBoiBoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai Episod BoBoiBoy)
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo boboiboy.png

BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi buatan Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan seorang adiwira lelaki yang memperoleh kuasa supernya daripada sebuah robot Sfera Kuasa yang bernama Ochobot dan boleh berpecah menjadi tiga, lima atau tujuh orang bersama-sama dengan rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman-ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan dijadualkan bersiaran di TV3 mulai 13 Mac 2011, dan Disney Channel Asia mulai 18 Jun 2011. Jika dalam siri animasi Upin & Ipin, "betul, betul, betul" menjadi slogan kata yang disebutkan, dalam siri BoBoiBoy pula, "terbaik" telah dijadikan slogan kata pilihan. Hampir setiap episod perkatan tersebut disebutkan.

Musim 1 (2011)[sunting | sunting sumber]

Durasi dalam srtiap episod adalah selama 11 minit. TV3 mengisikan dua episod dalam slot setengah jam pada hari Ahad pukul 7 malam.

Tajuk Tarikh siaran pertama
"Episod 1 & 2" 13 Mac 2011

BoBoiBoy menaiki tren untuk balik ke pekan Pulau Rintis untuk berjumpa dengan datuknya, Tok Aba dan juga membantu dia menjaga gerai kokonya, Tok Aba's Kokotiam. Pada masa yang sama, ketibaan sebuah kapal angkasa yang dimiliki oleh makhluk asing yang bernama Adu Du di atmosfera Bumi. Dia merancang serangan ke Bumi untuk memburu koko sebagai bekalan tenaga. Pada keesokan harinya, BoBoiBoy mengikut arahan yang tertulis pada sehelai kertas sebagai nota yang ditinggalkan oleh datuknya untuk pergi ke gerainya. Ketika dia berada di hadapan luar rumah, dia berjumpa dengan Yaya dan berkenalan dengannya. Yaya menawarkan dirinya untuk menunjukkan jalan ke gerai Tok Aba, tetapi dia menolak. Akibatnya, dia terpaksa bersusah-payah menggunakan jalan yang jauh untuk pergi ke Tok Aba's Kokotiam, padahal gerai tersebut berdekatan dengan rumahnya. Di situlah BoBoiBoy berjumpa dan berkenalan dengan Yaya, Gopal dan Ying. Sedang rancak mereka menonton TV, tiba-tiba kaca TV di gerai Tok Aba bertukar siaran dengan pengumuman yang dibuat oleh Adu Du yang mengatakan dia ingin merampas kesemua biji koko.

Malangnya, pengumuman Adu Du tidak diendahkan oleh penduduk Bumi kerana mereka mengingatkan pengumuman itu adalah racangan TV. Kemudian, Adu Du mengarahkan Probe, robot pembantunya untuk mencuri koko bagi menghidupkan bola kuasa. Sewaktu Tok Aba tiada di gerainya, Probe datang mencuri satu tin serbuk koko Tok Aba. Tindakan dia diamati oleh BoBoiBoy yang kemudian terus mengejarnya sehingga masuk ke dalam kapal angkasa Adu Du. Bola kuasa dapat dihidupkan setelah dimasukkan sedikit koko Tok Aba. BoBoiBoy menyaksikan perkara ini di sebalik ruang pengudaraan bilik kuasa Adu Du dan memahaminya seperti itulah mereka mendapatkan tenaga. Setelah Adu Du keluar bersama yang lain, BoBoiBoy mengambil kesempatan untuk mengambil semula koko datuknya dan terus berlari untuk keluar dari kapal angkasa itu. Tetapi malangnya dia bertembung dengan Adu Du ketika hendak keluar lantas dia terus pecut tanpa menyedari yang bola kuasa mengekorinya. Pada malam hari, "bola kuasa" itu memperkenalkan dirinya iaitu Ochobot, sebuah robot yang berkuasa. Dia telah memberi kuasa elemen petir, angin dan tanah kepada BoBoiBoy melalui pemakaian sebuah jam tangan yang dipanggil sebagai "Powerband Kuasa". 
"Episod 3 & 4" 20 Mac 2011

BoBoiBoy berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan serangan Keris Petir, Pusaran Angin dan Tanah Tinggi melalui jam kuasa yang diberikan oleh Ochobot. Pada masa yang sama, Adu Du menghantar Robot Hamba untuk mencari Ochobot dan BoBoiBoy. BoBoiBoy ingin memberitahu kepada rakan-rakannya tentang kuasa barunya, tetapi Ochobot tidak membenarkannya. Lantas BoBoiBoy meninggikan Ochobot dengan Tanah Tinggi. Ochobot menjanjikan 'kuasa terkuat' kepada BoBoiBoy jika dia menurunkannya. BoBoiBoy pergi ke gerai datuknya dengan membawa sebiji bola sepak. Dia berjumpa dengan Gopal di situ, dan tiba-tiba Ying datang dan menyuruh mereka lari dan memberitahu kepada mereka yang Yaya datang membawa biskutnya, tetapi "budak baru" itu seperti tidak percaya kata-kata Ying. Tiba-tiba Yaya muncul dan BoBoiBoy makan biskutnya itu. Setelah itu, BoBoiBoy memberitahu kepada rakan-rakannya yang dia telah mendapat power, tetapi mereka tidak percaya sehingga biskut Yaya pun dipersendakan.

Ketika BoBoiBoy ingin menunjukkan kuasanya, tiba-tiba Adu Du muncul dan menembak Yaya dan Ying. Lantas BoBoiBoy menggunakan kuasanya dan berjaya menyelamatkan mereka daripada ditembak. Super Probe yang berada di situ juga mula menyerang BoBoiBoy. Cepat-cepat dia menyerang balas dan berjaya mematahkan serangan Super Probe. Kawan-kawannya teruja melihat kuasa BoBoiBoy dan tiba-tiba muncul Ochobot yang juga dibawa ke situ. Mereka saling menyerang antara satu sama lain, sehinggalah BoBoiBoy menendang Ochobot untuk menyelamatkannya daripada digenggam Super Probe dan akibatnya dia pula yang digenggam. Lantas Ochobot memberikan kuasa super kepada Yaya, Ying dan Gopal. Kuasa Yaya adalah kuasa terbang dan super kuat. Kuasa Ying adalah kuasa larian kilat (tetapi terganggu jika dia bersin), tetapi Gopal pula tidak tahu jenis kuasanya. Ochobot juga tidak mengingati jenis kuasa Gopal kerana BoBoiBoy menendangnya dengan kuat. Setelah tamat BoBoiBoy bertarung dengan Adu Du, Yaya dan Gopal menggunakan kuasa mereka untuk membantu penduduk setempat. Tetapi Tok Aba pula diserang oleh Robot Hamba yang dihantar oleh Adu Du, sekaligus membuka satu lagi peluang untuk BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa baru mereka. 
"Episod 5 & 6" 27 Mac 2011

BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot sedang bersembang di gerai datuknya. Datuknya menganggap Ochobot sebagai robotnya kerana dia diaktifkan dengan kokonya. Lalu dia menjadi robot pembantunya. Sementara itu, BoBoiBoy sedang menimbang bola di padang bola sepak. Pada masa yang sama, Adu Du sedang mengintip apa yang dilakukan oleh BoBoiBoy. Lalu dia mengarahkan Probe untuk menghantar raksasa Multi-Monster, iaitu raksasa ciptaan Komputer Adu Du yang boleh berganda menjadi banyak setiap kali ia dikalahkan untuk memakan adiwira lelaki itu. Sedang dia rancak menimbangnya, tiba-tiba Gopal muncul dan ianya mengejutkan BoBoiBoy. Gopal memberitahu kepada kawan baiknya itu yang dia masih tidak tahu jenis kuasanya. Oleh itu, dia meminta bantuan daripada BoBoiBoy. Lalu BoBoiBoy mencuba pelbagai cara tetapi semuanya gagal. Setelah itu, Gopal mengambil bola BoBoiBoy dan menendangnya ke atas udara. Probe yang bersembungi di sebalik pokok menembaknya dan ianya terpelanting ke atas lumpur hijau.

BoBoiBoy cuba mengambilnya dengan menggunakan kayu yang panjang. Tetapi tiba-tiba, seekor raksasa yang bernama Multi-Monster itu muncul dari situ. Lalu dia terus menghentak BoBoiBoy. Tetapi malangnya ketika raksasa itu sedang mengamuk dan membebel sebentar tadi, BoBoiBoy telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kuasa terkuatnya iaitu berpecah menjadi tiga. Lalu ketiga-tiga BoBoiBoy dan raksasa Multi-Monster berhempas-pulas menyerang antara satu sama lain sehinggalah Multi-Monster berganda, berganda dan berganda lagi. Dan akhirnya, Multi-Monster berganda menjadi banyak yang tidak terkira. Tetapi, malangnya saiz mereka sudah menjadi kecil dan rancangan mereka untuk makan BoBoiBoy itu gagal. Oleh itu, Adu Du terpaksa mencari jalan cara untuk mengalahkan BoBoiBoy. Komputer telah mendapat satu idea, iaitu menculik rakan-rakan BoBoiBoy. Beberapa minit kemudian, Probe telah berjaya menangkap Ying dengan menembak gas tidur kepadanya. BoBoiBoy cuba meminta bantuan Gopal, tetapi malangnya dia sendiri masih tidak tahu jenis kuasanya. 
"Episod 7 & 8" 3 April 2011

BoBoiBoy menceritakan perkara yang berlaku kepada kawan baiknya itu dan dia merasakan yang Yaya pasti menjadi sasaran seterusnya. Sangkaannya itu memang betul, jadi Yaya terpaksa bertungkus-lumus menangkis serangan Adu Du dan konco-konconya, tetapi kelincahan Yaya tidak berpanjangan dan akhirnya dia berjaya ditangkap. Tok Aba mencadangkan agar Gopal dijadikan umpan untuk berpura-pura ditangkap, supaya kemudian dia boleh membuka pintu dalam kapal angkasa musuh untuk BoBoiBoy masuk. Malangnya, rancangan itu tidak berjalan dengan begitu lancar disebabkan kelalaian Gopal.

Kuasa Gopal akhirnya terserlah apabila dia berjaya menukarkan senjata dan bom Adu Du menjadi makanan dengan menyentuhnya sambil berasa penuh ketakutan. Akhirnya, BoBoiBoy menceroboh masuk kapal angkasa Adu Du dan menyelamatkan kawan-kawannya. Gopal mendaratkan kapal angkasa dengan menukarkan seluruh ruang dalaman menjadi makanan, setelah ditakutkan oleh wajah seram Multi-Monster yang datang untuk membantu. 
"Episod 9 & 10" 3 Julai 2011

BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiganya untuk mempercepatkan tugas menghantar koko untuk Tok Aba, walaupun ditegah oleh Ochobot. Akibat daripada menggunakan kuasa itu terlalu lama, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy menghadapi masalah daya ingatan yang serius sehingga terlupa untuk membawa koko ke rumah pelanggan ataupun pergi ke tempat yang salah.

Adu Du dan Probe sekali lagi menerjah warung Tok Aba dengan penyamaran bagi mencuri buku resipi Tok Aba. Mujurlah Gopal, Ying dan Yaya datang untuk menyelamatkan keadaan, tetapi musuh mereka nyata terlalu kuat dan cukup bersiap sedia. BoBoiBoy pun memasuki pertempuran ini dan berpecah jadi tiga lagi, walaupun masalah ingatannya belum pulih. Adu Du berjaya merampas buku resipi dan satu pecahan BoBoiBoy yang berkuasa petir. 
"Episod 11 & 12" 17 Julai 2011

BoBoiBoy Petir berada di dalam tahanan Adu Du dan diseksa dengan cara yang luar biasa, iaitu memecahkan belon sebiji demi sebiji kerana BoBoiBoy takut akan bunyi belon pecah. Setelah 'diseksa' secukupnya, BoBoiBoy Petir meradang lalu bertukar rupa menjadi lebih bengis iaitu BoBoiBoy Halilintar. Disebabkan masalah ingatan yang tidak pulih, Adu Du dan konco-konconya berjaya menipu dan menghasutnya supaya bersubahat dengan mereka. Buku resipi yang dicuri Adu Du rupanya hanyalah buku catitan senarai hutang pelanggan Tok Aba.

BoBoiBoy Halilintar akhirnya kembali di rumah Tok Aba untuk mengucar-kacirkan dua pecahan BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawannya dengan gelaran barunya iaitu "Ada Da". BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan dan menyedarkan BoBoiBoy Halilintar sehingga dia pulih semula. Mereka bertiga bercantum kembali menjadi satu. 
"Episod 13 & 14" 31 Julai 2011

Setelah leka bermain permainan video berjam-jam lamanya, BoBoiBoy dan Gopal disedut masuk ke dalam permainan itu dalam satu lagi rancangan jahat Adu Du. Lebih-lebih lagi, mereka tidak boleh bergerak sendiri dalam permainan, maka Ochobot dan Tok Aba terpaksa menolong mereka dengan mengawal gerak-geri mereka untuk mengatasi semua rintangan sampai peringkat akhir.

Tok Aba keletihan mengawal watak Gopal kuat-kuat, maka Ochobot memanggil Yaya yang pandai bermain ke situ untuk menolong mereka menghabiskan permainan. Di peringkat akhir, mereka berdua berdepan dengan Probe dengan bentuk barunya, iaitu Super Duper Probe. Sedang mereka bermain, Yaya berhenti bermain kerana telah mencapai 30 minit masa bermain dia untuk sehari. Tok Aba terkejut dan kemudiannya menelefon dan memujuk mak Yaya untuk memberi kebenaran Yaya bermain 15 minit tambahan lagi. Pada peringkat akhir permainan, Yaya tidak berani untuk meneruskan lagi kerana tidak pernah berjaya sampai takat itu. Ying kemudian dipanggil untuk membantu menyelesaikan pengembaraan BoBoiBoy dan Gopal menentang Adu Du di alam permainan video. Mereka berjaya menang dalam cabaran di alam maya itu dan keluar dari permainan dengan terbawa seorang 'tetamu istimewa'. 
"Episod 15 & 16" 20 November 2011

Papa Zola si adiwira cereka yang terkeluar dari permainan video mengambil peminat setianya, Gopal sebagai anak muridnya. Sementara itu, Raksasa Tidur yang terkeluar dari permainan itu muncul di kapal Adu Du dan dijadikan senjata baru makhluk asing durjana itu. Setelah Papa Zola pengsan kerana makan biskut Yaya, terpaksalah BoBoiBoy dan kawan-kawan melawan penjahat dari alam maya yang berkuasa melancarkan gelombang, perisai dan buih-buih mimpi yang membuat mangsa-mangsanya tidur.

Raksasa Tidur nampaknya berjaya dikalahkan, tetapi Tok Aba, Ochobot, Ying dan Yaya terperangkap dalam buih-buih mimpi yang ditinggalkan makhluk jahat itu. Papa Zola selaku tok guru Gopal menyuruh anak buahnya menukarkan balik buih-buih mimpi yang tak terpakai itu daripada bentuk cekodok gergasi, kerana satu-satu cara untuk membebaskan kawan-kawan mereka adalah mengalahkan Raksasa Tidur dalam mimpinya. Walaupun berat hati pada mulanya, namun Gopal diberi rangsangan oleh tok guru dia untuk mengasah kuasa supernya. Dengan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk ke dalam buih-buih mimpi untuk memasuki mimpi Raksasa Tidur dan bertempur dengannya. 
"Episod 17 & 18" 27 November 2011

Demi menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy daripada perangkap mimpi, Papa Zola mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam (yang mana BoBoiBoy, Adu Du dan lain-lain terikat pada buah dam), tetapi Papa Zola sendiri tidak pandai bermain dan dengan mudah kalah dalam pusingan pertama kepada Raksasa Tidur, si johan lima kali "Liga Dam Raksasa". Mujurlah Tok Aba sempat bangun untuk menggantikan Papa Zola untuk melawan Raksasa Tidur dengan kemahiran damnya.

Tok Aba dan Raksasa Tidur bersaing sengit dalam perlawanan dam yang sampai ke pusingan ketiga. Kehebatan Tok Aba dalam permainan dam memaksa Raksasa Tidur bermain tipu sebagai jalan akhir. Setelah dikalahkan dalam permainan dam itu, dia akhirnya naik berang dan mengganas dalam mimpinya sendiri. BoBoiBoy menyelamatkan keadaan dengan membesar jadi gergasi dengan tali pinggang Papa Zola dan mengalahkan Raksasa Tidur untuk menyelamatkan semua kawan-kawannya daripada igauan ngeri mereka ini. 
"Episod 19 & 20" 4 Disember 2011
Atas suruhan Adu Du, Probe mencuri sekantung surat peminat BoBoiBoy lalu membacakan dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh peminat-peminat BoBoiBoy. Ini berterusan sehingga Adu Du masuk ke bilik. Probe dimarahi oleh Adu Du kerana tidak menjawab dalam cara yang dikehendakinya iaitu mengguris perasaan para peminat BoBoiBoy. 
"Episod 21 & 22" 11 Disember 2011

Yaya meminta pertolongan BoBoiBoy untuk membuat biskut sempena Hari Biskut Sedunia. Dengan rasa berat hati, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga supaya hanya salah seorangnya menolongnya. Adu Du mengambil kesempatan ini dengan mengumpan BoBoiBoy Angin dengan susu kambing palsu sebagai ramuan biskut yang boleh melampaukan perasaan.

Sebelum mengedar biskut buatan Yaya itu, BoBoiBoy angin merasa satu keping biskut tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapinya. Biskut istimewa Yaya diedarkan oleh BoBoiBoy Angin telah menyebabkan hampir semua penduduk pekan Pulau Rintis gila. Paling teruk, BoBoiBoy Angin telah terlalu banyak makan biskut tersebut sampai menjadi gembira tak terhingga. Akibat itu dia bertukar ke kuasa baru iaitu "BoBoiBoy Taufan". 
"Episod 23 & 24" 18 Disember 2011

BoBoiBoy Taufan mengganas di perkarangan Warung Tok Aba dengan memaksa Adu Du makan biskut Yaya, kemudian bergaduh sengit dengan BoBoiBoy Halilintar. Mujurlah Ochobot berjaya menenangkan BoBoiBoy Taufan dengan mempertontonkan telenovela yang menyayat hatinya setelah ditahan oleh kuasa BoBoiBoy Tanah. Sementara itu, setelah dirawat oleh Probe kerana emosinya dipengaruhi biskut tercemar, Adu Du memanggil seorang penjual senjata haram ke kapalnya.

Bago Go, si penjual senjata haram itu terkenal dengan kelicikan dan harga-harga barangannya yang mencekik darah. Harga yang ditawarkan olehnya telah membuat Adu Du pengsan. Kependekan akal Probe nampaknya memburukkan keadaan lagi apabila dia menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi sudip elektrik. Apa yang menariknya, pembelian tersebut datang bersama pakej robot misteri. Kemarahan Adu Du terubat dengan pakej robot misteri itu. Ketika itu juga Gopal, Ying dan Yaya dapat tahu yang BoBoiBoy akan pulang semula ku rumahnya di bandar. 
"Episod 25 & 26" 25 Disember 2011
BoBoiBoy dipujuk oleh rakan-rakanya supaya kekal di Pulau Rintis, tetapi kemudian dikacau oleh Adu Du yang telah menghidupkan Robot Pemusnah Mukalakus dengan lebihan koko Tok Aba. Dia dengan mudah menumpaskan kawan-kawan BoBoiBoy. Mukalakus kemudiannya kehabisan kuasa ketika ingin menyerang BoBoiBoy yang sedang ingin berpecah tiga. Ketika itulah, BoBoiBoy Halilintar dan Taufan mengambil kesempatan membelasah Mukalakus seteruknya. Di saat kekalahan Adu Du, Ochobot dirampas oleh Probe. Dia disumbat ke dalam kotak punca kuasa Mukalakus sebagai sumber kuasa utama. Mukalakus bangkit kembali dan berjaya mengalahkan 2 peringkat tertinggi BoBoiBoy. BoBoiboy tanah meminta belas ihsan Adu Du untuk tidak melakukan lagi kecedaraan kepada rakan-rakannya tetapi tak diendahkan oleh dia. Kerana terlalu ingin menyelamatkan kawan-kawannya itu, BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa. Perlawanan antara Mukalakus dan BoBoiBoy Gempa menjadi sengit sehinggalah 2 lagi pecahan BoBoiBoy menawarkan diri untuk mengalahkan Mukalakus bersama. Akhirnya Adu Du kalah dan Ochobot dikembalikan semula. 
""Extended Finale"" 1 Januari 2012

Sama seperti episod 25 dan 26 dengan tambahan beberapa minit ucapan selamat tinggal dan klu pratonton musim kedua BoBoiBoy.

Dalam versi extended ini, 3 hari selepas kejadian dalam episod 26, Tok Aba menghantar BoBoiBoy ke stesen keretapi yang kemudiannya disertai oleh rakan-rakan BoBoiBoy untuk sama-sama mengucapkan selamat tinggal. Ketika BoBoiBoy masuk ke dalam tren, dia berselisih dengan seorang budak lelaki misteri yang keluar dari tren tersebut. Dia dikatakan akan mejadi watak baru bagi BoBoiBoy musim 2. Latar berubah 6 bulan kemudian di Sekolah Rendah Pulau Rintis dengan kehadiran pelajar baru dalam kelas. Ying, Yaya dan Gopal terkejut kerana pelajar baru tersebut adalah BoBoiBoy. 

Musim 2 (2012)[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tarikh siaran pertama
"Episod 1" 27 Mei 2012

BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bersatu dengan Tok Aba dan kawan-kawannya yang dirindui sejak meninggalkan pekan itu enam bulan sebelumnya (di episod akhir musim pertama).

Di sekolah barunya, Gopal berpesan kepada BoBoiBoy supaya jangan melewati sebuah 'rumah berhantu' di pekan ketika berjalan ke sekolah. Walau apapun, BoBoiBoy mengabaikan pesanan Gopal dan memberanikan diri untuk memasuki perkarangan rumah usang itu, lantas menemui suatu lembaga misteri. 
"Episod 2" 3 Jun 2012

Di Tok Aba's Kokotiam, bapa Gopal berjam-jam menceritakan kepada BoBoiBoy dan Tok Aba tentang rumah berhantu itu. Ini hanya merangsang lagi BoBoiBoy untuk mendekati semula rumah itu, dan mengajak sekali Gopal. Probe juga berminat dengan rumah hantu itu dan mengajak Adu Du pergi ke sana sekali untuk memburu hantu.

Seperti yang dijangka, BoBoiBoy bersua semula dengan musuh lamanya dalam rumah berhantu itu. Akan tetapi, perbalahan mereka dicelah oleh Fang, seorang rakan sekelas yang sudah lama cemburu dengan BoBoiBoy gara-gara gosip di kelas sebelum mereka bertemu. Fang memperlihatkan kuasa kegelapan yang menandingi kuasa-kuasa tiga elemen milik BoBoiBoy. 
"Episod 3" 10 Jun 2012

Papa Zola mengajar Kelas Pendidikan Jasmani, dan mencabar BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba membawa telur dalam sudu sebagai suatu cara untuk mendisiplin mereka yang menganggap sukan itu 'kebudak-budakan' dan 'tidak mencabar'. Dua lawan itu bersaing sengit di atas balapan sehingga sanggup menggunakan kuasa super mereka, tetapi perlumbaan berkesudahan dengan keputusan yang luar jangkaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati Fang.

Setelah mendengar penjelasan Fang akan sebab-sebab dia begitu benci pada BoBoiBoy, Papa Zola mengaturkan sebuah perlawanan bola sepak antara BoBoiBoy dan Fang pada minggu hadapan. 
"Episod 4" 24 Jun 2012

Seperti yang dijanjikan seminggu lalu, BoBoiBoy dan kawan-kawan (Gopal, Yaya, Ying dan Iwan) berentap dengan Fang (yang berpakat dengan Adu Du, Probe dan dua robot lain) dalam perlawanan bola sepak lima lawan lima. Perlawanan dikawal ketat oleh Papa Zola selaku pengadil agar tiada sesiapa menggunakan kuasa istimewa untuk bermain kasar, tetapi permainan bertukar kucar-kacir setelah Papa Zola dipengsankan oleh rembatan bola yang terlampau kuat . Pasukan Fang mengambil kesempatan dengan bermain kotor dan menggunakan kuasa menyebebkan pasukan Boboiboy terpaksa menggunakan kuasa sekali. Mereka hampir kalah tetapi dengan atas bantuan Iwan (atau kerana Fang tidak fokus dan mengambil perhatian) pasukan Boboiboy menang. Akhirnya, Papa Zola bangun daripada pengsan dan mendendakan Fang, Probe dan Adu Du (walaupun Probe dan Adu du tidak pergi ke sekolah tersebut.)

kerana bermain kotor dan mempengsankan Papa Zola 
"Episod 5" 26 Ogos 2012
Boboiboy and Gopal menyiasat bagaimana Fang mendapat kuasa, mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat muka Fang dan mengapa dia membeli biskut Yayah setiap hari. Sebaliknya,Boboiboy, Gopal dan Fang diserang oleh kucing sewel Pak Senin Koboi kerana memlalui lorongnya menyebabkan mereka lewat ke sekolah. Oleh itu, mereka terpaksa mencuri masuk ke sekolah melalui pejabat guru kerana pagar sekolah dijaga oleh Yayah. Mereka berjaya masuk tanpa didenda kerana lewat ke sekolah tetapi mereka tetap didenda juga kerana melalui kawasan larangan iaitu di pejabat guru. Ketika mereka melaksanakan denda mereka, mereka telah ditembak oleh Probe dengan pistol Pengecil. Mujurnya, Probe lupa penyekkan mereka sebaik sahaja dia mengecilkan mereka. Boboiboy, Gopal dan Fang berada di padang sekolah dalam saiz sekecil seperti lalat. 
"Episod 6" 9 September 2012
Dalam keadaan kecil halus akibat Pistol Pengecil Adu Du, BoBoiBoy, Gopal dan Fang berikhtiar untuk cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk segera menjemput Ying dan Yaya untuk berpakat melawan musuh mereka. Akan tetapi, mereka harus melalui Lorong Pak Senin Koboi yang dikuasai oleh kucing sewel, maka Fang mencadangkan agar mereka membawa biskut sekali ke situ untuk menumpaskan kucing itu. Selepas itu, Yaya dan Ying membawa mereka ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dan melawan musuh. 
"Episod 7" 9 Disember 2012
BoBoiBoy bertanya kepada Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajahnya, tetapi Fang tidak dapat menjawab kerana lupa. Setelah mendengar cadangan Probe tentang mengitar semula idea-idea lama, Adu Du memperbaiki dan memperbaharui Cecair Emosi X dari musim lepas kepada Pistol Emosi Y yang digunakan untuk menyongsangkan perwatakan kelima-lima musuhnya. 
"Episod 8" 16 Disember 2012
BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang yang bertukar pelik perangai mereka akibat Pistol Emosi Y berarak ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dengan bertemankan Ochobot. Di dalam markas, mereka berlima berhadapan dengan bilik seribu satu perangkap yang dipasang oleh Adu Du dan Probe, sementara Ochobot dan Fang beransur-ansur kembali mengingati bagaimana Fang memperoleh kuasanya dan juga punca Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajah Fang; setelah itu, kesan Fang pada Ochobot akhirnya pudar. 
"Episod 9" 23 Disember 2012
BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya merampas penawar dari Adu Du dan menewaskan musuhnya dengan Harimau Kitar dengan mudah. BoBoiBoy turut meminta maaf pada Fang atas syak wasangkanya selama ini. Sekali lagi kecewa atas kekalahannya, Adu Du dan Probe merancang untuk merampas gelombang siaran televisyen bernama MKHIPI atau Markas kotak hari ini dan Pagi ini untuk menyiarkan rancangan wawancara dengan niat untuk memfitnah BoBoiBoy atas segala kesalahan yang dibuat oleh wira muda itu padanya, termasuk juga menjemput Papa Zola. Akan tetapi, rancangan mereka kali ini tidak begitu menjadi... 
"Episod 10" 30 Disember 2012
Adu Du terkejut untuk mengetahui bahawa Ejo Jo tahu tentang misi di Bumi. Adu Du cuba untuk memberi amaran kepada beliau mengenai BoBoiBoy dan rakan-rakan tetapi Ejo Jo berkeras untuk datang ke Bumi, mengatakan bahawa dia adalah benar-benar bersedia untuk berperang. 
"Episod 11" 10 Mac 2013
Cikgu Papa telah mengumumkan bahawa ada peperiksaan matematik yang akan diduduki pelajar 5 Jujur selepas waktu rehat. Adu Du yang mengetahui mengenai hal tersebut melalui Probe telah menyamar sebagai seorang murid dan memasuki kelas 5 Jujur. Walaupun Boboiboy dan yang lain sudah mengecam Adu Du dan ingin membelasahnya, Papa Zola melarang mereka daripada berbuat demikian dan Adu Du telah diterima sebagai murid baharu dalam kelas tersebut. Dalam peperiksaan matematik sedang dijalankan, Adu Du mengucar-kacirkan keadaan dengan menggunakan mesin cuaca. Malangnya, kapal angkasa Ejo Jo telahpun tiba. 
"Episod 12" 17 Mac 2013
Boboiboy dengan pemakai Jam Kuasa yang lain bersua muka dengan Ejo Jo untuk pertama kalinya dan Ejo Jo mengarah robot tempurnya, P.E.T.A.I. untuk menyerang Probe, walaupun menggunakan Super Probe, Probe akhirnya terkorban dan Yaya, Ying, Gopal, Papazola serta murid-murid kelas 5 Jujur kecuali Boboiboy, Fang dan Ochobot akhirnya ditangkap oleh Ejo Jo. Boboiboy,Fang dan Ochobot akhirnya terpaksa berundur. 
"Episod 13" 24 Mac 2013
Boboiboy yang telah berpecah kepada tiga dalam bentuk tahap kedua telah bertungkus-lumus cuba mengalahkan robot P.E.T.A.I dan cuba menamatkan pertarungan dengan menggunakan Gerakan Kombo Boboiboy namun tidak berjaya menghancurkan perisai yang melindungi robot tersebut namun Fang telah mengeluarkan Naga Bayang dan berjaya menghancurkan lawannya itu, tetapi telah pengsan akibat menggunakan terlalu banyak tenaga. Akhirnya, Ejo Jo memasangnya perisainya sendiri untuk bertempur melawan Boboiboy. 

Musim 3 (2014-2016)[sunting | sunting sumber]

, minuman coklat khas Tok Aba yang disajikan oleh Probe. Ibu Adu Du teringat dengan perkembangan misi pencurian coklat di bumi. Sayangnya, mengetahui bahwa Adu Du sudah menjadi baik, Ibu Adu Du sangat kecewa sehingga berusaha memaksa Adu Du untuk kembali menjadi jahat. Tentu saja Adu Du menyanggah perkataan sang ibu. Lantas, sang ibu penasaran dengan BoBoiBoy yang membuat Adu Du insaf. Kemudian, ibu Adu Du mendatangi Kedai Tok Aba untuk mencari BoBoiBoy. BoBoiBoy yang datang setelah membantu kawan-kawannya memadamkan kebakaran bertemu dengan ibu Adu Du. Sang ibu sangat marah karena BoBoiBoy telah membuat Adu Du menjadi baik sehingga menghambat misi pencurian cokelat di bumi. Oleh karena itu, Ibu Adu Du bertarung sengit dengan BoBoiBoy serta berusaha menghabisi Ying, Yaya, Gopal, dan Fang. Setelah mereka berempat dapat dikalahkan, sang ibu mencoba mengebom BoBoiBoy. Menyadari bahwa ia akan dibom, BoBoiBoy pun berubah menjadi BoBoiBoy Gempa dan mengubur bom tersebut. Sayangnya, saat menangkap bom BoBoiBoy Gempa menyenggol ibu Adu Du hingga terjatuh dan terluka. Sebagai seorang anak yang sayang pada ibunya, Adu Du marah besar karena BoBoiBoy melukai ibunya. Adu Du kemudian resmi memutus ikatan persahabatan dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan dan kembali ke jalan kejahatan. Skenario ibu Adu Du berjalan sempurna. Templat:Episod listTemplat:Episod list

Catatan[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Episod Judul Tarikh Siaran Pertama
1 "'BoBoiBoy vs Ejo Jo Part 1'" 5 Januari 2014

Setelah berjaya mengalahkan P.E.T.A.I., Fang dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah sementara rakan-rakan seperjuangannya yang lain masih lagi terkurung di dalam kapal angkasa musuh. Maka, terpaksalah BoBoiBoy berlawan Ejo Jo sendirian, iaitu ancaman kepada Bumi yang juga terpaksa berlawan sendirian. BoBoiBoy dan Ochobot kemudian menyedari akan jam kuasa Yaya, Ying dan Gopal yang diletakkan oleh Ejo Jo di dalam sut tempurnya sendiri. BoBoiBoy segera menyoal Ejo Jo tentang perkara yang telah dilakukan olehnya terhadap kawan-kawan dan guru kelasnya. Sambil itu, semua kawan-kawan sekelas BoBoiBoy, termasuk Papa Zola yang menyaksikan dari dalam kurungan di kapal angkasa Ejo Jo mula bersorak demi wira mereka.

BoBoiBoy menengkinya sekali lagi dengan menanyakan apa yang hendak dilakukannya terhadap jam-jam kuasa kawan-kawannya. Ejo Jo bukan sahaja menjawab dengan mulutnya, malah mengaktifkan kuasa-kuasa yang dicurinya sebagai tunjuk ajar tentang potensi sebenar jam-jam kuasa itu. Mula-mula, Ejo Jo mengaktifkan Kuasa Manipulasi Graviti ke atas musuhnya. Ochobot dapat merasakan bahawa dia menggunakan kuasa Yaya; ini membuatkan Yaya berasa terkejut kerana dia tidak sedar akan hal itu. Komputer Ejo Jo menjelaskan bahawa kuasa Yaya yang sebenarnya adalah kuasa memanipulasi graviti yang boleh memberatkan dan meringankan apa-apa sahaja dalam lingkungan 50 meter kecuali pemakainya sendiri.

Setelah mengangkat BoBoiBoy ke udara dengan kuasa Yaya itu, Ejo Jo dengan pantas menumbuk musuh kecilnya ke langit dengan serangan Tumbukan Padu dan mencuba sekali lagi di aras yang lebih tinggi. Belum sempat Ejo Jo meneruskannya, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lantas terus menepis serangan Ejo Jo dengan Pedang Halilintar dan Gerakan Kilat. Menyedari hal itu, Ejo Jo dengan segera menghunus pedang laser dari sutnya. Maka mereka berdua berlawan pedang habis-habisan di atas udara sehinggalah Ejo Jo mematahkan kedua-dua bilah pedang BoBoiBoy dan menjatuhkannya.

Sebelum terhempas di atas tanah, BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa lalu menyorok di dalam tanah, kemudian menyerang Ejo Jo dengan Golem Tanah dari belakangnya. Ejo Jo bertindak balas dengan bertukar kuasa kepada Kuasa Manipulasi Masa untuk memperlahankan masa dan kemudian beralih semula kepada kuasa Yaya dan menendang muka Golem Tanah dengan kuat sehingga ia terpelanting ke seberang medan tempur. Yaya dan Ying berasa hairan kerana BoBoiBoy jatuh dengan tiba-tiba. Lalu, Komputer Ejo Jo menerangkan bahawa jam tangan Ying membolehkan pemakainya untuk memperlahankan atau mempercepatkan masa dalam lingkungan 50 meter, dan oleh itulah kuasa Ying seolah-olah berupa kelajuan yang luar biasa.

BoBoiBoy Gempa menyeru Golem Tanah untuk menyerang Ejo Jo, tetapi mereka diperberatkan oleh kuasa graviti yang Ejo Jo buat. Kemudian, Ejo Jo mengambil kesempatan itu untuk bertukar kepada jam kuasa Gopal lalu menggunakan Tukaran Kaca untuk menukarkan Golem Tanah kepada kaca. Gopal berasa terkejut dan pengsan apabila melihat perkara itu. Jelas Komputer Ejo Jo, jam kuasa Gopal boleh menukarkan objek kepada objek yang lain dengan menukarkan struktur molekul berdasarkan imaginasi pemakainya. Kemudian, Yaya berttanyakan mengapa dia asyik menukar kepada makanan sahaja. Jelas Ying, Gopal itu sentiasa memikirkan tentang makanan. Kembali di medan pertempuran. Kelihatan Ejo Jo menghancurkan Golem Tanah sehingga berkecai dengan hanya sekali tumbukan.

Setelah menghancurkan Golem Tanah, Ejo Jo mengejek kawan-kawan BoBoiBoy dengan mengatakan bahawa kuasa-kuasa sehebat itu menjadi tidak berguna langsung apabila mereka mengawalnya. Geram mendengarnya, BoBoiBoy Gempa menggunakan Tumbukan Tanah untuk cuba membatalkan kuasa graviti Ejo Jo itu, tetapi gagal. Lantas BoBoiBoy Gempa menggemparkan musuhnya dengan berdiri lalu menghasilkan Ombak Tanah yang tinggi dan berceracak tajam-tajam lalu mula melanda Ejo Jo.

Ejo Jo bertindak dengan menggunakan Tukaran Kertas untuk menukarkan Ombak Tanah kepada kertas-kertas. Tanpa disedarinya, BoBoiBoy telah bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan sewaktu Ejo Jo melakukan penukaran itu lalu menumbuk dada Ejo Jo secara mengejut dengan Gerudi Taufan. Apabila Ejo Jo melayang ke angkasa, BoBoiBoy segera bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menggunakan Gerakan Kilat untuk cuba melakukan serangan penamat terhadap musuhnya dengan Tetakan Halilintar. Lantas, Ejo Jo beralih kepada kuasa Ying untuk memperlahankan BoBoiBoy, lalu beralih semula kepada kuasa Yaya dan menumbuk BoBoiBoy dengan tumbukan yang kencang sehingga dia terhempas ke dalam longgokan sampah.

Sambil Ochobot cemas melihat BoBoiBoy terhempas, Tok Aba muncul dari sebalik timbunan pasir untuk menyeru si robot itu supaya bersama-sama menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy dari kapal angkasa musuh, dengan Ochobot menerbangkan Tok Aba ke kapal angkasa lalu curi masuk. Pertarungan nampaknya semakin tidak menyebelahi BoBoiBoy kerana Ejo Jo dapat menduga gerak-gerinya. Ejo Jo cuba menyerang BoBoiBoy Gempa dengan menimbulkan batu-batu dari bawah tanah dan memperlahankan masa. Lalu menendang batu-batu itu ke arah BoBoiBoy Gempa dan menggunakan Tukarkan Kelajuan lalu batu-batu itu mula menghujani BoBoiBoy. Dia bertindak balas dengan menjelmakan Tanah Pelindung, lantas Ejo Jo menukarkan batu-batu kepada besi pemotong dengan Tukaran Besi untuk menembusi pelindung itu lalu ianya mencederakan muka BoBoiBoy.

Ketika BoBoiBoy di ambang kekalahan, Tok Aba yang berada di atas Ochobot menyuruhnya agar pantas kerana melihat BoBoiBoy seperti akan kalah lalu Ochobot mengikut perintah. Lantas Ejo Jo melangkah ke arah BoBoiBoy Gempa. Dia cuba berdiri, tetapi tidak berupaya lagi dan bertukar menjadi biasa semula. Lalu Ejo Jo mengangkatnya dengan kuasa graviti dan sedia untuk melakukan penamat dengan pedang lasernya. Apabila Ejo Jo ingin menghabiskan BoBoiBoy, serangan Ejo Jo sempat dipatahkan oleh sesuatu yang tidak dijangka-jangka, iaitu Robot Pemusnah Mukalakus dengan Adu Du sebagai pemandunya. Ejo Jo tergamam melihatnya kerana dia mengingatkan Adu Du akan menyertai kumpulannya. Adu Du dengan marahnya mengingatkan kesilapannya yang lalu iaitu menghancurkan Probe dan menengkingnya.

Adu Du yang mengawal Mukalakus bermula dengan tentangan yang hebat terhadap Ejo Jo. BoBoiBoy hanya menyaksikan pertarungan di antara Adu Du dan Ejo Jo dengan kagum. Adu Du menyambung, dia membawa Ejo Jo ke Bumi hanyalah untuk dia dan BoBoiBoy menghapuskannya. Ini membuatkan BoBoiBoy percaya bahawa Adu Du telah menjadi sekutu dengannya, tetapi Adu Du dengan lantas berpesan bahawa dia bekerjasama dengan BoBoiBoy hanya untuk kali ini. Apa-apa pun, BoBoiBoy kembali bersemangat dan berganding bahu dengan musuh lamanya untuk menentang musuh barunya, tambahan pula dengan menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga agar pertarungan menjadi "empat lawan satu".

Sementara itu, Tok Aba dan Ochobot akhirnya berjaya mendarat di atas kapal angkasa Ejo Jo. Ochobot memandang ke bawah lalu mengujar bahawa BoBoiBoy telah hampir kehabisan tenaganya. Oleh itu, Tok Aba menyeru supaya mereka cepat memasuki kapal angkasa ini, iaitu melalui pintu tangga di atas permukaan kapal. Setelah masuk, Tok Aba mengambil kesempatan sejenak untuk mengusik Ochobot dengan memakai topeng sut tempur Ejo Jo yang tergantung sebagai simpanan, dan berlakon seperti Darth Vader. Tetapi jelas ini bukan masa untuk bergurau senda. Tok Aba dan Ochobot terhenti apabila mereka terdengar suara kawan-kawan BoBoiBoy yang sedang bersorak.

Setelah puas berlaga pedang dengan Mukalakus, Ejo Jo cuba melepaskan pertukaran kaca ke arah meka panduan Adu Du itu dengan Tukaran Kaca. BoBoiBoy Gempa segera menghalangnya dengan menjelmakan Tembok Tanah, lalu melayangkan Ejo Jo ke langit dengan gandingan Tanah Cerakah dan Tumbukan Bertubi-tubi untuk meninggikannya. Atas arahan BoBoiBoy Gempa, Adu Du Adu Du menembaknya dengan Tembakan Laser Pemusnah. Sementara Ejo Jo tersungkur di langit, BoBoiBoy Gempa menjelmakan Tanah Tajam pada tempat Ejo Jo akan terhempas, tetapi Ejo Jo sempat meringankan dirinya dengan kuasa graviti dan mendarat dengan selamat. Dengan geram, Adu Du melepaskan tembakan lagi kepada Ejo Jo. Ejo Jo mengaktifkan kuasa manipulasi masa, tetapi tidak sempat mengelak laser Mukalakus, sehingga sutnya ada kesan calar. Ejo Jo yang berasa geram melepaskan Tembakan Tukaran Molekul, tetapi dihalang dengan Bola Taufan yang dibuat oleh BoBoiBoy Taufan yang menyebabkan tembakan Ejo Jo terserak ke merata tempat dan menukarkan pagar kayu dan kereta-kereta terpakai menjadi kaca.

BoBoiBoy Gempa melihat Ejo Jo beralih kepada kuasa Ying. Oleh itu, BoBoiBoy Halilintar menghasilkan Hujan Halilintar untuk memerangkap Ejo Jo. Ejo Jo memerlahankan masa dengan kuasa Perlahankan Masa dan melangkah masuk ke dalam kawasan Hujan Halilintar dengan tenang, tetapi rupa-rupanya dilumpuhkan oleh renjatan hujan itu. Namun begitu, Ejo Jo sempat menukarkan Hujan Halilintar kepada bahan mati dengan Tukaran Molekul. BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Taufan melakukan percaturan seterusnya dengan mengaburi pandangan Ejo Jo dengan bersama-sama menghasilkan Ribut Pasir. Sementara itu, Ochobot dan Tok Aba cuba menceroboh masuk bilik kurungan dengan menggodam sistem kapal angkasa tetapi gagal. Akhirnya dengan imbasan muka ke atas topeng Ejo Jo yang dipakai oleh Tok Aba, pintu dibuka dan mereka terus melangkah masuk.

Dalam Ribut Pasir, Ejo Jo menyuruh komputernya untuk menaikkannya kembali ke kapal angkasa, tetapi BoBoiBoy Halilintar sempat menghalangnya dengan membawa Mukalakus ke samping Ejo Jo lalu Adu Du melepaskan tembakan Laser Pemusnah sekali lagi untuk menumpaskan Ejo Jo. Kawan-kawan BoBoiBoy menyambut kemenangan itu dengan sorakan kegirangan, tetapi disampuk oleh siulan bisik Tok Aba dari belakang. Sekali mereka berpaling, Gopal lantang terpanggil nama Tok Aba. Maka tertarik perhatian Komputer Ejo Jo yang berpaling ke arah kurungan untuk melihat apa-apa yang mencurigakan, lantas semua tahanan cepat-cepat menambat pemandangan di sebalik kurungan. Malah Papa Zola polos kepada si komputer dengan menjelaskan bahawa mereka sedang memperkatakan tentang kehebatan "cucu Tok Aba".

Setelah berjaya menghindarkan perhatian komputer Ejo Jo, Ochobot dengan mudahnya menggodam sistem kurungan dan membebaskan semua tahanan. Sementara itu di luar kapal angkasa, BoBoiBoy mengambil kembali jam kuasa kawan-kawannya di atas tanah. Lalu berdiri di hadapan Ejo Jo yang kelihatan tidak bermaya dan mengatakannya yang dia telah pun kalah. Disambut dengan sorakan girang oleh Ochobot, Tok Aba dan rakan-rakan BoBoiBoy yang berdiri di atas kapal angkasa. Adu Du segera menerbangkan Mukalakus ke atas kapal angkasa untuk membawa mereka turun, sementara BoBoiBoy bersambung menegur Ejo Jo. Setelah ditanya oleh komputer, Ejo Jo mengujar supaya mereka berundur.

Setelah semua tahanan turun, Yaya, Ying dan Gopal berlari ke arah Ejo Jo untuk membantu BoBoiBoy mengajar si musuh, sementara Ochobot pergi mencari Fang. Adu Du di dalam Mukalakus kembali bersemuka dengan Ejo Jo dengan perasaan amarah yang meluap-luap dan jelas beria-ia mahu menamatkan riwayat lawannya itu sebagai dendam demi Probe, walaupun telah dipujuk oleh BoBoiBoy supaya melepaskannya. Tok Aba terlihat Fang, lalu Ochobot pergi ke arahnya. Dia berada di dalam keadaan yang selamat walaupun masih tidak sedarkan diri, tetapi menyedari bahawa jam kuasanya hilang.

Rupa-rupanya, jam kuasa Fang telah dirampas secara diam-diam oleh Ejo Jo. Entah bila dan entah bagaimana, dia menggunakan kuasa bayang untuk memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawannya. BoBoiBoy menyuruh kawan-kawannya untuk mengambil semula jam-jam kuasa mereka, tetapi tidak berjaya apabila Ejo Jo menolak jam-jam tangan itu dengan Jari Bayang. Kemudian dia membentuk Kokun Bayang untuk memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Adu Du. 
2 "'BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale'" 12 Januari 2014

Ejo Jo telah berjaya memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Adu Du di dalam Kokun Bayang yang dihasilkannya menerusi perolehan kuasa bayang dengan merampas jam kuasa Fang secara diam-diam. BoBoiBoy dan Adu Du yang mengawal Robot Pemusnah Mukalakus dengan bersungguh-sungguh, cuba memecahkan kurungan itu, tetapi sedikit calar pun langsung tidak kelihatan. Tok Aba yang memegang jam tangan kuasa Yaya, Ying, dan Gopal bersama dengan Ochobot dan Papa Zola cemas kerana tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan.

BoBoiBoy menyuruh Adu Du untuk menggandakan serangan dengannya lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar demi memecah keluar daripada Kokun Bayang, tetapi masih tidak berhasil kerana Ejo Jo telah meningkatkan kekukuhan kokun itu. Tambahan pula, Ejo Jo mula menghasilkan Naga Bayang untuk menelan musuh-musuhnya yang terperangkap di dalam kokun. Mujurlah pada permukaan kokun, terdapat liang-liang sempit di mana BoBoiBoy dan yang lain boleh melihat keluar, maka BoBoiBoy Halilintar mengambil kesempatan untuk menyuruh Tok Aba dan Papa Zola untuk memakai jam tangan kawan-kawannya untuk cuba menghalang Ejo Jo daripada mengeluarkan Naga Bayang.

Cadangan BoBoiBoy disambut dengan baik sekali, terutamanya Papa Zola yang memuji kecerdasan anak muridnya. Maka dua orang tua itu berganding bahu untuk membentuk "Pasukan Superhero Malaya" dan memilih jam kuasa untuk mereka memakainya. Tok Aba menggunakan jam kuasa Ying, sementara Papa Zola masih bingung untuk memilih dua jam tangan yang tinggal. Gopal dan Yaya berlumba-lumba mendesak guru mereka supaya memilih jam kuasa masing-masing, sementara BoBoiBoy cuba membantu dengan menanyakan Papa Zola, apakah ciri-ciri yang dia akan gunakan untuk memilih jam kuasa yang terhebat, sama ada Kuasa Manipulasi Graviti atau Kuasa Manipulasi Molekul. Akhirnya, Papa Zola memilih jam Yaya kerana warna merah jambunya.

Gelagat Papa Zola yang "lawak" membuatkan Ejo Jo hampir hilang tumpuan. Gopal bertanya, siapa pula yang akan memakai jam kuasanya. Maka Papa Zola bertanya kepada murid-muridnya siapa yang berani menyertainya. Rata-rata mereka enggan kerana takut dan berbahaya untuk umur semuda mereka, namun Iwan tampil tanpa rasa segan-silu. Dengan pantasnya Tok Aba menyuruh Iwan untuk memakai jam kuasa Gopal, lantas mereka bertiga bersiap sedia untuk bertempur.

Akan tetapi, Papa Zola terhenti sebentar untuk membincangkan nama yang lebih "trendi" untuk pasukan barunya, membuatkan Ejo Jo hilang tumpuan dan terbatal pembentukan Naga Bayang serta Tok Aba yang terkilan dan geram. Setelah berbincang sebentar, Papa Zola bertetap dengan nama "Trio Trendi Kebenaran"! Ochobot mengulas bahawa Ejo Jo masih belum mengumpul tenaga maksimum yang tinggi lagi, maka masanya masih menyebelahi pasukan wira yang baru dibentuk itu untuk menyelamatkan keadaan.

Tok Aba mara dahulu dengan menggunakan Larian Laju untuk berlari ke arah musuh itu, tetapi terhenti di tengah jalan kerana berasa tidak larat. Seterusnya, Papa Zola bertindak dengan menghidupkan kuasa graviti dengan terbang laju-laju di udara, tetapi tidak mengenai Ejo Jo sebaliknya melayang ke sana dan ke sini. Walaupun serangan dua orang tua itu tidak berhasil, namun gelagat mereka berjaya menjejaskan tumpuan Ejo Jo dan melengahkan penghasilan Naga Bayang. Hal itu disahkan oleh Komputer Ejo Jo yang terus menyokong tuannya untuk meneruskan usahanya. Walaupun diganggu oleh Papa Zola, namun Ejo Jo berjaya melangkah ke fasa seterusnya iaitu membuka vorteks di langit yang gelap untuk memanggil Naga Bayang.

Melalui liang kokun itu, BoBoiBoy memanggil Iwan untuk menukarkan perangkap bayang itu. Iwan segera melakukan apa yang disuruh dengan melepaskan tukaran molekul, tetapi tidak berhasil. Mujurlah Papa Zola bijak mengganggu Ejo Jo dengan Tendangan Kehenseman, sekaligus membatalkan vorteks penghasilan Naga Bayang itu. Melihat tendangan itu, Gopal memuji kehebatan gurunya. Geram kerana penghasilan Naga Bayang tergendala buat kali kedua, Ejo Jo mencipta Bayangan Diri untuk mengelakkan Papa Zola mengganggunya lagi. Pada masa yang sama, Fang sedar daripada pengsan dan melihat bayang-bayang Ejo Jo yang bertarung sengit dengan guru kelasnya, manakala Iwan masih terkial-kial mencari jalan untuk menukarkan Kokun Bayang untuk menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang terkurung di dalamnya. Lantas, Gopal menyuruh Iwan untuk mengeluarkan suaranya ketika menggunakan kuasa itu, tetapi Iwan nampak keberatan untuk berbuat demikian.

Iwan semakin tertekan melihat Papa Zola teruk dibelasah oleh bayang-bayang Ejo Jo sehingga memekik bagai perempuan dibuatnya. Ejo Jo menyeru bayangan dirinya untuk menghabiskan Papa Zola dengan Tendangan Maut dan proses pengeluaran Naga Bayang hampir maksimum. Mujurlah Tok Aba yang serba sengal otot itu masih kuat untuk memperlahankan masa dan mengalihkan Papa Zola dari ditendang Bayangan Diri Ejo Jo dan menggunakan Kelajuan Normal untuk kembali ke masa biasa. Kemudian, dia mengusik-ngusik Bayangan Diri Ejo Jo dengan Kuasa Slow-Mo. Walaupun Bayangan Diri itu tumpas, namun Ejo Jo tetap girang kerana sempat membuka vorteks semula dan mengeluarkan Naga Bayang. Jelas Komputer Ejo Jo, kuasa bayang ini merupakan kuasa teknologi nano yang membolehkan olahan bentuk-bentuk mengikut imaginasi pemakai. Fang mengulas kehebatan Naga Bayang keluaran Ejo Jo itu.

Naga Bayang itu menyedut Kokun Bayang untuk menelan mereka yang terkurung di dalamnya. Setelah lama terkial-kial memberkesankan kuasa penukaran molekul tanpa menyebut apa-apa, Iwan akhirnya akur kepada apa yang disuruh oleh kawan-kawannya, tetapi dengan satu kejutan iaitu melontarkan suara garau yang luar biasa! BoBoiBoy dan Gopal mengekek terdengarnya, terbuat Iwan kecil hati dan terhenti. Yaya dan Ying geram dan menghukum mereka dengan pukulan bertubi-tubi. Kemudian, Gopal meminta Iwan meneruskan apa yang hendak dilakukannya, sementara Kokun Bayang sudah menghampiri mulut Naga Bayang. Kali ini, Iwan tanpa rasa malu melontarkan suara istimewanya dan menggunakan Kuasa Tukaran Molekul untuk Kokun Bayang dan berjaya menukarkannya. Dengan segera BoBoiBoy menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga dan memecahkan kokun itu agar dia dan kawan-kawannya terlepas daripada disedut oleh Naga Bayang.

Ejo Jo terkejut dan marah melihat musuh-musuhnya terlepas lalu menyuruh Naga Bayang untuk menyedut mereka semua dengan lebih kuat. BoBoiBoy Gempa bertindak balas dengan menjelmakan Tarikan Tanah, iaitu cerancangan tanah untuk kawan-kawannya berpaut. Akan tetapi, Mukalakus tidak sempat berbuat demikian dan hampir berjaya disedut oleh Naga Bayang. Mujurlah Adu Du sempat menghidupkan Kuasa Maksimum dan memecut jauh dari Naga Bayang hingga terlanggar besi-besi yang karat. Ribut angin Naga Bayang begitu kuat sehingga ada di antara mereka yang tidak larat untuk berpaut pada Tarikan Tanah lalu terlepas. BoBoiBoy Taufan cuba mengawal keadaan dengan melepaskan Pusaran Taufan, tetapi tidak cukup kuat untuk mengatasi sedutan Naga Bayang. Sambil berpaut-paut pada Tarikan Tanah, Yaya, Ying dan Gopal meminta Papa Zola, Tok Aba dan Iwan untuk memulangkan jam kuasa mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila beberapa orang pelajar terlepas dari pautan lalu disedut terus ke udara. BoBoiBoy Halilintar segera bertindak, tetapi hanya sempat menyelamatkan beberapa daripada mereka. Yaya turut menolong dengan Kuasa Pemberat Graviti untuk memberatkan kawan-kawan sekelas yang tinggal lalu pergi menyelamatkan mereka dengan selamat. Ejo Jo seronok melihat musuh-musuhnya sengsara dalam badai angin sambil menyuruh Naga Bayang untuk menggandakan kekuatan, membuat mereka semua yang masih berpaut itu melayang sekali. Dengan segera, Ying memperlahankan masa dan memecut ke arah mulut naga itu untuk menyelamatkan mereka semua. Setelah itu, Gopal disuruh oleh Ying untuk menukarkan naga itu.

Gopal melontarkan Tembakan Molekul ke arah naga itu, tetapi ditepis oleh tindak balas Ejo Jo yang pantas. Kuasa sedutan Naga Bayang digandakan lagi, membuat semua rakan sekelas BoBoiBoy disedut semula ke arah mulutnya sambil menjadikan wira berbelah tiga itu berbelah bahagi yang mana harus diselamatkan. Setelah keadaan menjadi darurat, BoBoiBoy Gempa dengan pantas menjelmakan Golem Naga Tanah dan menghalang perbuatan Naga Bayang lalu menghentikan angin sedutan, sementara BoBoiBoy Halilintar dan Yaya menyambut kawan-kawan mereka yang jatuh dari langit.

Sementara kedua-dua naga bertarung dengan sengit, lantas Fang menyuruh BoBoiBoy untuk menyerang Ejo Jo. Maka BoBoiBoy Gempa menyeru naganya untuk pergi ke arah Ejo Jo. Akan tetapi, Golem Naga Tanah ditepis oleh Naga Bayang. BoBoiBoy bertiga bersama-sama cuba menyerang Ejo Jo, tetapi dihalang sekali lagi oleh Naga Bayang. Mukalakus sempat mengganggu Naga Bayang lalu mereka bertiga bersama-sama melakukan Serangan Kombo untuk mengalahkan Ejo Jo, sekaligus mematikan kuasa Naga Bayang.

Kemenangan jatuh di pihak yang benar dan langit gelap kembali terang. Fang yang menyaksikan seluruh pertarungan itu tidak sangka bahawa BoBoiBoy dapat mengalahkan Naga Bayang. BoBoiBoy bercantum semula dan menerima pujian daripada kawan-kawannya. Adu Du mendaratkan Mukalakus di hadapan Ejo Jo dan mengugutnya sekali lagi, tetapi kali ini Ejo Jo sempat mengarahkan komputernya untuk menaikkannya ke dalam kapal angkasa.

BoBoiBoy cuba memujuk Adu Du, namun Adu Du dengan geramnya berkeras hendak menghapuskan lawan ketatnya. Ejo Jo menyuruh komputer untuk menggunakan kelajuan penuh dan membawanya ke markas semula. Maka musuh itu sempat melepaskan diri dalam sekelip mata sebelum Adu Du melepaskan Tembakan Laser Pemusnah ke arah kapal angkasanya. Adu Du berpaling sebentar ke arah kumpulan manusia di tanah yang baru sahaja berjuang habis-habisan bersamanya, kemudian memecut pergi.

Maka adalah disimpulkan bahawa Adu Du masih marah atas apa yang telah dilakukan oleh Ejo Jo terhadap Probe. Tok Aba lega kerana suasana kembali normal, sementara Papa Zola memuji dirinya kerana di pihak yang menang. Fang turut tampil ke arah BoBoiBoy untuk memujinya, tetapi ini mencetuskan satu lagi pertengkaran tentang yang mana antara mereka lebih hebat tetapi tidaklah begitu serius. 
3 "'Probe Dalam Ingatan'" 19 Januari 2014
TBA 
4 "'Kerjasama BuBaDiBaKo'" 26 Januari 2014
TBA 
5 "'Amukan Koko Jumbo'" 2 Februari 2014
TBA 
6 "'Khidmat Wak Baga Ga'" 4 Disember 2014
TBA 
7 "'Rompakan Rob, Robert dan Roberto Santana'" 8 Disember 2014

BoBoiBoy berlari-lari untuk pergi ke rumah Makcik Kantin untuk menjawab seruan minta tolongnya yang mengalami kebakaran reban ayamnya. Setibanya BoBoiBoy di situ, dia mendapati bahawa reban itu sudah pun rentung. Kemudiannya, Makcik Kantin meminta tolong daripada BoBoiBoy supaya menolongnya membina semula reban ayamnya. Sementara itu, suatu mesyuarat rahsia tiga orang penjenayah sedang berlangsung di sebuah bengkel kereta yang terbiar dalam rancangan untuk merompak pada keesokan harinya. Si ketua yang bantut dan berbaju serba merah menyoal semula konco-konconya tentang rancangan mereka. Pada pukul 7:56 pagi, mereka akan berada di stesen minyak dan kemudian mereka akan bergerak selama 41 saat ke lokasi kejadian, iaitu di hadapan bank. Dan mereka akan menunggu waktu pertukaran pengawal keselamatan. Yang dempak serba biru pula perlu memerhatikan pengurus bank yang dijangkakan dia akan keluar dari kedai roti tepat pada pukul 8:03 minit pagi.

Tambah si dempak, kemudiannya mereka bertiga boleh terus menyerbu bank, rompak duit, larikan diri dan selepas itu mereka boleh pergi berbelanja. Maka si ketua menyergah si dempak kerana duit rompakan tidak boleh mereka gunakan selama enam bulan kerana dibimbangi mereka akan dijejaki polis. Kemudian, si ketua memberikan nama samaran kepada konco-konconya: si dempak sebagai Rob, si kurus sebagai Robert dan si ketua sebagai Roberto Santana (padahal itu nama sebenarnya). Keesokan paginya, pada hari Ahad di Markas Kotak, Probe mengejutkan Adu Du pada awal pagi kerana pada hari itu kapal angkasa lama mereka akan sampai. Kemudian, mereka berdua pergi ke warung Tok Aba untuk menyampaikan berita baik itu. Tanpa disangka-sangka, semua kakitangan warung termasuk empunya kedai sendiri memakai topi BoBoiBoy dan warungnya juga penuh dengan pelanggan-pelanggan, jadi Probe menanyakan kepada Tok Aba apakah rahsianya; jawabnya ini adalah disebabkan oleh peningkatan populariti BoBoiBoy sebagai wira penyelamat. Adu Du pun bertanya di manakah BoBoiBoy berada; jawab Ochobot, dia sibuk menolong orang di bandar.

Pada masa yang sama, Rob, Robert dan Roberto tiba di hadapan bangunan Rintis Bank untuk melakukan sepertimana yang dirancang pada malam semalam. Robert menutup mukanya dengan senaskah surat khabar sambil memerhatikan gerak-geri pengurus bank. Rob menyorok di tepi jalan masuk bank untuk mengawasi keadaan di dalam bank sementara Roberto menyorok di belakang jip. Setelah keadaan elok, Robert cepat-cepat mengikat meter parkir kereta untuk ditarik cabut dengan jip seperti dalam pelan rompakan asal mereka. Akan tetapi Rob terlihat kehadiran dua orang polis beruniform lalu memberitahu kepada ketuanya. Mereka bertiga ketiadaan "Pelan B", jadi Roberto mengarahkan supaya mereka pergi ke "Pelan C" – iaitu "cabut"! Maka mereka bertiga lintang-pukang berlari untuk pergi bersembunyi di dalam bank. Alang-alang sudah masuk bank, terpaksalah mereka merompak bank itu – dan merayu kepada semua orang di dalam bank supaya melindungi mereka daripada polis-polis yang berada di luar.

Berita rompakan bank ini menjadi viral melalui berita TV33 yang disampaikan oleh Ravi J. Jambul yang sendiri turut dijadikan tebusan dalam bank itu. Berita itu turut dipertontonkan semua orang yang berada di warung Tok Aba di mana Yaya, Ying, Gopal dan Fang berada. Maka Gopal terus menghubungi BoBoiBoy dan memberitahu tentang kes rompakan itu melalui jam tangannya. Maka terpaksa BoBoiBoy meninggalkan kerja membina reban ayam Makcik Kantin yang sekerat jalan untuk urusan yang penting itu. Rob, Robert dan Roberto menemani para tebusan di bilik kebal untuk melindungi diri mereka daripada polis, ketika itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya datang untuk menyelamatkan tebusan. Sekali terdengar ketukan pintu dan suara wira cilik itu memanggil supaya pintu dibuka, perompak bertiga itu terasa gertak, tetapi Rob dengan senang hatinya pergi membuka pintu untuk meminta autograf BoBoiBoy. Lantas Roberto terus mengherdik tindakan Rob kerana takut mereka bertiga akan dibelasah oleh BoBoiBoy lalu mengetatkan semula pembuka pintu. Ekoran daripada itu, Fang mahu memecahkan pintu dengan menggunakan kuasanya, tetapi dihalang oleh Yaya yang meminta supaya mengambil kira tentang keselamatan tebusan.

Probe pula menceritakan tentang seorang yang mampu menyelesaikan masalah itu tanpa menggunakan kekerasan. Dengan perkenalan yang melimpah-ruah, dia mempersilakan tidak lain tidak bukan ialah majikannya sendiri, iaitu Adu Du! Setelah puas dicurahi sanjungan, Adu Du meminta pemutar skru daripada Probe lalu cuba mengumpil buka pintu bilik kebal dari atas. Sungguh mengilankan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Roberto segera menyuruh Rob dan Robert untuk menutup semula pintu, tetapi Adu Du meminta supaya mereka berhenti dan mendengar dahulu luahan kata hatinya sebagai bekas penjahat yang memahami pancaroba hidup perompak bertiga, lantas meminta mereka supaya insaf dan bertaubat dari kejahatan. Rob dan Robert terharu mendengar rayuan makhluk hijau itu, tetapi Roberto pula tidak termakan lalu menutup terus pintu bilik kebal sehinggakan menyepit lengan Adu Du sambil mengingatkan bahawa jenayah mereka bertiga tidak sama dengan jenayah Adu Du yang dahulunya ingin menakluki Bumi.

BoBoiBoy berasa terkejut dan cemas melihat kesakitan yang Adu Du alami dan menyuruh Gopal supaya menukarkan pintu bilik kebal kepada jeli. Maka Gopal taat, tetapi disuruh berhenti melakukan demikian oleh Roberto yang mengugut akan meratih tangan Adu Du. Maka Gopal terpaksa berhenti sekerat jalan dan Adu Du masih lagi menahan kesakitan. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan sekali lagi terpaksa memerah otak demi menyelamatkan Adu Du dan tebusan di dalam bilik kebal. Fang sekali lagi bercadang supaya menyerbu dengan kuasa, tetapi BoBoiBoy mengingatkan bahawa kuasa bukan digunakan untuk kekerasan. Pada masa yang sama, Adu Du meminta Probe membawakannya air sirap limau ais tanpa limau. Maka dari situlah datangnya buah akal daripada minda BoBoiBoy.

Mula-mula, penghawa dingin di dalam bilik kebal dimatikan. 25 minit kemudian, semua orang yang berada di dalam bilik kebal merasakan kepanasan disertasi dengan kehausan. Perompak bertiga melihat di luar melalui lubang jeli pintu dan mendapati semua orang di luar menikmati minuman yang sejuk dan sedap. Maka mereka bertiga pun tergoda untuk menagih air, tetapi Roberto menegah dan menduga bahawa ini adalah helah mereka semua untuk menukar air dengan tebusan, dan memperdayakan mereka dengan meletakkan alat pendengar pada gelas air untuk mengetahui rancangan mereka. Walau bagaimanapun, Rob tergoda akan ais blended coklat strawberi yang dipegang oleh Gopal lalu menawarkan seberkas wang kertas sebagai pertukaran. Maka Gopal tanpa teragak-agak merestui urusniaga ini lalu khusyuk berkhayal menjadi jutawan dengan menjual air dengan harga sebanyak ini, tetapi dia segera ditempelak oleh Ying kerana jelas-jelas itu adalah duit rompakan.

Maka Rob, Robert dan Roberto berebut-rebut untuk minum ais blended coklat strawberi yang sejuk itu, sehinggalah BoBoiBoy tampil di lubang jeli untuk menawarkan pelbagai minuman lain kepada mereka dan para tebusan secara percuma. Maka semua ahli di dalam bilik kebal minum sepuasnya sehingga perut mereka kekenyangan. Oleh itu, kita tiba di kemuncak rancangan menyelamat. Ekoran minum terlalu banyak, Rob menanya kepada pengurus bank di manakah bilik air di dalam bilik kebal itu. Katanya, bilik air tiada di dalam bilik kebal. Setelah puas berhempas-pulas menahan air kumuhan sambil digoda oleh desisan semua orang di sekeliling, perompak bertiga tanpa teragak-agak membuka semula pintu bilik kebal dan keluar, lantas mereka dipimpin oleh anggota polis untuk masuk ke dalam lori polis – akhirnya Rob, Robert dan Roberto dapat dicekup!

BoBoiBoy dan kawan-kawan dilimpahi pujian yang diberikan oleh pengurus bank, sementara Ravi J. Jambul melakukan temubual tebusan dengan dirinya sendiri yang turut berterima kasih kepada wira-wira kecil itu. Akan tetapi, secara tiba-tiba semua orang dikejutkan oleh bayangan yang gelap di hadapan kawasan bank. Rupa-rupanya, kapal angkasa Adu Du sudah kembali! Tetapi, kapal angkasa itu dikepung oleh lima buah kapal angkasa lain yang asing. 
8 "'5 Panglima Scammer'" 9 Disember 2014

Setelah selesai menumpaskan perompak-perompak bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain di Rintis Bank, Adu Du dan Probe menyambut kepulangan kapal angkasa lama mereka dengan girang sekali. Apabila ditanya oleh Gopal bagaimana mereka mendapatkannya semula, Adu Du menceritakan bahawa mereka menipu Bago Go sehingga dia terpedaya dan memulangkan semula kapal angkasa lama mereka. Perbuatan mereka ditegur oleh Yaya bahawa perbuatan jahat tidak wajar dibalas dengan perbuatan jahat. Akan tetapi, kegembiraan mereka terhenti apabila tiba-tiba munculnya lima lagi kapal angkasa berwarna-warni yang mengepung kapal angkasa Adu Du. Ianya membangkitkan rasa hairan Adu Du dengan Probe yang menyangka itu adalah promosi Bago Go. Pintu kapal angkasa Adu Du terbuka dan kelihatan Bago Go berdiri di situ yang berasa cemas. Dia menyuruh Adu Du dan lain-lain supaya melarikan diri kerana abang-abangnya sudah datang untuk membalas dendam atas perbuatan Adu Du dan Probe menipu keturunannya tempoh hari, bahkan Adu Du adalah orang pertama yang berjaya menipu keturunan Bago Go.

Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, perbualan serius mereka sedang diliputi secara langsung oleh Ravi J. Jambul, si wartawan yang meliputi rompakan bank pada episod lepas. Adu Du mengatakan bahawa Bago Go yang menipunya dahulu, tetapi Bago Go membalas supaya tidak menceritakan hal-hal tentang sekolah menengah (padahal Adu Du tidak pernah sekolah dengan Bago Go!). Kemudian, BoBoiBoy bertanya bukankah kapal angkasa itu telah dibeli oleh Ejo Jo. Ujar Bago Go, itu semua adalah salah BoBoiBoy sendiri kerana membelasah Ejo Jo sehingga cedera parah, lantas terpaksa menggadaikan kapal angkasa itu untuk menanggung belanja hospital yang terlalu tinggi melangit untuk dirawat di hospital yang (kononnya) dibuka oleh Bago Go sendiri.

Apa-apa pun, tujuan Bago Go datang ke situ adalah untuk menyuruh Adu Du, BoBoiBoy dan lain-lain untuk berlari menyelamatkan diri daripada abang-abangnya yang sudah berang meruap-ruap, termasuk diri Bago Go sendiri. Maka, Fang bertanya mengapakah mereka disuruh lari jika Bago Go juga berasa marah; jawab Bago Go, mereka semua adalah pelanggan berpotensi Bago Go sendiri yang akan ditimpa bala jika diapa-apakan oleh abang-abangnya, maka terputuslah saluran pendapatan Bago Go itu. Pada masa yang sama, muncullah empat abang-abang Bago Go dengan wajah-wajah yang bengis. Si abang sulung bercermin mata menengking Bago Go kerana menyuruh orang yang telah menipu keturunannya lari, tetapi Bago Go cuba menutup jejak dengan berkata dia bercakap tentang "kari" dan bukannya "lari". Sebaik sahaja ditunjukkan oleh Baga Ga akan Adu Du dan Probe yang menipunya tempoh hari, maka dia pun terus mengherdik mereka berdua itu dan memperkenalkan diri mereka sebagai "Lima Panglima Scammer"!

Kemudian kelima-lima mereka memperkenalkan diri masing-masing. Bago Go memperkenalkan dirinya sebagai penjual senjata haram terhebat walaupun sudah masak dikenali oleh seluruh geng BoBoiBoy, diikuti oleh Wak Baga Ga si bomoh penipu seantero dunia yang sudah dikenali oleh Adu Du dan Probe. Kemudian Wak Baga Ga menunjukkan kemahirannya dengan mengatakan badan Gopal kurang sihat disebabkan oleh kawan baiknya sendiri, maka Gopal menaruh dengki terhadap BoBoiBoy tetapi sempat dipatahkan oleh Yaya. Si abang long itu kagum melihat betapa mudahnya si Gopal ditipu. Selepas itu giliran Bagi Gi untuk memperkenalkan dirinya, iaitu penipu sindiket Internet, lalu dia cuba memperdayakan Gopal dengan berkata bahawa dia telah memenangi sebuah kereta angkasa berwarna merah dari Internet. Sungguh mudah Gopal tergoda dan hampir mengisi borang pada tablet Bagi Gi, tetapi sempat dihalang oleh Ying.

Yang keempat pula adalah Bagu Gu, si "mahaguru I love you" yang bermaksud pemain kayu tiga. Cara dia mempersembahkan dirinya dengan romantik membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawan loya, tetapi menambat hati ramai wanita di sekeliling, termasuk seorang nenek tua. Dan akhir sekali, si abang sulung selaku ketua mereka memperkenalkan diri. Probe menyangka namanya ialah Bage Ge, tetapi bukan. Corak namanya lain daripada adik-adiknya kerana nama yang dipakainya ialah Tom, si penipu nama! Ini membuatkan Probe berasa hairan sama ada "Tom" adalah nama sebenarnya atau pun bukan. Setelah selesai memperkenalkan diri, Tom bagi pihak Lima Panglima Scammer mengulangi ugutannya untuk menyedut kesemua kekayaan di Bumi atas perbuatan yang telah Adu Du dan Probe lakukan. Adu Du dengan gembira berasa tidak sabar untuk menghalang cita-cita mereka, tetapi BoBoiBoy bertindak memeranjatkan dengan kesanggupannya untuk menyerahkan kapal angkasa Adu Du kepada mereka, kemudian memujuk Adu Du semata-mata kerana hendak menyelesaikan masalah itu dengan cara baik.

Dengan hati yang geram dan keberatan Adu Du setuju dengan cadangan itu. Akan tetapi, Tom juga menuntut supaya Adu Du meminta maaf. Walau bagaimanapun, kali ini Adu Du berkeras untuk berbuat demikian, maka Tom memulangkan kunci kapal angkasa Adu Du, kemudian kelima-lima Panglima Scammer (termasuk Bago Go) menaiki semula kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser bertubi-tubi! BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi bersembunyi sementara Ravi J. Jambul sempat mengumumkan serangan di bandar bagi pihak TV33. Setelah itu, BoBoiBoy keluar dari tempat persembunyian dan menyerang balas dengan melontarkan Keris Petir ke arah musuh mereka itu, tetapi serangannya dipatahkan dengan mudah oleh tembakan laser Tom. . Tatkala kapal-kapal Panglima Scammer terus bermaharajalela, BoBoiBoy menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk menyelamatkan orang ramai. BoBoiBoy Gempa menggunakan Tanah Pelindung untuk melindungi seorang ibu dan anaknya manakala BoBoiBoy Taufan pula menggunakan Kokun Angin untuk menahan batu-batu yang jatuh dari atas bangunan. Yaya dan Ying juga turut membantu dengan menyuruh semua penduduk berlari ke arah yang bertentangan. Ravi J. juga tetap meneruskan kerjanya di tengah-tengah bahaya ini dengan menemubual seorang nenek tua yang gembira kerana dapat berlari pantas meskipun dia sudah tua. Fang pula melompat dari bawah ke atas bumbung bangunan lalu cuba menyerang kapal Tom dengan Serangan Bayang, tetapi gagal. Adu Du dan Probe juga tidak terkecuali daripada aksi keperwiraan apabila Probe bertukar menjadi Super Probe untuk menyelamatkan seorang budak lelaki daripada dihempap oleh papan nama kedai yang terkena tembakan laser. Akan tetapi, Super Probe masih cuai kerana tercampakkan papan nama ke atas Adu Du sampai lenyek dihempapnya. Nasib baik Adu Du masih bernyawa, lalu dia dan Probe pergi bersembunyi bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain.

Ketika bersembunyi, Adu Du mencadangkan supaya mereka mengalihkan perhatian musuh daripada asyik menyerang bandar dengan menaiki kapal angkasanya. Maka mereka semua pun menaikinya, tetapi masih ada satu masalah lagi. Tangan Adu Du masih lagi cedera, jadi stereng kapal tidak dapat dikendalikannya. Ying menyuruh Probe memandu, tetapi Probe mengaku yang lesennya sudah tamat tempoh. Gopal menawarkan dirinya untuk memandu, lalu kapal angkasa itu terus berangkat. Tetapi ternyata Gopal sendiri tidak pandai memandu kapal itu, maka habis seluruh ahli kapal ditunggang-langgangkan di langit. Nasib baik semua selamat setelah kapal mendarat semula. "Terbalik...", ujar BoBoiBoy yang kelihatan telah tertiarap di dalam kapal angkasa. Gerak-geri kapal angkasa Adu Du telah disedari oleh musuh, maka Gopal menyuruh BoBoiBoy untuk mengambil kemudi. BoBoiBoy mula-mula teragak-agak kerana dia sendiri pun tidak pandai memandu. Setelah ditembak beberapa kali, akhirnya kapal angkasa itu berangkat jauh ke langit. Kelihatan Yaya dan Ying memandu kapal angkasa dengan bimbingan empunya kapal itu sendiri. Lima Panglima Scammer turut mengekori mereka sehingga jauh dari tempat tadi.

Adu Du sempat menetapkan kapal kepada kuasa maksima dan Ying pula menyuruh semua orang berpegang kuat-kuat. Maka mereka semua bergegas mengambil tempat duduk masing-masing dan memakai tali keselamatan, kecuali Gopal yang tiada tempat duduk dan terpaksa berpegang kuat-kuat pada lengan Adu Du yang cedera sementara kapal angkasa melayang pada kelajuan maksima. Namun begitu, Lima Panglima Scammer mampu mengejar mereka dengan mod hyperspeed pada kapal angkasa masing-masing, kemudian melancarkan Peluru Berpandu Laser Kebaboo lalu melepaskannya ke kapal angkasa Adu Du secara bertalu-talu. Namun, serangan itu sempat ditepis oleh flare yang dilepaskan oleh Yaya atas suruhan Adu Du yang merana dalam kesakitan. Akan tetapi salah sebutir peluru terjatuh ke reban ayam baru yang dibina sendiri oleh Makcik Kantin, menyebabkan BoBoiBoy kesal melihatnya melalui skrin kapal kerana dapat mengagak yang pasti dia kena membinanya semula.

Ying menyeru supaya menuju ke tempat yang tiada orang. Fang mencadangkan mereka pergi ke kawasan hutan, tetapi Yaya mengatakan tidak boleh kerana takut binatang diapa-apakan. Gopal mencadangkan kawasan lapang, laut atau kutub selatan, tetapi Yaya kata masing-masing ada belalang, ikan dan penguin untuk hidup. Setelah puas berfikir, akhirnya Yaya membawa kapal angkasa ke suatu tempat yang tiada hidupan dan dapat dielakkan daripada bedilan bertalu-talu, iaitu Bulan di angkasa! 
9 "'Pertarungan Di Bulan'" 10 Disember 2014

Yaya membawa BoBoiBoy, Ying, Gopal, Fang, Adu Du dan Probe yang berada di dalam kapal angkasa ke Bulan kerana ianya tempat yang paling selamat untuk menjauhkan nyawa yang tidak bersalah daripada serangan Lima Panglima Scammer, tetapi jelas sekali ini akan menyukarkan mereka untuk melawan musuh. Tiba-tiba, kedengaran ketukan di pintu luar kapal angkasa. Rupa-rupanya wartawan Ravi J. Jambul dan seorang jurukamera telah berpaut di luar kapal dari tadi! Maka Adu Du menyuruh Probe menyelamatkan mereka. Probe ke luar kapal sebagai Super Probe tetapi dia tersalah faham arahan Adu Du dan membawa mereka pergi jauh di lapangan bulan. Maka Adu Du dengan marah menyuruh Probe membawa mereka masuk kerana mereka tidak boleh bernafas. Setelah dibawa masuk, Ravi J. Jambul dengan jurukameranya menyambung laporan. Ying menanya dia macam manakah mereka boleh mengekori wira-wira muda itu. Jelas Ravi, dia berhajat untuk meliputi perkembangan BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam usaha melawan musuh, maka dia dengan jurukamera mengekori mereka ke kapal angkasa. Namun tidak sempat mereka memasuki ke dalam kapal, pintu ditutup dan mereka pun tersepit di tengah-tengah pintu sepanjang perjalanan dari Bumi sehinggalah ke Bulan.

Walau bagaimanapun, mereka masih dapat melakukan siaran langsung walaupun berada jauh di permukaan Bulan. Maka Gopal mengambil kesempatan untuk menujukan ucapan khas kepada ibu bapanya yang berada di Bumi bahawa dia mungkin akan pulang lewat. Kumar yang sedang sebak menonton berpesan kepada anaknya tidak mengapa demi keselamatan Bumi. Gopal turut melanjutkan dedikasi kepada Papa Zola bahawa dia tidak akan sempat menyiapkan kerja rumah. Tetapi Papa Zola yang turut menonton siaran itu geram mengherdik alasan yang dibuat oleh anak muridnya itu. Akhirnya dedikasi Gopal dipatahkan oleh Ravi yang merampas balik mikrofon untuk menyambung liputan BoBoiBoy. Tidak sempat Ravi mula menemubual BoBoiBoy, kapal angkasa Adu Du ditemui dan ditembak oleh kapal-kapal Lima Panglima Scammer. Liputan berita Ravi terpaksa berhenti seketika untuk iklan. BoBoiBoy menanya Adu Du apakah yang kapal angkasanya boleh lakukan untuk berlawan dengan musuh mereka. Jawab Adu Du, kapal angkasanya pada asalnya adalah kapal pengangkut sampah dan tidak mempunyai senjata langsung. Pada masa yang sama, Tom mengarahkan empat saudaranya supaya melancarkan Serangan Peluru Berpandu Bersepadu dan kapal angkasa Adu Du dihujani dengan bedilan peluru yang bertalu-talu.

Iklan yang ditayangkan di Malaysia membuatkan Papa Zola merungut kerana gelisah akan keselamatan anak-anak muridnya yang sedang berjuang di Bulan. Akhirnya siaran langsung bersambung dan Ravi melaporkan bahawa kapal angkasa sudah tersembam di atas permukaan Bulan. Sementara kapal-kapal Lima Panglima Scammer mengepung kapal Adu Du, Bago Go melakukan cubaan terdesak untuk memujuk Tom supaya mengasihani musuh mereka yang merupakan budak-budak dan robot comel. Tom menyanggah pujukan adiknya itu lalu menyuruh semua adik-adik untuk menggabungkan kapal mereka menjadi Megabot Scambot. Keempat-empat adik patuh, termasuklah Bago Go dengan rasa berat hati dan serba salah. Percantuman itu sungguh menggerunkan anak-anak kapal Adu Du, lebih-lebih lagi empunya kapal itu sendiri. Dalam saat kecemasan ini BoBoiBoy dan kawan-kawan memujuk Adu Du supaya dia mencari akal untuk mengatasi musuh. Adu Du memberikan sedikit sinar harapan dengan berkata bahawa kapal angkasanya sebenarnya boleh ditukarkan menjadi bentuk robot mecha, tetapi hanya robot pengangkut sampah. Tetapi masih mengeluh kerana harapan bentuk robotnya amat tipis kemungkinannya untuk mengalahkan Megabot Scambot. Lagipun, mereka tidak mempunyai tenaga elektrik maksima yang cukup untuk bertukar.

Oleh itu, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menawarkan dirinya untuk membantu. Adu Du bersemangat semula dan menyuruh BoBoiBoy untuk pergi ke kor reaktor untuk penyaluran tenaga. Pada masa yang sama, Megabot Scambot sudah siap bercantum dan melakukan salvo pertama. Tetapi Adu Du menyeru musuh supaya berhenti seketika dan menyaksikan pertukaran kapal angkasanya kepada robot. Namun begitu, pertukarannya begitu lambat sekali. Ujar Bago Go, kapal angkasa Adu Du merupakan kapal angkasa model lama, jadi pertukaran kepada robot menelan masa yang agak lama. Tom pun tidak sabar dengan kerenah Adu Du dan menyambung menembak. Tetapi Adu Du dan Probe merayu supaya menunggu robot habis bertukar. Bago Go turut memujuk Tom supaya bersabar. Maka Lima Panglima Scammer setuju untuk menunggu. Bagaimanapun, proses pertukaran menjadi robot memang lambat, sampaikan menelan masa lima jam, hingga pasukan musuh pun tertidur.

Akhirnya setelah lama bertukar, mecha Sampahbot menjadi kenyataan, dan musuh akhirnya bangun dari tidur. Ravi teruja dengan perkembangan ini dan meminta Probe untuk merakamkan pertarungan dari luar. Sampahbot dikawal oleh Adu Du, BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang yang duduk dalam satu kokpit. Adu Du sebagai komander robot mengorak langkah pertama dengan mengarahkan Tumbukan Sampahbot Padu kepada Yaya dan Ying sebagai pengemudi utama robot. Namun begitu, tumbukan itu sungguh lembab sehinggakan Papa Zola yang menonton di Bumi tersalah anggap bahawa siaran bergerak perlahan. Sungguh mudah untuk Panglima Scammer memperlekehkan lawan, hinggakan ia menyerang balas dengan Tumbukan Uppercut yang kencang sehingga Sampahbot melayang ke angkasa tanpa turun kembali disebabkan tiada teknologi graviti. Gopal melaporkan kerosakan di bahagian lubuk hati. Kemudian, Sampahbot cuba turun ke Bulan dengan "berenang" di angkasa. Sementara itu, Tom mengarahkan konco-konconya untuk menggunakan Tembakan XYZ3000 dengan memancarkan laser kuat ke angkasa untuk menghalang perjalanan pulang Sampahbot ke Bulan. Gopal melaporkan kerosakan di bahagian ketiak dan apendiks.

BoBoiBoy meminta Yaya untuk menyalurkan tenaga gravitinya kepada Sampahbot untuk mengembalikan kestabilan. Yaya tidak begitu yakin kerana robot itu terlalu besar, tetapi Adu Du mendesaknya untuk mencuba. Maka Yaya menggunakan Kuasa Graviti untuk mengelakkan robot melayang dan mendarat di Bulan dengan selamat. Sebaik sahaja mendarat, Scambot melakukan kerajangan jarak jauh yang kencang terhadap Sampahbot, tetapi ia sempat ditepis dengan sama kuat oleh Ying yang menggunakan Kuasa Kelajuan Masa. Nampaknya Sampahbot semakin lama semakin kuat bertarung, menyerang musuh dengan Tendangan Gunting Dalam Lipatan yang menjatuhkan Scambot dengan pantas. Kemudian, Sampahbot melakukan Tendangan Padu Sampah, tetapi Scambot sempat mengelak. Maka pertarungan berlarutan dengan berbalas tumbukan, tendangan dan tembakan oleh kedua-dua pihak yang kelihatan setanding dengan satu sama lain, dengan Sampahbot lebih menguasai perlawanan. Kehebatan Sampahbot terus dilaporkan oleh Ravi, menyuntik semangat kepada penduduk Bumi.

Tom pun bertambah geram dan mengarahkan konco-konconya untuk mengeluarkan Tongkat Teknojaib dan kemudian melakukan Gerakan Bertongkat. Kelihatan Tongkat Teknojaib memberikan kelebihan hebat kepada Scambot dengan pukulan bertubi-tubi yang menyebabkan kerosakan ketara dan menjatuhkan Sampahbot. Setelah Sampahbot kecundang, anak-anak kapal pun rebah tersungkur dari kerusi masing-masing, kecuali BoBoiBoy yang bangun dalam keadaan geram dan menyalurkan tenaganya pada robot. Apabila Scambot cuba membantai semula Sampahbot, ia sekali lagi ditangkis oleh wira utama dengan Pencakar Sampah Halilintar. Kemudian, anak-anak kapal lain bangkit semula lalu membalas serangan dengan Cakaran Halilintar yang bertalu-talu hingga menyebabkan robot musuh dan anak-anak kapalnya direnjat elektrik. Tom mengarahkan supaya Scambot diterbangkan ke angkasa, kemudian melancarkan peluru-peluru ke atas Sampahbot di Bulan. Maka Probe cemas lalu melepaskan sedas tembakan laser ke arah Scambot untuk mengalihkan perhatian, kemudian meminta supaya tidak ditembak atas alasan menjadi wartawan yang tidak boleh dicederakan ketika berperang.

Apapun, Scambot bersambung menghujani musuh dengan peluru, menyebabkan kerosakan Sampahbot berlanjutan. Gopal melaporkan kerosakan di tulang belikat, buah pinggang dan pundi kencing. Ravi merayu kepada BoBoiBoy supaya melakukan sesuatu. BoBoiBoy menyedari akan cahaya matahari kian muncul dari sebalik Bumi, terus mendapat idea dan memanggil Fang. Scambot terus menghujankan peluru ke atas tempat Sampahbot tanpa menyedari apa yang berlaku seterusnya, hinggalah ia dikejutkan dengan 'versi baru', iaitu Sampahbot Wing X yang diberikan sayap dengan kuasa bayang Fang. Masih berbekalkan Cakaran Halilintar, Sampahbot yang diperbaharui itu melakukan banyak kerosakan ke atas mecha musuh dengan sekali cakaran, hinggakan Scambot nampaknya jatuh dan hampir berkecai.

'Kejayaan' Sampahbot nampaknya merangsang kegembiraan penduduk Bumi yang menyaksikan pertarungan itu melalui TV. Akan tetapi Scambot masih belum kalah, malah membentuk Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung dengan lengan-lengan dan melepaskan tembakan berupa pancaran warna-warni pelangi yang cukup kencang untuk menjatuhkan Sampahbot Wing X dari angkasa ke permukaan Bulan lalu rosak teruk dengan hanya sebatang jari yang masih elok. Ketika Scambot hendak menghabiskan musuh, nampaknya Sampahbot di ambang menjadi bangkai masih bergerak-gerak sedikit, mengangkat jarinya dan kelihatan Gopal menggunakan Tukaran Sejari yang terdaya untuk melepaskan tembakan berulang-ulang. Namun tidak sedas pun yang terkena mecha musuh. Belum sempat Scambot mengenakan Pemijak Leper untuk menamatkan riwayat musuh, pemandu-pemandunya teralih perhatian oleh gemerlapan dari belakang. Maka Lima Panglima Scammer menolehkan mecha mereka ke belakang lalu khusyuk melihat barang-barang kemas di hadapan mata sendiri. Maka kelima-lima ahli Scammer naik girang dan keluar dengan sut angkasa untuk memuaskan semangat ketamakan mereka dengan meraikan 'rezeki murah' baru mereka.

Ini adalah berkat daripada kebijaksanaan akal BoBoiBoy yang terdengar hebahan Ravi yang menyebut "alien yang tamak", lantas memanfaatkan sebatang jari yang masih elok itu dengan menyuruh Gopal menggunakan kuasanya melalui jari itu dan menyasar batu-batan di belakang Scambot untuk ditukarkan menjadi emas. Sambil mereka leka, anak-anak kapal Sampahbot mengambil kesempatan untuk merampas Scambot dan memijak musuh mereka itu sehingga lenyek. Maka tamatlah pertarungan epik yang memenangkan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi mereka tidak boleh menyambut kemenangan tanpa memikirkan jalan untuk pulang ke Bumi kerana kedua-dua mecha telah pun rosak. 
10 "'Papa Zola & Mama Zila'" 11 Disember 2014
TBA 
11 "'Serangan Mama Zila'" 15 Disember 2014
TBA 
12 "'Ketibaan Ibu Adu Du'" 16 Disember 2014

Adu Du merasa tidak sedap hati setelah menjadi baik. Oleh kerana itu, Probe mencoba menghibur hati Adu Du dengan memancing di atas tangki air. Setelah mendapatkan hasilnya, Adu Du dan Probe kembali ke Markas Kotak. Namun, Adu Du dan Probe melihat sebuah sepatu hak tinggi di depan pintu markas. Saat masuk ke dalam markas, mereka melihat seluruh ruangan dalam keadaan rapi dan bersih. Rupanya, ibu Adu Du datang ke dalam markas untuk menemui Bubuchuk, panggilan sayang sang ibu kepadanya.

Lantas, ibu Adu Du menceramahi Adu Du tentang markasnya yang amat kotor. Di sela-sela ceramahnya, Probe baru mengetahui bahwa ibu Adu Du adalah seorang pebisnis yang kaya raya dengan toko yang dirintisnya, Butik & HQ Ibu Bu, yang tersebar lebih dari 3671 cabang seantero jagad raya. Ketika Probe datang untuk menyajikan cemilan dan minuman cokelat, sang ibu langsung gembira dengan rasa dari BoBoiBoy Koko Berdasarkan kenyataan, BoBoiBoy Koko merupakan jenama susu coklat yang nyata dan dijual di seluruh Malaysia. 
LineColor= FFCC00

}}

13 "'Adu Du Kembali Jahat'" 17 Disember 2014

Adu Du telah menjadi jahat kembali. Tekadnya adalah menghabisi sekaligus membunuh BoBoiBoy. Demi melancarkan aksinya, Ibu Adu Du memberikan dua hadiah untuknya sebelum sang ibu pulang. Hadiah pertama adalah sebuah boneka beruang kejahatan. Lantas, hadiah kedua sekaligus yang terbesar adalah sebuah kartu kredit plutonium. Kartu ini tidak memiliki limit saldo. Kartu tersebut juga spesial karena hanya ada tiga kartu di seluruh alam semesta, termasuk Ibu Adu Du sang penjual kosmetik terkemuka di alam semesta, Ata Ta Tiga khususnya.

Keesokan harinya, Cikgu Papa memberi kejutan kepada murid Kelas 5 Jujur berupa ujian matematika mendadak. Jelas seluruh murid tak senang. Kemudian, Adu Du datang terlambat ke kelas. Ia berpura-pura baik kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan agar dapat melancarkan misinya untuk menghabisi BoBoiBoy. Kala ujian berlangsung, datanglah Robot Pango, robot raksasa berbentuk tenggiling yang mengambil seluruh wang di sudut sekolah, termasuk mencuri seluruh barang di lapangan sekolah. BoBoiBoy dan kawan-kawan ingin sekali menghabisi robot itu, namun Cikgu Papa menghalangi mereka karena ujian belum selesai. Lantas, BoBoiBoy memecah diri menjadi tiga. Dua di antaranya, BoBoiBoy Halilintar dan Topan, berada di lapangan untuk melawan robot itu. Sayang, kekuatan mereka berdua tidak cukup untuk menghancurkan perisai Robot Pango. Rupanya, Adu Du lah yang membeli Robot Pango tersebut dari Ba Go Go seharga berlian untuk berusaha menghabisi BoBoiBoy beserta kekuatannya. 
14 "'Robot Pango & Raksasa Bawang'" 19 Disember 2014

Ternyata, di dalam Robot Pango yang membuat seluruh inventaris sekolah habis ada sekawanan perampok yang kini bernama Kumpulan Gerombolan Kejahatan pimpinan Roberto Santana yang diceritakan diajak oleh Adu Du untuk memusnahkan BoBoiBoy. Adu Du yang berpura-pura baik terhadap BoBoiBoy dan kawan-kawannya terheran dengan kedatangan robot tersebut. BoBoiBoy Halilintar dan Topan yang berada di lapangan setelah berpecah di episode sebelumnya tak kuasa melawan robot itu. Barulah setelah ujian berakhir BoBoiBoy Gempa dan kawan-kawan BoBoiBoy yang lain menyusul ke lapangan untuk mengalahkan robot itu. Namun, saat mereka berusaha melawannya, mereka kedatangan Raksasa Bawang, monster Adu Du lainnya, yang membuat air mata mereka keluar dengan deras sehingga semakin kesulitan untuk melawan. Kebuntuan pecah kala Ying dan Yaya yang tahan akan bau bawang berhasil melawan monster tersebut. Sebuah kesempatan untuk BoBoiBoy untuk menghabisi Robot Pango.

Kala BoBoiBoy yang terpecah menjadi tiga berusaha melawan dua musuh tersebut, Adu Du dan Probe mengambil kesempatan mengambil seluruh elemen yang ada dalam diri BoBoiBoy, mulai dari kekuatan tanah, petir, dan angin; rambutnya; sampai sidik jarinya. Di akhir episode, Adu Du dan Probe menggabungkan seluruh elemen dari BoBoiBoy tersebut untuk menciptakan "kembaran" BoBoiBoy, yaitu BoBoiBot. 
15 "'Misteri Penjenayah Api'" 1 Februari 2015

Pada awal episod, tampak Adu Du dan Probe ketakutan melihat sesosok manusia yang membakar seluruh ruangan. Penonton dapat mengetahui sosok tersebut di akhir episode.

Dua hari sebelumnya, TV33 menayangkan sebuah berita tentang kejadian kebakaran di lima tempat berbeda dalam waktu berdekatan. Salah satu di antaranya adalah SD Pulau Rintis tempat BoBoiBoy dan kawan-kawan bersekolah. Gudang tempat menyimpan hasil ujian matematika yang beberapa waktu lalu dilaksanakan habis dilalap si jago merah. Oleh karena itu, Cikgu Papa Zola memutuskan untuk mengulang kembali ujian di lain waktu. Rami J. Jambul yang meliput ke SD Pulau Rintis sempat mewawancarai Cikgu Papa. Menurut Cikgu Papa, saat kebakaran ada seseorang yang melarikan dari tempat kejadian perkara. BoBoiBoy dan kawan-kawan yang tengah nongkrong di Kedai Tok Aba dan menonton berita tersebut kemudian memutuskan pergi ke sekolah untuk menyelidiki kejadian tersebut. Rencana mereka diketahui Probe secara diam-diam. Ia lalu memberitahu kepada Adu Du di Markas Kotak. Adu Du merespons informasi Probe dengan mencari keberadaan si pelaku pembakaran bersama Probe.

Sementara itu, siasatan kes kebakaran dimulai dari rumah Mak Cik Kevin, ibu kantin sekolah. Tutur Mak Cik, pada pagi hari kejadian ia berencana memberi makan ayam-ayamnya di belakang rumah. Ia kemudian melihat ayam-ayamnya panik dan riuh. Rupanya kandang ayam milik Mak Cik terbakar. Siasatan berlanjut di gudang milik Cik Gu Papa dan kedai es krim milik Pak Cik Kumar (ayah Gopal). Di sekolah, Yaya menduga kebakaran ini bukan karena ledakan tabung gas atau arus listrik. Ini dibuktikan dari tidak adanya benda-benda pemicu kebakaran di gudang itu. Di Markas Kotak, Adu Du telah membuat alat pengesan kebakaran. Bersama Probe, mereka menggunakan alat itu untuk mencari si pelaku kebakaran.

Malam harinya, BoBoiBoy bermimpi tentang kejadian kebakaran di seluruh Pulau Rintis. Saat ia melihat sesosok misterius yang membakar tempat-tempat tersebut, ia terbangun dari tidurnya. Pagi harinya, BoBoiBoy datang ke lokasi kebakaran terkini yang terletak di gudang lapangan sekolah. Di sana, Ying menemukan sebuah jejak sepatu yang diduga milik pelaku. Walau jejak sepatu ini digunakan sebagai alat bukti dengan mencocokkannya kepada seluruh murid SD, hampir tak satupun jejak sepatu yang sama. Saat Gopal mencocokkannya dengan sepatu BoBoiBoy, Cikgu Papa malah merusak alat bukti tersebut. Beruntung keberadaan kamera pengawas di gudang olahraga membantu investigasi mereka. Setelah diperiksa, selain pelaku kebakaran yang terlihat sebagai bola api, ada Adu Du dan Probe dalam tayangan kamera pengawas tersebut.

Adu Du dan Probe yang diinterogasi Tim BoBoiBoy bersikeras bahwa bukan mereka pelaku kebakaran. Namun Adu Du telah mengaku bahwa ia kembali jahat pascainsiden senggolan BoBoiBoy kepada ibu Adu Du. Ia juga mengaku telah memiliki anggota baru di kelompok kejahatan miliknya. Tim BoBoiBoy akhirnya kaget karena istilah Kokomander Koko yang sempat disebut Raksasa Bawang adalah Adu Du. Sebelum melarikan diri dari interogasi, Adu Du sesumbar dengan anggota baru ini, si pelaku kebakaran bernama BoBoiBoy Api, sebagai musuh yang sepadan untuk menghabisi BoBoiBoy. 
16 "'Bahaya BoBoiBoy Api!'" 29 Mac 2015

Setelah mengetahui kewujudan BoBoiBoy Api daripada Adu Du, keesokan harinya, kawan-kawan BoBoiBoy kembali ke rumahnya untuk menyelidiki apa yang telah terjadi akan BoBoiBoy terutamanya mengenai kekuatannya. BoBoiBoy mengakui bahawa ia tidak sedar akan apa yang ia lakukan setiap malam sewaktu BoBoiBoy Api membakar seluruh Pulau Rintis. Curiga dengan apa yang sebenarnya telah terjadi terhadap BoBoiBoy setiap malam, Gopal mendapat sebuah idea. Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du hampir menyelesaikan penghasilan BoBoiBot, "kembar" BoBoiBoy dalam bentuk robot. Dia telah memasukkan seluruh serpihan kekuatan tertinggi BoBoiBoy yang didapati semasa melawan Robot Pango dan Raksasa Bawang ke dalam kepala robot tersebut. Hanya satu kekuatan lagi yang belum dimasukkan iaitu kekuatan api. Bersama Probe, dia harus mencari BoBoiBoy Api untuk mendapatkan serpihan kekuatan itu.

Di malam harinya, BoBoiBoy tidak dapat tidur kerana berbaring di tengah padang sekolah. Kata Gopal, mereka boleh mengetahui apa yang terjadi pada BoBoiBoy pada malam hari dengan membuatnya tidur lalu memperhatikannya. Kemudian kawan-kawan BoBoiBoy, termasuk Ochobot dan Tok Aba, berusaha membuat BoBoiBoy terlelap. Hampir semua cara untuk membuatnya tidur gagal, mulai daripada membuatnya pening, memaksanya memakan biskut Yaya, mendengarkan lagu tidur ciptaan Gopal, bahkan sampai harus mendengarkan lagu tidur berbahasa Mandarin daripada Fang. Akhir sekali, Tok Aba berhasil membuatkan BoBoiBoy mengantuk dengan sejarah penubuhan kedai kokotiam Tok Aba.

Tidak lama kemudian, kekuatan misteri muncul ketika BoBoiBoy tidur. Rupa-rupanya, kekuatan tersebutlah kekuatan yang membuatkannya menjadi BoBoiBoy Api. Kawan-kawan BoBoiBoy terkejut dengan perubahan BoBoiBoy, bahkan hairan dengan kelakuan BoBoiBoy Api yang menyapa mereka seperti pelawak. Kemudian Yaya menanyakan kepada BoBoiBoy mengapa ia membakar banyak tempat di seluruh pulau. BoBoiBoy memberitahu mereka bahawa sebenarnya dia tidak sengaja membuat kebakaran di setiap tempat. Hal itu dimulai saat ia melakukan pertunjukan bola api kepada ayam-ayam di belakang rumah Mak Cik Kantin. Saat ia meninggalkan halaman belakang, secara tidak sedar bola api miliknya mengenai reban dan membakarnya. Di waktu yang lain ia berkunjung ke sekolah dan sempat berkunjung ke stor Cikgu Papa. Saat ia ingin masuk, api dari telapak tangannya justeru membakar pintu stor tersebut. BoBoiBoy Api langsung lari dari tempat kejadian dan sempat singgah di kedai aiskrim Pak Cik Kumar. Kemalangan yang sama terjadi. Bola api miliknya justeru membakar seluruh kedai. Akhir sekali, ia masuk ke dalam stor alatan sukan untuk bermain-main bagi menghilangkan tekanan di fikirannya. Tentu saja rancangan tersebut berakhir dengan kebakaran akibat pencerobohannya dan bola api kepunyaannya. Jelas seluruh kawannya tidak senang dengan perilaku buruk tersebut.

Setelah ditelisik lebih mendalam, BoBoiBoy dapat berubah menjadi BoBoiBoy Api sebagai pelepas tekanan setelah menjalankan pelbagai aktiviti di siang hari. Dengan kekuatan api dalam diri BoBoiBoy yang sangat kuat dan berbahaya, kawan-kawan BoBoiBoy menyarankannya agar segera kembali kepada keadaan asalnya semula. Namun, BoBoiBoy tidak mengendahkan saranan tersebut. Justeru ia menyerang balik semua kawan-kawannya. Serangannya yang dahsyat bahkan membuat Fang bersusah payah mengeluarkan kekuatan bayangan untuk meredam kerosakan serangan BoBoiBoy Api. Bagi pihak lain pula, serangan bola api diubah Gopal menjadi kuih bola pisang panas yang membuat paras tekanan BoBoiBoy menurun. Setelah tahu cara "mengalahkan" BoBoiBoy Api, mereka masing-masing kemudiannya membuat berbagai-bagai tarikan yang melibatkan kekuatan api BoBoiBoy. Akhirnya tekanan BoBoiBoy mereda.

Tidak lama kemudian, Adu Du dan Mega Probe datang untuk merayu BoBoiBoy Api agar bergabung dengan kelompok kejahatan Adu Du. BoBoiBoy Api menolak tawaran mereka dan menghabiskan mereka dengan bola api raksasa. Adu Du dan Probe kalah teruk. Akhirnya, BoBoiBoy Api keletihan lalu tertidur nyenyak. Ia akhirnya kembali menjadi BoBoiBoy seperti sedia kala tanpa menyedari apa yang telah berlaku.

Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du akhirnya mendapatkan serpihan kekuatan BoBoiBoy Api yang melengkapkan seluruh kekuatan BoBoiBot. Adu Du hanya perlu menunggu masa untuk menjadikannya alat pemusnah BoBoiBoy. 
17 "'BoBoiBot Bersedia'" 7 Jun 2015
TBA 
18 "'Bahagia Bersama BoBoiBot'" 18 Jun 2015
TBA 
21 "'Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)'" 18 Disember 2015
TBA 
22 "'Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)'" 19 Disember 2015
TBA 
23 "'Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)'" 20 Disember 2015
TBA 
24 "'Musuh Baru Dan Lama'" 28 Mei 2016
TBA 
25 "'Antara Kawan Dan Lawan'" 4 Jun 2016
TBA 
26 "'Jumpa Lagi BoBoiBoy'" 11 Jun 2016
TBA