Kokerspaniel Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kokerspaniel Inggeris
Kokerspaniel Inggeris merah
Nama lainCocker spaniel Inggeris
Kokerspaniel
Cocker spaniel
Nama ringkasCocker
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Kokerspaniel Inggeris atau cocker spaniel Inggeris[a] ialah satu baka gundog. Ia ketara kerana menghasilkan bilangan anak anjing paling berubah-ubah dalam seperinduk dalam banyak-banyak baka. Kokerspaniel Inggeris merupakan anjing sukan giat dan bersifat baik[1] yang berdiri dengan baik pada paras kelasa dan bertubuh padat.[2] Ada kokerspaniel "padang" atau "pekerja" dan kokerspaniel "rumah". Ia merupakan salah satu daripada beberapa keragaman spaniel dan merupakan asas bagi sepupu Amerikanya, kokerspaniel Amerika. Kokerspaniel Inggeris adalah lebih dekat dengan bentuk anjing pekerja bagi spaniel padang dan springerspaniel Inggeris. Kokerspaniel Inggeris juga dikenali sebagai "Merry Spaniel" kerana ekornya yang sentiasa bergoyang-goyang.

Di luar Amerika Syarikat, baka ini biasanya hanya dikenali sebagai kokerspaniel, sebagaimana kokerspaniel Amerika juga sedemikian di Amerika Syarikat. OED menyatakan bahawa perkataan "koker-" atau "cocker" diterbitkan daripada hakikat bahawa baka ini digunakan untuk menggarah woodcock.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seekor kokerspaniel Inggeris berwarna sabel
Kokerspaniel Inggeris berwarna padu merah
Kokerspaniel Inggeris berwarna keemasan

Anjing jenis spaniel telah ditemukan dalam karya seni dan kesusasteraan selama hampir 500 tahun.[4]Templat:Bettersourceneeded Pada mulanya, spaniel di England terbahagi antara spaniel darat dengan spaniel air. Pembezaan sesama spaniel yang membawa kepada baka yang terlihat kini tidak bermula sehingga pertengahan abad ke-19. Semasa tempoh ini, spaniel darat menjadi lebih khusus dan pembahagian sesama jenis dibuat berdasarkan berat. Menurut 1840 Encyclopedia of Rural Sports, cocker adalah seberat 12–20 lb (5.4–9.1 kg).[4]Templat:Bettersourceneeded Pada masa ini, kedatangan cocker dan springer daripada perinduk sama bukan hal jarang. Malah anak anjing daripada zuriat bersaiz "mainan" dapat membesar menjadi springer.[4]Templat:Bettersourceneeded

Tiada petunjuk daripada sumber-sumber awal ini bahawa spaniel digunakan untuk mengutip buruan. Sebaliknya, ia digunakan untuk mendorong buruan ke arah senjata api.[4]Templat:Bettersourceneeded

Semasa tahun 1850-an dan 1860-an, jenis cocker lain dicatatkan. Terdapat springerspaniel Wales dan Devonshire cocker. Selain itu, anjing kecil daripada perinduk spaniel Sussex dipanggil cocker.[4]Templat:Bettersourceneeded Pada tahun 1874, buku pembaka pertama diterbitkan oleh The Kennel Club yang baru dibentuk. Mana-mana spaniel yang lebih ringan daripada 25 paun (11 kg) ditempatkan dalam takungan pembiakbakaan cocker. Walau bagaimanapun, cocker Wales dikelaskan semula sebagai springer pada tahun 1903 kerana saiz lebih besar dan telinga lebih pendek.[4]Templat:Bettersourceneeded "...pada masa itu hanya anjing yang sanggup menempuh kerja keras seharian dan spesimen wajar diizinkan untuk hidup, kerana tujuan sukan mutlak merupakan satu-satunya keseronokannya dan pertunjukan anjing hampir tidak didengari...".[4]Templat:Bettersourceneeded

Sukan penunjukkan pengakuran bermula bersungguh-sungguh sesama spaniel selepas The Spaniel Club dibentuk pada tahun 1885. Apabila ditunjukkan, springer dan cocker baharu, kedua-duanya berada dalam kelas sama sehingga The Spaniel Club mewujudkan piawaian baka untuk setiap jenis. The Kennel Club memisahkan kedua-dua jenis pada lapan tahun kemudian. Sejak itu, penggemar springer dan cocker telah membiakbakakan trait berasingan yang diinginkan. Kini, baka ini berbeza dengan lebih cara daripada berat sahaja.[perlu rujukan]

Dalam Crufts, kokerspaniel Inggeris telah menjadi baka paling berjaya dalam memenangi Best in Show, dengan kememenangan sebanyak tujuh kali pada antara tahun 1928 dengan tahun 2009, iaitu pada tahun 1930, tahun 1931, tahun 1938, tahun 1939, tahun 1948, tahun 1950, dan tahun 1996. Sebagai tambahan, baka ini merupakan tiga daripada empat pemenang yang telah memenangi gelaran ini lebih daripada satu kali dengan ketiga-tiganya yang berasal daripada kenel Ware milik H. S. Lloyd. Oleh sebab Perang Dunia Kedua, kokerspaniel Inggeris berjaya menjadi satu-satunya baka yang memenangi gelaran ini pada antara tahun 1938 dengan tahun 1950, walaupun pertandingan hanya diadakan sebanyak empat kali dalam tempoh itu. Best in show paling terkini ialah Sh. Ch. Canigou Cambrai pada tahun 1996.[5][6]

Anak kokerspaniel Inggeris berusia 6 minggu
Anak kokerspaniel Inggeris berusia 6 minggu

Spaniel padang[sunting | sunting sumber]

Pada lewat abad ke-19 dengan kenaikan kepopularan pertunjukan anjing dan pewujudan piawaian untuk pelbagai baka, keluarga spaniel mula berpecah kepada pelbagai baka berlainan. Sekumpulan penggemar mengambil keputusan untuk mewujudkan baka spaniel hitam besar. Empat ekor anjing bertindak sebagai leluhur untuk baka baharu ini, dua ekor daripadanya merupakan kokerspaniel, seekor ialah silangan kokerspaniel/spaniel air Inggeris dan seekor ialah spaniel Norfolk. Baka baharu ini dinamai spaniel padang dan diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1892.[perlu rujukan]

Kokerspaniel Amerika[sunting | sunting sumber]

Kokerspaniel Inggeris

Kokerspaniel Amerika dikembangkan daripada kokerspaniel Inggeris pada abad ke-19 untuk mengutip burung puyuh dan woodcock. Ia pada asalnya terbahagi daripada kokerspaniel Inggeris semata-mata berdasarkan saiz tetapi dibiakbakakan selama bertahun-tahun untuk trait spesifik berlainan.[perlu rujukan] Kedua-dua kokerspaniel ditunjukkan bersama-sama di Amerika sehingga tahun 1936, apabila kokerspaniel Inggeris menerima status sebagai baka terpisah. American Kennel Club memberikan peruntukan baka terpisah untuk kokerspaniel Inggeris pada tahun 1946.[2] Baka Amerika mempunyai muncung lebih pendek dan didandani dengan berbeza daripada kokerspaniel Inggeris.[perlu rujukan]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Kokerspaniel Inggeris ialah anjing tegap, padat, dan cukup seimbang. Ia mempunyai ekspresi ciri yang menunjukkan kecerdasan dan kewaspadaan. Matanya patut gelap dan telinga berlobulnya patut mencapai "sedikit lebih" daripada hujung hidung apabila ditarik ke hadapan.[2] Kini, perbezaan ketara dari segi penampilan wujud antara anjing baka padang dengan anjing baka pertunjukan pengakuran.[perlu rujukan] Ekor cocker lazimnya dipotong di Amerika Utara.[2] Di negara yang mengizinkan pemotongan ekor, ekornya biasanya dipotong pada kira-kira 4–5 inci (10–13 cm) pada anjing baka padang sementara ekor anjing pertunjukan biasanya dipotong lebih dekat dengan tubuh.[perlu rujukan] Pemotongan ekor kini haram di Australia[7] dan di Afrika Selatan.[perlu rujukan] Di England dan di Wales, pemotongan ekor hanya boleh dilakukan pada anjing yang telah dibuktikan oleh pemilik digunakan sebagai anjing pekerja atau anjing penembakan.[8]

Piawaian baka menunjukkan bahawa jantan baka ini berpurata setinggi 15.5–16 inci (39–41 cm) pada paras kelasa dengan betina yang sedikit lebih kecil yang membesar sehingga setinggi 15–15.5 inci (38–39 cm). Kedua-dua jantan dan betina baka ini berukuran seberat hampir-hampir 13–14.5 kilogram (29–32 lb).[9] Kokerspaniel Amerika adalah lebih kecil dengan jantan pada purata yang setinggi 14.25–15.5 inci (36.2–39.4 cm) dan betina yang sekali lagi lebih kecil pada purata setinggi 13.5–14.5 inci (34–37 cm), kedua-duanya berukuran seberat hampir-hampir 11–13 kilogram (24–29 lb).[9]

Seekor kokerspaniel berusia 2 bulan

Kokerspaniel Inggeris adalah serupa dengan springerspaniel Inggeris dan pada pandangan pertama, satu-satunya perbezaan besar ialah saiz lebih besar springerspaniel. Walau bagaimanapun, kokerspaniel Inggeris juga cenderung untuk mempunyai telinga lebih panjang dan terletak lebih rendah berbanding dengan springerspaniel Inggeris. Sebagai tambahan, springerspaniel juga cenderung untuk mempunyai muncung lebih panjang dan matanya tidak begitu menyerlah dan lapis bulunya kurang banyak.[10]

Warna[sunting | sunting sumber]

Seekor kokerspaniel Inggeris hitam padu dengan jumlah putih yang dapat diterima pada dada

Piawaian baka The Kennel Club United Kingdom menyatakan bahawa pada anjing berwarna padu, tiada bahagian putih yang diizinkan kecuali sejumlah kecil pada dada[9] dan American Kennel Club mempunyai piawaian untuk ciri yang termasuk ekspresi, leher, garis atas, dan tubuh.[11] Pada cocker pekerja, pembiak baka menghargai keupayaan kerja berbanding dengan warna anjing.[perlu rujukan]

Warna padu kokerspaniel Inggeris terdapat dengan warna hitam, hati/perang, merah/keemasan dengan pempigmenan hitam atau perang[12] dan kokerspaniel berwarna-warni terdapat dengan warna biru kemerah-merahan, hati kemerah-merahan, jingga kemerah-merahan dengan pempigmenan hitam atau perang, lemon kemerah-merahan dengan pempigmenan hitam atau perang, berbintik hitam dan putih, berbintik hati dan putih, berbintik jingga dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang, berbintik lemon dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang,[13] hitam dan putih, hati dan putih dengan pempigmenan perang, jingga dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang, lemon dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang.[14] Kesemua warna ini juga dapat mempunyai titik-titik sawo matang.[perlu rujukan]

Daripada warna padul, sabel dianggap jarang dan kontroversial dan dikelaskan oleh sesetengah negara sebagai sejenis berwarna-warni kerana batang bulu bercampurnya.[perlu rujukan] Walaupun sesetengah orang telah mendakwa bahawa warna ini adalah daripada silangan dengan baka berbeza,[nyatakan menurut siapa?] ahli genetikTemplat:Which telah menemukan bahawa kokerspaniel Inggeris sabel adalah unik untuk baka ini.[15] Sebagai tambahan, warna perak/abu, yang biasanya dikaitkan dengan anjing Weimar, dianggap mungkin secara genetik tetapi masih belum dicatatkan oleh The Kennel Club United Kingdom.[16] Daripada keragaman kemerah-merahan, lemon kemerah-merahan dengan pempigmenan perang cerah adalah yang paling resesif antara semua keragaman kemerah-merahan.[13] Cocker putih kosong jarang lahir dan tidak digalakkan pada baka ini.[14]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Seekor kokerspaniel Inggeris hitam

Kokerspaniel Inggeris menduduki tangga ke-18 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai baka dengan kecerdasan kerja/kepatuhan cemerlang.[17]

Dengan tahap sosialisasi bagus pada usia awal, kokerspaniel dapat bergaul dengan baik dengan orang, kanak-kanak, anjing lain, dan haiwan peliharaan lain.[18] Baka ini kelihatannya mempunyai ekor sentiasa bergoyang-goyang dan lebih suka berada di sekeliling orang; ia paling tidak sesuai untuk bersendirian di halaman belakang. Cocker dapat semudahnya menjadi tertekan dengan bunyi lantang dan dengan layanan atau pengendalian kasar. Apabila dilatih dengan tangan lembut dan ganjaran banyak, kokerspaniel akan menjadi teman patuh dan penyayang dengan sifat gembira dan ceria.[19]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kokerspaniel Inggeris dengan anak anjing

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang data klinik veterinar mendapati jangka hayat sebanyak 11.31 tahun yang lebih tinggi sedikit daripada purata keseluruhan 11.21 tahun tetapi kurang daripada purata 11.82 tahun untuk baka silang.[20] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[21]

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge yang meninjau 932 isi rumah kokerspaniel Inggeris di serata Britain mendapati bahawa pemilik melaporkan agresi lebih tinggi pada kokerspaniel Inggeris berwarna berlainan bergantung pada senario.[22][23] Sebuah kajian oleh penyelidik Sepanyol di Universiti Berautonomi Barcelona mendapati bahawa kokerspaniel Inggeris lebih kerap dihadirkan ke klinik rujukan untuk agresi dan bahawa ia mempunyai serangan lebih impulsif berbanding dengan anjing lain.[23][24][25]

Semakan terhadap 2,318 ekor kokerspaniel Inggeris yang menghadiri penjagaan veterinar mendapati bahawa keadaan paling umum merupakan: penyakit periodontium dengan prevalens 20.97%, otitis luaran dengan prevalens 10.09%, kegemukan dengan prevalens 9.88%, pengimpakan kantung dubur dengan prevalens 8.07%, cirit-birit dengan prevalens 4.87%, dan agresi dengan prevalens 4.01%.[26]

Kokerspaniel pekerja[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing hitam dan putih duduk di ladang jagung kuning di sebelah kuang mati berwarna cerah.
Seekor kokerspaniel Inggeris yang dibiakbakakan untuk padang dengan buruannya, common pheasant
Kokerspaniel padang

Baka ini, seperti banyak yang lain dengan asal usul sebagai anjing pekerja, mempunyai sesetengah susur galur genetik yang tertumpu pada kemahiran anjing pekerja dan susur galur lain yang tertumpu pada kepastian bahawa penampilan anjing mematuhi piawaian baka; ini dirujuk sebagai strain "pekerja" (atau "baka padang") dan strain "pengakuran". Selepas Perang Dunia Kedua, kokerspaniel yang dibiakbakakan sebagai haiwan peliharaan dan untuk sukan penunjukan pengakuran meningkat dengan sangat besar kerana permintaan popular, dan, untuk seketika, merupakan baka berdaftar paling banyak The Kennel Club. Kepopularan ini meningkatkan pandangan bahawa semua cocker tidak berguna sebagai anjing pekerja.[27] Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan anjing, ini adalah tidak benar, kerana sesetengah cocker baka pertunjukan telah mengekalkan naluri kerjanya.[28]

Kini, baka ini mengalami kebangkitan semula dalam penggunaan sebagai anjing pekerja dan pemburu. Anjing daripada susur galur pekerja berpenampilan berbeza dengan ketara. Seperti halnya dengan springerspaniel Inggeris, jenis pekerja telah dibiakbakakan secara eksklusif untuk beraksi di padang sebagai teman perburuan. Lapis bulunya lebih pendek dan telinganya kurang tergantung daripada jenis baka pertunjukan. Walaupun didaftarkan sebagai baka sama, kedua-dua strain telah mencapah dengan cukup ketara sehingga jarang disilangkan.[27] Anjing yang telah mendominasi ujian perburuan, ujian padang, dan adegan perburuan di Amerika Syarikat merupakan anjing baka padang daripada susur galur Inggeris yang diimport baru-baru ini.[29] Susur galur anjing pekerja kerap mempunyai ciri fizikal yang menghalangnya daripada memenangi gelanggang pertunjukan. Ini ialah hasil pemilihan trait berlainan daripada yang dipilih oleh pembiak baka anjing pertunjukan. Lapis bulu dan telinga lebih panjang, yang dipilih untuk gelanggang pertunjukan, merupakan penghalang di padang.[2] Pihak berkuasa Cuba melatih dan menggunakan kokerspaniel Inggeris sebagai anjing penghidu untuk memeriksa dadah atau produk makanan di dalam bagasi penumpang di lapangan terbang di Cuba.[30]

Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Kokerspaniel baka padang pertama sekali ialah anjing penggarah tanah tinggi. Dalam melaksanakan tugas ini, terdapat sesetengah kemahiran yang perlu dilatihkan kepada anjing untuk melaksanakannya.

  • Hup: Ini ialah perintah tradisional untuk duduk dan diam. Untuk menjadi pemburu berkesan, anjing mesti mematuhi arahan ini sepenuhnya. Apabila arahan ini diberikan, anjing dapat diberi arahan yang dipanggilkan kepada pengendali. Keupayaan untuk menge-hup anjing yang secara aktif mengerjakan burung berlari membolehkan pengendali dan mana-mana penembak untuk bersaing tanpa perlu berlari.
  • Kutip kepada Tangan: Majoriti pemburu dan semua hakim ujian perburuan atau ujian padang menghendaki agar anjing mengirimkan burung kepada tangan, yang bermakna bahawa anjing memegang burung sehingga diberitahu untuk memberikannya kepada pemburu secara terus.
  • Quarter: Anjing mesti bekerja dalam suatu pola di hadapan pemburu yang mencari burung buruan tanah tinggi. Anjing mesti diajar untuk kekal berada dalam jarak tembakan untuk mengelakkan diri daripada menggarah burung di luar jarak tembakan.
  • Mengikuti isyarat tangan: Perburuan tanah tinggi melibatkan pengejaran buruan liar di habitat aslinya. Gundog mesti menyiasat kemungkinan persembunyian untuk burung buruan tanah tinggi. Anjing mesti responsif terhadap isyarat tangan supaya pemburu dapat mengarahkan anjing ke kawasan yang diperhatikan.
  • Mantap: Apabila memburu burung tanah tinggi, anjing penggarah patut mantap terhadap sayap dan tembakan, yang bermakna bahawa ia duduk apabila burung naik atau senapang melepaskan tembakan. Ia melakukan ini untuk menandakan kejatuhan dan untuk mengelakkan diri daripada menggarah burung lain semasa mengejar burung terlepas.

Dalam kesusasteraan dan filem[sunting | sunting sumber]

Katharine Cornell dan kokerspaniel milik sendiri, Flush, dalam produksi asli Broadway bagi The Barretts of Wimpole Street (1931)

Elizabeth Barrett Browning menulis dua puisi tentang kokerspaniel merah beliau, Flush, To Flush, My Dog dan Flush or Faunus.

Drama tahun 1930 The Barretts of Wimpole Street oleh dramatis Belanda/Inggeris Rudolf Besier juga mempunyai kokerspaniel merah milik Browning sebagai watak pusat. Drama ini diadaptasikan menjadi dua versi filem pada tahun 1934 dan tahun 1957, sebuah produksi muzikal (Robert and Elizabeth), dan sebuah filem televisyen tahun 1982 The Barretts of Wimpole Street dibikin oleh BBC.

Flush: A Biography ialah biografi separa cereka tentang kokerspaniel merah milik Elizabeth Barrett yang dikarang oleh Virginia Woolf dan diterbitkan pada tahun 1933.

Jasper ialah seekor kokerspaniel yang tampil dalam novel tahun 1938 Rebecca karya Daphne du Maurier.

Majalah Garden dan Gun telah menampilkan kokerspaniel Inggeris pada muka hadapan keluaran Sporting South sebanyak beberapa kali.

Seekor kokerspaniel Inggeris ditampilkan dengan jelas dalam beberapa episod All Creatures Great and Small karya James Herriot di PBS.

Seekor kokerspaniel Inggeris bernama Frisy ditampilkan dalam rancangan televisyen terkenal Bluey. Frisky, yang disuarakan oleh Claudia O'Doherty, digambarkan sebagai ibu pari-pari Bluey yang memulakan hubungan dengan Pak Cik Rad.

Trivia[sunting | sunting sumber]

William, Putera Wales dan Catherine, Puteri Wales memiliki seekor kokerspaniel Inggeris yang dipanggil Lupo, yang dibiakbakakan daripada Ella, seekor anjing yang dimiliki oleh ibu bapa baginda Michael dan Carole Middleton.[31][32] Ia merupakan seekor kokerspaniel Inggeris jenis pekerja. Lupo lahir dalam perinduk sejurus sebelum Krismas tahun 2011.[33]

Selepas kelahiran Putera George dari Wales, Lupo dipaparkan dalam salah sekeping fotograf rasmi pertama.[34] Ia kemudiannya dipaparkan dalam potret keluarga dengan Duke dan Duchess dan Putera George pada Mac 2014.[35]

Perarakan anjing tahunan Broadmoor Resort, yang telah diadakan selama lebih daripada 75 tahun semasa sambutan 4 Julai, telah kerap menganugerahi kokerspaniel Inggeris sebagai "Best Behaved" ("Bertingkah Laku Paling Baik") dalam pertandingan itu.[perlu rujukan]

Pada tahun 2019, BUZZ MAGAZINE, terbitan persatuan terkemuka di Houston, Texas menganugerahkan anugerah "Houston Dog of the Year" kepada seekor kokerspaniel Inggeris berwarna biru kemerah-merahan, "Buddy".[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: کوکرسڤانيئل ايڠݢريس; کوکر سڤانيئل ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English cocker spaniel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Coile, D. Caroline (25 November 2006). The Cocker Spaniel Handbook (dalam bahasa Inggeris). B.E.S. Publishing. ISBN 9780764134593 – melalui Google Books.
  2. ^ a b c d e "American Kennel Club: English Cocker Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2012. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Cocker etymology". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Universiti Oxford. Dicapai pada 1 Mac 2024.
  4. ^ a b c d e f g Kolehouse, Bobbie. "Dusting off History to Look at Cocker Hunting Tradition Part I". Spaniel Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  5. ^ "Past and Present Winners". Crufts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  6. ^ "Besti hundur sýningar á Crufts, frá árunum 1928–2002" (dalam bahasa Iceland). Hvuttar.net. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  7. ^ "Is the tail docking of dogs legal in Australia?". Royal Australian Society for the Protection of Animals (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  8. ^ "Defra, UK – Animal Health and Welfare" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2009. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  9. ^ a b c "The Cocker Spaniel Club: Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  10. ^ Gormish, Denise. "A comparison of English Springer Spaniels, American Cocker Spaniels and English Springer Spaniels" (dalam bahasa Inggeris). English Cocker Spaniel Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2010. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  11. ^ "English Cocker Spaniel Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  12. ^ Davis, Jinty Gill (9 September 2000). "Understanding Cocker Colours, Patterns and Markings Page 1" (dalam bahasa Inggeris). The Cocker Spaniel Club. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  13. ^ a b Davis, Jinty Gill (9 September 2000). "Understanding Cocker Colours, Patterns and Markings Page 3" (dalam bahasa Inggeris). The Cocker Spaniel Club. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  14. ^ a b Davis, Jinty Gill (9 September 2000). "Understanding Cocker Colours, Patterns and Markings Page 4" (dalam bahasa Inggeris). The Cocker Spaniel Club. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  15. ^ "Genomia: Testing of dogs: Locus EH". genomia.cz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  16. ^ Davis, Jinty Gill (9 September 2000). "Understanding Cocker Colours, Patterns and Markings Page 2" (dalam bahasa Inggeris). The Cocker Spaniel Club. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  17. ^ Stanley Coren. "The Intelligence of Dogs: Ranks 11 to 26" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2010.
  18. ^ Coile, D. Caroline (2006). The Cocker Spaniel Handbook (Inggeris). Barron's Educational Series Inc. ISBN 978-0-7641-3459-3.
  19. ^ Coile (2006): hlm. 13
  20. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O’Neill, Dan G. (8 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan).
  21. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  22. ^ Podberscek AL dan Serpell J A (1996). The English Cocker Spaniel: preliminary findings on aggressive behaviour. Applied Animal Behaviour Science 47: 75–89 dikutip oleh Linda Ward (2002). "Rage syndrome". Applied Animal Behaviour Science. Human-Animal Interactions (dalam bahasa Inggeris). terbitan sendiri. 47 (1): 75–89. doi:10.1016/0168-1591(95)01012-2.
  23. ^ a b Viegas, Jennifer (22 Mei 2009). "World's Meanest Dog: The English Cocker Spaniel?". Discovery News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  24. ^ Amat, Marta; Xavier Manteca; Valentina M. Mariotti; José Luís Ruiz de la Torre; Jaume Fatjó (Mei 2009). "Aggressive behavior in the English cocker spaniel". Journal of Veterinary Behavior: Clinical Applications and Research (dalam bahasa Inggeris). Universiti Berautonomi Barcelona, Bellaterra, Sepanyol: Sekolah Perubatan Veterinar. 4 (3): 111–117. doi:10.1016/j.jveb.2008.08.010. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  25. ^ "What is Rage Syndrome?". The Cocker Spaniel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  26. ^ Engdahl, Karolina S.; Brodbelt, Dave C.; Cameron, Carla; Church, David B.; Hedhammar, Åke; O’Neill, Dan G. (19 Mei 2023). "Demography and disorders of English Cocker Spaniels under primary veterinary care in the UK". Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 10 (1): 4. doi:10.1186/s40575-023-00128-x. ISSN 2662-9380. PMC 10197368 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37202773 Check |pmid= value (bantuan).
  27. ^ a b "Show Bred vs Working Cockers" (dalam bahasa Inggeris). Petwave.com. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  28. ^ Moxon, P.R. (1960-an). "The Cocker Spaniel as a Gundog" (dalam bahasa Inggeris). Felsteadgundogs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2009. Dicapai pada 8 Mac 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  29. ^ Thoms, Jerry (Disember 2002). "Pocket Rockets" (PDF). Gun Dog Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Disember 2007.
  30. ^ "Travel research, planning and reports: Cuba" (dalam bahasa Inggeris). Darshama.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2011. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  31. ^ "Kate in 999 Drama after 'Lupo' Traps Head in Gate". The Mirror] (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2014. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  32. ^ Rudd, Andy (22 Julai 2013). "Kate Middleton labour: How the Duchess of Cambridge's family will back the royal parents". The Mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.
  33. ^ "Do Cocker Spaniels Shed?" (dalam bahasa Inggeris). November 2020. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  34. ^ Cockerell, Jennifer (20 Ogos 2013). "Our Little Rascal; William and Kate Release Portrait of Baby George". Daily Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2024.[pautan mati]
  35. ^ Young, Fiona (30 Mac 2014). "The Bark Royal". Sunday Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2014. Dicapai pada 8 Mac 2024.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Thoms, Jerry. "Emma is a Gun Dog (Cocker Size)". Gun Dog Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2005.
  • Roettger, Anthony. Urban Gun Dogs: Training Flushing Dogs for Home and Field (Inggeris), The Writer's Collective, 2004. ISBN 1-59411-050-6
  • Sucher, Jamie (1999). Cocker Spaniels (Complete Pet Owner's Manuals) (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's. ISBN 978-0-7641-1034-4.
  • Grainger, Alexandra. Training your Cocker...Whilst Playing with Children. Complete Owner's Guide (Inggeris).
  • Fergus, Charles. Gun Dog Breeds, A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs (Inggeris), The Lyons Press, 2002. ISBN 1-58574-618-5
  • Fogle, Dr Bruce. Cocker Spaniel English and American (Inggeris), Dorling Kindersley Limited, 1996.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]