Anjing gembala Shetland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing gembala Shetland
Shetland Sheepdog 600.jpg
Anjing gembala Shetland sabel/putih
Nama lain Anjing collie kecil
Anjing collie Shetland (lapuk)
Anjing gembala Scotland kerdil (lapuk)
Toonie dog (lapuk)
Nama ringkas Sheltie
Negara asal  Scotland
Ciri
Berat Jantan 16–20 lb (7.3–9.1 kg)
Betina 16–20 lb (7.3–9.1 kg)
Tinggi Jantan 13–16 in (33–41 cm)
Betina 13–16 in (33–41 cm)
Bulu Bulu dua lapis panjang
Warna Sabel, sabel mahogani,
Sabel berwarna, triwarna,
dwihitam, dwibiru, merle biru,
merle dwibiru, merle sabel,
putih berkepala warna, merle ganda dua
Saiz seperinduk 4-6 ekor anak anjing
Jangka hayat 12-13 tahun (purata)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Shetland (Bahasa Inggeris: Shetland sheepdog) ialah satu baka anjing gembala. Ia merupakan anjing kecil hingga sederhana dan terdapat dalam pelbagai warna, seperti sabel, triwarna, dan merle biru. Ia merupakan anjing bersuara, mudah teruja, dan bertenaga yang sentiasa menyenangkan dan keras bekerja. Ia sebahagiannya diperoleh daripada anjing digunakan di Kepulauan Shetland untuk penggembalaan dan perlindungan biri-biri. Baka ini diakui secara rasmi oleh The Kennel Club pada 1909.[2]

Sejarah awal Anjing gembala Shetland tidak berapa diketahui. Sungguhpun berasal usul kabur, anjing ini mungkin merupakan keturunan spesimen kecil anjing collie Scotland dan King Charles Spaniel. Ia dikembangkan untuk menjaga biri-biri kenit Kepulauan Shetland, yang pesisirannya yang berceranggah dan bergelora telah menghasilkan haiwan kecil dan rendah lain seperi kuda padi Shetland. Kini ia dibesarkan sebagai anjing ladang dan anjing peliharaan keluarga.[3] Ia pada asalnya merupakan anjing baka kacuk kecil, kerap berketinggian 10–13 in (25–33 cm) dan disangkakan bahawa anjing gembala Shetland asli merupakan daripada jenis spits dan disilangkan dengan anjing gembala jenis collie dari Britain tanah besar.[4] Pada awal abad ke-20, James Loggie menambahkan anjing collie kasar kepada ternakan pembiakbakaan, dan bantu mengasaskan yang kini dikenali sebagai anjing gembala Shetland moden.[5] Nama asli baka ini merupakan anjing collie Shetland (Bahasa Inggeris: Shetland collie), tetapi ini mencetuskan pertikaian dalam kalangan pembiak baka anjing collie kasar pada masa itu, maka nama baka ini diubah secara rasmi kepada anjing gembala Shetland.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cassidy, Dr. Kelly M. (1 Februari 2008). "Breed Longevity Data". Dog Longevity. http://users.pullman.com/lostriver/breeddata.htm. Capaian 1 Julai 2012. 
  2. "Sheltie information". http://www.shetland-sheepdog.com/sheltie-history. Capaian 2 April 2011. 
  3. "Shetland sheepdog." The Columbia Encyclopedia. New York: Columbia University Press, 2008. Credo Reference. Web. 17 September 2012
  4. 4.0 4.1 Herbert, Beryl & Joan (1961). The Shetland Sheepdog. New York, New York: Arco Publishing Company, inc. ISBN 0-668-03976-0. 
  5. Thornley, Barbara. "Breed History". http://www.sheltiesofuktype.org/breed%20history.htm. Capaian 2 April 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]