Sultan Haji Muhammad Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sultan Haji Muhammad Ali merupakan Sultan Brunei ke-12 memerintah dari tahun 1660 hingga tahun 1661. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan.

Zaman baginda menyaksikan permulaan peristiwa hitam dalam sejarah Brunei, iaitu Perang Saudara yang berlangsung selama 12 tahun. Baginda menjadi mangsa sewaktu peristiwa ini.

Takhta kerajaan baginda direbut oleh Pengiran Bendahara Abdul Mubin kerana peristiwa anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bungsu yang kalah sewaktu bersabung ayam. Baginda bersama-sama anakanda baginda dibunuh pada waktu Asar, 14 Rabiul Awal 1072 (bersamaan 7 November 1661) oleh Pengiran Bendahara, dan kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Hakkul Mubin.

Baginda terkenal dengan jolokan Marhum Tumbang di Rumput.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
16601661
Penyandang Kemudian
Abdul Jalilul Jabbar Abdul Hakkul Mubin