Anjing penumit Lancashire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penumit Lancashire
Anjing penumit Lancashire dalam pertunjukan anjing
Nama lainAnjing penumit Ormskirk
Terier Ormskirk
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penumit Lancashire[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan untuk kegunaan penggiring dan gembala lembu. Anjing penumit Lancashire disenaraikan oleh The Kennel Club sebagai baka rentan. Baka ini diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya keras dan licin dengan lapis bulu bawah yang memastikan bahawa anjing berkenaan kering dalam semua cuaca. Ia mungkin mempunyai surai kecil di sekeliling leher pada musim sejuk. Anjing ini biasanya hitam dan sawo matang,[2] tetapi hati dan sawo matang kini diiktiraf oleh The Kennel Club. Ia lebih panjang sedikit daripada ketinggian pada paras kelasa, biasanya berukuran setinggi 10–12 inci (25–30 cm) pada paras bahu dan seberat 13–18 paun (5.9–8.2 kg).[2] Telinga mungkin condong atau tegak.

Keperibadian[sunting | sunting sumber]

Ia berwaspada, ramah, bertenaga, cerdas, suka bermain, dan teman menyenangkan. Keperibadian dapat berkisar antara malas dan suka bermain dengan bertenaga dan kuat bercakap. Ia pada umumnya anjing sangat kuat yang menyerati pelbagai aktiviti dan mampu membawa bola atau objek sebesar saiznya.[perlu rujukan] Anjing penumit Lancashire ramah terhadap pemiliknya dan orang lalu-lalang di jalan tetapi mungkin agresif terhadap watak yang tidak dikenali di wilayahnya.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing penumit Lancashire mempunyai kelanjutan usia sehingga 12–15 tahun atau lebih. Tiga keadaan serius paling umum yang dapat menjejaskan anjing penumit Lancashire merupakan anomali mata collie, kehelan kanta primer, dan membran pupil tegar.[3] Selain keadaan mata ini, anjing baka ini mungkin menderitai kehelan tempurung lutut.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Corgi Wales disangkakan sebagai salah satu baka induk bagi anjing penumpit Lancashire.

Asal usul baka ini tidak diketahui, namun terdapat penerimaan bahawa sejenis corgi Wales digunakan untuk menggiring haiwan ternakan ke barat laut England dari Wales.[5] Di kawasan Ormskirk, sejenis terier hitam dan sawo matang yang dipanggil terier Manchester diperkenalkan yang menghasilkan anjing yang kini dikenali sebagai anjing penumit Lancashire.[2] Baka ini telah dikenali di kaunti asalnya selama lebih daripada seratus lima puluh tahun sebagai anjing ladang tujuan umum yang mampu memburu tikus dan menggembala lembu.[5]

Gwen Mackintosh mula membiakbakakan anjing penumit Lancashire pada awal tahun 1960-an. Bersama-sama dengan penggemar lain, beliau mengasaskan Lancashire Heeler Club pada tahun 1978 dan menetapkan piawaian baka dan daftar baka. Pengiktirafan oleh The Kennel Club menyusul pada tahun 1981. Mackintosh kemudian terus berkhidmat sebagai presiden kelab itu sehingga kematian beliau pada tahun 1992.[5]

Baka ini diiktiraf sebagai baka asli rentan oleh The Kennel Club pada tahun 2006, yang bermaksud bahawa angka pendaftaran tahunan ialah 300 atau kurang untuk baka tersebut.[6] Pada tahun 2006, 173 ekor anjing penumit Lancashire didaftarkan di United Kingdom dan, pada tahun 2007, angka ini menurun lagi kepada 146.[7] Pada tahun 2016, FCI menambahkan baka ini ke dalam senarai baka yang diterima sementara.[8] Anjing penumit Lancashire diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024.[9]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Anjing penumit Lancashire dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing penumit Lancashire yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوميت لڠکاشير; bahasa Inggeris: Lancashire heeler

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peltz, Jennifer (3 Januari 2024). "Meet the newest breed to join the American Kennel Club, a little dog with a big smile". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ a b c Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Paragon. m/s. 231.
  3. ^ "Health of the Lancashire Heeler" (dalam bahasa Inggeris). The United States Lancashire Heeler Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2007. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  4. ^ "Health of the Lancashire Heeler" (dalam bahasa Inggeris). Lancashire Heeler Community. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  5. ^ a b c Cutler, Jackie (Julai 2007). "Lancashire Heeler Breed Feature". Dogs Monthly (dalam bahasa Inggeris). The Lancashire Heeler Community. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  6. ^ "An Introduction to the Vulnerable Native Breeds" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 20 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  7. ^ "Registration statistics for all recognised dog breeds - 2006 and 2007" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 27 Mac 2008. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  8. ^ Breeds recognised on a provisional basis (Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
  9. ^ Peltz, Jennifer (3 Januari 2024). "Meet the newest breed to join the American Kennel Club, a little dog with a big smile". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2024.
  10. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]