Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana baru oleh pengguna tanpa log masuk[sunting sumber]

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kejadian di mana pengguna tanpa log masuk melakukan vandal dengan mencipta rencana yang bukan-bukan. Saya melayari en.wiki dan mendapati para pengguna tanpa log masuk tidak dibenarkan mencipta rencana baru. Bolehkan kita melakukan perkara yang sama di ms.wiki? Zamwan (bincang) 01:51, 20 Julai 2010 (UTC)

Mungkin boleh dipertimbangkan, namun bukankah kita menerima juga sumbangan daripada mereka yang tidak log masuk? Agak sukar jika menyekat sumbangan mereka. Pp.Mm.Cc. 02:07, 20 Julai 2010 (UTC)
Tiada masalah. Kita tidak menyekat mereka dari memberi sumbangan untuk meningkatkan kualiti rencana yang telah sedia wujud. Zamwan (bincang) 02:14, 20 Julai 2010 (UTC)
Saya tidak kisah sangat. Ikut suara ramai. ...Aurora... (b) 13:31, 25 Julai 2010 (UTC)
Saya rasa tidak masalah jika pengguna tersebut memberi kontribusi yang bermanfaat. --Maung Bandung (bincang) 06:51, 2 Ogos 2010 (UTC)
Saudara Baung, seperti yang saya nyatakan di atas. Tindakan ini perlu bagi membendung vandalisme. Banyak masa dihabiskan untuk menghapuskan rencana2 sebegini (oleh para penyelia), sedangkan masa yang terhad ini harus digunakan sebaik-baiknya untuk menambahbaik kualiti rencana sedia ada dan merancang langkah ke hadapan bagi WBM. Zamwan (bincang) 10:34, 14 September 2010 (UTC)
Pengguna yang ingin menyumbang digalakkan untuk membuat pendaftaran. Saya percaya tiada isu dalam hal ini. Zamwan (bincang) 10:35, 14 September 2010 (UTC)
Sebenarnya kalau ikutkan pengguna yang sudah mendaftar pun boleh melakukan vandalisme, tapi sekurang-kurangnya sebahagian besar kes vandalisme dan spamming dapat dihindarkan dengan mewajibkan mereka mendaftar sebelum mencipta rencana baru. Sebabnya, kalau ada pengguna (dan pengguna boneka mereka) yang buat vandalisme, penyelia boleh sekat mereka. Kalau sekat IP sahaja, takut orang yang tak bersalah tapi kebetulan nombor IPnya sama seperti yang disekat itu turut menjadi mangsa. Sebabnya nombor IP yang digunakan pengguna biasa sebahagian besarnya adalah dinamik; kalau reset (matikan dan hidupkan balik) modem nanti nombor IP turut berubah. - Hezery99 (bincang) 00:02, 10 Januari 2011 (UTC)

Undian: Wajibkan pengguna mendaftar sebelum menyumbang / menyunting rencana[sunting sumber]

Berikutan kebimbangan yang disuarakan mengenai gejala vandalisme yang berleluasa oleh pengguna tidak berdaftar, maka saya mencadangkan agar kita mengadakan satu undian sama ada kita perlu mewajibkan pengguna untuk mendaftar sebelum menulis atau menyunting rencana.

  • Jika anda menyokong, tulis {{undi|Y}} diikuti alasan anda.
  • Jika anda tidak setuju, tulis {{undi|T}} diikuti alasan anda serta cadangan penambahbaikan.
  • Jika anda berkecuali, tulis {undi|B}}.
  • Jika anda menarik balik sokongan atau bantahan, sila potong dengan menggunakan <s>...</s> berbanding pemadamannya.

-- Hezery99 (bincang) 09:17, 30 Januari 2011 (UTC)

Sokongan[sunting sumber]

Symbol support vote.svg Setuju Kita mahu menggalakkan para penyunting Wikipedia supaya lebih berdisiplin. Pengguna yang ingin berdaftar pasti kena patuhi garis panduan Wikipedia. – Fanatix (bincang) 15:25, 24 Februari 2011 (UTC)

Bantahan[sunting sumber]

  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju - Pendaftaran diwajibkan hanya untuk mencipta rencana baru sahaja. Suntingan ke atas rencana sedia ada masih dapat dilakukan oleh pengguna tanpa log masuk. Zamwan (bincang) 13:49, 31 Januari 2011 (UTC)

Berkecuali[sunting sumber]

Promosi blog (spam) dalam rencana[sunting sumber]

Baru-baru ni saya dah mula perasan. Ada saja suntingan terutamanya daripada pengguna tak berdaftar, suka letak pautan luar, yang dipercayai masuk ke dalam blognya. Saya tak pasti sama ada kes ni baru menular ataupun sudah lama. Memang bagus sebab dapat tambah bilangan rencana tak pun dapat tingkatkan kualiti rencana. Tapi masalahnya penyumbang tadi macam salin dan tampal daripada blog dia saja. Lebih teruk lagi yang tak ada sumber. Saya syak mungkin ada yang main tulis saja.

Kadang-kadang ada suntingan letak alamat blog saja, mungkin sebab nakkan trafik masuk dalam blog penyumbang tadi. Lainlah halnya misalnya rencana pasal asal-usul tempat ke, sejarah ke, sekolah ke. Tapi ada juga yang buat pendapat sendiri (original research) dan lagi teruk tak ada sumber dalam blog post tadi, main-main sebut je. Saya bimbang kalau-kalau kes sebegini makin menjadi-jadi boleh runtuh kredibiliti Wikipedia BM kita ni. Eh, minta betulkan pandangan saya kalau-kalau ada yang tak kena. عبد الله Pesanan? 00:25, 9 Januari 2011 (UTC)

Dah lama. Dan saya dah banyak mengundurkan suntingan seperti ini. Anda dipersilakan mengundurkan/memperbaiki suntingan2 tidak membina ini. ...Aurora... (b) 02:42, 9 Januari 2011 (UTC)
Saudara Hamba Allah, anda boleh membantu dengan membuang sendiri pautan spam tersebut atau melaporkan sebarang rencana yang mempunyai pautan spam kepada para penyelia, sebab kesalahan spamming adalah salah satu kesalahan yang melayakkan si pelakunya itu untuk disekat. - Hezery99 (bincang) 00:06, 10 Januari 2011 (UTC)

Kerajaan: Kingdom vs Government[sunting sumber]

Bahasa Melayu ada perkataan yang sama – "kerajaan" – kepada dua konsep berlainan tapi berkait rapat yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai kingdom (negara beraja) dan government (sistem pemerintahan negara tak kira beraja atau sebaliknya). Ini pasti mendatangkan kebingungan kepada sesiapa yang hendak menterjemah dua rencana berlainan mengenai negara yang sama, iaitu "Kingdom of ABC" dan "Government of ABC", yakni ABC itu memaksudkan negara yang sama, mungkin negara ABC itu dahulunya beraja tetapi sekarang menjadi republik; ataupun ABC dahulunya negara berdaulat tetapi kini menganggotai negara lain.

Ada sesetengah pengguna WBM yang menggunakan 'Keberajaan' untuk Kingdom, tetapi perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan. Saya teringat untuk membubuh tempoh pemerintahan dalam kurungan dalam tajuk rencana Kerajaan (Kingdom) supaya dibezakan dengan rencana Kerajaan (Government), tapi macam manalah kalau rencana asal menyatakan kesukaran mengetahui tarikh yang setepatnya? "Kerajaan XXX lama" boleh pakai tak? Rasanya masalah ini harus diselesaikan jika WBM nak terus maju lagi. – Fanatix (bincang) 13:49, 24 Januari 2011 (UTC)

Kingdom = Kerajaan, Goverment = Pemerintah. Saya tak lihat ia satu masaalah. 203.82.82.40 15:30, 24 Januari 2011 (UTC)
Itu cara id.wiki menangani hal ini, sesuai dengan istilah MABBIM untuk kingdom dan government. Saya cadangkan kita guna penyelesaian serupa. Berdasarkan kamus itu, kingdom boleh jadi kerajaan (Indonesia), kerajaan/ kesultanan/ darul raja (Brunei) atau negara beraja (Malaysia). Manakala government boleh jadi pemerintah (Indonesia) atau kerajaan (Brunei & Malaysia). ...Aurora... (b) 08:09, 25 Januari 2011 (UTC)
Maksud awak, contohnya, "Negara (Beraja) Scotland" untuk Kingdom of Scotland (dulu Scotland negara berdaulat sebelum bergabung dengan England, Wales dan Ireland untuk menjadi UK); "Kerajaan Scotland" untuk Government of Scotland? – Fanatix (bincang) 14:54, 25 Januari 2011 (UTC)
Ya, contohnya "Negara Beraja Scotland" (kenapa letak kurungan?) untuk Kingdom of Scotland dan "Kerajaan Scotland" untuk Government of Scotland. ...Aurora... (b) 09:26, 26 Januari 2011 (UTC)
Saya teringat nak letak 'Beraja' khusus untuk negara bekas monarki yang kini jadi republik. Scotland ni dulu negara berdaulat tapi kini bergabung dengan negara lain; ia masih beraja tapi 'rajanya' juga raja England, Wales, Ireland Utara. Jadi lain konteks, lainlah caranya.
Tapi, untuk negara kuno yang tak sama nama dengan negara zaman sekarang, masih boleh guna Kerajaan dalam tajuk atau tidak, misalnya "Kerajaan Rom" untuk Roman Kingdom, padahal empunya nama Rom zaman sekarang bandaraya negara Itali, bukannya negara berdaulat? – Fanatix (bincang) 14:25, 27 Januari 2011 (UTC)
Maksud anda, guna kedua-dua "negara beraja" dan "kerajaan" untuk kingdom, bergantung kepada konteks? Boleh juga. ...Aurora... (b) 05:07, 29 Januari 2011 (UTC)

Penyeragaman nama templat kotak info[sunting sumber]

Saya rasa kita perlu seragamkan nama templat kotak info, dan semua nama templat perlu diterjemah dengan satu pelencongan nama bahasa Inggeris untuknya (jika ada). Cadangan saya:

  • Pilih salah satu istilah untuk terjemahan infobox, atau tidak perlu terjemah
Pilihan: kotak info, kotakinfo, kotak maklumat, koma*, infobox, infoboks??
* kotak maklumat
  • Semua nama templat harus berhuruf kecil kecuali huruf pertamanya.
Contoh: Templat:Infobox orang bukan Templat:Infobox Orang

--Kurnia [ bual ] 04:31, 30 Januari 2011 (UTC)

Pada pendapat saya, lebih baik gunakan istilah "Infobox" bagi kotak info. Lebih seragam. -- Hezery99 (bincang) 09:05, 30 Januari 2011 (UTC)

Bagaimana pula dengan namanya? Perlu diterjemah? Jika ada wujud lagi satu templat dengan nama bahasa Melayu, nama yang mana satu didahulukan? Setakat ini, saya lihat nama bahasa Inggeris didahulukan dan nama bahasa Melayu sekadar lencongan. --Kurnia [ bual ] 09:11, 30 Januari 2011 (UTC)
Soalan yang bagus. Semasa saya membina templat Templat:Infobox jalan raya, saya melencongkan Templat:Infobox road. Ataupun, jika anda mahu lakukan yang sebaliknya pun boleh juga. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan templat infobox diceduk bulat-bulat daripada Wikipedia Bahasa Inggeris dan diterjemahkan. Hasilnya, nama bahasa Inggeris itu turut kekal. -- Hezery99 (bincang) 09:20, 30 Januari 2011 (UTC)

Itu antara sebab perbincangan ini dibuka. Agak tidak seragam jika sebahagian infobox diterjemah namanya sedangkan yang lain tidak. Tambahan lagi, dalam meletakkan kategori templat, tidak diketahui mana satu istilah yang patut diguna untuk infobox. Jadi keseragaman amat perlu. --Kurnia [ bual ]

Saya rasa bagus sekiranya ia diseragamkan. Pada awalnya, tumpuan lebih kepada pengisian kandungan. Dengan pertambahan penyumbang, adalah elok jika perkara-perkara pentakbiran turut ditangani. 203.82.82.78 13:20, 30 Januari 2011 (UTC)
Saya berbelah bagi nak pilih yang mana pasal nama ini. Tapi saya setuju semua nama templat harus berhuruf kecil kecuali huruf pertamanya. ...Aurora... (b) 03:12, 31 Januari 2011 (UTC)

Setuju dengan perkara berikut;

  • Menggunakan nama bahasa Melayu, saya bersetuju dengan nama Kotak maklumat
  • Menggunakan nama dalam bahasa Inggeris sebagai lencongan
  • Tumpuan harus diutamakan bagi penciptaan Kotak maklumat baru

Zamwan (bincang) 13:56, 31 Januari 2011 (UTC)

Kalau kotak maklumat digunakan, memang tidak berapa praktikal kerana ia panjang. Kalau saya, kita pinjam saja infobox daripada bahasa Inggeris, bahasa lain pun ada yang buat sedemikian. Atau kita cuma gunakan kata kotak sahaja, macam {{Kotak komik BM}}. --Kurnia [ bual ] 16:22, 2 Februari 2011 (UTC)

Saya mencadangkan supaya terma "kotakinfo" digunakan bagi menyeragamkan nama templat ini. Ini berdasarkan rasional tentang nama dalam bahasa Inggeris infobox yang mana ianya adalah satu perkataan, tanpa jarak, walaupun ianya berkemungkinan singkatan dari information box. Oleh itu, sesuai digunakan terjemahan langsung dari terma infobox (iaitu 'kotakinfo'). Walaupun 'maklumat' adalah terjemahan utama bagi information, perkataan 'informasi' dan 'info' juga terdapat dalam daftar Kamus Dewan, serta penggunaannya juga agak meluas. Terma 'kotakinfo' juga dapat mengekalkan nuansa infobox yang merupakan perkataan teknikal dan pengkomputeran, yang mungkin hanya digunakan dalam konteks wikipedia.

Saya juga lebih cenderung bagi penggunaan 'kotakinfo' daripada 'kotak info', iaitu dengan tiada jarak. Ini adalah bagi menyeragamkan nama templat ini dengan versi asalnya dalam bahasa Inggeris.

Adalah wajar bagi apa sahaja yang terdapat dalam Wikipedia bahasa Melayu untuk dibuat dalam bahasa Melayu. Ini termasuk mengimport dari Wikipedia dalam bahasa lain, terutama sekali Inggeris, yang mana wajar baginya diterjemah ke dalam bahasa Melayu, selagi mana ianya boleh dilaksanakan.

Walau bagaimana pun, saya setuju bagi membuat nama templat dalam bahasa Inggeris sebagai lencongan. Ini bagi menolong memperluaskan penggunaan templat berkenaan kepada penyunting Wikipedia Bahasa Melayu, terutama sekali yang sudah biasa dengan templat di Wikipedia Bahasa Inggeris.

Saya juga setuju dengan nama templat wajar berhuruf kecil kecuali huruf pertama. Ini bagi menyeragamkan nama templat dengan versi bahasa Inggeris. Juga, nama templat tersebut biasanya kata nama am, kecuali dapat dikenal pasti perkataan tersebut adalah kata nama khas.Zulfadli51 (bincang) 17:08, 25 Disember 2017 (UTC)

Penggabungan dan penyeragaman nama kategori orang/tokoh[sunting sumber]

Saya dapati ada kategori-kategori berlainan yang sama fungsinya, oleh itu wajar digabungan menjadi satu supaya pembaca kurang berasa keliru dan lebih memandang tinggi mutu WBM. Antara kategori-kategori yang harus digabungkan menjadi satu ialah:

Kita harus membincangkan istilah mana paling sesuai. Bagi saya:

Apapun, semua ini masih kita boleh bincangkan sebelum apa jua tindakan diambil untuk meningkatkan mutu WBM. Terima kasih. – Fanatix (bincang) 10:44, 24 Februari 2011 (UTC)

Tiada orang komen yg ini ke? Adakah kerana seperti saya, yang tiada usul lebih baik, maka setuju sahaja? ...Aurora... (b) 03:03, 25 Februari 2011 (UTC)
Kalau setuju semuanya pun kena suarakan, kalau tak saya terus diselubungi ketakpastian. – Fanatix (bincang) 13:26, 28 Februari 2011 (UTC)
Setuju seperti cadangan di atas. Yosri (bincang) 13:39, 28 Februari 2011 (UTC)
Bagaimana pula tentang Kategori:Orang dari Xxxx? Patut Kategori:Tokoh dari Xxxx kah? --Kurnia [ bual ] 17:52, 3 Mac 2011 (UTC)
Bagi soalan Kurnia, saya rasa Kategori:Tokoh dari Xxxx lebih elok. – Fanatix (bincang) 08:36, 4 Mac 2011 (UTC)
Tapi saya rasa, 'orang' lagi sesuai, kerana tidak semertinya individu yang direncanakan itu seorang tokoh sesuatu bidang. Jadi pada saya, lebih baik kekalkan 'Kategori:Orang dari Xxx' kerana lebih bersifat umum. --Kurnia [ bual ] 09:41, 4 Mac 2011 (UTC)
Semoga penyelesaian hal ini dimuktamadkan pada hari Ahad, 13 Mac 2011. Sekarang masih terbuka kepada apa-apa lagi soalan. – Fanatix (bincang) 03:04, 7 Mac 2011 (UTC)
Sekarang, saya dalam proses memindahkan isi kategori besar Tokoh ke Orang. Rasanya cadangan saudara Kurnia mengenai "orang" mengikut tempat lebih elok berbanding "tokoh". Cth. "Orang Malaysia", "Orang dari Kuala Lumpur", betul tak? Kerana bukan semua orang merupakan tokoh yang aktif dalam sesuatu bidang. Terfikir pula orang-orang seperti mangsa pembunuhan, pesakit istimewa, dsb yang bukannya berbakti secara langsung tetapi mencuri perhatian dunia. Yang mengikut bidang mesti "tokoh." - "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 12:24, 16 Mac 2011 (UTC)
Ok. Cuma satu soalan, kenapa Kategori:Pelakon mengikut kerakyatan ditukar menjadi Kategori:Pelakon mengikut bangsa? Nationality di sini merujuk kepada negara, jadi istilah kerakyatan atau negara lebih tepat, sedangkan bangsa hampir sama dengan etnik (Kategori:Pelakon mengikut etnik). ...Aurora... (b) 04:32, 17 Mac 2011 (UTC)
Ya tak ya jugak. Rasanya saya terkeliru dengan konteks nationality tu, sejak saya uruskan sedikit kategori kebudayaan (kerana budaya lebih terikat dengan bangsa berbanding negara, macam orang Cina seberang laut yang kekalkan tradisi dan identiti budaya walaupun menetap di luar China). Patutlah saya tengok "kerakyatan" kerap digunakan. Macam ni boleh tak: orang = mengikut 'kerakyatan'; kebudayaan = mengikut 'bangsa'?
Satu lagi...kalau kategori mengikut keturunan, saya rasa konteks 'bangsa' lebih sesuai kerana 'kerakyatan' merujuk kepada citizenship ("kewarganegaraan" yang dipegang oleh orang). Maksud saya, macam keturunan Cina tapi tak pernah pegang kerakyatan China. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 09:22, 17 Mac 2011 (UTC)
PS:Kiriman terdahulu disunting kerana baru sedar ada kategori Muslim yang dah elok.
Saya baru teringat. Untuk kategori by ethnicity, saya tengok kedua-dua "mengikut etnik" dan "mengikut keetnikan" dipakai sekali untuk tajuk kategori. Hanya salah satu boleh diterima sekali. Yang mana lebih elok? Jika diikutkan Kamus Dewan, "keetnikan" lebih sesuai kerana "etnik" itu kata sifat, tapi saya teringat saya terpakai "etnik" dalam beberapa nama kategori baru, jadi terpaksalah saya semak balik nanti. -.-"
Tapi by ethnic or national origin = "mengikut keturunan etnik atau bangsa" boleh kan? – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 15:25, 17 Mac 2011 (UTC)
1) Orang = mengikut 'kerakyatan'; kebudayaan = mengikut 'bangsa'? Kalau lihat pada en.wiki, mereka ada dua kategori: Category:Culture by nationality dan Category:Culture by ethnicity. Jadi supaya tak pening kepala, saya sarankan kita buat dua kategori juga, nationality = 'kerakyatan' dan ethnicity = 'keetnikan'.
2) Kategori mengikut keturunan. Sama juga, lebih mudah jika kita selaraskan dengan kategori di en.wiki: Category:People by ethnic or national descent dan Category:People by ethnic or national origin. Maknanya kena hapuskan 'Kategori:Orang mengikut keturunan etnik atau kerakyatan' kerana saya tak tahu apa maknanya.
3) Antara etnik dan keetnikan. Bergantung kepada keadaan, ethnic = etnik, ethnicity = keetnikan.
4) by ethnic or national origin = "mengikut etnik atau negara asal". ...Aurora... (b) 04:12, 19 Mac 2011 (UTC)
Nampaknya kita sudah ada Kategori:Orang mengikut asal etnik atau negara, dan Kategori:Orang mengikut keturunan etnik atau kerakyatan. Rasanya apa yang cuma kita perlu risaukan buat ialah melencongkan mana-mana kategori yang bertindih ke situ. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 13:05, 19 Mac 2011 (UTC)

"Budaya" atau "kebudayaan"?[sunting sumber]

Saya mendapati bahawa rencana-rencana dan kategori-kategori berkenaan budaya sesebuah negara atau kaum tidak seragam penamaannya, iaitu ada yang bernama "Budaya XXX", selebihnya "Kebudayaan XXX". Ini boleh mengelirukan penyunting yang ingin membuat pautan ke rencana atau kategori budaya. Jadi saya syorkan supaya semua rencana dan kategori berkenaan budaya di seluruh WBM ini hanya memakai satu istilah sahaja, sama ada "Budaya" atau "Kebudayaan". – Fanatix (bincang) 10:56, 24 Februari 2011 (UTC)

Yang ini sebenarnya 'dah ada sistem', saya dari dulu lagi akan memindahkan mana-mana rencana kebudayaan berkaitan negara kepada format "Kebudayaan XXX". Begitu juga dengan kategori. Setakat ini belum ada bantahan. Tapi saya tak buat secara bersistematik, jadi pastinya ada yg tertinggal. Untuk rencana budaya tak berkaitan negara (contohnya "budaya primitif", "Budaya Lingnan") saya biarkan sahaja ikut pencipta rencana. ...Aurora... (b) 12:21, 24 Februari 2011 (UTC)
Kalau begitu, biar saya tolong juga. – Fanatix (bincang) 13:44, 24 Februari 2011 (UTC)

Saya bantu menggunakan bot saya, Kururubot. --Kurnia [ bual ] 13:53, 24 Februari 2011 (UTC)

Terima kasih. Rencana negara dah habis saya pindahkan, tinggal kategori sahaja. ...Aurora... (b) 14:03, 24 Februari 2011 (UTC)
Bagi saya kecuali ia salah, rencana itu dibiarkan menurut nama pencipta rencana. Laman lain hanya dilencongkan sahaja. Ini kerana sifat bahasa itu sendiri adalah flexible, penyelia tidak dilantik sebagai polis bahasa walau macammanapun kita rasa kita hebat. Bukan tugas Wikipedia menentukan gaya bahasa yang mana betul, selagi lengguk bahasa yang digunakan menepati tatabahasa Melayu patut dibiarkan. Penyelaras dibiarkan sahaja melalui laman lencongan. Yosri (bincang) 15:14, 24 Februari 2011 (UTC)
Don't be a control freak! Please. Yosri (bincang) 15:18, 24 Februari 2011 (UTC)
Ini bukan berkenaan dengan kefleksibelan bahasa, tetapi mustahak untuk kualiti Wikipedia. Wikipedia bahasa lain sekarang tekankan dan dahagakan penyeragaman sebegini. Di English Wikipedia misalnya, tak boleh letak nama kategori "Italian Americans" lagi, sebaliknya letak "Americans of Italian descent". Begitu juga, tak boleh lagi "Culture of Malaysia", hanya "Malaysian culture" diterima; "Sports in Malaysia" pun tak boleh, "Sport in Malaysia" saja boleh. Kalau kedua-duanya diterima sekali pengguna Wikipedia ingat penyelia Wikipedia semua bersikap sambil lewa - tanggapan buruk tu! Kerana pembaca harapkan tiada dua kategori yang sama ertinya, supaya dalam satu-satu kategori boleh cari segalanya yang berkaitan. Tak payah melompat dari "Budaya Malaysia" hingga "Kebudayaan Malaysia" semata-mata untuk mencari banyak lagi rencana pasal kebudayaan Malaysia.
Kami semua tiada niat nak jadi control freak, cuma para penyelia dan pengguna setia Wikipedia inginkan yang terbaik untuk kesejahteraan Wikipedia BM dalam jangka masa panjang. Lagipun bahan ilmiah dalam BM jangan bandingkan dengan bahasa Inggeris lagi, dipercayai ia sudah agak ketinggalan berbanding bahasa negara jiran sendiri seperti Thai dan Vietnam. Janganlah sampai netizen Malaysia memandang serong terhadap WBM kerana rencana tak kemas, kategori bertindan dsb. – Fanatix (bincang) 15:36, 24 Februari 2011 (UTC)

Komen saya adalah mengenai judul rencana dan tidak kena-mengena mengenai kategori. Saya setuju kategori perlu diselaraskan, dan tiada bantahan dalam komen sebelum ini. Yosri (bincang) 15:58, 24 Februari 2011 (UTC)

Berkenaan bahan ilmiah, itu adalah hasil sumbangan semua penyumbang. Asked not about other people contribution, but ask what is your contribution to Wikipedia bahasa Melayu today. Yosri (bincang) 16:05, 24 Februari 2011 (UTC)
Relaks la, ini tiada kaitan dengan penyelia mahupun polis bahasa, cuma gaya dan penyeragaman. ...Aurora... (b) 03:03, 25 Februari 2011 (UTC)

Dasar baru: Tempat[sunting sumber]

Saya rasa kita perlu buat dasar baharu untuk berurusan dengan rencana berkaitan tempat. Wiki ini telah dibanjiri dengan rencana tidak penting, tunas tempat yang isinya cuma menyatakan di mana letaknya tempat tersebut. Ditakuti, pada masa akan datang, rencana-rencana setiap kampung yang wujud akan dicipta, dan isinya cuma "Kampung X ialah sebuah kampung di Y, Z". Rencana sebegini konteksnya kurang, layak dihapuskan terus. Lebih sesuai kampung-kampung diletakkan dalam sebuah senarai dan apabila rasa ia mampu mempunyai isi yang banyak, bolehlah diciptakan rencana untuknya. Bagaimana pula pendapat kalian? --Kurnia [ bual ] 05:48, 8 Mac 2011 (UTC)

Saya tidak setuju kerana:-
Ia perkara biasa dan diterima di laman lain. Contoh http://id.wikipedia.org/wiki/Bas-Rhin
Ia tidak menghalang penyumbang lain untuk mengembangkan rencana yang mereka minati. Hal ini boleh dilakukan selari.
Ia mampu menggalakkan penyumbang baru (tempatan), menulis mengenai kampung mereka.
Tidak ada had bilangan rencana pada Wikipedia. Contohnya wiki Inggeris mencecah 3juta.
Laman-laman itu tidak kelihatan pada orang biasa kecuali mereka mencarinya. Yosri (bincang) 13:58, 8 Mac 2011 (UTC)
Masalah sekarang bukan jumlah rencana terlalu banyak, tetapi rencana yang konteksnya kurang. Contoh yang anda berikan daripada id.wiki itu ada enam maklumat, jadi konteksnya cukup untuk dianggap stub. Bagi rencana yang isinya "Kampung X ialah sebuah kampung di Y, Z", layakkah?
Mengembangkan? Kebanyakan rencana berkaitan tempat yang dicipta dengan konteks sedikit dibiarkan begitu saja selepas dicipta, tidak dikembangkan. Boleh ambil Daerah Zhambyl, Wilayah Almaty sebagai contoh, dan banyak lagi anda boleh temukan jika anda belek rencana rawak. Tentang isu mencari, memang nama rencana yang tak wujud tidak akan timbul dalam swalengkap, tapi ini dapat menarik pengguna untuk menciptakan rencana berkaitan perkara yang dicarinya itu jika dia dapati ia tidak wujud. Saya alami ini masa mula-mula menyunting, apabila saya dapati rencana komik tidak wujud. Lagipun, jika sesuatu nama dilencongkan ke sebuah rencana senarai, nama tersebut turut muncul dalam senarai lengkapan carian. --Kurnia [ bual ] 14:21, 8 Mac 2011 (UTC)
Bukan dah banyak ke rencana macam tu? Kampung di Malaysia, desa di Indonesia, komun di Perancis dll. Semuanya aras keempat (contohnya di Malaysia, aras 1, 2, 3 ialah negeri, daerah, mukim). Pendapat peribadi saya, semua rencana yg isinya cuma satu atau dua ayat layak dihapuskan, tidak terhad kepada tempat sahaja. Perhatikan bahawa rencana yg memiliki kotak maklumat 'selamat' daripada ukuran ini. ...Aurora... (b) 02:41, 9 Mac 2011 (UTC)
Aurora: Ya, sebab itu saya katakan "telah dibanjiri", jadi perlu dihentikan sumbangan-sumbangan sebegini dan kembangkan yang sedia ada, atau hapuskan dan pindahkan ke sebuah laman Senarai. Tentang komun di Perancis, memang pendek-pendek belaka, tapi seperti yang anda kata, kotak selamatnya ada, dan dalam kotak tersebut mengandungi maklumat berguna seperti koordinat, peta, dsb.. Sebab itu saya sekarang dalam usaha mengembangkan semua rencana-rencana komun Perancis dengan meletakkan kotak maklumat padanya dengan harapan kelayakannya untuk dihapuskan segera hilang (lihat en:WP:CSD#A1). Tapi semasa membelek rencana rawak, terdapat banyak rencana yang ada kotak maklumat, tapi isinya tiada. Kalau dasar ini dapat diperkukuhkan dan dipersetujui ramai, saya boleh hapuskannya di bawah en:WP:CSD#A1 jika saya terserempak dengan salah satunya. --Kurnia [ bual ] 03:12, 9 Mac 2011 (UTC)
SUNTING: Rupanya rencana nombor-nombor yang tidak penting pun wujud... =_=||| --Kurnia [ bual ] 03:21, 9 Mac 2011 (UTC)
Sememangnya artikel-artikel berkaitan dengan kampung, rencana komun Perancis pendek atau topic lain seperti tumbuhan pendek dan boleh dikatakan membanjiri Wikipedia MS. Namun begitu dengan polisi yang sedia ada, rencana-rencana tersebut tidak boleh dipadam. Oleh itu, saya mencadangkan supaya meningkatkan kedalaman rencana daripada memadam rencana. Bukankah itu fungsi WP, setiap suntingan menjadikan sesuatu artikel lebih baik. --Diagramma Della Verita (bincang) 16:03, 24 Mac 2011 (UTC)

Kandungan tidak bebas[sunting sumber]

Saya dah mencipta Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas sebagai EDP untuk Wikipedia ini. Tanpanya, kita tak dibenarkan menggunakan sebarang kandungan tidak bebas di sini, termasuklah gambar berhakcipta, walaupun atas alasan kegunaan wajar. Jika ada pandangan, boleh nyatakan di sini, atau di laman perbincangan laman tersebut. ...Aurora... (b) 07:14, 7 April 2011 (UTC)

Perlindungan laman dan templat Tahukah anda[sunting sumber]

Sila ambil perhatian bahawa laman Tahukah anda dikemas kini secara mingguan dengan memilih lima rencana baharu yang mematuhi kriteria berikut:-

  • Berita semasa
  • Pengetahuan am
  • Rencana terbaru Wikipedia

Sebagai syarat tambahan yang tidak dinyatakan, fakta-fakta tersebut mestilah disokong oleh kandungan rencana masing-masing. Juga, pemilihan fakta dan rencana dalam ruangan Tahukah anda mingguan hanya boleh dilakukan oleh penyelia sahaja demi menjaga integriti dan kewibawaan Wikipedia. Oleh itu, laman serta templat Tahukah anda mingguan seharusnya dilindungi, tambahan pula laman tersebut merupakan laman khas. Maka, sebarang cubaan untuk mengusik laman serta templat Tahukah anda merupakan satu bentuk vandalisme yang boleh menyebabkan pelakunya disekat.

Mulai hari ini, laman serta semua templat Tahukah anda akan dilindungi sepenuhnya supaya hanya penyelia sahaja yang berhak menyuntingnya. Harap maklum. - Hezery99 (bincang) 09:08, 18 April 2011 (UTC)

Penyelia sementara[sunting sumber]

Apa pandangan rakan2 tentang melantik penyelia sementara untuk membersihkan fail2 yg ada di Wikipedia ini. Daripada sekitar 14,600 fail kini, banyak fail/imej di sini yang:

  1. Berhakcipta, tetapi tiada templat lesen atau sumber langsung.
  2. Berhakcipta, tetapi salah dilesenkan dengan lesen bebas.
  3. Berhakcipta, memiliki lesen sesuai, tetapi sumbernya tidak diketahui.
  4. Berhakcipta, memiliki lesen sesuai, sumbernya diketahui, tetapi tidak digunakan.
  5. Berlesen bebas, dan kini boleh didapati di Wikimedia Commons.

Dua pengguna yang juga merupakan penyelia Commons, MGA73 dan Zscout370 ingin membantu menghapuskan fail2 ini. Mereka telahpun membantu memperbaiki lesen dan mengisih fail2 terbabit sebelum ini. Sekiranya dipersetujui, bidang kuasa mereka terhad untuk menghapuskan fail2 terbabit sahaja, untuk tempoh yang akan ditentukan. Untuk maklumat lanjut boleh lihat laman perbincangan saya. ...Aurora... (b) 07:45, 4 Mei 2011 (UTC)

Tiada komen? ...Aurora... (b) 14:18, 12 Mei 2011 (UTC)
At the moment there is 1.097 files in Kategori:Gambar Commons and there are hundred of files in the other categories. I can't fix all of the problems on ms-wikipedia but I can help deleting the easy files. That will save time for local admins that will therefore have more time to look at the files I may not be sure about. As you may know I'm an admin at Commons and some wikis (da, en and lb) so I know how the admin tools work. --MGA73 (bincang) 14:31, 13 Mei 2011 (UTC)
I do not see any issues about temporary, but while Administrator can give sysop access, he cannot take it back. That requires Steward level, which is none at ms now. Yosri (bincang) 14:59, 13 Mei 2011 (UTC)
That should not be a problem. Any admin can just make a note on Meta asking for the rights to be removed and it will be fixed in "no time". If a "bad" admin refuses to self-desysop you just need a local discussion to desysop the admin and then make a notice to Meta with a link to the consensus that the admin should be desysoped. That should also work. --MGA73 (bincang) 15:48, 13 Mei 2011 (UTC)
I found the link: m:Steward_requests/Permissions#Removal_of_access. --MGA73 (bincang) 15:50, 13 Mei 2011 (UTC)
Perhaps it would be easier if we can set a timeframe. MGA73 and Zscout370 can state how long they need the sysop bit, and then we can use that to request desysopping at meta. ...Aurora... (b) 08:36, 15 Mei 2011 (UTC)
If you prefer a timeframe I suggest 3 months. That should be enough to clear most of the files. After that local admins should hopefully be able to keep the number of files waiting for deletion at a minimum. I added a formal request below. --MGA73 (bincang) 12:42, 23 Mei 2011 (UTC)

I could use pywikipedia bot to delete all those files. --Kurnia [ bual ] 08:50, 15 Mei 2011 (UTC)

If all the local sysops help out, that would be the best. However, I'm not sure running a bot script is a good idea, because many of the images are tagged using a bot too. Human double checking is preferable. ...Aurora... (b) 09:14, 15 Mei 2011 (UTC)
I usually change licenses by bot, but all replacements are done by hand. Zscout370 (bincang) 07:05, 16 Mei 2011 (UTC)

Request for tempory admin status for 3 months for MGA73[sunting sumber]

I User:MGA73 hereby formally request tempory admin status for 3 months to be able to help cleanup in files. See discussion above in #Penyelia sementara. You can see more about me here (sysop at 4 wikis). --MGA73 (bincang) 12:42, 23 Mei 2011 (UTC)

As we have discussed this for about 3 weeks now, unless there's any objection, I'm going to fulfill this request soon. ...Aurora... (b) 03:09, 24 Mei 2011 (UTC)
I hv no problem with this arrangement. Zamwan (bincang) 05:55, 24 Mei 2011 (UTC)
Support for the temporary request. Yosri (bincang) 10:36, 24 Mei 2011 (UTC)
Done. ...Aurora... (b) 09:25, 25 Mei 2011 (UTC)

Polisi pengawalan bahan lucah di Wikipedia bahasa Melayu (Pembukaan cadangan awal dan perbincangan)[sunting sumber]

Baru-baru ni saya lihat telah banyak rencana-rencana berusurkan lucah seperti Kebogelan, Kebogelan di tempat awam, Fotografi bogel dan lain-lain telah mula bercambah di Wikipedia bahasa Melayu. Malah rencana-rencana tersebut turut memuatkan gambar-gambar bersifat "pornografi" dan "lucah". Saya rasa agak khuatir jika lambakan rencana dan gambar-gambar seperi ini terus bermaharaja lela dalam Wikipedia lebih lebih lagi di Wikipedia bahasa Melayu, saya agak takut nanti ada pihak melabelkan Wikipedia sumber bahan lucah pula.

Di Wikipedia bahasa Inggeris kita dapat melihat rencana bertopikkan isu seksualisme di lihat sering diselitkan dengan pelbagai imej-imej gambar lucah yang agak banyak, tetapi mungkin kita di Wikipedia bahasa Melayu mungkin tidak dapat menerima adat dan budaya ini secara terus menerus nanti dapat menyebabkan berlaku "cultural shock", walaupun kita tahu Wikipedia mengamalkan konsep keterbukaan dan demokrasi. Saya cadangkan kita dapat mengawalnya, memandangkan para pembaca dan penyumbang di Wikipedia bahasa melayu adalah orang yang mengamalkan konsep ketimuran.

Bagi pandangan saya, jika bahan lucah itu dapat dikawal ia mungkin lebih bagus, atau setiap satu rencana terbitan yang mungkin mengandungi usur seks dan lucah dapat di WAJIBKAN untuk di tag dengan tag 18sx yang kita ada pada setakat ini.

Kalau kita merujuk kepada polisi NPOV dan POV, ia kelihatan agak OK untuk menerima kehadiran rencana dan imej lucah dan seks seperti ini, tapi pandangan saya mungkin Wikipedia bahasa Melayu mempunyai pendirian yang lain?

Mungkin isu ini kita dapat buka pada umum di Kedai Kopi kita bagaimana? untuk kita membincangkannya.

Disini saya pautan sedikat bingkisan perbincangan berkenaan isu ini di Wikipedia bahasa Inggeris oleh penyumbang disana [1]. Sekian, terima kasih--Smim90 (bincang) 13:58, 27 Jun 2011 (UTC)

Satu pandangan yang cukup bernas. Saya turut berkongsi sentimen yang sama dengan saudara, tetapi ada masanya kita terpaksa terima beberapa rencana sebegitu atas dasar ilmiah. Kalau ikutkan, bab anatomi sistem pembiakan manusia yang kita pelajari dalam mata pelajaran Sains dan Biologi (bagi pelajar aliran Sains) di sekolah menengah pun boleh dikira sebagai lucah juga. Pemasaan bagi pembelajaran bab berkenaan pun sangat mengena iaitu pada usia akil baligh kerana pada usia itu sepatutnya manusia dianggap sudah berupaya untuk berfikir secara matang. Tapi kita kena belajar juga, sebab dari situlah kita seharusnya sedar asal-usul kita. Tapi lambakan rencana berunsur seksual mungkin akan mengakibatkan kesan buruk jika disalahgunakan. Jadi apa yang kita mampu buat setakat ini ialah hadkan gambar-gambar dalam rencana tersebut jika ada. Sudah tentulah, tag 18SX pun perlu dibubuh juga sebagai amaran kepada pembaca, sekaligus membolehkan Wikipedia tidak disalahkan sekiranya berlaku sesuatu yang tak baik; kalau ada pun, itu semua berpunca daripada kecuaian si pelaku itu sendiri sebab kita dah pun beri amaran. - Hezery99 (bincang) 14:16, 27 Jun 2011 (UTC)

Saya juga berpendapat memang seharusnya perlu ada bidang seperti ini dalam sesuatu bahan ilmiah pembelajaran misalnya ensiklopedia, kerana ia turut membina dalam membentuk konsep pengetahuan dan entiti yang tersendiri yang memerlukan pemikiran yang matang dan rasional. Dalam isu ini saya tak menyangkal keperluan mewujudkan bahan-bahan lucah, malah saya juga anggap ia perlu dalam menjadi satu pengetahuan ilmu seksologi yang baik. Saya rasa cara tambahan yang lain adalah: mungkin setiap kali mana-mana penyunting yang akan memuat naik imej, video atau sebagainya berkaitan seks, lucah dan berkaitan dengannya mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dari mana-mana penyelia atau birokrat atau mungkin juga pemuat naik imej seperti itu perlu melalui proses undian umum di wiki ini, sebelum ia dibenarkan masuk ke laman rencana? Kedengaran ia agak leceh tapi praktikal bukan, sebenarnya tak lah susah cuma perlu wujudkan lamn undian baru untuk gambar seperti itu, macam mana?

Hadkan gambar, saye rasa perlu dijelaskan berapa banyakkah bilangan gambar yang dibenarkan untuk satu-satu rencana seksualism? --Smim90 (bincang) 15:44, 27 Jun 2011 (UTC)

Ada sebarang pandangan lain?--Smim90 (bincang) 05:51, 4 Julai 2011 (UTC)

Tiada bangkangan drpd saya jika hendak menghadkan bilangan gambar atau mewajibkan tag 18sx. Dan kalau nak melarang terus muat naik gambar lucah pun saya tidak kisah, cukup dengan gambar Commons sahaja. ...Aurora... (b) 14:51, 4 Julai 2011 (UTC)

Bosan belaka! Kalau Aurora tiada objeksi yang gigih, bolehkah saya dapatkan perkenanan untuk menterjemahkan rencana Pornopedia, si Ensiklopedia Seksi, katanya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:11, 4 Julai 2011 (UTC)

Haha, perbincangan ini lebih mengenai gambar, bukan rencana. ...Aurora... (b) 02:30, 6 Julai 2011 (UTC)
Buat lawak saje, Aurora... lagi pun, rencana Pornopedia berhak cipta dan kebanyakan rencana terdiri hanya daripada satu atau dua ayat. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:01, 6 Julai 2011 (UTC)

Mungkin ada yang anggap ni perkara leceh, tapi kalau kita pandang segala aspek ia penting demi kebaikan Wikipedia, persepsi dan masyarakat sejagat. bagi saya rencana berunsur lucah dan seks di Wikipedia bahasa Melayu ni masih pada tahap boleh lah anggapa sopan lagi sebab ayat pada rencana tu masih formal dan tak meningkatkan nafsu pembaca sangat, tapi gambar yang dipaparkan kan tu agak kurang sesuai dengan pembaca yang kebanyakkan disini orang timur lebih-lebih lagi bangsa Melayu dan beragama Islam, sebab gamabrkan sebahagian dari bahan lucah yang patut dikawal. I think so? would u? Mungkin ada kata putus?--Smim90 (bincang) 16:55, 6 Julai 2011 (UTC)

Saya setuju jumlah gambar lucah dihadkan. Sekiranya pengguna ingin melihat lebih gambar mereka boleh diberi pilihan untuk klik ke laman Wikipedia Inggeris. Oleh itu, mereka yang ingin melihat lebih banyak gambar tidak disekat sepenuhnya, sementara mereka yang tidak ingin melihat gambar lucah, tetapi ingin membaca mengenai fakta boleh memilih untuk tidak pergi ke gambar lucah yang berkenaan. Yosri (bincang) 17:42, 6 Julai 2011 (UTC)

Adakah en. Yosri berpendapat bermaksudkan kita patut adakan 2 laman berbeza disini misalnya satu laman rencana berkaitan seksologi tanpa imej lucah dan satu laman tambahan hanya untuk memuatkan imej lucah?--Smim90 (bincang) 17:56, 6 Julai 2011 (UTC)

Cadangan Yosri sangat berlogik. Bukan dua laman, cuma satu dengan bahagian "Pautan Luar" mengandungi pautan ke Wikipedia bahasa Inggeris. Kita harus mengambil kira keadaan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak boleh mengikut Wikipedia bahasa Inggeris sepenuhnya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:35, 6 Julai 2011 (UTC)
Malaysia bukanlah sebuah negara Islam, tetapi Islam hanya merupakan agama rasmi persekutuan. Pada pandangan saya sebab-sebab pengawalan kandungan tersebut tidak boleh dikategorikan dalam konteks bangsa Melayu,agama Islama dan Malaysia. Saya tidak menentang pengawalan kandungan tetapi tujuannya haruslah berasaskan sebab yang munasabah. Mungkin templat seperti readers' discretion is advised boleh digunakan kerana penggunaan templat 18-SX secara tidak langsung mengiktirafkan kandungan tersebut sebagai seksual walaupun bercirikan ensiklopedik. Komuniti WP MS juga tidak patut mempunyai pandangan negatif atau menyifatkan WP EN sebagai laman yang memaparkan bahan lucah. WP berperanan sebagai ensklopedia bebas. --Diagramma Della Verita (bincang) 16:16, 7 Julai 2011 (UTC)
Jika dilihat, ulasan saya adalah dari segi kesemua pengguna tidak dipaksa melihat gambar lucah, tetapi bagi mereka yang cenderung ke arah itu masih boleh memilih untuk menyusur pautan yang diberikan. Mengenai helah gambar untuk pendidikan dan bukan gambar lucah, pada pandangan peribadi saya, gambar lucah adalah gambar lucah walau apa tujuannya. Jika gambar lucah untuk pendidikan, kita akui sahaja gambar lucah yang digunakan bagi pendidikan. Lakaran juga boleh digunakan untuk matlamat yang sama, tidak perlu gambar lucah kerana WP terbuka pada semua usia termasuk bawah umur dan pra matang (usia lebih 18 tetapi sikap masih tidak matang). Yosri (bincang) 18:45, 7 Julai 2011 (UTC)

Definisi lucah berdasarkan Princeton Dictionary ialah creative activity (writing or pictures or films etc.) of no literary or artistic value other than to stimulate sexual desire. Kandungan seksual tidak semestinya lucah! Kandungan WP mempunyai nilai literasi dan ensiklopedik. Oleh itu, pada pandangan saya, penggunaan templat 18-SX atau pengawalan kandungan semata-matanya akan menjatuhkan nilai WP sebagai ensiklopedia bebas. Saya tidak menentang penggunaan templat untuk memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan yang dibaca tetapi perkataan 18-SX tidak harus diletakkan atas sebab bersifat tidak relevan dan umur 18 tahun tidak haruslah dijadikan sebagai benchmark untuk melihat sesuatu artikel. --Diagramma Della Verita (bincang) 15:05, 8 Julai 2011 (UTC)

Bagi pandangan saya setiap satu WP mempunyai cara dan kaeadah tersendiri yang boleh digunakan dalam mentadbir WP dalam sesuatu versi, saya taknak menyalahkan WP Inggeris akan sikap keterbukaannya walaupun dalam hal-hal lucah dan sebagainya kerana itu cara WP Inggeris namun pertikaian tentang isu-isu sebegini masih boleh dilihat dalam perbincangan mereka, sila lihat [2]. pada pandangan saya walaupun WP adalah Ensiklopedia Bebas namun ia tidaklah Bebas 100%, kalau bebas mengapa dasar dan garis pandua perlu diikuti dalam setiap versi. Dasar dan panduan dalam setiap versi bahasa di WP juga berbeza-beza dan tak serupa bergantung pada persekitaran dalaman dan faktor yang mempengaruhi kehidupan ensiklopedia tersebut. Mungki pada pandangan saya kita harus adakan penghadan gambar lucah dalam satu-satu recana berkaitan dengannya. Mungkin satu rencana lucah cukup untuk 3 gambar sahaja maksimum, lain-lain gambar orang ramai boleh lihat pada sumber lain seperti yang dicadangkan oleh Yosri. Dalam hal berkaitan jenis gambar kita kan ada banyak penyelia, mana tak berkaitan buang sahaja gambar tu dari laman rencana. Habis cerita. Kalu ada usul penambahan gambar dan pertukaran gambar bincangkan disini. Bagi perkara seperti perletakan templat pula, ada cadangan lain? Ini cuma pandangan yang dapat dilakukan untuk elak perbalahan yang susah-susah.--Smim90 (bincang) 15:24, 8 Julai 2011 (UTC)

Apa yang dianggap lucah dan apa yang tidak dianggap sebagai kelucahan kekadang bergantung kepada bayangan. Bagi sesetengah orang, pertunjukan jari hantu yang tegak ialah kelucahan, sedangkan orang itu hanya cuba menentukan hala angin. Justeru, satu jalan tengah mungkin dapat memuaskan sebahagian keperluan kedua-dua pendirian. Keadaan ini sememangnya merupakan satu zero-sum game. Nak 100-0 ke, 0-100 ke, atau 50-50? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:30, 8 Julai 2011 (UTC)

Pada pandangan saya, lebih baik kita elakkan daripada menggunakan perkataan lucah dalam perbincangan kerana setiap orang mempunyai definisi tertentu. Sebaliknya, gunakan frasa kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca. Definisi ini tidak terhad kepada kandungan seksual tetapi kandungan lain yang mempunyai ciri-ciri extremism.
Berdasarkan perbincangan di atas, berikut merupakan senarai perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih mendalam atau diundi oleh komuniti WP MS. Sekiranya anda mempunyai usul lain yang ingin diundi, sila tambahkan di bawah.
  • Bilangan gambar maksimum untuk sesuatu artikel yang mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca
  • Pertukaran templat 18-SX supaya umur tidak menjadi sesuatu benchmark dalam sesuatu polisi. Sebaliknya templat tersebut dicadangkan ditukar kepada Amaran: Laman berikut mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca'. Keprihatinan dan pertimbangan pembaca amat dihargai. Ruang kosong tidak harus wujud antara kandungan dengan templat kerana pembaca sedia maklum tentang kandungan yang dibaca. --Diagramma Della Verita (bincang) 13:48, 9 Julai 2011 (UTC)
Tapi ayat macam tu lebih kurang sama untuk kandungan yang terlalu seram atau ganas. Nampak umum sangat. Saya rasa patut tambah sikit lagi pada bahagian hujung selepas "ketidakselesaan pembaca", "...serta tidak sesuai untuk pembaca di bawah usia matang. Pemantauan ibu bapa diperlukan bagi pembaca di bawah usia matang." Kita tak perlu tetapkan berapa usia matang itu, tetapi sekurang-kurangnya pembaca boleh tahu kandungan rencana yang bersifat lucah itu hanya untuk pembaca matang sahaja dan pemantauan ibu bapa adalah perlu untuk pembaca bawah umur. - Hezery99 (bincang) 17:08, 9 Julai 2011 (UTC)
Saya rasa kita hadkan dasar ini kepada bahan lucah dahulu. Berkenaan umur 18 tahun, ada baiknya juga ia digantikan dengan umur dewasa (Age of majority). ...Aurora... (b) 03:08, 11 Julai 2011 (UTC)
Saya rasa kita patut kekalkan tag tersebut berdasarkan alasan berikut:-
Had usia matang di Malaysia adalah 21 tahun (kelayakan mengundi.) Tetapi bagi barangan lucah tiada. Hada 18 tahun adalah menurut piwaian US boleh dikira satu tolak ansur.
Ensiklopedia bercetak sekalipun tidak meletakkan gambar lucah/tidak keterlaluan. Ensiklopedia perubatan pula mungkin memuatkan gambar jelas tetapi target audiance adalah mereka yang sememangnya sudah matang.
Gambar lucah sudah banyak di Internet, tidak perlu disumbat di laman ilmu seperti di Wikipedia ini.
Jika 18 tahun adalah had bagi menonton filem keterlaluan di Amerika, saya rasakan gambar lucah di Wikipedia Melayu ini sudah sepatutnya meletakkan had minima sebagai 18 tahun. Ia hanya berfungsi sebagai peringatan, dan boleh diabaikan oleh pengguna, Yosri (bincang) 13:48, 11 Julai 2011 (UTC)
Perkara tentang penyataan yang hendak diletakkan dalam templat bagi rencana2 berunsur lucah pernah dibangkitkan pada tahun 2009, sila lihat arkib perbincangan disini. Apa kata kalau kita sama2 mulakan proses undian bagi menentukan pemilihan polisi yang bersesuaian.--Smim90 (bincang) 18:55, 12 Julai 2011 (UTC)
Walaupun isu tersebut pernah dibangkitkan dua tahun dahulu, kita masih tidak mencapai kata sepakat dalam pengawalan bahan lucah dan penggunaan templat 18-SX kerana undian tidak dijalankan semasa perkara tersebut dibangkitkan dua tahun dahulu. Diharapkan komunti WP MS dapat terlibat bersama untuk mengundi usul di bawah. --Diagramma Della Verita (bincang) 13:45, 15 Julai 2011 (UTC)

Undian[sunting sumber]

Sila undi untuk perubahan dasar pengawalan bahan lucah berikut, gunakan Pictogram voting support.svg untuk setuju atau Pictogram voting oppose.svg untuk tidak setuju.

1) Mengehadkan bilangan gambar maksimum untuk sesuatu artikel yang dianggap lucah atau mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca.

  • Pictogram voting support.svg Diagramma Della Verita
  • Pictogram voting support.svg; Saya setuju menghadkan bilangan gambar lucah atau berkaitan dengannya Maksimum 3 imej dalam sesuatu rencana + gambar berkaitan dengan topik sahaja dibenarkan.--Smim90 (bincang) 05:54, 21 Julai 2011 (UTC)
  • Pictogram voting support.svg ...Aurora... (b) 08:51, 22 Julai 2011 (UTC)
  • Pictogram voting support.svg Bahan ilmiah juga perlu kawalan; sedikit pun tak mengapa, janji dapat memberi gambaran yang jelas mengenai sesuatu topik perbincangan. — عبد الله (Pesanan?) 06:49, 29 Julai 2011 (UTC)
  • Pictogram voting oppose.svg Pengguna harus diberikan kebebasan untuk berkarya dan berkreatif. Wikipedia Bahasa Melayu adalah hak untuk semua golongan, bukan rakyat Malaysia dan Melayu sahaja. Nilai Melayu mungkin berbeza dengan nilai bangsa lain. Juga untuk mengelakkan overzealous admin yang sesuka hati memadam artikel atas alasan sendiri. --Kamalzack (bincang) 03:58, 16 Ogos 2011 (UTC)

2) Menukar mesej templat 18-SX yang sedia ada kepada Amaran: Laman berikut mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca'. Keprihatinan dan pertimbangan pembaca di bawah umur dewasa amat dihargai.

Pictogram voting oppose.svg --Kamalzack (bincang) 03:58, 16 Ogos 2011 (UTC)

3) Menambah baris mesej amaran templat 18 SX dengan "...Pemantauan ibu bapa diperlukan bagi pembaca di bawah umur dewasa."

Referendum penapisan gambar[sunting sumber]

Untuk makluman semua, suatu referendum penapisan gambar oleh Yayasan Wikimedia melalui arahan Lembaga Pemegang Amanah sedang berlangsung bagi menentukan sama ada ahli-ahli komuniti menyokong penghasilan dan penggunaan penapis gambar peribadi yang akan membolehkan para pembaca dengan sukarelanya menapis gambar tertentu untuk akaun mereka sendiri sahaja. Referndum ini dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Untuk maklumant lanjut tentang referendum ini klik sini. Untuk mengundi klik sini. Harap maklum. --Diagramma Della Verita (bincang) 14:49, 17 Ogos 2011 (UTC)

Berdasarkan undian di atas, nampaknya resolusi untuk mengehadkan bilangan gambar maksimum untuk sesuatu artikel yang dianggap lucah atau mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca hanya dapat diluluskan. Walaupun bilangan gambar yang dihadkan tidak termasuk dinyatakan dalam undian, pada pandangan saya, tiga gambar atau kurang sudah memadai untuk sesebuah rencana. --Diagramma Della Verita (bincang) 15:43, 16 September 2011 (UTC)
Terima kasih kepada semua pengundi, cuma bilangan had gambar, imej atau grafik sahaja yang perlu ditentukan kini.--Smim90 (bincang) 15:57, 16 September 2011 (UTC)

Fakulti[sunting sumber]

Hari ini saya melihat seiorang pengguna baharu, Alinhamidi mencipta beberapa rencana mengenai fakulti di Universiti Teknologi Malaysia:

  • Fakulti Alam Bina (FAB)
  • Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK)

Soalan saya, adakah fakulti2 ini layak mendapat rencana sendiri? Atau hanya fakulti terkenal sahaja yang layak? Saya perasan ada lagi rencana fakulti lain seperti Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. ...Aurora... (b) 08:36, 3 Ogos 2011 (UTC)

Salam Wikipedia, sebenarnya saya sendiri sudah lama, lihat banyak percubaan untuk mewujudkan rencana bagi sesuatu fakulti dalam kolej atau universiti, rata-rata mengikut hemat saya penerangan berkaitan fakulti dalam rencana fakulti tersebut tak panjang, maklumatnya sikit, sangat umum, tak ada nilai kepentingan yang cukup, ada juga yang langsung tak ada nilai Wikipedia:Kelayakan. Apa yang pada masa ini saya rasa kita boleh merujuk panduan terbitan rencana dari Wikipedia:College and university article guidelines. Walau bagaimanapun, untuk perhatian semua saya sedang merangka Wikipedia:Garis panduan rencana kolej dan universiti, dan sekarang ia masih lagi dalam kerja-kerja suntingan, masih diperingkat pembuatan kertas cadangan. Saya rasa ada baiknya kita ke laman tersebut untuk diperbicangkan disamping itu boleh membantu dalam kerja-kerja pembaikan syarat garis panduan.--Smim90 (bincang) 16:44, 4 Ogos 2011 (UTC)
Saya rasa, fakulti-fakulti ni layak mempunyai rencana Wikipedia sekiranya dapat dikembangkan dengan baik dan memenuhi kriteria (mestilah kan). Saya bagi contoh universiti (bukan Malaysia) dalam Wiki BI; Universiti Kolej London (UCL) dan contohnya UCL Faculty of Mathematical and Physical Sciences. Mungkin boleh beri nasihat kepada penyumbang dan penyunting yang terlibat, beri masa dahulu; sekiranya tidak diendahkan, mungkin perlu gabung dengan rencana induk (UTM itu sendiri). Sekiranya nampak terlalu panjang berjela-jela dan meleret-leret, mungkin perlu hapus juga rencana-rencana ni. Apa-apapun kena tukar dulu tajuk rencana bagi rencana bertajuk umum sangat. Contoh tajuk yang sesuai bagi saya, seperti Aurora kata iaitu Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. — عبد الله (Pesanan?) 17:40, 4 Ogos 2011 (UTC)
Kalau nak tau samada rencana fakulti tu layak atau tak sudah pasti kita kena lihat nilai kepopularannya dulu, ya ini yang asas dlm Wikipedia dan kita semua sudah sedia maklum akan perkara ini. Maka dengan jelasnya hanya fakulti atau sekolah atau jabatan dalam kolej atau universiti itu yang mengikuti konsep "notable faculty" sahaja boleh dikekalkan. (boleh rujuk Wikipedia:College and university article guidelines). Kadang-kala, rencana panjang lebar berjela-jela pun boleh dikekalkan asalkan konteks, maklumat dan sumber nya masih utuh utk dipercayai. Yang tak bolehnya hanyalah rencana yang terlalulah panjang lebar, meleret ke laut isinya, langsung tak faham mesej yang hendak disampaikan, tak kemas langsung format susunan dan tak ada sumber rujukan yang sahih.--Smim90 (bincang) 15:21, 5 Ogos 2011 (UTC)
Melihat garis panduan itu, yg layak cuma universiti dan kolej, bukan fakulti/jabatan. Jadi melainkan fakulti tersebut terkenal (misalnya melahirkan ramai orang terkenal), rencana2 tersebut patut dihapuskan. ...Aurora... (b) 02:59, 8 Ogos 2011 (UTC)

Jika kita merujuk kepada Wikipedia:College and university article guidelines, ada penyataan yang jelas menerima kemasyhuran rencana berkaitan fakulti atau kolej akademik seperti:

If an institution's faculties, constituent academic colleges, or academic departments are especially notable or significant they may have their own dedicated article (e.g. Jesus College, Oxford, Wharton School of the University of Pennsylvania). In general these organizations are not notable (see WP:ORG) and should not be split off from the main institution article in the absence of significant coverage by reliable, independent sources. If some faculties or academic colleges have significance and others do not, it may be the case that the institution's academic programs as a whole are notable. In this case it may be acceptable to create a separate academics article (see Michigan State University academics, Colleges of the University of Oxford)

Penyataan diatas juga menjelaskan bahawa sumber sekunder (sumber rujukan ke-2) perlu menjadi keutamaan bagi merangka rencana berkaitan fakulti bagi sesuatu kolej atau universiti tersebut. Dengan ini ia memperteguhkan maksud fakulti yang benar-benar terkenal.

Kalau dilihat dalam Wikipedia:Garis panduan rencana kolej dan universiti yang sedang dirangka: penyataan ini mempunyai hubungkaitnya degan maksud diatas:

Elakkan mencipta laman tunas yang tidak ada kepentingannya. Misalnya jangan mencipta laman fakulti atau jabatan atau sekolah dalam fakulti, misalannya "Fakulti Kejuruteraan, Universiti Selangor". Anda boleh mencipta rencana sebegitu dengan tajuk laman sebegitu sekiranya, fakulti tersebut memenuhi bidang kelayakan dan kemasyhuran Wikipedia. Dengan maksud fakulti tersebut adalah popular dan mendapat reputasi membanggakan dikalangan masyarakat dunia dan sarjana akademik berprestij dunia, serta fakulti, jabatan atau sekolah itu berada dalam senarai universiti dan kolej berprestij dan terbaik dunia. Jika sifat fakulti adalah biasa-biasa sahaja dengan maksud sebagai hub penyampai maklumat syarahan dan akademik yang perlu ada pada satu universiti dan kolej, maka tidak perlulah mewujudkan rencana dengan tajuk sedemikian rupa. Memadailah jika menjadikan sub-tajuk halaman bagi satu-satu universiti yang terlibat. Selain itu, jika anda mendapati fakulti itu harus dicipta rencana baru untuknya berikutan megabit ataupun keluasan saiz bagi rencana universiti itu tidak membenarkan lagi penambahan isi tambahan, maka eloklah merealisasikannya dengan sifat yang neutral.

Secara umumnya pada pandangan saya jika ada diantara fakulti dalam sesebuah universiti atau kolej itu adalah terkenal, sedangkan sesetengah fakulti dari kolej atau universiti yang sama pula tidak beberapa terkenal. Adalah lebih baik untuk mewujudkan suatu rencana yang menyenaraikan senarai fakulti yang ada pada satu-satu universiti itu. Dengan maksud memberi kebenaran membuka satu lagi laman senarai fakulti khusus buat sesuatu universiti itu seperti yang dilakukan oleh Wikipedia bahasa Inggeris.

Rata-rata saya juga rasa kita boleh kekalkan sahaja rencana fakulti yang ada dalam Wikipedia ini, tetapi dengan menambah tag peringatan baru supaya menambah sumber sekunder (sumber boleh dipercayai bukan terbitan organisasi dari universiti berkenaan).

Saya juga setuju kalau kita spesifikkan nama rencana fakulti seperti yang dicadangkan oleh Aurora dan Hamba Allah. Misalnya Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Kalau misalnya rencana itu tajuknya Fakulti Kejuruteraan sahaja, saya tak sokong sebab umum sangat tak ada penerangan dan kepentingan.--Smim90 (bincang) 07:04, 10 Ogos 2011 (UTC)

Baiklah, kembali kepada soalan asal saya, saya kira jawapannya ialah hanya fakulti terkenal sahaja yang layak. ...Aurora... (b) 07:22, 10 Ogos 2011 (UTC)

Dasar Wikipedia mengenai kenyataan berunsur fitnah[sunting sumber]

Laman utama: Wikipedia:Fitnah

Salam sejahtera,

Sila ambil perhatian bahawa Wikipedia sama sekali tidak menerima mana-mana kenyataan berunsur fitnah, melainkan jika ia boleh dibuktikan melalui sumber rujukan sahih. Wikipedia sama sekali tidak melindungi mana-mana individu yang melakukan suntingan berunsur fitnah serta tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam sebarang kes berunsur fitnah. Dengan itu, mana-mana individu yang melakukan suntingan berunsur fitnah masih boleh didakwa sebagai individu berasingan.

Jika anda mendapati terdapat suntingan yang berbaur fitnah dalam mana-mana rencana Wikipedia, sila maklumkan kepada mana-mana penyelia untuk tindakan lanjut agar ia tidak berlarutan sehingga diheret ke muka pengadilan. Kerjasama anda amat dihargai. - Hezery99 (bincang) 06:10, 6 September 2011 (UTC)

Penemuan[sunting sumber]

Salam Wikipedia, baru-baru ini saya telah meronda kepada laman-laman, pautan dalaman dan topik-topik kecil yang mempunyai sangkutan dengan laman-laman Wikipedia:Dasar dan garis panduan. Terdapat kekeliruan apabila saya mendapati terdapat laman yang ayat seperti suatu dasar dan garis panduan yang telah dirangka sejak tahun 2007 lagi tidak diklasifikasikan sebagai suatu laman dasar atau garis panduan, sedangkan perkataan Wikipedia di tajuk utama telah tertera. Antara laman tersebut yang saya maksudkan ada terkandung dalam Kategori Penyelenggaraan Wikipedia, harap boleh minta pandangan semua, khususnya penyelia Wikipedia, bagaimana kita boleh kategori laman-laman ini sebagai laman apa? terima kasih--Smim90 (bincang) 15:13, 2 November 2011 (UTC)

Saya rasa, laman penyelenggaraan tidak semestinya panduan atau dasar, ada yg cuma sekadar makluman. Tapi jika ada laman2 yg anda rasa patut jadi laman panduan/dasar, mungkin anda boleh berikan contoh supaya lebih jelas. ...Aurora... (b) 15:41, 3 November 2011 (UTC)
InsyaAllah, saya akan kemukakan, lagipun saya sedang menyemak kembali dasar-dasar dan garis panduan yang lapuk, tidak tersusun, tidak konsisten dan sebagainya.--Smim90 (bincang) 15:10, 14 November 2011 (UTC)

WP:KPS[sunting sumber]

Buat makluman penyelia, saya sudah memulakan sedikit suntingan dalam WP:KPS - terjemah sikit demi sikit. Templat berkenaan pun dah dicipta. Sekadar makluman seperti dalam garis panduan Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan. Sebarang terjemahan yang kurang tepat harap dibetulkan; dan sebarang kesalahan harap diundurkan. Terima kasih. — عبد الله (Pesanan?) 23:21, 25 Disember 2011 (UTC)

Terima kasih diatas bantuan anda, saya sangat berbesar hati diatas usaha yang telah anda lakukan, bagi saya usaha kita di WBM ini sebagai satu cara untuk menarik perhatian kerajaan agar mereka dapat memartabatkan bahasa Melayu dengan seikhlasnya. Ia sangat berbaloi, teruskan usaha, kami penyelia aka sentiasa membantu anda, dan menambah baik perkhidmatan ini dan mengemaskini entri-entri terbaru supaya kelestarian bahasa Melayu dalam segala aspek dapat dijaga dan dipulihara, diperkasa menerusi wadah ini.

Memandangkan anda sudah mendaftar dalam Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan, tolonglah bantu memperkasakan laman garis dan panduan Wikipedia supaya iaya lebih kemas dan dan mudah dibaca. Mintalah pandangan komuniti menerusi khidmat Wikipedia:Kedai kopi.

Terima kasih.--Smim90 (bincang) 01:34, 26 Disember 2011 (UTC) Wikipedia kearah rencana berkualiti dan berkreadibiliti