Anjing gembala Catalonia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Catalonia
Negara asalSepanyol
Andorra
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Catalonia[a] ialah satu baka anjing Pyrénées Catalonia yang digunakan sebagai anjing gembala. Anjing ini dibiakbakakan di Eropah, terutamanya di Sepanyol, di Finland, di Jerman, dan di Sweden.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Catalonia yang duduk
Anjing gembala Catalonia

Anjing gembala Catalonia mempunyai saiz dalam julat ketinggian 17–19 in (43–48 cm) dan julat berat 45–60 lb (20–27 kg) untuk jantan dengan betina yang lebih kecil. Lapis bulunya panjang dan sama ada rata atau sedikit beralun dan berbeza-beza daripada perang kekuning-kuningan hingga sabel gelap dan kelabu cerah hingga kelabu gelap. Terdapat juga keragaman berbulu pendek bagi baka ini, namun ia hampir pupus.

Saiz dan berat[sunting | sunting sumber]

Ketinggian pada paras kelasa ialah 47–55 cm (19–22 in) dan beratnya ialah 20–25 kg (44–55 lb) untuk anjing jantan; 45–53 cm (18–21 in) dan 17–21 kg (37–46 lb) untuk anjing betina.

Bulu dan warna bulu[sunting | sunting sumber]

Panjang dan lembik dan sedikit bergulung. Dilihat dari jauh anjing berkenaan kelihatan ekawarna dan mungkin mempunyai cahaya warna lebih cerah pada anggota tubuh. Apabila dilihat dari dekat, ada kejelasan bahawa warna itu berasal daripada campuran helaian bulu dengan cahaya warna berlainan: perang kekuning-kuningan, perang lebih kurang kemerah-merahan, kelabu ,dan hitam. Panjang, rata, atau sangat sedikit beralun, kasar dengan lapis bulu bawah lebat pada keseluruhan sepertiga belakang tubuh. Pada kepala, janggut, misai, jambul, dan kening yang tidak menjejaskan penglihatan dapat diperhatikan. Ekornya cukup dilitupi dengan bulu seperti keempat-empat anggota tubuh. Ada kejelasan bahawa semasa salin bulu, suatu fenomena tipikal dapat diperhatikan: berlaku dalam dua tempoh. Pertama sekali, ini menjejaskan lapis bulu di bahagian depan, yang memberikan gambaran dua bahagian dengan lapis bulu berlainan; kemudian bahagian belakang anjing berkenaan bersalin bulu dan semuanya menjadi seragam semula.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Catalonia, lapis bulu perang kekuning-kuningan putih
Potret anjing gembala Catalonia

Baka ini digunakan untuk penggembalaan dan sebagai anjing peliharaan. Kerana kecerdasannya, anjing gembala Catalonia, seperti kebanyakan anjing gembala, mudah dilatih. Anjing ceria ini cemerlang dalam sukan anjing, seperti ketangkasan dan tarian anjing. Di sebalik penampilannya, anjing berani ini juga digunakan sebagai anjing pemerhati. Ia merupakan "anjing serba sedia" dan teman hebat.

Ia menjaga biri-biri tanpa memerlukan arahan. Aktiviti (ruangan luar) dan gangguan mencukupi menjadikan anjing ini sebagai teman rumah ang tenang dan seimbang. Baka ini sesuai untuk orang yang mempunyai teknik tegas dan yang dapat memberi anjing berkenaan senaman cukup. Sosialisasi awal adalah penting, khususnya jika anjing ini berada di sekeliling kanak-kanak. Anjing ini mempertahankan keluarganya dan menjadi terikat dengannya.

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Catalonia dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Catalonia yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[1]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Catalonia terdedah kepada displasia pinggul. Purata jangka hayatnya ialah 12 hingga 14 tahun.

Dalam kebudayaan popular[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کاتالونيا; Catalan: gos d'atura català; Sepanyol: perro de pastor catalán; pastor catalán; Perancis: chien de berger catalan; berger catalan; bahasa Inggeris: Catalan sheepdog; Catalonian sheepdog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]