Sam Nuhair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sam Nuhair
Kelahiran
Syamila Nuhair binti Zainordi

(1993-04-03) 3 April 1993 (umur 31)
Nama lainNuha
PendidikanDiploma Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Joe PRC International

Syamila Nuhair Zainordi (lahir 3 April 1993) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[2] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan TV realiti Akademi Fantasia musim ke-11 di mana beliau berjaya mendapat tempat keempat.[3][4][5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sam Nuhair mula menunjukkan minat terhadap muzik ketika berusia 7 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman mencuba nasib sebagai ahli koir dan nasyid, namun ditolak, Sam tidak berputus asa. Sewaktu menduduki Tingkatan 2, beliau menyertai kumpulan nasyid di sekolahnya di mana beliau sebagai penyanyi utama.[7]

Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-11 antara lain turut disertai oleh Nina Nadira, Muna Shahirah, Firman Bansir dan Ewal Ismail.[3] Ketika menyertai AF 2014, beliau menggunakan nama Nuha atau Nuha AF.[3] Sebelum menyertai AF 2014, beliau pernah mencuba nasib di Akademi Fantasia musim ke-9, namun ditolak kerana faktor usia.[7]

Selepas 10 minggu berentap di pentas AF berjaya mendapat tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000. Wang kemenangannya itu digunakan untuk membiayai pengajiannya.[3] Dalam temuramah bersama mStar Online, Sam berkata: "Saya masuk AF 2014 sebab nak bayar duit pengajian, duit pinjaman saya dapat hanya RM100 sahaja setiap semester. Mungkin pendapatan bapa saya tinggi, tetapi orang tak tahu duit tersebut adalah untuk membiayai kos rawatan kesihatan nenek saya. Bukan saya ingin meminta simpati tetapi saya hanya jelaskan kenapa saya masuk program AF 2014 ini adalah untuk dapat duit sahaja.".[3]

Sepanjang beraksi di AF 2014, Sam dikatakan telah terlupa lirik semasa menyanyikan lagu "Beribu Sesalan" nyanyian asal 3 Suara di konsert akhir AF 2014.[3][7] Selain itu, beliau turut menyumbangkan lagu baru, "Pertama Kali" hasil nukilan sendiri. Berikut ialah persembahan beliau:

  1. Minggu 1: "Tunggu Sekejap" (P. Ramlee)
  2. Minggu 2: "Setelah Aku Kau miliki" (Shima)
  3. Minggu 3: "Aku Lebih Tahu" (Mila Jirin)
  4. Minggu 4: "Sebelah Jiwaku" (Jaclyn Victor)
  5. Minggu 5: "Jaga Dia Untukku" (Siti Nurhaliza)
  6. Minggu 6: "What's Up" (4 Non Blondes)
  7. Minggu 7: "Engkau Laksana Bulan" (P. Ramlee)
  8. Minggu 8: "Kisah Dongeng" (Stacy)
  9. Minggu 9: "Ku Pendam Sebuah Duka" (Khadijah Ibrahim)
  10. Minggu 10: "Beribu Sesalan" (3 Suara) dan "Pertama Kali" (dirinya sendiri)

Selepas tamat AF 2014 dan pelajaran di kolej, Sam menandatangani kontrak bersama Joe PRC International dan muncul bersama single "Kau Menjauh" hasil ciptaan beliau sendiri, yang dikeluarkan pada 26 Ogos 2016. Beliau membelanjakan wang sebanyak RM30,000 untuk menerbitkan lagunya ini.[8][9][10]

Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk muzik tema untuk musim baru siri televisyen travelog wanita terbitan TV3, Nona yang dihoskan oleh Mira Filzah. Selain itu, Sam juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila ditawarkan membintangi drama Geng Tadarus yang disiarkan di TV1 sepanjang Ramadan. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Wan Normi, seorang pereka hiasan dalaman. Sebelum Geng Tadarus, Sam pernah berlakon dalam telefilem Ketupat Jantung Hati bersama rakan-rakan AF 2014.[11]

Pada Mac 2018, Sam melancarkan single terbaharu, "Roda" hasil nukilan Hafiz Hamidun.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sam Nuhair dilahirkan di Klang dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan lulusan dalam Jurusan Diploma Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bersikap kasar.[13][14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2014
"Kali Pertama"
2016
"Kau Menjauh"
2018
"Roda"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Geng Tadarus Wan Normi TV1 Drama TV pertama lakonan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Ketupat Jantung Hati Nuha Astro Ria Lakonan pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tahir Alhamzah (5 Julai 2017). "#Showbiz: New singer-songwriter Sam Nuhair ditches ballad contemporary folk" [#Hiburan: Penyanyi-penulis lagu baru Sam Nuhair mencuba balada kontemporari] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-07. Dicapai pada 30 November 2017. I don't think ballads are for me.
  2. ^ Shukri Azami (27 Februari 2017). "Nuha AF muncul kembali sebagai Sam Nuhair". Youth Bernama. Dicapai pada 8 November 2017.
  3. ^ a b c d e f g Kemalia Othman (15 November 2014). "Nuha (AF 2014) kurang keyakinan jadi penyanyi". mStar Online. Dicapai pada 8 November 2015.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (30 Disember 2014). "Antara belajar, nyanyian". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2015.
  5. ^ "Muzik, vokal lebih matang". Harian Metro. 28 Februari 2017. Dicapai pada 8 November 2017.
  6. ^ Yi-Di Ng (3 April 2017). "Get to know Sam Nuhair" [Kenali Sam Nuhair] (dalam bahasa Inggeris). FEMALE Mag. Dicapai pada 8 November 2017.
  7. ^ a b c Ardini Sophia Sina (4 Januari 2015). "Nuha, Adel atur strategi". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2015.
  8. ^ Elrafaei Sapi (22 Ogos 2016). "Tiada lagi bayangan Adele atau Beyonce, Sam Nuhair muncul dengan Kau Menjauh". Rojak Daily. Dicapai pada 8 November 2016.
  9. ^ "Sam Nuhair berhabis RM30,000 demi Kau Menjauh". Perak Today. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 8 November 2016.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 Mac 2017). "Imej baru Sam". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2017.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (3 Januari 2018). "Genggam setiap peluang". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2018.
  12. ^ Budiey (19 Mac 2018). "Sam Nuhair terus bangkit penuh yakin dengan single terbaru, Roda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 November 2018.
  13. ^ Kemalia Othman (24 Februari 2017). "Sam Nuhair tukar imej selepas dihina berwajah buruk". mStar Online. Dicapai pada 8 November 2017.
  14. ^ Mya Amri (24 Februari 2017). "Ditegur berwajah hodoh, Sam Nuhair belajar bersolek". Astro Gempak. Dicapai pada 8 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]