Akademi Fantasia Musim 3
| Akademi Fantasia Musim 3 | |
|---|---|
| Format | Televisyen realiti |
| Pencipta | Francel Diaz Lenero Daniel Ortiz |
| Negara asal | |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | selama 3 jam |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ria |
| Siaran asal | 4 Jun 2005 – 7 Ogos 2005 |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang rasmi | |
Akademi Fantasia Musim 3 yang mula bersiaran pada 4 Jun, 2005 merupakan musim ketiga bagi rancangan Akademi Fantasia yang disiarkan di saluran Astro Ria. Sebanyak 20 peserta akan dipilih sebelum ditapis menjadi 12 pelajar yang dipilih menerusi konsert prelude.
Walaupun demikian, pada konsert pertama musim ini, lapan pelajar yang tersingkir ketika konsert prelude diberi peluang untuk berentap pada konsert pertama untuk menentukan pelajar yang akan diserap masuk sekaligus mengisi kekosongan pelajar ketiga belas dan keempat belas. Musim ini juga meneruskan format asal rancangan yang mana tiada penyingkiran pelajar pada konsert pertama.
Pelajar yang berusia 23 tahun iaitu Asmawi Ani, dari Kulai, Johor muncul sebagai juara.
Isi kandungan |
Ringkasan konsert [sunting]
Minggu 1 [sunting]
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "Semua Orang Tahu" nyanyian Rem |
| Akma | "Nazam Berkasih" nyanyian Syura |
| Amy | "Fallin'" nyanyian Alicia Keys |
| Amylea | "Inikah Cinta" nyanyian Sheila Majid |
| Ekin | "Erti Cinta" nyanyian Maya Karin |
| Elliza | "Elegi Sepi" nyanyian Azharina |
| Fuad | "Pop Ye Ye" nyanyian Kumpulan V.E |
| Felix | "Tiada Lagi Kidungmu" nyanyian Kumpulan Lefthanded |
| Idayu | "Percayalah" nyanyian Siti Nurhaliza |
| Kefli | "Nur Kasih" nyanyian Kumpulan Slam |
| Reza | "Roman Picisan" nyanyian Kumpulan Dewa 19 |
| Yazer | "Ready For Love" nyanyian Bad Company |
- Tersingkir: Tiada penyingkiran
- Pelajar yang diserap masuk: Asmawi Ani (Mawi) & Marsha Milan Londoh (Marsha)
- Pengkritik jemputan: Aishah & Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen
Minggu 2 [sunting]
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "I Don't Want to Miss a Thing" nyanyian Aerosmith |
| Akma | "Cahaya" nyanyian Kris Dayanti |
| Amy | "Sesalanku" nyanyian Ezlynn |
| Amylea | "Asmara" nyanyian Anneke Gronloh |
| Ekin | "Joget Sayang Di Sayang" nyanyian Anita Sarawak |
| Elliza | "Aku Dia Dan Kamu" nyanyian D-Va |
| Fuad | "Puteri" nyanyian Zainal Abidin |
| Felix | "Berjuta Batu" nyanyian Alleycats |
| Idayu | "Superstar" nyanyian Jamelia |
| Kefli | "Mungkin" nyanyian Anuar Zain |
| Marsha | "Ingin Bersamamu" nyanyian Syafinaz |
| Mawi | "Dari Kekasih Kepada Kekasih" nyanyian Hattan |
| Reza | "Terhangat Di Pasaran" nyanyian Kumpulan KRU & Adam |
| Yazer | "Sejati" nyanyian Kumpulan Wings |
- Tersingkir: Elliza Abdul Razak (Elliza)
- Pengkritik jemputan: Adlin Aman Ramlie & Hattan
Minggu 3 [sunting]
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "Nak Dara Rindu" nyanyian P. Ramlee |
| Akma | "Lagu Rindu" nyanyian Siti Nurhaliza |
| Amy | "Asmaradana" nyanyian Tiara Jacquelina |
| Amylea | "Anggapanmu" nyanyian Ziana Zain |
| Ekin | "Mimpi Sedih" nyanyian Emillia Contessa |
| Fuad | "Gerimis Di Lautan" nyanyian Sudirman Hj. Arshad |
| Felix | "Memori Bahagia" nyanyian Sahri |
| Idayu | "Curiga" nyanyian Ning Baizura |
| Kefli | "Keindahan Pantai" nyanyian Zurah II |
| Marsha | "Lelaki Idaman" nyanyian Melly Goeslaw |
| Mawi | "Gadis Melayu" nyanyian Othman Hamzah |
| Reza | "Mungkin Nanti" nyanyian Kumpulan Peterpan |
| Yazer | "Suatu Masa" nyanyian M. Nasir |
- Tersingkir: Fuad Razlan Abdul Azri (Fuad)
- Pengkritik jemputan: Afdlin Shauki & Shahruddin (Dean)
Minggu 4 [sunting]
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "Suratan Atau Kebetulan" nyanyian kumpulan Kenny, Remy & Martin |
| Akma | "L-O-V-E" nyanyian Nat King Cole |
| Amy | "Bilang Saja" by Agnes Monica |
| Amylea | "Don't Know Why" by Norah Jones |
| Ekin | "Antara Dua" by Farah AF2 |
| Felix | "Aku Semut Merah" nyanyian The Meggyz |
| Idayu | "Tiada Lagi Tangisan" nyanyian Aishah |
| Kefli | "Seksa" nyanyian Kumpulan Ukays |
| Marsha | "Tunggu Sekejap" nyanyian Jaclyn Victor |
| Mawi | "Nour'el Ain" nyanyian Amr Diab |
| Reza | "Senandung Semalam" nyanyian Jamal Abdillah |
| Yazer | "Nyanyian Serambi" nyanyian Ramli Sarip |
- Tersingkir: Nor Farah Idayu Yaakob (Idayu)
- Pengkritik jemputan: Fauzi Marzuki & Syafinaz
Minggu 5 [sunting]
Tarikh disiarkan: 2 Julai 2005
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "Senyuman Ragamu" nyanyian Kumpulan Gerhana Skacinta & Radhi (OAG) |
| Akma | "Camar Yang Pulang" nyanyian Aishah |
| Amy | "Antara Anyir Dan Jakarta" nyanyian Sheila Majid |
| Amylea | "Hak Milik Kekal" nyanyian Linda Rafar & Diana Rafar |
| Ekin | "Let's Get Loud" nyanyian Jennifer Lopez |
| Felix | "Hari Ini Dan Semalam" nyanyian J. Mizan |
| Kefli | "Berhenti Berharap" nyanyian Sheila On 7 |
| Marsha | "Bossanova" v Saloma |
| Mawi | "Beautiful Maria of My Soul" nyanyian Los Lobos |
| Reza | "Ala Emak Kahwinkan Aku" nyanyian Zainodin Mat Dom |
| Yazer | "Takdir Penentu Segala" nyanyian Jamal Abdillah |
- Tersingkir: Amylia Mohd Azlan (Amy) & Syaiful Reza Mohamed (Reza)
- Pengkritik jemputan: Mamat Khalid & Ning Baizura
Minggu 6 [sunting]
Tarikh disiarkan: 9 Julai 2005
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Aidil | "Matahari" nyanyian Kumpulan Amuk |
| Akma | "Hati Keliru" nyanyian Misha Omar |
| Amylea | "Hati Ini Telah Dilukai" nyanyian Kris Dayanti |
| Ekin | "Warna" nyanyian Sheila Majid |
| Felix | "Smooth" by Santana |
| Kefli | "Kenang Daku Dalam Doamu" nyanyian Tan Sri S.M Salim |
| Marsha | "Destiny" nyanyian Jim Brickman |
| Mawi | "Memori Cinta Luka" nyanyian Nassier Wahab |
| Yazer | "Cinta Kilat" by Broery Marantika |
- Tersingkir: Nik Mohd Aidil Nik Zamri (Aidil)
- Pengkritik jemputan: Iman Wan & Sharifah Aini
Minggu 7 [sunting]
Tarikh disiarkan: 16 Julai 2005
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Semua | "Aneka Ragam" nyanyian Kumpulan Black Dog Bone |
| Akma | "Bertakhta Di Hati" nyanyian Farahdhiya |
| Amylea | "Penawar Rindu" nyanyian Datin Orkid Abdullah |
| Ekin | "Maafkan Kepergianku" nyanyian Ruth Sahanaya |
| Felix | "Fantasia Bulan Madu" nyanyian Kumpulan Search |
| Kefli | "You to Me Are Everything" nyanyian The Real Thing |
| Marsha | "Jambatan Tamparuli" nyanyian Justin Lusah |
| Mawi | "Oh Fatimah" nyanyian A. Ramlie |
| Yazer | "Nazraku" by Kumpulan Spider |
- Tersingkir: Norashikin Abdul Rahman (Ekin)
- Pengkritik jemputan: S. Atan & Zainal Alam Kadir
Minggu 8 [sunting]
Tarikh disiarkan: 23 Julai 2005
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Semua | "Ladki Badhi Anjani Hai" nyanyian OST - Kuch Kuch Hota Hai "Seri Langkat" nyanyian Jamal Abdillah & Amelina |
| Akma | "Selamat Jalan Romeo" nyanyian Ramlah Ram |
| Amylea | "Dua Insan Bercinta" nyanyian Ella |
| Felix | "Hukum Karma" nyanyian Kumpulan Wings |
| Kefli | "Hati Emas" nyanyian M. Nasir |
| Marsha | "Cobalah Untuk Setia" nyanyian Kris Dayanti |
| Mawi | "Pupus" nyanyian Kumpulan Dewa 19 |
| Yazer | "Mengapa Harus Cinta" nyanyian Vince |
- Tersingkir: Asiah Tunakma Abdullah (Akma)
- Pengkritik jemputan: Syafinaz & Yasmin Ahmad
Minggu 9 [sunting]
Tarikh disiarkan: 30 Julai 2005
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Semua pelajar lelaki (Medley) |
"Ekspress Rakyat" nyanyian Kumpulan Kembara "Apokalips" nyanyian M. Nasir "Ghazal Untuk Rabiah" nyanyian M. Nasir & Jamal Abdillah |
| Semua pelajar perempuan (Medley) |
"Jerat Percintaan" nyanyian Siti Nurhaliza "Bunga-bunga Cinta" nyanyian Misha Omar "Gubahan Rindu Puisi Lagu" nyanyian Fauziah Latiff "Tangisan Dalam Kerinduan" nyanyian Farah AF2 |
| Amylea | "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor |
| Felix | "Anak" nyanyian Freddie Aguilar |
| Kefli | "Tak Tahu" nyanyian Adam |
| Marsha | "Ku Pendam Sebuah Duka" nyanyian Khatijah Ibrahim |
| Mawi | "Pergi Tak Kembali" nyanyian Rabbani |
| Yazer | "This Love" nyanyian Maroon 5 |
- Tersingkir: Mohamed Zulkefli Mohd Idir (Kefli) & Mohd Yazer Yusof (Yazer)
- Pengkritik jemputan: Suraya Al Attas & Vince Chong
Minggu 10 [sunting]
| Pelajar | Lagu |
|---|---|
| Amylea | "Sweet Child o' Mine" nyanyian Guns N' Roses "Ku Berserah" - ciptaan oleh Adnan Abu Hassan |
| Felix | "Kudaku Lari Gagah Berani" nyanyian Sharifah Aini "Warkah Berlagu Pilu" - ciptaan oleh Adnan Abu Hassan |
| Marsha | "Manusia" nyanyian Sheila Majid "Untuk Terakhir Kali" ciptaan oleh Ajai |
| Mawi | "Seroja" nyanyian Jamal Abdillah "Aduh Saliha" - ciptaan oleh M. Nasir |
- Keempat: Marsha Milan Londoh (Marsha) - Peratusan undi 4%
- Ketiga: Amylea Azizan (Amylea) - Peratusan undi 8%
- Naib juara: Felix Agus (Felix) - Peratusan undi 30%
- Juara: Asmawi Ani (Mawi) - Peratusan undi 58%
- Pengkritik jemputan: Adlin Aman Ramli & Syafinaz
Pelajar [sunting]
Mengikut susunan penyingkiran [sunting]
(umur dicatat semasa waktu pertandingan)
- Elliza binti Abdul Razak, 21, dari Kuala Lumpur (Elliza)
- Fuad Razlan bin Abdul Azri, 20, dari Kuala Lumpur (Fuad)
- Nor Farah Idayu binti Yaakob, 20, dari Kota Bharu, Kelantan (Idayu)
- Syaiful Reza bin Mohamed, 27, dari Sibu, Sarawak (Reza)
- Amylia binti Mohd Azlan, 21, dari Kuching, Sarawak (Amy)
- Nik Mohd Aidil Nik bin Nik Zamri, 21, dari Kuala Lumpur (Aidil)
- Norashikin binti Abdul Rahman, 21, dari Labuan (Ekin)
- Asiah Tunakma binti Abdullah, 20, dari Kuala Lumpur (Akma)
- Mohd Zulkefli bin Mohd Idir, 21 Kuala Lumpur (Kefli)
- Mohd Yazer bin Yusof, 23, dari Tawau, Sabah (Yazer)
- Marsha Milan Londoh, 20, dari Tamparuli, Sabah (Marsha) → (tempat keempat)
- Amylea binti Azizan, dari Langkawi, Kedah (Amylea) → (tempat ketiga)
- Felix Agus, 23, dari Kota Belud, Sabah (Felix) → (naib juara)
- Asmawi bin Ani, 23, dari Kulai, Johor (Mawi) → (juara)
Carta Penyingkiran [sunting]
- Pelajar yang menjadi juara pertandingan
- Pelajar yang menduduki tempat kedua pertandingan
- Pelajar yang menduduki tempat ketiga pertandingan
- Pelajar yang menjadi calon-calon untuk peringkat akhir
- Pelajar merupakan sebahagian daripada peserta konsert tanpa penyingkiran
- Pelajar yang dimasukkan semula ke akademi melalui AFMASUK
- Pelajar yang disingkirkan
Karier Bintang Akademi Fantasia [sunting]
- Elliza Abdul Razak kini secara aktif terlibat dalam lakonan drama bersiri.
- Syaiful Reza Mohamed dipilih sebagai pengacara rancangan interaktif Durian Runtuh di saluran Astro Ria. Dia juga ialah satu daripada penyampai radio ERA fm. Pada 2006, dia terlibat dalam arena perfileman sebagai "Azam" di dalam sebuah filem yang bertajuk Malaikat Maut arahan Bade Hj Azmi. Pada 2008, dia dipilih sebagai pengacara rancangan TV terbaru di saluran Astro Ria iaitu Kelab POP.
- Asiah Tunakma Abdullah merakamkan single pertamanya yang bertajuk Percaya Pada Cinta pada 2007.
- Mohd Yazer Yusof menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, Luncai Emas dan sedang dalam pembikinan album pertama.
- Marsha Milan Londoh kini menjadi duta produk Power Root. Dia juga aktif dalam bidang lakonan dan muncul dalam beberapa telefilem dan drama seperti Begitulah Raya, Misi:1511, Kirana dan terbaru dalam Kerana Karina sebagai watak utama.
- Felix Agus juga merupakan satu daripada duta produk Power Root. Dia juga mengikut jejak langkah Marsha Milan Londoh dalam bidang lakonan seperti Begitulah Raya. Album kompilasinya The Best of Felix Susah Susah Aje!! menerima anugerah platinum sementara video kompilasinya menjulang anugerah emas.
- Asmawi Ani dipilih sebagai Artis Pilihan DiGi dalam Anugerah ERA 2005. Pada tahun yang sama juga, dia menggondol anugerah Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular, dan menyapu bersih beberapa anugerah lain seperti Artis Lelaki Baru Terbaik dan Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, kesemuanya pada tahun yang sama sebagai anugerah yang berprestij. Pada 2006, dia memenangi anugerah Lagu Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik, Artis Kegemaran Malaysia dalam Anugerah MTV Asia dan memenangi kategori lagu etnik kreatif dalam Anugerah Juara Lagu 2006. Dia juga dipilih sebagai duta beberapa prodek seperti Power Root, Mamee Slurp, M.Mobile, Canon, Silky For Men, dan Herba.
Ringkasan [sunting]
Pengacara [sunting]
- Aznil Nawawi - Konsert Mingguan & Diari AF
Tenaga pengajar [sunting]
- M. Nasir - Pengetua
- Adnan Abu Hassan - Guru Teknikal Vokal
- Mohd Fathee Abdullah - Guru Koreografi
- Linda Jasmine - Guru Koreografi
- Dr. Azahari Othman - Perunding Motivasi
- Fatimah Abu Bakar - Perunding Pelajar & Guru Bahasa Inggeris
- Marlia Musa - Guru Persembahan Pentas
- Siti Hajar Ismail - Guru Nada Suara
- Mahani Awang - Perunding Imej
- Roslina Hassan - Pengurus Kediaman
Pengkritik tetap [sunting]
- Kudsia Kahar
Statistik musim [sunting]
- Jumlah pelajar: 14
- Pelajar paling tua: Syaiful Reza Mohamed, 27 tahun
- Pelajar paling muda: Amylea Azizan, 19 tahun
- Pelajar paling tinggi: Felix Agus, 5'9" (180 cm)
- Pelajar paling rendah: Amylea Azizan & Norashikin Abdul Rahman, kedua-duanya 4'8" (149 cm)
- Pelajar paling berat: Fuad Razlan Abdul Azri, 154 lb (70 kg)
- Pelajar paling ringan: Amylea Azizan & Norashikin Abdul Rahman, kedua-duanya 92 lb (42 kg)
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||