Sultan Omar 'Ali Saifuddien III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Omar Ali Saifuddien III
III عمر علي سيف الدين
 Brunei
Pemerintahan 4 Jun 1950 – 4 Oktober 1967
Pendahulu Ahmad Tajuddin
Pengganti Hassanal Bolkiah
Pasangan Dayang Siti Amin binti Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Diraja Awang Haji Hashim
Pengiran Anak Damit (1941–1979 kematian isteri)
Pengiran Bini Hajah Salhah (1979–1986 kematian baginda)
Nama penuh
Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Muhammad Jamalul Alam II
Ayahanda Muhammad Jamalul Alam II
Bonda Raja Isteri Fatimah
Keputeraan 23 September 1914
Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan 7 September 1986 (71 tahun)
Bandar Seri Begawan, Brunei
Dimakamkan Kubah Makam Diraja
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II (kemudian dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan Sultan Brunei ke-28, dan memerintah dari tahun 1950 hingga 1967.

Baginda merupakan adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien. Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran. Dari tahun 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Pada tahun 1947, baginda diarak menjadi 'Pengiran Bendahara'. Pada tahun 1950, baginda naik takhta setelah kemangkatan kekanda baginda. Pada tahun 1951, baginda menunaikan Fardhu Haji kali pertama.

Kemudian pada tahun yang sama, baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei Allah Peliharakan Sultan diakui secara rasmi. Pada tahun 1953, baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada tahun 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddin.

Pada tahun 1959, Brunei mempunyai perlembagaannya sendiri yang digelar 'Perlembagaan Negeri Brunei 1959', yang mana menurut perlembagaan tersebut, Brunei menikmati berkerajaan sendiri dengan kembalinya kuasa memerintah negara diserahkan kembali kepada sultan sebagai pemerintah. Selain itu, jawatan Residen British dihapuskan dan diganti oleh jawatan Pesuruhjaya Tinggi British.

Selepas itu, pada tahun 1954, baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada tahun 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.

Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.

Pada tahun 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1962, baginda menunaikan Fardhu Haji kali kedua dan satu pemberontakan berlaku di Brunei. Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.

Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela baginda turun dari takhta kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda,Hassanal Bolkiah.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Baginda begitu masyhur dalam bidang kesusasteraan. Antara karya-karya terunggul baginda ialah Syair Perlembagaan Negeri, Syair Nasihat, Syair Asli Rajang Hari dan Rampaian Laila Syair. Minat baginda terhadap sastera amatlah mendalam. Motif dan corak rekaan baginda telah diadun bukan sahaja dalam rekabentuk kain-kainan, malah juga dalam senibina bangunan. Sehingga kini, baginda terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.

Kemerdekaan dan kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tatkala Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984, baginda menduduki jawatan Menteri Pertahanan dan dikurniakan pangkat JENERAL dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pada 7 September 1986, baginda lindung beberapa minggu sebelum Puja Usia ke-72. Jenazah baginda kemudiannya dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, bersebelahan dengan pusara isteri baginda Raja Isteri Pengiran Anak Damit, ayahanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam II, nenda baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan juga kekanda baginda, Sultan Ahmad Tajuddin, yang merupakan sultan sebelum baginda.

Didahului oleh
Ahmad Tajuddin
Sultan Brunei
1950–1967
Diikuti oleh:
Hassanal Bolkiah