Geseran gelungan tak bersuara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPA – nombor 136
IPA – teks ʂ
IPA – imej {{{imagesize}}}
Entiti ʂ
X-SAMPA s`
Kirshenbaum s.
Mengenai bunyi ini Contoh bunyi 

Geseran gelungan tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʂ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan s` dalam X-SAMPA. Seperti semua konsonan gelungan yang lain, aksara IPA-nya terbentuk dengan membubuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah aksara yang digunakan untuk konsonan gusi yang berpadanan, iaitu aksara s yang tertumbuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawahnya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri geseran gelungan tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran sibilan, iaitu dihasilkan dengan menghalakan aliran udara melalui alur di antara lidah dan deaerah artikulasi ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
  • Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.