Amira Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amira Othman
Amira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 29 Mac 2016.
Kelahiran
Nadia Amira binti Othman

(1993-10-26) 26 Oktober 1993 (umur 30)
PendidikanDiploma Jurusan Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon
Tahun aktif2013–kini
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Raqib, The Lomas, Sufian Suhaimi

Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[3]

Pada tahun 2015, single keduaya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi.[4][5] Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Amira Othman terpilih sebagai salah seorang peserta dan pelajar di Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), antara lain turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Faizul Sany.[6] Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[7] Berikut ialah senarai persembahan beliau di AF2013:

  1. Minggu 1: "Ratuku" nyanyian asal Awie
  2. Minggu 2: "Pastikan" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  3. Minggu 3: "Getaran Jiwa" nyanyian asal P. Ramlee
  4. Minggu 4: "Ya Maulai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  5. Minggu 5: "Skyfall" nyanyian asal Adele
  6. Minggu 6: "Terima Kasih" nyanyian asal iamNEETA
  7. Minggu 7: "Mendung Tak Beerti Hujan" (duet bersama Hazama Azmi) nyanyian asal Deddy Dores dan Ella
  8. Minggu 8: "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura
  9. Minggu 9: "Tak Mungkin Kerna Sayang" nyanyian asal Alyah dan "Opera Hidup" nyanyian asal Wings
  10. Minggu 10: "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor dan "Sesaat Untukku" (lagu baru)

Selepas tamat AF2013, Amira merakamkan lagu bertajuk "Hati-Hati" hasil karya Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan, yang dikeluarkan pada 2015. Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan Aisyah Aziz, Indah Ruhaila dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan 2 single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama pelakon Singapura, Hisyam Hamid dalam drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You, dengan memegang watak sebagai Lily.[10] Beliau kemudian berlakon dalam drama Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa dengan memegang watak sebagai Suhaila.

Pada Februari 2018, Amira melancarkan single kelimanya, "Mimpi Indah".[11][12] Muzik videonya telah meraih 60,000 tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya[13] dan jumlah tontonan telah meningkat kepada 800,000 tontonan setakat pada Mei 2018.[14]

Beliau bersama Sufian Suhaimi menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan. Muzik videonya diarahkan oleh Nadiah Hamzah.[15]

Amira akan muncul bersama Wany Hasrita dalam rancangan bertajuk ICU terbitan platform penstriman patuh syariah, Nurflix.[16] Beliau kemudian melancarkan single terbaharu, "Surat Akhir", ia menjadi lagu tema drama Marry Me Senorita.[17][18] Beliau turut menyumbangkan OST drama Malaysian Ghost Stories yang bertajuk "Tragedi".

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.[19]

Selepas tamat AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris[20] dan Haikal Iskandar.[21][22][23][24]

Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.[25]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[26]
Hot FM
[27]
Muzik Muzik
[28]
JOOX
[29]
2013 "Sesaat Untukku"
2015 "Hati-Hati"
2016 "Biar Masa" (feat. Raqib)
"Jaga-Jaga" OST Drama Abang Bomba I Love You
2018 "Mimpi Indah"
2019 "Sambil" (menampilkan Irfan Haris) OST Jodoh-Jodoh Annisa
"Takkan Merubah" (bersama Sufian Suhaimi) OST Motif
2020 "Surat Akhir" OST Marry Me Senorita
2021 "Tragedi" OST Malaysian Ghost Stories
2022 "Alah Bisa" (feat. Faizal Tahir)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Tiada Tajuk Cahaya Mawi Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Abang Bomba I Love You Lily Astro Ria
2017 Red Velvet Suhaila
2018 Misteri Jenazah Zainab Astro Prima
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Ros Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Sepahtu Kisah Tauladan Mira Astro Ria
2017 Abang Bomba I Love You Raya Lily
2018 30 Hari Membunuh Cinta Dada Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Sepahtu Reunion Cikgu Kaunseling Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Budak Nakal"
2016 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2017
  • 24 Februari 2017
    • mengacara bersama Talib Husin
2018 Miss Stylo TV2
2019 Sepahtu Reunion Al-Puasa Mariam Artis Jemputan: Episod "Duit Raya Nak Raya"
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta sebagai Cili Padi Merah Astro Warna bersama Irfan Haris (Cili Padi Hijau)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amira enggan gimik kontroversi Berita Harian. 30 Julai 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Oktober 2020). Saya juga tertekan Harian Metro. Dicapai pada 3 November 2020.
  3. ^ Amira Othman Tak Putus Asa Jadi Penyanyi. mStar Online. 19 Julai 2015. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  4. ^ Amira 'Hati-Hati' rancang kerjaya walau makan masa berjaya Berita Harian Singapura. 18 Disember 2016. Dicapai pada 23 November 2017.
  5. ^ Kemalia Othman (26 Jun 2017). Cerewet juga Amira Othman mStar Online. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  6. ^ Amira takes note of future New Straits Times. September 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  7. ^ Siapa bakal mara ke final Diarkibkan 2020-11-27 di Wayback Machine Sinar Harian. 8 November 2013. Dicapai pada 23 November 2013.
  8. ^ Kemalia Othman (16 Oktober 2015). The Lomas kecewa sambutan dingin lagu 'Rindu' mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2015.
  9. ^ "Radio tidak bantu promosi". Utusan Malaysia. 26 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-27. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  10. ^ Amira AF kongsi rahsia dukungan abang bomba Berita Harian. 17 September 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Januari 2018). Kembali aktif menyanyi tahun ini Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  12. ^ "Mimpi indah Amira Othman". Utusan Malaysia. 18 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-08. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  13. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Mac 2018). Amira rancangan strategi Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  14. ^ Norhayati Nordin (13 Mei 2018). Mahu tumpu nyanyian Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  15. ^ Ramlah Zainal (1 September 2019). "8 jam rakam Takkan Merubah". Harian Metro. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Julai 2020). 'Cerewet sangat tak berbaloi' Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  17. ^ Mya Amri (3 Februari 2021). "Surat Akhir Amira Othman - "Semua orang tahu kita akan pergi satu hari nanti"". Astro Gempak. Dicapai pada 1 September 2021.
  18. ^ Nur Emira Saizali (4 Februari 2021). "Surat Akhir nyanyian Amira Othman runtun hati netizen". Kosmo!. Dicapai pada 1 September 2021.
  19. ^ Najiy Jefri (10 Mei 2022). "Pilihan utama keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  20. ^ “Irfan Haris Masih Mentah, Usah Dikutuk" – Amira Othman mstar. Dicapai pada 18 Februari 2018.
  21. ^ Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  22. ^ Zulaikha Yusof (5 Ogos 2020). Amira Othman kongsi rahsia akrab dengan adik-beradik Astro Gempak. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  23. ^ Mohd Fuad Mohd Noor (15 Ogos 2018). Hubungan kami memang mesra - Amira Othman XTRA. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  24. ^ Celebrity Amira denies riding on her brothers fame mStar Online. 3 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  25. ^ Najiy Jefri (3 Jun 2018). Amira, Nabila sibuk Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  26. ^ "Carta ERA 40". ERA FM. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  27. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  28. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  29. ^ "Player Ranking". JOOX APP. Dicapai pada 4 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]