Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Keadilan dan Undang
Negeri Sembilan
Kerangka
Jenis/bentuk sahBadan penasihat Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 
Sejarah
Ditubuhkan1959
Lokasi
Ibu pejabatIstana Hinggap, Seremban Sunting ini di Wikidata
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (Bahasa Inggerisː The Council of the Yang di-Pertuan Besar and the Ruling Chiefs) merupakan sebuah institusi adat yang ditubuhkan menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berperanan untuk menasihatkan segala persoalan berkenaan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Nasihat-nasihat Dewan ini berkaitan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau pelucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.

Dewan inilah yang seterusnya bertanggungjawab menjalankan kewajipan yang telah diberikan oleh Perlembagaan atau undang-undang bagi memelihara segala urusan berkaitan dengan adat istiadat Melayu di Negeri Sembilan.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan hendaklah dianggotai[1] oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Undang Luak Rembau, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Jelebu, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti, Dato' Shahbandar Sungai Ujong, Menteri Besar Negeri Sembilan (bagi perkara dasar negeri dan kebangsaan), Setiausaha Dewan dan mana-mana ahli Melayu yang dilantik dari masa ke masa yang ditetapkan.

Penjawat semasa[sunting | sunting sumber]

Kemas kini pada 8 September 2021

Keanggotaan semasa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Jawatan Penyandang Tempoh khidmat
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Sejak 2009
Dato' Undang Luak Sungai Ujong Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Dohak Sejak 1993
Dato' Undang Luak Rembau Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharif Othman Sejak 1998
Dato' Undang Luak Johol Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Muhammad Abdullah Sejak 2016
Dato' Undang Luak Jelebu Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Maarof Mat Rashad Sejak 2018
Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri Sejak 2005
Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Sejak 2009
Dato' Shahbandar Sungai Ujong Dato' Seri Utama Haji Badarudin Abdul Khalid
Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun Sejak 2018
Setiausaha Dewan Datuk Jemal Zainal Kasim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fasal 17 & Fasal 25, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan