Syazlin Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syazlin Zainal
Kelahiran
Syazlin Suhaizan binti Zainal

(1996-11-14)14 November 1996
Meninggal dunia10 November 2022(2022-11-10) (umur 25)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Sebab kematianTerjatuh dari kondominium 22 tingkat
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, Ampang, Selangor
Nama lainAlin
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, pempengaruh media sosial
Tahun aktif2015–2022

Syazlin Suhaizan Zainal (14 November 1996 – 10 November 2022) merupakan seorang pelakon, model dan pempengaruh media sosial Malaysia.[1] Dalam kerjaya singkatnya sebagai pelakon separuh masa, beliau terkenal menerusi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran serta telefilem Ada Yang Ngikut.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syazlin memulakan kerjaya awalnya dengan membuat rakaman video tutorial solekan dan hijab di YouTube, seterusnya bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.

Beliau kemudian menjadi salah seorang daripada 10 peserta pertandingan The Next Malaysian Star musim pertama, yang turut disertai oleh Nelissa Nizam.

Sebagai pelakon separuh masa, beliau pernah membintangi beberapa drama TV antaranya ialah Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syazlin dilahirkan di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal.[3] Beliau menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Syazlin meninggal dunia pada 10 November 2022 pada usia 25 tahun selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor pada jam 12:50 tengah hari.[4][5] Ini berlaku 4 hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 14 November.[6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang, Selangor kira-kira jam 10 malam pada hari yang sama.[6] Setakat kini, gaya kematiannya, sama ada secara tak sengaja atau tidak, masih belum dipastikan, dan masih dalam siasatan.

Antara rakan artis yang menzahirkan ucapan takziah ialah Nadia Brian, Scha Elinnea dan Anna Jobling.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Pray Lady Filem pendek

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Drama 7 Petang Elina Unifi TV Drama pertama
2020–2021 Potong Dr. Nur Astro Warna
2021 Sitik Tok Teena TV3
Malaysian Ghost Stories Aisyah Astro Ria Episod: "Jenglot"
2021–2022 Oh My Hantaran Syikin TV9
2022 Ulya & Dini Linn Astro Ria
Dia Yang Ku Jadikan Suami Hanna Drama terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Ada Yang Ngikut Inspektor Rina Astro Citra Telefilem pertama
2021 Takdir Yang Tertunda TV3
2022 Syukur Itu Aku Saida
Jangan Masuk Rumahku Kamelia Astro Ria Telefilem terakhir

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2019 Malaysia Airlines Hari Raya 2019 | Sama-Sama Balik Kampung
2020 Hotlink #BikinSampaiJadi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Hijabista Maydan TV AlHijrah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aini Shah (13 September 2019). "Women Crush September Issue - Up Close & Personal with Syazlin Zainal". Zalora Thread. ZALORA. Dicapai pada 12 November 2022.
  2. ^ a b c Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (10 Oktober 2022). "Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 12 November 2022.
  3. ^ a b "Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia". Astro Awani. 11 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  4. ^ Nabilah Khaleeda (11 November 2022). "Jatuh dari tingkat 22, polis dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal". Astro Awani. Dicapai pada 12 November 2022.
  5. ^ "Actress Syazlin Zainal dies after fall from apartment, say Johor police". The Malay Mail. 11 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  6. ^ a b "Jenazah Syazlin Zainal Selamat Dikebumikan, Abang Sulung Berkongsi; "Dia Berjanji Nak Sambut Hari Jadi Sama-Sama, Sepatutnya…"". Media Hiburan. 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]