Sukarelawan Polis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Royal Malaysia Police Volunteer Reserve Association (PVR)
MOHDSHAFREEBINJAFARE@JAFFRY
970914125449
Royal malaysia police volunteer reserve association logo.png
Lambang PVR
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 25 March 1807
Ibu pejabat IPK SABAH, Malaysia
Moto Tegas, Adil dan Berhemah
Kakitangan Sukarelawan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Sukarelawan Simpanan Polis(SSP), Polis Diraja Malaysia(PDRM) adalah satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia PDRM bagi menjalankan pencegahan dan pembenterasan jenayah dengan lebih berkesan dan lebih efektif. Fungsi Sukarelawan Polis lebih kurang seperti Askar Wataniah (Satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia ATM) didalam menjalankan tugas kepolisan.

Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) adalah unit bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia disertai oleh orang awam sebagai polis separuh masa untuk membantu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan formasi masing-masing . Unit ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan PVR disasarkan untuk mempunyai 50,000 ahli pada tahun 2017 terdiri daripada semua peringkat masyarakat .

Pegawai dan anggota sukarelawan simpanan polis ketika menjalankan tugas mempunyai kuasa, imuniti dan tugas yang sama dengan seorang pegawai polis tetap mengikut pangkat yang disandang.

Ini bermakna SSP mempunyai kuasa sama dengan pegawai polis tetap termasuk untuk menggunakan senjata api, menggeledah dan menangkap pesalah.

Agensi Sukarelawan Polis terdiri daripada 6 agensi yang dibenarkan oleh PDRM. Sukarelawan Polis diletakan dibawah seliaan Cawangan Pembantu PDRM Bukit Aman dan kontinjen negeri-negeri. Manakala di peringkat IPD, Sukarelawan Polis diletakkan dibawah seliaan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Agensi yang diwartakan oleh PDRM untuk menubuhkan Sukarelawan Polis ialah:

(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN VIII)
1.Sukarelawan Simpanan Polis PDRM (SP/PDRM)
2.Sukarelawan Simpanan Polis RELA (SP/RELA)
3.Sukarelawan Simpanan Polis JPAM (SP/JPAM)

(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN X)
4.Simpanan Pesara Polis PBPM (BEKAS POLIS)

(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN XI)
5.Kor Kadet Sukarelawan Polis JPT (KOR SUKSIS)
6.Kor Kadet Kelab Polis JPN (KADET POLIS)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anggota SSP bertugas jaga aman di Danga Bay.

SSP diwujudkan sebagai pasukan di bawah kuasa polis sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Khas Sukarelawan Polis. Pada masa kini, keahlian SSP berjumlah seramai 3,400 orang dari negeri-negeri lain dengan fokus bandar utama. Falsafah kewujudan PVR adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk melibatkan diri mereka ke dalam kerjaya polis. Anggota SSP melaksanakan jenis yang sama tugas sebagai anggota polis biasa, untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Kelayakan SSP[sunting | sunting sumber]

Pemohon polis sukarela hendaklah lulus kelayakan sama seperti mereka yang memohon jawatan polis tetap kecuali syarat umur pemohon adalah dari 18 hingga 45 tahun.

Sukarelawan perlulah seorang pekerja sepenuh masa mana-mana organisasi yang ditubuhkan, sebaik-baiknya daripada sektor kerajaan. Sukarelawan perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan mereka sebelum mereka memohon untuk menjadi sukarelawan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan telah berada di mana-mana ibupejabat polis daerah atau negeri atau boleh dimuat turun dari laman web Polis Diraja Malaysia.

Latihan[sunting | sunting sumber]

Latihan polis akan dijalankan selama 6 bulan di ibu pejabat kontinjen atau satu minggu di PULAPOL terdekat dan disambung dengan latihan dalam perkhidmatan di daerah masing-masing. Latihan tempatan akan dijalankan secara berkala sepanjang perkhidmatan mereka.

Apabila menjalani latihan berterusan SSP erhak menerima gaji dan elaun berdasarkan tangga gaji sebagai seorang pegawai atau anggota polis yang berpangkat setara.

Pegawai dan sebilangan anggota SSP Kelantan bergambar bersama Ketua Polis Negeri Kelantan selepas majlis tamat latihan asas kepolisian selama 6 bulan di IPK Kelantan

Organisasi SSP[sunting | sunting sumber]

Komandan Sukarelawan Polis yang dilantik di setiap negeri adalah bertanggungjawab bagi menasihati Ketua Polis Negeri untuk perkara berikut: -

  • Nasihat umum pada semua perkara mengenai pengambilan, perlantikan, kenaikan pangkat, disiplin dan kebajikan Sukarelawan Polis;
  • Penyeliaan latihan dan pentadbiran am Sukarelawan Polis.

Sesuatu Daerah Sukarelawan Polis adalah kebiasaannya diperintah oleh Pegawai Sukarelawan Yang Diwartakan. Sesuatu balai polis adalah diperintah oleh seorang Inspektor Sukarelawan yang dipanggil sebagai Ketua Sukarelawan Polis Daerah/Ketua Sukarelawan Polis Balai. Pasukan Sukarelawan Polis adalah di bawah pengawasan Ketua Polis Daerah di mana mereka ditempatkan.

Ahli-ahli SSP apabila bertugas hendaklah disifatkan lebih kiri di kalangan rakan-rakan dikalangan polis biasa. Sebagai contoh: Timbalan Penguasa Polis (DSP) Sukarelawan dianggap lebih rendah ke pangkat DSP polis tetap, tetapi ia adalah lebih kanan daripada semua Penolong Penguasa Polis (ASP) tidak kira polis biasa atau sukarelawan .

Pegawai kanan Sukarelawan apabila bertugas dan berpakaian seragam, berhak menerima tabik hormat dari pegawai yang berpangkat lebih rendah dikalangan pasukan polis biasa.

Tugas SSP[sunting | sunting sumber]

Apabila SSP dikerahkan untuk bertugas aktif mereka boleh diberikan apa-apa tugas mengikut latihan, pengalaman, pengetahuan teknikal atau kepakaran dan kekuatan fizikal yang sesuai dengan mereka.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli sukarelawan polis apabila tidak digunakan secara aktif, adalah seperti berikut: -

1.1 Pejabat pertanyaan (kaunter) / telefonis;

1.2 Tugasan bit(ronda berjalan);

1.3 Petrol;

1.4 Trafik;

1.5 Tugas pengangkutan (MT) atau WT untuk Marin);

1.6 Tugas-tugas Pusat Kawalan Kontinjen atau Daerah;

1.7 Pegawai bertugas untuk Pegawai Kanan Polis (Inspektor dan ke atas) di daerah atau ibu pejabat kontingen;

1.8 Pentadbiran;

1.9 Jaga aman

Mereka biasanya tidak ditugaskan kepada: -

2.1 Menyiasat kes-kes jenayah;

2.2 Tugas mahkamah;

2.3 Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) ;

2.4 Anti Rusuhan ;

2.5 Cawangan Khas;

2.6 Juri.

Apabila dikerah untuk perkhidmatan aktif, anggota SSP adalah tertakluk kepada prosedur disiplin sama seperti Pasukan Polis Biasa mengikut: The Police (Conduct and Dicipline)(Junior Police Officers and Constables) Regulations, 1970, and the Police Force

Commission's Instrument of Delegation of Certain Functions, Powers, Duties and Responsibilities, 1976".

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia atau Royal Malaysia Police Volunteer Reserve Association adalah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). P.V.R ditubuhkan untuk menyelaras, menjaga kebajikan dan menyatukan semua anggota Sukarelawan Polis dan agensi Sukarelawan Polis.

Senarai Sukarelawan Polis dibawah PDRM[sunting | sunting sumber]

1.SPDRM Kontinjen Perlis
2.SPDRM Kontinjen Kedah
3.SPDRM Kontinjen Pulau Pinang
4.SPDRM Kontinjen Perak
5.SPDRM Kontinjen Selangor
6.SPDRM Kontinjen Kuala Lumpur
7.SPDRM Kontinjen Negeri Sembilan
8.SPDRM Kontinjen Melaka
9.SPDRM Kontinjen Johor
10.SPDRM Kontinjen Kelantan
11.SPDRM Kontinjen Terengganu
12.SPDRM Kontinjen Pahang
13.SPDRM Kontinjen Sabah
14.SPDRM Kntinjen Sarawak

Senarai Sukarelawan Polis dibawah RELA (Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia)[sunting | sunting sumber]

1.RELA Negeri Perlis
2.RELA Negeri Kedah
3.RELA Negeri Pulau Pinang
4.RELA Negeri Perak
5.RELA Negeri Selangor
6.RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7.RELA Negeri Sembilan
8.RELA Negeri Melaka
9.RELA Negeri Johor
10.RELA Negeri Kelantan
11.RELA Negeri Terengganu
12.RELA Negeri Pahang
13.RELA Negeri Sabah
14.RELA Negeri Sarawak

Senarai Sukarelawan Polis dibawah JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)[sunting | sunting sumber]

1.JPAM Negeri Perlis
2.JPAM Negeri Kedah
3.JPAM Negeri Pulau Pinang
4.JPAM Negeri Perak
5.JPAM Negeri Selangor
6.JPAM Wilayah Persekutuan
7.JPAM Negeri Sembilan
8.JPAM Negeri Melaka
9.JPAM Negeri Johor
10.JPAM Negeri Kelantan
11.JPAM Negeri Terengganu
12.JPAM Negeri Pahang
13.JPAM Negeri Sabah
14.JPAM Negeri Sarawak

Senarai Sukarelawan Polis (Simpanan Pesara Polis) dibawah PBPM (Persatuan Bekas Polis Malaysia)[sunting | sunting sumber]

1.PBPM Cawangan Perlis
2.PBPM Cawangan Kedah
3.PBPM Cawangan Pulau Pinang
4.PBPM Cawangan Perak
5.PBPM Cawangan Selangor
6.PBPM Cawangan Kuala Lumpur
7.PBPM Cawangan Negeri Sembilan
8.PBPM Cawangan Melaka
9.PBPM Cawangan Johor
10.PBPM Cawangan Kelantan
11.PBPM Cawangan Terengganu
12.PBPM Cawangan Pahang
13.PBPM Cawangan Sabah
14.PBPM Cawangan Sarawak

Senarai Sukarelawan Polis (Kor Kadet Sukarelawan Polis Siswa-Siswi) dibawah JPT (Jabatan Pengajian Tinggi)[sunting | sunting sumber]

1.Kor Suksis UiTM (Universiti Teknologi MARA)
2.Kor Suksis UUM (Universiti Utara Malaysia)
3.Kor Suksis UPM (Universiti Putra Malaysia)
4.Kor Suksis UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
5.Kor Suksis USM (Universiti Sains Malaysia)
6.Kor Suksis UMK (Universiti Malaysia Kelantan)
7.Kor Suksis UMS (Universiti Malaysia Sabah)
8.Kor Suksis UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak)
9.Kor Suksis UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
10.Kor Suksis UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
11.Kor Suksis UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
12.Kor Suksis UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
13.Kor Suksis UMT (Universiti Malaysia Terengganu)
14.Kor Suksis USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)
15.Kor Suksis UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin)
16.Kor Suksis UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)
17.Kor Suksis UMP (Universiti Malaysia Pahang)
18.Kor Suksis UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
19.Kor Suksis UM (Universiti Malaya)

Senarai Sukarelawan Polis (Kor Kadet Kelab Polis Sekolah-Sekolah) dibawah JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)[sunting | sunting sumber]

1.Kadet Polis Negeri Perlis
2.Kadet Polis Negeri Kedah
3.Kadet Polis Negeri Pulau Pinang
4.Kadet Polis Negeri Perak
5.Kadet Polis Negeri Selangor
6.Kadet Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7.Kadet Polis Negeri Sembilan
8.Kadet Polis Negeri Melaka
9.Kadet Polis Negeri Johor
10.Kadet Polis Negeri Kelantan
11.Kadet Polis Negeri Terengganu
12.Kadet Polis Negeri Pahang
13.Kadet Polis Negeri Sabah
14.Kadet Polis Negeri Sarawak
15.Kadet Polis Wilayah Persekutuan Labuan

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]