Gabriel Batistuta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gabriel Batistuta
Gabriel batistuta.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhGabriel Omar Batistuta
Tarikh lahir (1969-02-01) 1 Februari 1969 (umur 50)
Tempat lahirAvellaneda, Argentina
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
1987–1988Newell's Old Boys
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1988–1989Newell's Old Boys16(4)
1989–1990River Plate19(3)
1990–1991Boca Juniors30(13)
1991–2000Fiorentina269(168)
2000–2003Roma63(30)
2003Inter (pinjaman)12(2)
2003–2005Al Arabi21(25)
Jumlah430(245)
Pasukan kebangsaan
1991–2002Argentina78(56)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Gabriel Omar Batistuta (lahir 1 Februari 1969) atau dengan nama samarannya Batigol, merupakan seorang bekas pemain bola sepak Argentina. Penyerang Argentina ini banyak menghabiskan kariernya di kelab Fiorentina dari Itali. Di sana, beliau menghabiskan selama sembilan musim iaitu dari tahun 1991 sehingga tahun 2000. Batistuta juga menduduki tempat ke-11 sebagai penjaring terbanyak Serie A, iaitu menjaringkan 184 gol dalam 318 perlawanan.

Di peringkat antarabangsa pula, Batistuta merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pasukan Argentina dengan menjaringkan 56 gol dalam 78 perlawanan. Beliau juga mengambil bahagian dalam tiga edisi Piala Dunia. Pada tahun 1999, beliau mendapat tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada 2004, beliau disenaraikan oleh Pelé ke dalam FIFA 100, iaitu senarai pemain terbaik dunia. Diego Maradona mengatakan bahawa Batistuta merupakan penyerang terbaik yang pernah beliau lihat ketika perlawanan.

Ketika Fiorentina menduduki tangga tercorot Serie A lalu tersingkir ke Serie B pada 1993, Batistuta tetap bersama kelab itu dan membantu Fiorentina untuk kembali semula ke Serie A setahun kemudian. Sebagai seorang pemain terkenal di Florence, peminat Fiorentina telah mendirikan tugu gangsa untuk Batistuta pada 1996. Beliau tidak pernah memenangi scudetto bersama Fiorentina namun apabila beliau berpindah ke Roma pada musim 2000, beliau akhirnya menjulang trofi Serie A lalu mengakhiri kariernya di Itali. Beliau menghabiskan kariernya di kelab Al-Arabi dari Qatar sebelum membuat persaraan pada 2005.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Batistuta merupakan seorang keturunan Itali. Beliau dilahirkan di pekan Avellaneda, Santa Fe namun beliau membesar di berdekatan kota Reconquista. Beliau mempunyai tiga adik perempuan iaitu Elisa, Alejandra dan Gabriela.

Pada usia 16 tahun, beliau bertemu Irina Fernández, bakal isterinya. Pada 28 Disember 1990, mereka sah berkahwin di Gereja Saint Roque. Pasangan ini berpindah ke Florence, Itali pada 1991 dan setahun kemudian, mereka mempunyai seorang cahaya mata, Thiago. Batistuta banyak menerima pengambaran komersial dan tawaran ke rancangan TV, akan tetapi beliau tetap hidup secara sederhana.

Pada 1997, anak kedua Batistuta, Lucas dilahirkan manakala anak ketiganya, Joaquín dilahirkan pada 1999. Beliau kini mempunyai empat anak lelaki iaitu Shamel. Pada 2000, Batistuta dan keluarganya berpindah ke Rom, oleh kerana pada masa itu Batistuta bermain untuk kelab Roma. Dua tahun selepas Shamel dilahirkan, Batistuta dipinjam ke Inter. Pada 2003, selama 12 tahun menetap di Itali, keluarganya berpindah ke Qatar, di mana Batistuta bermain untuk kelab Al-Arabi.

Batistuta mengakhiri kariernya di Al-Arabi pada Mac 2005 selepas mengalami kecederaan serius yang tidak membenarkan beliau untuk terus bermain. Beliau kemudian berpindah ke Perth, Australia. Beliau pulang semula ke Argentina pada 2007.

Beliau tidak membuat sebarang pembangunan bola sepak di Argentina. Beliau hanya berminat bermain polo dan golf. Batistuta berkata sedemikian 'Saya tidak meminati bola sepak. Ia hanyalah kerja saya dan bukan minat saya'.[1][2] Beliau juga menerima tawaran untuk melatih pasukan "Australia dan Argentina.[3] Ketika kejohanan Piala Dunia 2006, beliau bekerja sebagai seorang pengulas bola sepak untuk Televisa Deportes. Batistuta kini bekerja sebagai syarikat pembinaan miliknya sendiri di Argentina. Beliau juga bekerja sebagai pembantu teknikal untuk kelab Colón pada 2012 lalu meninggalkannya pada penghujung musim 2012–13. Batistuta merupakan seorang penganut Katolik.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Ketika kanak-kanak, Batistuta meminati sukan selain bola sepak. Disebabkan ketinggiannya, beliau bermain bola keranjang. Tetapi selepas kejayaan pasukan Argentina menjuarai Piala Dunia 1978, beliau mempelajari segala skil Mario Kempes, dan menanam azam untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Selepas bermain bersama kawan-kawan di kaki lima dan kelab kecil Grupo Alegria, beliau sertai pasukan junior Platense. Bersama Platense, beliau dipilih ke dalam skuad negeri Reconquista dan menjuarai kejohanan antara negeri dengan menewaskan Newell's Old Boys dari Rosario. 2 jaringan gol beliau dapat menarik perhatian daripada pasukan lawan lalu Batistuta mengikat kontrak bersama kelab Newell's Old Boys pada 1988.

Newell's Old Boys[sunting | sunting sumber]

Batistuta menandatangani kontrak bersama kelab profesional, Newell's Old Boys yang dilatih oleh Marcelo Bielsa, yang kemudian menjadi jurulatih Batistuta ketika bersama pasukan kebangsaan Argentina. Pada musim pertamanya, beliau mengalami masalah untuk pergi pulang ke kampung. Pada penghujung musim, beliau dipinjam ke kelab kerdil, Deportivo Italiano dari Buenos Aires. Beliau mengambil bahagian dalam kejohanan Carnevale Cup di Itali dan menamatkannya sebagai penjaring terbanyak dengan 3 gol.

River Plate[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 1989, Batistuta berpindah ke kelab gergasi Argentina, River Plate, di mana beliau menjaringkan 17 gol. Beliau dikeuarkan daripada pasukan oleh jurulatih baru, Daniel Passarella pada pertengahan musim dan Batistuta pelik kerana tiada alasan spesifik oleh jurulatih barunya itu. Menurut Batistuta, mereka berdua tidak pernah bertikai.

Boca Juniors[sunting | sunting sumber]

Pada 1990, Batistuta berpindah ke musuh utama kelab River Plate, Boca Juniors. Beliau sukar untuk menjadi pemain berkualiti kerana tidak dapat bermain posisi kesukaannya. Walau bagaimanapun, pada permulaan 1991, Oscar Tabárez menjadi jurulatih baru Boca dan memberikan sokongan kepada Batistuta dan meletakkan Batistuta di tempat terbaik ketika di padang, iaitu di posisi penyerang tengah. Batistuta menjadi penjaring terbanyak liga dan pasukannya menjulang trofi liga.

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Ketika bermain untuk pasukan Argentina pada kejohanan Copa América 1991, naib presiden Fiorentina meminati skil Batistuta lalu menandatangani Batistuta untuk kelab Itali itu. Beliau bermula dengan baik, iaitu menjaringkan 13 gol pada musim debutnya. Walau bagaimanapun, pada musim berikutnya (1992–93) Fiorentina menduduki tempat tercorot dan bertanding di Serie B pada musim hadapannya walaupun Batistuta menjaringkan 16 gol.

Di Fiorentina, Batistuta menemui cara terbaiknya. Beliau menjadi penjaring terbanyak pada musim 1994–95 dengan 26 gol dan beliau memecah rekod Ezio Pascutti yang berusia 30 tahun dengan menjaringkan gol pada 11 perlawanan berturut-turut. Pada musim 1995-96, Fiorentina menjulang trofi Coppa Italia dan Supercoppa. Pada dua perlawanan akhir timbang balik menentang Atalanta, Batistuta menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan dan Fiorentina menang 3-0 berdasarkan agregat.

Selepas beliau gagal membantu Fiorentina menjulang scudetto, Batistuta menyatakan beliau ingin berpindah ke kelab besar supaya dapat menjuarai liga. Dalam usaha Fiorentina untuk memenuhi permintaan Batistuta agar menjulang trofi liga, Fiorentina melantik Giovanni Trapattoni sebagai jurulatih dan berjanji akan melakukan apa sahaja asalkan menjulang Scudetto. Selepas permulaan yang cemerlang, Batistuta mengalami kecederaan yang membuatkan beliau berehat selama sebulan. Akibat kehilangan momentum, Fiorentina mula tewas lalu menduduki tempat ketiga liga dan memberikan pasukan Itali itu peluang untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Roma[sunting | sunting sumber]

Batistuta kekal di Fiorentina pada musim 1999-2000 untuk menjuarai Scudetto dan Liga Juara-Juara. Fiorentina hanya menduduki tempat ketujuh liga dan tersingkir daripada peringkat kumpulan fasa kedua kejohanan Eropah. Pada musim berikutnya, beliau berpindah ke Roma dengan harga 70 bilion lira dan menandatangani kontrak tiga tahun. Bayaran perpindahan Batistuta merupakan bayaran tertinggi dibayar untuk pemain yang melebihi usia 30 tahun.

Beliau akhirnya menjulang trofi Scudetto bersama Roma. Roma menjulang trofi itu buat pertama kali sejak 1983. Pada musim berikutnya, beliau menukar nombor jersinya dari 18 ke 20 merujuk kepada bilangan gol yang beliau jaringkan ketika kempen Scudetto. Beliau memakai jersi 33 pada 2002, oleh kerana usia beliau pada masa itu ialah 33 tahun.

Inter dan Qatar[sunting | sunting sumber]

Batistuta gagal untuk membuktikan dirinya patut dimasukkan ke dalam kesebelasan utama Roma dan oleh itu, beliau dipinjam ke Inter Milan. Di Inter, beliau hanya menjaringkan 2 gol daripada 12 perlawanan walaupun menerima banyak hantaran baik dan lebih-lebih lagi bersama penyerang sensasi, Christian Vieri. Beliau mencari mana-mana kelab Inggeris antaranya Fulham oleh kerana beliau berminat untuk bermain di sana namun rundingan perpindahan itu tidak sesekali berlaku. Beliau berpindah ke kelab Qatar, Al-Arabi secara percuma dengan harga $8 juta. Di Qatar, beliau memecah rekod terbanyak dijaringkan oleh legenda Qatar, Mansour Muftah dengan menjaringkan 25 gol.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 1991, Batistuta dipilih untuk bermain bersama Argentina pada kejohanan Copa América 1991 di Chile. Beliau menjadi penjaring terbanyak dengan menjaringkan enam gol dan pasukannya menjuarai kejuaraan itu. Pada 1993, Batistuta bermain untuk Copa América keduanya dan kali ini di Ecuador. Argentina menjuarai kejuaraan ini dan Batistuta menjaringkan dua gol menentang Mexico pada perlawanan akhir, Argentina menang 2-1.

Kejohanan Piala Dunia 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat amat mengecewakan. Permulaan yang baik oleh Argentina dimalukan oleh Romania pada pusingan 16. Moral pasukan merudum apabila Diego Maradona digantung akibat doping. Batistuta menjaringkan empat gol pada kesemua perlawanan Argentina di Piala Dunia 1994, termasuk hatrik yang dilakarnya pada perlawanan pembukaan menentang Greece.[4]

Pada Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis, Batistuta menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Jamaica. Beliau merekodkan hatrik keduanya pada karier Piala Dunianya. Beliau menjadi pemain keempat melakukan rekod menjaringkan hatrik pada dua edisi Piala Dunia (selepas pemain Sándor Kocsis, Just Fontaine dan Gerd Müller). Argentina tersingkir dari Piala Dunia oleh Belanda selepas Dennis Bergkamp menjaringkan gol kemenangan pada lewat perlawanan.

Selepas mengharungi peringkat kelayakan yang baik untuk ke Piala Dunia 2002, Argentina berharap dapat menjulang trofi itu. Batistuta juga merancang untuk menamatkan karier antarabangsa selepas kejoanan itu. Tetapi, Argentina diundi ke dalam kumpulan maut. Pasukan Batistuta menang pada perlawanan pembukaan Nigeria apabila Batistuta menjaringkan gol tunggal perlawanan. Namun, mereka tewas kepada England, 1–0 dan seri 1-1 bertemu Sweden. Pasukan Argentina tersingkir di peringkat kumpulan buat pertama kali sejak 1962.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala[5] Benua[6] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Argentina Newell's 1988–89 16 4 5 3 21 7
Argentina River Plate 1989–90 19 3 19 3
Argentina Boca Juniors 1990–91 30 13 10 6 39 19
Itali Fiorentina 1991–92 27 13 3 1 30 14
1992–93 32 16 3 3 35 19
1993–94 26 16 4 3 2 2 32 21
1994–95 32 26 5 2 37 28
1995–96 31 19 8 8 39 27
1996–97 32 13 3 2 7 4 42 19
1997–98 31 21 5 3 37 24
1998–99 28 21 6 4 3 1 37 26
1999–00 30 23 3 0 11 6 44 29
Itali Roma 2000–01 28 20 0 0 3 1 31 21
2001–02 23 6 1 0 8 0 32 6
2002–03 12 4 2 1 6 1 20 6
Itali Internazionale 2002–03 12 2 12 2
Qatar Al-Arabi 2003–04 18 25 0 0 18 25
2004–05 3 0 0 0 3 0
Jumlah karier 430 245 43 27 55 24 528 296

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

River Plate
Boca Juniors
Fiorentina
Roma

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Argentina

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://viejasglorias.esfutbol.es/docs/El-futbol-no-me-gusta-solo-es-mi-trabajo-400.html
  2. ^ https://uk.eurosport.yahoo.com/blogs/early-doors/footballers-don-t-football-193946.html
  3. ^ Argentine great keen to coach Socceroos
  4. ^ "Batistuta, Maradona Star in Argentina's 4–0 Win Over Greece". Seattle Times. 21 June 1994. Dicapai 15 June 2013. 
  5. ^ Termasuk Coppa Italia, Supercoppa Italiana dan Piala Amir Qatar.
  6. ^ Termasuk Copa Libertadores, Piala Itali-Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Piala UEFA dan Piala Juara-Juara UEFA.
  7. ^ Roberto Di Maggio; Igor Kramarsic; Alberto Novello (11 June 2015). "Italy - Serie A Top Scorers". RSSSF. Dicapai 2 December 2015. 
  8. ^ Roberto Di Maggio; Davide Rota (4 June 2015). "Italy - Coppa Italia Top Scorers". RSSSF. Dicapai 15 June 2015. 
  9. ^ FIFA XI´s Matches - Full Info
  10. ^ "Awards". FIFA.com. Dicapai 30 January 2015. 
  11. ^ Karel Stokkermans (14 March 2007). "ESM XI". RSSSF. Dicapai 29 November 2015. 
  12. ^ name="Guerin d'Oro">"Italy - Footballer of the Year". RSSSF. Dicapai 6 February 2015. 
  13. ^ "Rivaldo on top of the world". FIFA.com. Dicapai 27 January 2015. 
  14. ^ name="Pele">"Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai 15 June 2013. 
  15. ^ "Hall of fame, 10 new entry: con Vialli e Mancini anche Facchetti e Ronaldo" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 27 October 2015. Dicapai 27 October 2015.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]