Sultan Muhammad Jamalul Alam II
Muhammad Jamalul Alam II II محمد جمال العالم | |
---|---|
![]() | |
Pemerintahan | 10 Mei 1906 - 11 September 1924 |
Pendahulu | Hashim |
Pengganti | Ahmad Tajuddin |
Pasangan | Raja Isteri Fatimah Pengiran Isteri Tengah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Besar Ahmad Tajuddin Pengiran Muda Anum Pengiran Muda Laila Gambar Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin Pengiran Anak Besar Bagol Pengiran Anak Puteri Hajah Besar Pengiran Anak Puteri Tengah Pengiran Anak Puteri Damit Pengiran Anak Puteri Hajah Tinggal | |
Nama penuh | |
Muhammad Jamalul Alam II ibni Hashim Jalilul Alam Aqamaddin | |
Ayahanda | Hashim Jalilul Alam Aqamaddin |
Bonda | Pengiran Anak Siti Fatimah |
Keputeraan | 1889 Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | 11 September 1924 Istana Majalis, Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; KCMG, CMG, ialah Sultan Brunei ke-26 dari 10 Mei 1906 hingga 11 September 1924. Sebelum menaiki takhta, baginda dikenali sebagai Muhammad Jamalul Alam.
Menaiki takhta[sunting | sunting sumber]
Menjelang masa baginda naik takhta ketika hanya berumur 17 tahun, United Kingdom telah menjadikan Brunei sebagai sebuah negeri naungan. Tidak lama kemudian, suatu perebutan kuasa antara baginda, penetap-penetap British, dan golongan bangsawan tercetus. Disebabkan itu, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada dua orang bangsawan ditubuhkan pada tahun 1907 untuk memerintah bagi pihak baginda sehingga tahun 1918.
Sumbangan[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1906, Brunei mempunyai bendera negara sendiri. Pada tahun 1911, sistem pendidikan negaranya dikukuhkan dengan pembinaan sekolah-sekolah Melayu. Baginda juga menubuhkan pasukan Polis Brunei pada tahun 1921. Kemudian pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Baginda berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis pada tahun itu. Kerja-kerja carigali minyak juga giat diusahakan pada zaman baginda.
Sewaktu pemerintahan baginda, wujud pelbagai kemudahan-kemudahan baharu seperti perkhidmatan elektrik, perkhidmatan pos dan perkhidmatan paip air disalurkan ke kawasan Bandar Brunei.
Lawatan Prince of Wales ke Brunei[sunting | sunting sumber]
Pada 19 Mei 1922, Prince of Wales berkenan melawat Brunei, sebagai antara siri lawatan baginda ke koloni-koloni British. Hadir untuk menyambut kedatangan tetamu negara itu ialah Sultan Muhammad Jamalul Alam II sendiri.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Sepanjang hidup baginda, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan dua orang isteri. Yang pertama bernama Raja Isteri Pengiran Anak Fatimah. Dan seorang lagi bernama Pengiran Isteri Tengah.
Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isteri baginda, baginda dikurniakan enam orang putera dan empat orang puteri.
Mereka adalah:
- Pengiran Muda Bongsu: Diputerakan pada 18 November 1908 di Istana Majlis, Bandar Brunei. Lindung pada tahun 1910. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
- Pengiran Muda Besar Ahmad Tajuddin: Diputerakan pada 22 Ogos 1913 di Istana Pekan, Bandar Brunei. Kemudian, dikenali sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien. Mangkat pada 4 Jun 1950. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
- Pengiran Muda Anum: Tidak diketahui tarikh keputeraan baginda. Lindung pada bulan September 1924. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
- Pengiran Muda Laila Gambar:Tidak diketahui tarikh keputeraan baginda. Lindung pada bulan September 1924. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
- Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddien: Diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampong Sultan Lama, Bandar Brunei. Dikenali sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Kemudian, dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Lindung pada 7 September 1986. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
- Pengiran Anak Besar Bagol: Tidak diketahui tarikh keputeraan baginda. Lindung sebelum 10 Mei 1945.
- Pengiran Anak Puteri Hajah Besar: Diputerikan pada tahun 1902. Lindung pada 16 September 1993. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
- Pengiran Anak Puteri Tengah: Diputerikan pada tahun 1910. Lindung pada 24 Ogos 1969. Dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
- Pengiran Anak Puteri Damit: Diputerikan pada tahun 1911. Tidak diketahui tarikh lindung baginda.
- Pengiran Anak Puteri Hajah Tinggal: Tidak diketahui tarikh keputerian dan tarikh lindung baginda.
Kemangkatan[sunting | sunting sumber]
Pemerintahan baginda amat singkat. Penularan wabak penyakit malaria yang serius pada masa itu telah menyebabkan baginda mangkat pada 11 September 1924, pada umur 35 tahun, beserta 3 orang ahli keluarga baginda. Jenazah baginda disemadikan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, dan diganti oleh anakanda sulung baginda, Pengiran Muda Besar Ahmad Tajuddin.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
United Kingdom:
- Companion of the Most Distinguished Order of St Michael and St George (CMG) (22.06.1914).
- Knight Commander of the Most Distinguished Order of St Michael and St George (KCMG) (05.06.1920).
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1906 – 1924 |
Penyandang Kemudian |
Hashim | Ahmad Tajuddin |