Yusrizan Usop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bob Yusof
Nama lahirYusrizan bin Usop
Juga dikenali sebagai
Bob / Bob Yusof
Kelahiran (1981-07-30) 30 Julai 1981 (umur 42)
Limbang, Sarawak
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2004 – kini
Pengkarya berkait
Rosiah Chik

Yusrizan Usop (lahir 30 Julai 1981) atau lebih dikenali sebagai Bob atau Bob Yusof merupakan salah seorang penyanyi Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yusrizan Usop berjaya mendapat tempat kelima dalam Akademi Fantasia Musim 2.

Beliau pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Hantaran Hati (2006)i dan sebagai penyanyi gantian Faizal Tahir pada tahun seterusnya menerusi lagu Kasih Tercipta. Penyanyi asal lagu itu tidak dapat bertanding kerana telah dilarang muncul di stesen televisyen swasta selepas kontroversi menanggalkan baju semasa konsert ulangtahun keempat 8TV, dua minggu sebelum acara diadakan pada 27 Januari 2008. Namun, nasib tidak menyebelahi kedua-dua lagu ini untuk memenangi sebarang kategori.

Ada juga lagu nyanyiannya yang berjaya ke separuh akhir Muzik Muzik, namun tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu, seperti Cinta Seorang Teman dan Cinta Terhalang.

Akademi Fantasia 2[sunting | sunting sumber]

Bob berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang bakal mengikuti sesi pelajaran dan pembelajaran di dalam banglo Akademi Fantasia Musim 2 pada tahun 2004. Beliau turut bersama dengan Zahid, Farah, Linda, Adam dan Kaer berjaya melangkah ke konsert akhir dan berjaya menjadi pemenang tempat kelima AF musim kali ini. Berikut persembahan beliau;

Konsert Lagu Ked.
Minggu 1 "Wajah Kesayangan Hamba" nyanyian asal Hail Amir Ke-7
Minggu 2 "Jangan Bersedih Lagi" nyanyian asal Anuar Zain Ke-11
Minggu 3 "Tanya Sama Itu Hud Hud" nyanyian asal M. Nasir Ke-8
Minggu 4 "Pantun Budi" nyanyian asal Tan Sri SM Salim Ke-10
Minggu 5 "Akar Dan Bumi" nyanyian asal Amuk Ke-9
Minggu 6 "I Can See Clearly Now" nyanyian asal Jimmy Cliff Ke-3
Minggu 7 "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman Ke-2
Minggu 8 "Alhamdulillah" nyanyian asal Too Phat & Yasin Ke-5
Minggu 9 "Laguku Untukmu" nyanyian asal Hasnol Ke-5
Minggu 10 "Gadis Sarawak" nyanyian asal Hasnol Tempat Ke-5
"Cinta Seorang Teman" nyanyian asal Bob

AF Megastar 2017[sunting | sunting sumber]

Bob juga telah berjaya terpilih diantara Top 12 bintang Mengastar daripada Top 24 orang Megastar yang bertanding untuk memasuki AF Megastar kali ini. Berikut persembahan beliau didalam program realiti tersebut;

Konsert Lagu Ked.
Homecoming 1 "Bukan Cinta Biasa" nyanyian asal Afgan Top 12
Minggu 3 "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura Ke-3
Minggu 4 "Saat Ku Idamkan" nyanyian asal Amy Search Ke-3
Minggu 5 "My Heart Will Go On" nyanyian asal Celine Dion Ke-4
Minggu 6 "Balqis" & "Nirmala" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza Pertama
Minggu 7 "Asal Kau Bahagia" nyanyian asal Armada Ke-2
"Hati Ini Telah Dilukai" nyanyian asal Krisdayanti & Ajai
(duet bersama Dayang Nurfaizah)
Minggu Akhir "Terbuang Dalam Pelukan" nyanyian asal Bob Finalis
"Bukan Dia Tapi Aku" nyanyian asal Judika
Tema mingguan
  • Konsert Homecoming - Bebas
  • Konsert 3 - Throwback AF
  • Konsert 4 - Rock
  • Konsert 5 - Maha Karya
  • Konsert 6 - Ikon (Medley/Mash Up)
  • Konsert 7 - Duet & Hits Terkini
  • Konsert Akhir - Lagu Cover & Lagu Baru

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album
2004 "Cinta Seorang Teman" Hantaran Hati
2005 "Mesranya" (featuring Cat Farish)
2006 "Hantaran Hati" (duet bersama Rosiah Chik)
2008 "Cinta Terhalang" Single
2013 "Yang Bertakhta" OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
2017 "Terbuang Dalam Pelukan" Single Finale AF Megastar
2021 "Beribu Rasa" Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Saluran TV Catatan
2004 Akademi Fantasia Musim 2 Pelajar Astro Ria Pemenang tempat ke-5.
Rakan Pintar Pengacara TV2 Pengacara bersama Nurul AF2.
2006 Anugerah Juara Lagu ke-21 Peserta TV3 Bertanding bersama Aspalela Abdullah bagi menggantikan Rosiah Chik menerusi lagu Hantaran Hati.
2007 Anugerah Juara Lagu ke-22 Penyanyi gantian Menggantikan Faizal Tahir menerusi lagu Kasih Tercipta.
2017 Akademi Fantasia Megastar Peserta Astro Ria Sebagai finalis.
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Penyanyi gantian TV3 Menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu Anta Permana.
2022 Gegar Vaganza (musim 9) Peserta Astro Ria Naib Juara

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Saluran TV Catatan
2010 Hotel Mania Chef Roze TV3
Tipah Vavavoom Chef Bob

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Saluran TV Catatan
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Cokcop TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2012 Cinta Kura Kura Amin Pelakon pembantu.

Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2004 Akademi Fantasia Musim 2 "Cinta Seorang Teman" Tempat Ke-5
2006 Anugerah Juara Lagu ke-21 Etnik Kreatif "Hantaran Hati" Tercalon
2022 Gegar Vaganza 2022 "Naib Juara"

Catatan[sunting | sunting sumber]

i Penyanyi asal lagu ini, Rosiah Chik, meninggal dunia pada 20 Januari 2006. Ketika lagu ini dinyanyikan di Separuh Akhir Muzik Muzik 21 dan Anugerah Juara Lagu ke-21, pasangan duetnya ialah Aspalela Abdullah.
ii Lagu asal ialah Cinta Khayalan nyanyian peserta musim keenam yang juga juara rancangan realiti tersebut, Stracie Angie Anam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]