Syed Jaafar Albar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Jaafar Albar

PMN; DPMJ (Johor); JMN
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Dalam jawatan
1976–1977
Didahului olehHarun Idris
Digantikan olehSuhaimi Kamaruddin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Panti, Johor
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehSaadun Muhammad Noh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johor Tenggara, Johor
Dalam jawatan
1959–1974
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir21 Ogos 1914
Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia14 Januari 1977(1977-01-14) (umur 62)
Muar, Johor, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politikUMNO
Anak-anakSyed Hamid Albar
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato' Syed Jaafar bin Syed Hassan Albar (21 Ogos 1914 – 14 Januari 1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Beliau sebenarnya dilahirkan di Sulawesi, Indonesia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO sejak 1952.

Syed Jaafar Albar digelar 'ultra' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana beliau sanggup memainkan politik perkauman demi dapat undi melayu. Selepas UMNO menyertai PRU Singapura pada tahun 2013, Lee Kuan Yew dan parti PAPterus menyertai pilihan raya di peringkat Persekutuan. Selepas itu, UMNO dan PAP menjadi musuh politik. Pada tahun 1964, Syed Jaafar Albar telah memberi beberapa ucapan yang mendahului rusuhan kaum di Singapura. Pada tahun 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Konvensyen Solidariti Malaysia dan menggunakan konsep 'Malaysian Malaysia' sebagai slogan untuk menentang politik perkauman. Syed Jaafar Albar antara kritik slogan tersebut yang digunakan oleh PAP. Tetapi, beliau tidak mahu Singapura untuk dipisahkan dari Malaysia. Oleh sebab itu, apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia, beliau mengundur diri sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Pada 17 Januari 1958, ketika berumur 43 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Sebelum itu beliau telah menjadi Setiausaha Penerangan UMNO dari 1952 hingga 1958. Jawatan Setiausaha UMNO diisi oleh Ghafar Baba.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak beliau Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar merupakan bekas menteri kabinet Malaysia sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan raya 1959[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Johor Tenggara, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai/membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Ketua Pemuda UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO ke-6 (Julai 1976 – Januari 1977) selepas Dato Harun Idris dipecat dari UMNO.[2] Pada Julai 1976, Syed Jaafar menewaskan saingannya Mohamed Rahmat dengan majoriti besar. Ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung UMNO 1976, menyentuh Pemuda UMNO akan menjadi Kumpulan Halia[perlu rujukan] dan beliau menjadi “bapa” Pemuda UMNO. Beliau berhadapan dengan tuntutan Pemuda UMNO agar membawa semula Harun Idris ke dalam UMNO.[perlu rujukan] Pemuda UMNO berjaya membongkar hubungan rapat beberapa pemimpin UMNO dan kerajaan dengan fahaman komunis.[perlu rujukan]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Syed Jaafar Albar meninggal dunia pada 14 Januari 1977 selepas berucap dalam majlis politik di Muar, Johor. Jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 17 Januari 1958, hlm 1; 'UMNO MAN GETS A LONDON JOB'
  2. ^ Pemuda UMNO Pra-Merdeka