Amylea Azizan
Amylea Azizan atau Amylea AF3 (Lahir 26 November 1986) Berasal dari Alor Setar, Kedah dan membesar di Pulau langkawi. Anak Sulung dari 3 beradik ini mengikuti jejak keluarganya yang bergiat dalam bidang seni dan hiburan. Bakat seninya lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Amylea mendapat tempat ketiga, Akademi Fantasia 3 .
Amylea terkenal dengan frasa "Amazing" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Amazing Amylea”.
Amylea pernah melakukan falseto yang mencapai nota bawah teknik siulan pada Konsert Kelima Akademi Fantasia Musim ketiga dalam lagu Hak Milik Kekal.
[sunting] Kehidupan awal
Dia ialah bintang dari Realiti TV Astro Ria, Akademi Fantasia 3-2005. Dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star. Sekolah pertama ialah Sek Keb Sungai Petani (1) Sekolah terakhir, Sek Men Keb Mahsuri, Langkawi.
Mula tinggal di Langkawi pada tahun 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada tahun 2001. Ketika di Tingkatan 5, menjadi Deejay Sambilan di Radio Langkawi selama setahun. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik tapi kurang berminat
Bila ibunya sakit, terpaksalah Amylea menggantikan tempat ibunya di “Sheraton Perdana”. Menjadi Penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun - 6 hari seminggu. Kali pertama uji bakat (Akademi Fantasia ) atas dorongan keluarga.
2009 Percubaan Terbaru dari Amylea apabila beliau terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8.
[sunting] Pencapaian
- Top 12 One In A Million Season 3 (OIAM 3) February 2009
- Album Selepas Tiga (Januari 2009)
- OST Akan Tiba Rona Roni Makaroni (Januari 2009)
- OST Aku Sindarela (2008)
- Single Aku Sindarela (2008)
- Single Andai Kerna Pasti (2007)
- Top 5 ABPBH 2007 Artis Baru Popular
- Duta Maggi Slurrpp
- Album EVO 05
- Salam Raya AF3