Abdillah Murad bin Md. Shari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Achik Spin
Album Kenangan Abadi Achik Spin 1998-2010.
Latar belakang
Nama lahir Abdillah Murad Md. Shari
Juga dikenali sebagai Achik Spin
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1998 - 2010
Kegiatan berkait Kumpulan Spin, Achik & Nana

Abdillah Murad Md. Shari atau juga dikenali sebagai Achik Spin (1 Julai 1982 - 17 April 2010) adalah salah seorang daripada anggota Kumpulan Spin. Achik juga pernah merakam dua buah album duet bersama penyanyi Siti Nordiana di mana mereka digelar sebagai Achik & Nana.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

  1. Diari Romeo sebagai Dani [2003]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April 2010, kereta yang dipandu Achik telah terbabas dan mengalami kemalangan. Kereta Toyota Estimanya terlanggar papan tanda jalan di KM 14 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) lebih kurang jam 6 petang dan terbakar. Achik meninggal di tempat kejadian.[1]

Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1 di RTM bersama rakan baiknya Siti Nordiana Alias (Nana) awal petang itu.[2]

Punca kemalangan tersebut masih belum diketahui. Beliau meninggalkan seorang balu H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, dan dua orang cahaya mata, Puteri Saffiya, dan Puteri Sofia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa, Oleh KEMALIA OTHMAN
  2. Achik Spin Disahkan Meninggal Dunia Murai